Gerak kerja para pemimpin dan perwakilan UMNO selama 3 hari berturut-turut memaki hamun, mencerca, menghina dan melabelkan para pemimpin Pakatan rakyat terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abd Aziz Nik Mat dan Sdr Lim Guan Eng telah membuahkan hasil yang amat lumayan sekali. Diluar jangkaan dan ramalan pemimpin-pemimpin UMNO termasuk para penganalisa politik tempatan dan luar negeri.
Malam tadi diadakan ciri ceramah jelajah negara oleh Pakatan Rakyat. Langsung tidak mendapat sambutan. Kehadiran rakyat sudah boleh dikira dengan jari tangan termasuk kaki. Yang hadir itu pun diangkut secara paksa dengan diberikan minuman dan makan percuma termasuk duit kocek yang agak lumayan juga.
Kedengaran kini hampir keseluruhan ahli,pengikut,penyokong dan pendokong Pakatan rakyat berduyun-duyun masuk berhijrah ke UMNO secara rela kerana insaf dan terpikat dengan cara makian hamun dan hentam semborono para pemimpin dan perwakilan UMNO semasa Perhimpunan Agung Umno di PWTC baru-baru ini.
Borang keahlian sudah kehabisan stok. Ramai yang zahirkan rasa kecewa kerana mereka menghidu adanya tindakan sabotaj,mencantas dan cah keting dilakukan diperingkat cawangan dan bahagian.
Hj Najib dan Muhyiddin Yassin terbukti sebagai pemimpin agung negara yang terhebat pernah dilahirkan. Tanpa UMNO tiadalah Melayu, tanpa UMNO tiadalah sekolah, klinik, jalanraya, balai raya, balai polis, hypermarket dan pejabat-pejabat kerajaan. Masjid-masjid tertegak di negara kita kerana UMNO.
Boleh dikatakan negeri-negeri yang UMNO cukup kuat dan hebat kadar kemiskinan adalah sifar. Kawasan-kawasan parlimen dan DUN yang diwakili UMNO pembangunnanya cukup hebat dan gah sekali.
Lihat contoh terbaik. Parlimen Bukit Bintang yang diwakili DAP sejak ianya wujud sehingga kini, cuba bandingkan pembangunan infrastrukturnya dengan kawasan parlimen Pekan Hj Najib dan parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin.Tahniah UMNO.
PR angkat tangan surrender mengalah akan kehebatan anda memukau anak-anak muda menyokong dan mendokong UMNO........MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.......
KEBENARAN ITU PAHIT..SINDIRAN SINIS ITU CUKUP MENGGURIS..KEADILAN ITU PERIT....PERJUANGAN ITU SAKIT...RAKYAT BENCI UMNO.. ANAK -ANAK MUDA MELOYA PANDANG UMNO... UMNO PARTI POYO.. UMNO IS DEAD... PR GANTI BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment