Saturday 10 December 2011

APAKAH PKR SUDAH BERSIKAP TAMAK HALOBA????


PRU-13: PKR akan tanding lebih banyak kerusi parlimen

PKR berkata ia akan bertanding lebih banyak kerusi peringkat parlimen dalam pilihan raya umum akan datang meskipun berhadapan dengan masalah ramai wakil rakyatnya keluar sebelum ini.
Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa meskipun perundingan mengenai pembahagian kerusi masih belum selesai, parti itu kemungkinan akan mempunyai sedikit lebih kerusi untuk bertanding di peringkat persekutuan bertanding tiga tahun yang lalu.
“Meskipun perundingan masih dijalankan, bilangan di atas kertas ialah kemungkinan lebih sedikit kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.
“Ini ekoran sumbangan kerusi-kerusi Sabah dan Sarawak yang PKR akan bertanding. Kerusi di Semenanjung akan kekal sama bilangan,” kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Machang ini berkata perundingan mengenai kerusi peringkat negeri sudah pun berakhir bulan lalu dan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat sedang membincangkan dan memuktamadkan isu kerusi dan calon masing-masing.
Sehubungan itu kata beliau, buat masa sekarang ada tiga kategori iaitu kerusi bersih di mana seseorang calon diterima oleh kesemua parti, kerusi disandang sesebuah parti, katakan PKR tetapi DAP menunjukkan minat untuk bertanding.
“Ada juga kes di mana kerusi-kerusi bertindih, di mana sesebuah kerusi dimenangi dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dua atau tiga parti Pakatan telah menunjukkan minat untuk bertanding di kerusi terbabit,” kata Saifuddin.
Katanya, perbincangan berkenaan kerusi dalam Pakatan Rakyat berjalan dengan lancar, tetapi tiada satu tempoh ditetapkan untuk memuktamadkan perkara berkenan.
“Saya optimistik ia boleh diselesaikan dalam waktu terdekat,” kata pemimpin itu.
Pada pilihan raya umum 2008, PKR bertanding di 97 kerusi manakala PAS dan DAP masing-masing 66 dan 47 kawasan.............UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI...NEGERI SABAH/SARAWAK ELOK SANGAT DIAJAK PARTI-PARTI MESRA PAKATAN RAKYAT BERUNDING SEBELUM DIKELUARKAN KENYATAAN SEBEGINI...TUJUAN MASUK BERTANDING PRU IALAH UNTUK MENANG DAN DENGAN KEMENANGAN AKAN DAPAT MENTADBIR NEGARA.....JANGAN MUDAH TERANGSANG DENGAN SAMBUTAN DICERAMAH-CERAMAH...
KEBENARAN ITU PAHIT.. KEADILAN ITU PERIT.. PERJUANGAN ITU SAKIT.. UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...