Mahasiswa UMP Pekan hadapi krisis air
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggesa supaya krisis air di kampus UMP Pekan ditangani dengan segera.
Yang dipertuanya, Muhamad Fazli Abdul Halim berkata, krisis gangguan air semakin meruncing dan sudah berlarutan ke minggu kedua.
Bagaimanapun, katanya, tidak nampak sebarang tanda-tanda yang krisis tersebut akan berakhir.
Menurutnya, krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat UMP Kampus Pekan mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang dan terpaksa berkongsi sumber air dari tangki di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitarnya.
"Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba.
"Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung menggangu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Fazli, masalah ganguan air itu bukanlah perkara yang baru, tetapi turut berlaku dua tiga tahun lepas di Kampus Gambang.
Katanya, tindakan segera amat diperlukan terutamanya oleh Jabatan Bekalan Air Pahang bagi mengatasi masalah yang dihadapi mahasiswa bagi memudahkan urusan pembelajaran mereka di universiti itu.
Pohon bantuan PM
Sehubungan itu, kata Fazli, mereka memohon agar kebajikan pelajar di situ diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Katanya, ia bertepatan dengan hasrat perdana menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana ucapannya semasa Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di PWTC pada 19 Disember lepas....

KATA-KATA HJ NAJIB SETIAP NAFAS YANG DISEDUT, SETIAP DENYUTAN NADI ADALAH INGIN MENGABDIKAN DIRI KEPADA RAKYAT...AKAN MEMIKIRKAN TERBAIK UNTUK NEGARA TERUTAMANYA KAWASAN PARLIMEN PEKAN,DIWAKILI SEJAK TAHUN 1975 LAGI....TERBUKTI SUDAH.. PERKARA ASAS IAITU BEKALAN AIR BERSIH SUDAH TIDAK LAGI MENJADI MASALAH...NEGERI KELANTAN TADBIRAN PAS MASIH DIBELENGGU DENGAN MASALAH INI....MEMBUKTIKAN YANG HJ NAJIB MEMANG INDIVIDU HEBAT...HJ NAJIB SEPATUTNYA DINOBATKAN SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU...PEMIMPIN ISLAM CONTOH YANG BERJAYA BANGUNKAN NEGARA LEBIH-LEBIH LAGI CONTOH KETUA KELUARGA ISLAM YANG AGUNG DAN HEBAT.... MALAYSIA AKAN HANCUR TANPA KEPIMPINAN HJ NAJIB.. MALAYSIA BANGGA DAN MEGAH MENDAPAT PERDANA MENTERI YANG BERISTERIKAN WANITA SOLEHAH HAJAH ROSMAH.
No comments:
Post a Comment