Tuesday, 6 December 2011

HJ NAJIB RAZAK KALAU GAGAL TUNJUKKAN BUKTI DAP AKAN PINDA PERLEMBAGAAN MUNGKIN AKAN BUBARKAN KONSEP 1M'SIA!!!


Guan Eng minta Najib tunjuk bukti, jika tidak kuburkan 1 Malaysia


Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan bukti bahawa orang bukan Melayu cuba mahu meminda Perlembagaan Persekutuan dan jika tidak, harus menguburkan sahaja gagasan 1 Malaysia, kata Lim Guan Eng hari ini.
Setiausaha Agung DAP berkata, Najib selaku perdana menteri dan presiden Umno telah mengejutkan seluruh negara apabila semalam memainkan sentimen perkauman terhadap orang bukan Melayu dalam ucapannya pada majlis Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Katanya, Najib harus menyelamatkan konsep 1 Malaysia dengan membuat lima komitmen penting iaitu mendahulukan Malaysia sebelum kaum, rakyat Malaysia berhak untuk menikmati hak asasi dan masyarakat sivil, peluang saksama harus diberi kepada semua, keluhuran undang-undang di mana yang dipentingkan adalah apa yang diketahui dan bukan siapa yang dikenali dan harus membina masyarakat yang berintegriti dan cerdik untuk mencapai ekonomi pendapatan tinggi dan berasaskan pengetahuan.
Semalam Najib berkata, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang mengamalkan sikap perkauman malah sanggup berkongsi kuasa dan adil kepada bangsa lain di negara ini.
Perdana Menteri berkata orang Melayu sentiasa mengamalkan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dan sanggup menghulurkan tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatupadu dan lebih makmur.
“Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu.
“Perkara-perkara ini kita akan pertahankan,” katanya.
“Adakah dengan memainkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu dan melaungkan diri sebagai pembela bangsa itu memberi hak kepada Umno untuk melibatkan diri dalam skandal RM250 juta ‘lembu dan kondo’ melalui syarikat keluarga seorang menteri persekutuan Umno?” kata beliau dalam satu kenyataan.
Lim juga berkata, adakah dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu itu membolehkan skandal RM13 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang atau pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion?
“Masa sudah tiba untuk berjuang untuk aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama. DAP menolak politik diskriminasi Umno yang berkeras dengan konsep Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.
“DAP juga mengecam Umno dan sekutunya kerana melayan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan ideologi perkaumannya sebagai pengkhianat dan musuh orang Melayu,” katanya lagi.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, rakyat tidak boleh membenarkan UMNO merampas Perlembagaan Persekutuan untuk memecahbelahkan rakyat dengan perasaan permusuhan dan kebencian, dan juga untuk menjadikan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia sebagai satu tindakan yang salah.
“Umno selalu memetik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan untuk mewajarkan agenda perkauman mereka. Namun demikian, Umno selalunya gagal menyebut bahawa Artikel 153 juga mempertahankan kepentingan-kepentingan sah komuniti-komuniti lain,” katanya lagi.
Mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan juga, kata Lim, menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan artikel itu.
“Dalam erti kata lain, Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan konsep ‘Malaysia dahulu’ dan bukan kemudian!” katanya........

KEBENARAN ITU PAHIT.....KEADILAN ITU PERIT.....PERJUANGAN ITU SAKIT....RAKYAT BENCI UMNO....ANAK-ANAK MUDA MELOYA TENGOK UMNO.. UMNO PARTI POYO....UMNO IS DEAD...PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...