Tuesday, 20 December 2011

PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL PADA PRU 13.. SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!



SPR setuju dakwat kekal, undi awal
Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal 'silver nitrate' pada pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.
Beliau berkata dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum ke-12.

azlanEnggan memaklumkan sumber negara ia diimport, dakwat kekal itu didakwa digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar. 'Pengundian Awal' akan diperkenalkan pada pilihan raya umum kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
Undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya, kesemua perkara berkenaan adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.... 

PERSOALANNYA....dulu masa pembatalan penggunaan dakwat kekal pada PRU 12 yang lalu walau pun beriya-iya bersetuju dan memperakui adalah bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.. 

Kini alasan itu tidak lagi berbunyi sedangkan perlembagaan sedikit pun tidak dipinda...

Membuktikan PRU 12 yang lalu, rakyat secara terang ditipu bulat-bulat...

2) mengapa perlu anak isteri anggoa polis dan tentera dikategorikan sebagai pengundi pos?.. 

Mereka bukannya anggota yang bertugas semasa PRU diadakan...

Majoriti adalah suri rumah tangga sepenuh masa atau pun bertugas di Jabatan-Jabatan Kerajaan atau swasta...seperti rakyat yang bekerja juga.. 

Mereka sepatutnya diletakkan dalam kelompok pengundi biasa...tak kan itu pun SPR tak de akal nak fikir...

Semacam nak kawal undi para isteri anggota polis dan tentera pasti pergi ke UMNO/BN...

Kalau ini buka cara nak menipu nak dipanggil apa?.. perdaya?...

3) Sekarang ini pun undi pos dijalankan lebih awal dari undian biasa...2 atau 3 hari lebih awal...

Yang dituntut oleh rakyat ialah mengundi cara orang awam...tak perlu mengisi borang dan undian dimasukan kedalam sampul surat dan lepas itu kertas undi yang bersampul dimasukkan kedalam karung dan bukannya peti undi...

Pengiraan pula dilakukan pada hari penutup pengundian.. 

Sepatutnya dilakukan pada hari tamatnya tempoh undi pos didepan semua wakil calon...

4) Mana pergi dakwat kekal PRU 12 lalu...dakwat kekal sampai bila tarikh pupusnya?...

Akhirnya yang membuat untung ialah pembekal dakwat kekal yang pasti diberikan kontraknya kepada kroni...

harga akan dilonjakkan berkali-kali ganda...

AKHIR KATA YANG UNTUNG ADALAH KRONI UMNO DAN YANG RUGI ADALAH RAKYAT... KAUM KERABAT DAN KRONINYA AKAN BUAT DUIT SEBANYAK MUNGKIN SEBELUM HILANG KUASA.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...