Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin baru-baru ini menyeru secara terbuka agar Umno menjadi parti yang progresif dan liberal. Seruan ini amat penting. Khairy sendiri mungkin perlu berusaha lebih keras dan deras untuk mengejar di belakang status Dato Saifuddin Abdullah yang kelihatan mendahului kelompok progresif dalam parti. Umno sememangnya dan sepatutnya memerlukan lebih ramai pemimpin yang berfikiran progresif yang kini ketandusan mereka yang berada dikelompok itu. Walaupun Khairy belum lagi sampai ke taraf Saifuddin, namun beliau tetap kelihatan ada potensi. Dan secara ikhlas dan jujur ramai rakyat kita mengharapkan Khairy akan sampai ke situ secepat mungkin.
Di kalangan pemimpin Ahli Majlis Tertinggi Umno, Saifuddin nampaknya dianggap konsisten menyeru ke arah penambahbaikan. Beberapa cadangan yang beliau utarakan memang bagus, dan beliau terus istiqamah walaupun menghadapi cabaran dari dalam parti sendiri, terutamanya dari kalangan cybertroopers pro-Umno.
Minggu lepas Saifuddin ada mengeluarkan kenyataan yang amat berterus terang. Beliau mengatakan bahawa dalam Umno ada tiga kumpulan. Kumpulan pertama sentiasa mahukan perubahan dan mereka tidak bergantung kepada kemahuan Perdana Menteri. Kumpulan kedua juga mahukan perubahan tetapi komitmen mereka bergantung kepada kata Perdana Menteri. Kumpulan ketiga pula tidak mahukan perubahan besar kerana mereka selesa dengan status quo.
Menurut beliau, malangnya kumpulan ketiga adalah kumpulan terbesar dalam Umno hari ini. Mereka ini digelar sebagai yang beraliran keras atau lebih tepatnya aliran kepala batu. Pandangan Saifuddin itu memang ada betulnya. Dan golongan aliran keras @ kepala batu inilah musuh Hj Najib paling besar.
Sebagai pandangan jujur dan ikhlas, elok kiranya agar golongan progresif dalam Umno melihat pengalaman dalam PAS. Kelompok progresif dalam PAS kini telah berjaya memegang pelbagai jawatan tinggi dalam parti itu dan sekarang mereka memainkan peranan penting mencorakkan dasar parti. Mereka memulakan usaha tajdid telah lama, sekurang-kurangnya sedekad yang lalu, dan hasilnya hanya mula dirasakan sekarang. Laluan mereka dalam membawa perubahan pula penuh ranjau dan duri. Ramai yang dituduh tidak setia atau tidak wala’ dengan perjuangan asal parti. Pengajarannya, jika benar mahukan perubahan, maka golongan progresif dalam Umno perlu mempunyai stamina dan tahap istiqamah serta iktizam yang lebih tinggi atau paling tidak pun hampir-hampir sama.
Berbalik kepada Umno. Banyak idea-idea romantis yang telah Hj Najib cadangkan sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Slogan 1Malaysia merupakan satu idea yang agak bagus. Memanglah ideal jika kita tidak perlu lagi mengingatkan bahawa negara ini adalah milik semua. Tetapi hakikatnya masih ada segelintir pihak yang suka memecahbelahkan rakyat. Maka slogan ini akhir menjadi satu slogan retorik kosong yang layak dibakul sampahkan.
Model Baru Ekonomi juga mengandungi banyak idea-idea bernas, terutama dalam bahagian pertama yang dilancarkan oleh Hj Najib pada bulan Mac 2010. Selepas berdekad-dekad kita hidup dengan campurtangan kerajaan dalam ekonomi, maka amat baik sekali kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang bercakap mengenai keperluan liberalisasi.
Dan setelah sekian lama kita hidup dengan pelbagai undang-undang yang mencengkam, sudah pasti ramai aktivis kebebasan sivil yang gembira apabila mendengar pengumuman Hj Najib pada malam Hari Malaysia yang lalu. Para aktivis tersebut telah berjuang sekian lama menentang kezaliman ISA serta lain-lain undang-undang yang menyekat kebebasan rakyat, dan akhirnya Hj Najib menyahut seruan mereka.
Tetapi golongan aliran keras kepala batu dalam Umno kelihatan berterusan mahu menentang dan menewaskan Najib. Atau, paling tidak, mereka mencipta pelbagai ranjau di sepanjang jalan transformasi yang Hj Najib lakarkan. Diperturunkan beberapa contoh.
Tatkala Hj Najib bercakap mengenai kesatuan, ada orang Umno, termasuklah yang berjawatan tinggi, tanpa teragak-agak menggunakan bangsa dan agama untuk membawa perpecahan, termasuklah dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini. Mereka mengulang-ulang tuduhan bahawa orang bukan Melayu, terutamanya dalam DAP, akan menggugat institusi raja, menghancurkan Islam dan merobekkan Bahasa Melayu. Semua ini jelas bertujuan untuk mewujudkan suasana berpecah “kita lawan mereka” dalam negara ini.
Ketika Hj Najib bercakap mengenai pentingnya kita mewujudkan ekonomi liberal yang lebih kompetitif, ada orang Umno yang vokal menggerakkan NGO untuk merosakkan perancangan Hj Najib itu. Mungkin antara kemenangan besar orang-orang Umno ini ialah mereka dapat memaksa Hj Najib mewujudkan agensi-agensi yang tidak wujud dalam perancangan awal transformasi ekonomi negara. Badan seperti TERAJU dan juga unit memantau kepentingan Bumiputera dalam MRT Corp adalah dua contoh, yang mana mereka ini akan menyebabkan dasar tindakan afirmatif yang tidak liberal berterusan menular dalam ekonomi kita.
Dan tatkala Hj Najib kelihatan radikal dalam mengumumkan transformasi undang-undang, radikalisme itu jelas sekali tidak turun ke bawah ke peringkat jentera parti. Kerana itulah kita kini mendengar dan melihat beberapa pemimpin Umno mempertahankan sekatan-sekatan yang ada dalam Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibawa ke Dewan Rakyat penghujung bulan lepas.
Apa yang boleh kita lihat ialah wujudnya satu jurang yang semakin membesar dan melebar antara Hj Najib dan Umno. Walaupun Hj Najib dilihat sebagai kononnya bersungguh-sungguh mengutarakan idea-idea progresif dan dinamik, namun Umno kelihatan amat berat hati untuk mengikut halatuju Hj Najib. Umno dan Hj Najib kelihatan seperti dua entiti yang berbeza yang berlawan antara satu sama lain.
Bagi rakyat keseluruhannya perlawanan antara Hj Najib dan Umno ini adalah lebih menarik untuk diperhatikan. Siapa yang menang dan kecundang tidak menjadi perhitungan. Realitinya rakyat hanya maukan kedua-dua entiti ini kecundang tersungkur rebah pada PRU 13 nanti...KEBENARAN ITU PAHIT... KEADILAN ITU PERIT... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO.. ANAK-ANAK MUDA MELOYA PADA UMNO... UMNO PARTI POYO... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN
No comments:
Post a Comment