Para pemimpin Umno mengajak masyarakat Melayu terutama ahli-ahli,pendokong dan penyokongnya untuk membenci dan mengganas, kita semua telahpun merasai dan tersinggung dengan sikap Umno yang semakin tidak bertanggungjawab ini.
Umno selama ini tidak mahu masyarakat Melayu bersatu dengan kaum-kaum lain seperti, Cina, India, Kadazan, Serani, Siam, Dayak, Iban, Orang Asli dan sebagainya untuk memantapkan lagi perpaduan di negara ini.
Bagi Umno, jika sekiranya perpaduan di negara ini dapat dimantapkan dengan sepenuhnya, parti tersebut akan kehilangan kuasa dengan lebih cepat.
Justeru daripada itu, Umno akan senantiasa mengacau bilau perpaduan di negara ini agar ianya dapat bertahan. Selagi ada Umno, masyarakat Melayu akan terus diasingkan daripada arus perpaduan dan pembangunan negara.
Selagi ada Umno matlamat negara ini untuk maju ke hadapan akan hanya tinggal angan-angan semata-mata kerana kesemua bentuk faedah yang dikecapi akan dikaut terus masuk terus ke kocek para pemimpin mereka.
Kalau tidak, kenapa sehingga kini, masih ada di kalangan masyarakat Melayu yang terus hidup melarat, miskin, buta huruf, ketinggalan di dalam arus pembangunan dan sebagainya? Layakkah Umno untuk terus “mewakili” orang-orang Melayu?....KEBENARAN ITU PAHIT...KEADILAN ITU PERIT...PERJUANGAN ITU SAKIT...RAKYAT BENCI UMNO...UMNO IS DEAD...PR GANTI BN
No comments:
Post a Comment