Monday, 5 December 2011

DESAK SHAHRIZAT LETAK JAWATAN UNTUK MEMBERI RUANG DAN PELUANG RAJA NONG CHIK BERTANDING DILEMBAH PANTAI????


ADA LEMBU DISEBALIK KONDOMINIUM MEWAH
Bila seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya, maka kita perlu melihat dari sudut "ada makna" akan desakkan tersebut. Desakkan yang bermotifkan politik kepentingan kawan baik untuk kepentingan peribadi dan kroni. Ada lembu disebalik kondominium mewah.

Akhbar 
Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.azlan“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik 
Sinar Harian.

Sekiranya Shahrizat meletakkan jawatanya sebagai Menteri Kabinet siapakah yang dapat keuntungan kalau bukan Menteri ikut pintu belakang serupa Shahrizat juga, Raja Nong Chik Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai, kawasan parlimen yang dilihat menjadi rebutan antara dua personaliti ini. Shahrizat dilihat sebagai penghalang cita-cita Raja Nong Chik untuk bertading mewakili Umno pada PRU 13 nanti dipercayai akan berdepan dengan inkumben yang cukup popular dikalangan warga Lembah Pantai YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walau peluang untuk Raja Nong Chik menang dikira amat tipis namun sebagai mewakili Umno di kawasan parlimen yang dikuasai Pakatan Rakyat kuasa mengawal dana yang melimpah ruah sudah pasti menjadi idamannya.

Kenyataan Syed Ali menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur adalah alasan untuk melindungi niat dan nawaitunya yang sebenar.

Mustahil Shahrizat tidak boleh menghidu dan merasai denyutan nadi rakyat yang naik berang dan muak dengan cara beliau menagani isu ini. Setakat mesingsing lengan baju dan gertakkan nak selak kain bukan cara penyelesaian yang mampu menyakin dan menyejukkan hati rakyat. Dia harus sedar "sokongan" perwakilan wanita termasuk para exconya adalah "superficial". Sokongan sekadar memberi muka demi menutup aib dan kelemahan wanita Umno pimpinan beliau. Sama ada Shahrizat meletakkan  jawatan sebagai menteri kabinet atau tidak, tidak menjadi hal kapada Pakatan Rakyat. Isu ini saja sudah cukup untuk mengusir keluar Umno dari singgahsana Putrajaya. Bersiap siagalah wahai Hj Najib untuk menjadi Ketua Pembangkang pula.....KEBENARAN ITU PAHIT....KEADILAN ITU PAHIT.....PERJUANGAN ITU SAKIT....RAKYAT BENCI UMNO... ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO... UMNO PARTI POYO.. UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

1 comment:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...