Dalam Perak, sudah ada isyarat dan mesej yang amat kuat bahawa Zambry akan tetap disingkirkan sekiranya BN "menang "di Perak PRU 13 nanti
Zambry telah dituduh mengasingkan tanah untuk kroni-kroni Umno dan telah sekali lagi membentangkan defisit dalam bajet Perak dengan mencadangkan RM915 juta untuk menghasilkan sesuatu yang memberi pulangan berdasarkan “ramalan” dan “andaian” serta "asumpsi" semata-mata yang berjumlah RM865 juta.
Media BN melabelkan ia sebagai bajet kononnya memberi senyuman kepada rakyat Perak, akan tetapi, ramai warga Perak takut Zambry dan Umno akan membelanjakan lebih banyak kerana rasa cuak dan gerun menyelubingi mereka yang Umno/BN kalah kepada Pakatan Rakyat sekali lagi dalam pilihanraya umum 13 ini.
Zambry juga dilihat sebagai tidak dapat menyatukan negeri itu setelah tragedi rampasan kuasa secara biadap dan haram dengan persidangan dewan sangat dikawal ketat sehinggakan perdebatan terpaksa dihentikan. Sememangnya, beliau telah melawan api sekali lagi dan bukan hanya dengan Pakatan Rakyat tetapi juga dengan rakan-rakan Umno beliau yang tidak suka kepada sikap angkuh dan sombong beliau.
Sudah ada suara-suara sumbang yang mahukan Tajol Rosli, bekas MB Perak untuk menjadi MB semula sekiranya BN menang.
Juga ada cakap-cakap bahawa Zahid Hamidi, menteri pertahanan akan diletakkan di Perak sebagai Menteri Besar dalam usaha Hj Najib menyekat kejatuhan kerajaan haram Umno Perak.
Seorang lagi calon adalah Menteri Kewangan Kedua, Husni Mohamad Hanadzlah, yang dikatakan rapat dengan Hj Najib. Apa pun yang pasti bukan Zambry yang akan terus menjadi MB Perak. Bukan kerana tidak disukai dan mendapat restu Hj Najib sebagai Presiden Umno tetapi gagal memperoleh mandat dan amanah dari rakyat Perak..
KEBENARAN ITU PAHIT....KEADILAN ITU PERIT....PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI UMNO.. ANAK-ANAK MUDA MELOYA LIHAT UMNO.. UMNO PARTI POYO... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN
No comments:
Post a Comment