Kini merupakan fenomena yang luar biasa yang mana DAP setiap hari mendapat publisiti yang meluas dari media massa bahasa Melayu kawalan UMNO. Jika dahulu musuh mereka nombor satu ialah PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tumpuan mereka lebih teralih kepada DAP.
Jika kita mengamati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang paling banyak dihentam dan diberi publisiti (walau pun negatif) ialah DAP. Bukannya dalam kadar yang sedikit liputannya, tetapi bermuka-muka surat setiap hari.
Lim Guan Eng dan Tony Pua merupakan antara yang tokoh-tokoh DAP paling popular di akhbar tersebut. Setiap hari ada ada saja tentang beliau. Orang Melayu yang tidak pernah mendengar DAP atau nama-nama pemimpinnya kini sudah tahu siapa mereka.
Hingga saat ini dalam Perhimpunan Agung UMNO pun, DAP yang paling banyak disebut. Para perwakilan UMNO tidak perlu buat kajian atau persediaan untuk berucap; cukup sekadar membuat tuduhan liar dan fitnah seperti ‘DAP parti rasis’, ‘ejen kristianisasi’, ‘anti- Raja’, ‘anti-Melayu’, ‘semua penyokong DAP adalah bangsat!’.
Itulah antara yang dilaungkan di PWTC ketika ini. Hinggakan ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pun menyebut ‘DAP’ lebih 60 kali. Sememangnya, jika anda menyebut DAP kepada orang UMNO, andalah yang paling ‘cool’.
Apa yang mereka buat ialah hentam DAP habis-habisan. Benar atau tidak, itu tidak penting. Lagi pun jika orang nombor dua parti sudah memaki-hamun DAP, tentulah yang di bawah lebih terhegeh-hegeh mahu membodek bos mereka.
Jadi, mengapa DAP ditakuti oleh UMNO?
Terlalu kerap difitnah, orang ingin tahu sebab difitnah
DAP merupakan antara parti masyarakat majmuk yang paling lama wujud di Malaysia. Sejak dari awal penubuhannya sudah terdapat ahli dan calon Melayu dalam parti.
Menyedari hakikat ini, UMNO dari awal lagi melabel DAP sebagai parti cauvanis Cina dan komunis kerana ia memang berniat mahu orang Melayu melihat DAP sebagai sebuah parti yang mahu menghancurkan orang Melayu.
Menurut propagandis UMNO, itulah pendirian dan tujuan asal DAP – semata-mata mahu menghancurkan Melayu. Berjaya juga propaganda itu sepanjang tahun-tahun 1970-an hingga 1990-an.
Namun apa yang jelas, sekarang propaganda fitnah besar-besaran ini bagaikan menetak kaki sendiri kerana lebih ramai pula orang Melayu mahu menyertai DAP sejak akhir-akhir ini.
Barangkali itu mungkin kesan terbalik daripada fitnah. Bagaikan gerakan anti-Islam yang memburuk-burukkan Islam, tetapi semakin teruk difitnah, semakin ramai orang ingin mengetahui mengenai Islam, dan akhirnya ramai pula memeluk Islam setelah mengetahui perkara yang sebenar.
Seperti mana mangsa fitnah yang lain, semakin banyak fitnah dilontarkan kepada DAP, semakin ramai orang ingin mencari kebenaran. Itu hakikat di mana-mana pun, dan itu juga merupakan sebab utama media alternatif meletup hebat.
Semuanya kerana orang ingin mencari kebenaran, iaitu selain ‘kebenaran’ yang disiarkan dalam akhbar harian atau ditayangkan oleh TV3 dan RTM.
Demokrasi sosial untuk semua kaum, agama
Jika orang mencari kebenaran tentang DAP, mereka akan dapati bahawa di sebalik segala fitnah, DAP merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan sesuatu yang baik. Ia merupakan sebuah parti demokrat sosial yang percaya pada sebuah sistem ekonomi terbuka yang menyediakan jaring keselamatan untuk rakyat berpendapatan rendah.
DAP juga sebuah parti yang berunsurkan nilai-nilai sosial di mana kebajikan masyarakat menjadi agenda paling utama. Oleh itu, ia sentiasa menjaga dan mengutamakan kebajikan masyarakat terutamanya mereka yang miskin dan tertindas oleh sistem.
Kalau dulu siapa pun tidak percaya dengan hasrat murni DAP, kini ia sudah memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan negeri Selangor. Rakyat kini boleh melihat sendiri kejayaan hebat di negeri-negeri Pakatan apabila rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dapat dibenteras.
Kita lihat sahaja di Pulau Pinang di mana ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah membasmikan secara keseluruhan kemiskinan tegar di negeri tersebut. Ya, anda membaca dengan tepat. MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR SECARA 100 peratus, dan kerajaan Pakatan Pulau Pinang kini merancang untuk membasmi kemiskinan keseluruhan pula di negeri tersebut menjelang 2015.
Ini hasil pegangan DAP kepada ideologi demokrasi sosial yang baik dalam mengutamakan rakyat. Ramai Melayu yang telah menyertai DAP atas keadilan ideologi demokrasi sosial, malah ideology ini dengan jelas menolak komunisme, kerana ia menerima kehadiran pasaran terbuka dengan jaminan bahawa pekerja dan rakyat sentiasa dijaga.
Mana-mana orang Melayu yang mencari kebenaran tentang DAP akan tertarik dengan ideologi ini, terutama setelah sedar bahawa parti itu bukan komunis dan bukan untuk mana-mana kaum. Ia adalah parti bukan kaum yang memperjuangkan hak untuk semua kaum.
Hanya mereka yang terikat dengan minda perkauman akan kekal dengan prejudis yang telah ditanam kepada mereka oleh UMNO.
UMNO yang tiada hujah atau jawapan kepada alternatif yang ditawarkan oleh DAP, telah mengambil jalan mudah – apabila gagal berhujah, tuduh dan tohmah sahaja lawan politik. Kerana para pemimpin UMNO gagal berhujah secara intelektual, mereka memilih untuk membakar emosi perkauman dengan membuat fitnah semata-mata untuk menakutkan orang Melayu supaya tidak berani mencari kebenaran.
Malah, isi kandungan fitnah itu tidak banyak beza dengan yang dicanangkan pada akhir tahun-tahun 1960-an dulu. Yang berbeza hanyalah zaman dulu tidak ada telefon bimbit, sms, internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya.
DAP adalah segalanya yang bukan UMNO
Jika UMNO sebuah parti untuk satu kaum sahaja, DAP pula sebuah parti pelbagai kaum. Jika UMNO parti kronisme dan korupsi, DAP merupakan parti CAT (Cekap, Akauntabel, Telus). Jika UMNO parti mencari kekayaan individu, DAP parti yang memperkayakan rakyat dengan dasar demokrasi sosial. Jika orang muda tidak boleh bersuara dalam UMNO, dalam DAP orang mudalah menjadi tunjang.
Perbezaan DAP dan UMNO ini bagai langit dan bumi. Dan konsep inilah yang boleh menggoncangkan dunia realiti UMNO dan negara.
Jika pengasas UMNO Onn Jaafar mempunyai wawasan parti berbilang kaum, UMNO telah terus menghalau beliau keluar parti. Persoalannya, mengapa tidak boleh? Mengapa orang Melayu harus ditakutkan kepada sebuah parti politik yang berbilang bangsanya?
Walau pun dalam realiti politik Malaysia pada hari ini ramai mengganggapnya tidak realistik kerana dasar pecah dan perintah penjajah British dan BN, jika pada satu hari kita boleh meruntuhkan tembok perkauman dan segalanya berbeza tentang kita, bukankah ini satu impian yang dapat dicapai?
Kita harus berimpian bahawa satu hari nanti api perkauman UMNO dapat dipadamkan dan kita nyalakan api semangat anak Malaysia untuk mengangkat tamadun sebuah bangsa (nation) Malaysia yang mana kita 100 peratus bebas daripada kebencian kaum.
Segala yang buruk tentang UMNO
Dalam Perhimpunan Agung UMNO ini, kita dapat melihat segalanya yang buruk tentang UMNO. Yang paling jelas, untuk mereka terus kekal relevan, pemimpin mereka hanya tahu membakar api kebencian kaum.
Yang mereka tidak nampak ialah peracunan minda orang Melayu inilah yang akan membinasakan Melayu sendiri. Ini adalah kerana fitnah mereka terhadap DAP sudah terlajak kepada memburukkan kaum lain, terutama Cina dan India (contohnya kata-kata “semua penyokong DAP adalah bangsat”).
Tanpa kebencian memupuk kebencian terhadap kaum lain, pemimpin UMNO tiada modal lain kecuali mengajak Melayu sahaja untuk terlibat dalam politik mereka.
Tetapi semakin ramai orang Melayu sedar bahawa UMNO tidak semestinya Melayu. Anti-UMNO tidak pernah sama dengan anti-Melayu. Itulah mitos selama ini yang cuba ditonjolkan UMNO, bahawa UMNO = Melayu.
Oleh kerana itu, melalui media massa yang mereka kuasai, para pemimpin UMNO cuba menunjukkan bahawa kritikan terhadap korupsi dan salah guna kuasa UMNO adalah serangan terhadap Melayu; dan serangan terhadap syarikat ternak lembu yang diberi wang oleh kerajaan kepada satu keluarga Menteri tetapi gagal mencapai matlamat, sebaliknya membeli kondominium dan kereta mewah pula, itu dianggap sebagai serangan terhadap UMNO dan hak Melayu.
Yang jelas, UMNO semakin takut kepada DAP kerana bersih, adil dan saksamanya DAP itu, selain urus tadbir CAT, secara terbuka mendedahkan kelemahan dan kepincangan sistem UMNO.
Dan jika Melayu akhirnya menerima dasar-dasar dan amalan DAP (walau pun tanpa perlu menyertai DAP), maka UMNO tidak akan relevan lagi buat selama-lamanya. Itulah mengapa UMNO amat takutkan DAP. Itulah sebabnya DAP menjadi mangsa fitnah setiap hari........KEBENARAN ITU PAHIT.....KEADILAN ITU PERIT....PERJUANGAN ITU SAKIT.....RAKYAT BENCI UMNO...ANAK-ANAK MUDA BERSAMA-SAMA DENGAN PAKATAN RAKYAT....UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

Kerja yang dibuat oleh perutusan meloya dan pemberita menghairankan lebih kurang sama dengan media barat yag menghentam Islam selepas 9/11 di US. orang bertanya-tanya mengapa Islam itu ganas, mengapa Islam suka berperang. Orang berakal tidak mudah terpengaruh. Mereka selidik, kaji, cari maklumat pro dan kontra. Hasilnya berbondong-bondong yang masuk Islam dan ternyata sekali media mereka menipu. Begitulah kisah parti-parti yang menentang umporno dinegeri pasir dua butir. Ahli-ahli bertambah dan sokongan meningkat. Secara lansung parti lawan dipromote oleh mereka sendiri.
ReplyDeletehihihi ini tulisan omak ambik dr mana yg pro DAP ni
ReplyDeletesekarang omak sudah insaf, sudah jadi umnuuu