Thursday, 31 July 2014

SEORANG LELAKI CEDERA PARAH DAN PELURU MASIH MELEKAT DI KEPALA KENA TEMBAKAN RAMBANG DARI PISTOL ANGIN.



Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas kereta dinaikinya ditembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Pemandu, Qumeyza Iqbal Arif Sulaiman, 28, berkata beliau mendengar bunyi kuat dan menyangka ia adalah dentuman mercun yang dibakar berhampiran kenderaannya.

Pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang.

“Sejurus mendengar letupan di bahagian kiri belakang kereta, abang ipar saya, Mohd Syukur Shafie, 31, tidak sedarkan diri ekoran terkena peluru sesat daripada tembakan terbabit, di bahagian kiri kepala,” katanya.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Roslan Radzi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dengan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.

Katanya, pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang itu, dan pihaknya sudah melakukan tangkapan terhadap tiga individu lelaki untuk siasatan lanjut.

“Hasil daripada siasatan awal, tembakan itu dilepaskan oleh suspek tanpa sebarang motif dan hanya terdorong daripada perasaan suka-suka dan tidak bermotifkan dendam.

Dalam kejadian itu, Syukur dibawa ke Hospital Banting sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.

BILA KERETA AWAM ROSAK POLIS DATANG MEMBANTU MENOLAK .. BILA KERETA SENDIRI ROSAK TIADA SIAPA YANG SUDI DATANG MEMBANTU.


Tiada kata yang dapat diungkapan hanya sekadar rasa sedih dan sayu apabila rakyat hanya pandang tanpa menghulurkan bantuan.

Perlu perubahan sikap.
.. macai-macai UMNO, PERKASA, JATI, PPIM dan ISMA cakap jer besar berdegar tetapi nak hulur bantuan jauh panggang dari api.

Ubah sikap dari pemerhati menjadi ejen pemberi kudrat dan khidmat.

Wednesday, 30 July 2014

MUFTI SABAH MENGELUARKAN FATWA BAHAWA TARIAN/SENAMAN ZUMBA PUTERI UMNO MALAYSIA ADALAH HARAM!!!!!


Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah bersidang pada 15-17 April 2014 telah bersetuju membuat keputusan berikut :-

"Orang Islam adalah haram dan dilarang untuk melibatkan diri di dalam senam/tarian Zumba yang jelas mengandungi unsue-unsur yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam seperti percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian yang menjolok mata, pendedahan aurat, elemen erotik di dalam tarian, persembahan muzik yang keterlaluan serta tidak menepati Garis Panduan Sukan Menurut Perspektif Islam"

Jadi Tarian Zumba Kebangsaan yang dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin sempena PRK Kajang pada 11hb April 2014 jelas haram dan dilarang oleh Agama Islam.


Apa komen ISMA, JATI, PERKASA, PPIM, Ulama Muda UMNO Sedunia???????

3 FOTO BERATUS MAT REMPIT MEREMPIT SELEPAS SOLAT SUNAT AIDIL FITRI.


Lokasi:- Durian Burung, Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, Terengganu.

Beratus Samseng Jalanraya melakukan rempit dijalanraya sebaik sahaja selesai solat sunat Aidil Fitri 1435H telah menjadi perbualan hangat penduduk Kuala Terengganu .

Mereka berkumpul secara beramai sehingga menutup laluan jalan pada kenderaan lain.

Perbuatan biada ini telah berjaya dirakam dan mohon agar PDRM ambil tindakan segera.

Nak tanya kepada Pemuda UMNO, JATI, Perkasa dan ISMA .. adakah kalian menyokong tindakan liar para pemuda Melayu ini?????


GELAGAT BIADAP FARISH AZIZ BERSELFIE ATAS KUBUR DIKUTUK KERAS OLEH RAKYAT DAN DIFATWAKAN HARAM OLEH MUFTI PERAK.



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.

“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.

“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya  boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal  dilaksanakan sempena sambutan hari raya.

“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.

“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.

ZAID IBRAHIM BERKATA UMAT ISLAM MUNDUR SEBAB HARAMKAN LELAKI DAN PEREMPUAN BERSALAMAN ... BETUL KE???

Heboh kini satu tweet dari akaun kepunyaan Zaid Ibrahim berbunyi .. Bersalam lelaki perempuan haram. Patut lah umat Islam mundur .

Betul ke apa yang dinyatakan ini? .. Adakah ini akaun twitter sebenar Zaid Ibrahim? Jika benar maka penjelasan terperinci harus diberikan mengapa boleh beliau berkata sedemikian .. Jika bukan maka perlu beliau buat laporan polis kerana ada pihak lain berniat jahat mau menjatuhkan nama baiknya dengan serangan fitnah jahat ini kerana tweet ini sudah pun mulai tersebar dialam maya.


Menyentuh wanita bukan mahram; bersalam, tepuk bahu, jentik telinga, apatah lagi memegang, memeluk dan sebagainya, ia merupakan perbuatan yang haram. Tidak kira kita bersalam dengan pemimpin atau orang bawahan, rakyat bersalam dengan pemimpin, pemimpin bersalam dengan rakyat.


Perkara ini perlu difahami, ia datang dari syariat. Ia adalah perkara agama. Ia bukan perkara di mana jika masuk parti A boleh salam, masuk parti B tidak boleh salam. Ia bukan sekejap boleh dan sekejap tidak boleh. Ini adalah perkara agama dan ia mesti dipraktikkan pada setiap masa dan keadaan.


Ini bukan jumud dan ini bukan ekstrim, tetapi ini adalah prinsip Islam.

Pertama, kerana dalilnya jelas.


Dalam hadis Aisyah RA, diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim,

قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». وَلاَ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ. غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلاَمِ – قَالَتْ عَائِشَةُ – وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلاَّ بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ « قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». كَلاَمًا.
“Aisyah berkata, “Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini, maka ia telah diuji.” Rasulullah SAW sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian, “Kalian boleh pergi kerana aku sudah membai’at kalian”. Namun demi Allah, beliau sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun. Beliau hanya membaiat para wanita dengan ucapan beliau. ‘Aisyah berkata, “Rasulullah SAW tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau tidaklah pernah menyentuh tangan mereka.  Ketika baiat, beliau hanya membaiat dengan berkata, “Aku telah membaiat kalian dengan perkataan.”
Bahkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas RA dengan sanad yang sahih, sabda Nabi SAW,
إِنِّي لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ، إِنَّمَا قَوْلِي لـِمِائَةِ امْرَأَةٍ كَقَوْلِي لِامْرَأَةٍ وَاحِدَةٍ
“Sesungguhnya aku tidak sama sekali berjabat tangan dengan kaum wanita. Hanyalah ucapanku kepada seratus wanita seperti ucapanku kepada seorang wanita.” (riwayat Mali, An-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisa` dari As-Sunan Al-Kubra, At-Tirmidzi, dll. Lihat Ash-Shahihah no. 529)
Begitu juga kata Nabi SAW,
لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (riwayat Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)
Pada hari ini ramai di kalangan umat Islam mengambil mudah hal ini. Itu tiga hadis yang saya bawakan dan banyak lagi hadis-hadis yang lain dan saya tidak bermaksud untuk menceritakan kesemuanya.

Kedua, perempuan itu aurat.


Di dalam hadis Nabi SAW memerintahkan kita menundukkan mata dan pandangan. Kalau mata pun dilarang melihat, apatah lagi memegang. Dalam hadis yang masyhur, Jarir bin ‘Abdillah mengatakan,

سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِى أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِى
“Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (riwayat Muslim no. 2159)
Itu adalah asal hukumnya, jika melihat pun dilarang oleh Nabi, apatah lagi memegang.

Ketiga, tutup pintu dan jalan yang boleh membawa kepada kerosakan.


Ada di kalangan kita yang memberi alasan, aku bersalam dengan orang yang sudah tua, aku tidak ada apa-apa perasaan terhadapnya. Itu perasaan kita. Bagaimana dengan perasaan pihak yang satu lagi. Kita tidak boleh menganggap orang lain perasaannya sama dengan perasaan kita.


Pernah dengar atau tidak kes rogol nenek yang berusia lebih 70 tahun? Berlaku atau tidak? Perkara ini berlaku. Jadi Islam menyuruh umatnya menutup jalan-jalan dan ruang-ruang yang boleh membawa kepada kerosakan, dengan itu tidak boleh bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tidak kira sepupu, atau tinggal bersama sejak kecil seperti adik beradik, adik ipar atau sebagainya. Hukum tidak ditetapkan seperti itu.


Malah sepupu dan adik ipar sebenarnya lebih bahaya. Kata Nabi SAW,

الْحَمْوُ الْمَوْتُ
 “Al-Hamwu adalah maut.” (riwayat al-Bukhari)
Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani rhm dalam Fathul Bari menukilkan ucapan al-Imam an-Nawawi rhm berkata bahawa ahli bahasa sepakat bahwa al-hamwu adalah kerabat-kerabat suami, seperti ayah, pakcik, saudara lelaki, ipar, sepupu dan semisalnya.

Sebab apa demikian adalah apabila berlaku sesuatu isu contohnya adik ipar berkenan dengan abang ipar, bukan sahaja dari sudut hukum ianya jadi haram, bahkan dari sudut hubungan kekeluargaan akan rosak. Apa kata adik kepada abangnya jika hal sedemikian terjadi? Ia akan jadi isu besar dan memecah belahkan hubungan kekeluargaan.


Sebab itu Islam mengambil langkah berhati-hati dengan mengingatkan bahaya ipar sebagai maut, kerana mata dan perasaan manusia sangat bahaya. Kalau selalu melihat dan memandang, yang tidak elok akan kelihatan cantik, dan sebagainya.


Itu perkara dan hujah asas yang dibawa oleh Asy-Syaikh Muhammad Amin Al-Syanqithi. Adapun perkara keempat beliau turut menyebutkan dalam perbincangan yang panjang, iaitu hadis-hadis Ummu Sulaim dan juga hadis Ummu Haram di mana hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam 13 tempat di dalam kitab Sahihnya secara ringkas.


Hadis tersebut berkaitan Nabi SAW masuk ke dalam rumah Ummu Haram dan duduk dan tertidur di ribaannya sambil dia mencari kutu di kepala Nabi SAW. Ini antara hadis yang para ulama bahaskan dengan panjang.


Antara yang mengulasnya adalah Imam An-Nawawi, Ibn Hajar Al-Asqalani, mereka meletakkan pelbagai pendekatan dan mereka mengkritik pendekatan orang yang mengatakan ini khusus untuk Nabi SAW kerana mereka mengatakan Ummu Haram bukan mahram Nabi SAW.


Sedangkan Imam An-Nawawi, Ibnu Abdil Barr, Ibn Hajar Al-Asqalani, dan juga ilmuwan Islam yang datang sesudahnya bersependapat bahawasanya Ummu Haram ada hubungan kekeluargaan dengan Nabi SAW iaitu hubungan susuan. Telah menjadi kebiasaan masyarakat Arab pada ketika itu mempunyai ibu susuan.


Buktinya adalah para sahabat Nabi dan yang datang setelahnya tidak pernah mempersoalkan atau bertanya tentang perbuatan Nabi SAW. Tidak ada seorang pun sahabat Nabi yang bertanya mengapa Nabi masuk ke rumah wanita yang bukan mahram. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan sahabat dan ulama-ulama salaf setelah itu yang mengatakan perbuatan itu khusus untuk Nabi SAW.


Orang munafiq pada zaman Nabi SAW sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan Nabi SAW. Lihat apa yang mereka buat kepada Aisyah ketika Aisyah di dalam perjalanan bersama dengan seorang sahabat Nabi SAW, padahal mereka bukan berjalan sekali. Pun orang munafiq menuduhnya sebagai penzina.


Apatah lagi kalau Nabi SAW masuk ke rumah wanita yang bukan mahram. Ini peluang terbesar golongan munafiq untuk menuduh Nabi. Tetapi mereka tidak menggunakannya, bererti mereka telah mengetahui bahawa Nabi SAW ada hubungan susuan dengannya.


Jadi hadis itu tidak boleh digunapakai untuk mengharuskan lelaki dan wanita bukan mahram memandang atau menyentuh antara satu sama lain. Ini sama sekali tidak betul dan tidak benar kepada sesiapa pun.


Kenapa orang mendiamkan isu ini? Kerana ada pemimpin parti masing-masing yang melakukannya, maka tidak ada siapa yang berani bersuara tentangnya. Ini adalah hukum Islam dan kita bercakap di atas Islam bukan kerana kepentingan parti masing-masing. Ia adalah perbuatan yang haram dan sesiapa yang melakukannya harus memikirkannya kembali.


Elakkan dari bersalaman antara lelaki dan perempuan tidak kira siapa yang menghulurkan tangan terlebih dahulu. Dan tidak salah jika kita menolak dengan beradab dan bersopan. Kalian adalah generasi wasathiyah sekiranya kalian dapat mengelakkan perkara-perkara seperti itu. Pilihlah jalan yang paling selamat. copy& paste


Tuesday, 29 July 2014

2 FOTO ... JANGAN TIDAK PERCAYA ... BALIK KAMPONG BERAYA NAIK HELIKOPTER???


Pergh!!!! Dahsyat sungguh kalau apa yang dikhabarkan ini benar .. sebab tidak sanggup berasak-asak dengan kesesakan lalulintas di jalanraya, maka ambil jalan alternatif dengan menaiki helikopter balik kampong untuk berhariya.

Dari satu sudut kira perlu diberikan tabik spring sebab berusaha bersungguh     untuk beraya dengan kedua ibu bapanya dikampong .. HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH.

Lokasi di Segamat Johor.



Sunday, 27 July 2014

SALAM LEBARAN AIDIL FITRI 1435H DARI ADUN KOTA ANGGERIK


Dalam kesempatan hari yang mulia ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1435H kepada semua saudara mara, sahabat handai dan kenalan.

Tidak lupa kepada semua rakyat di DUN Kota Anggerik khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.


Dalam kerendahan hati,ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri.

Kebenaran sejati tak pernah berubah,
Walau telah lama dimakan sejarah.
Mohon maafkan segala salah,
Semoga di hari raya hidup kita makin terarah.

Orang Yang Paling Mulia Adalah
Orang Yang Mau Memaafkan Kesalahan Orang Lain
Bersihkan Diri, Sucikan Hati di Hari Yang Fitri Ini.
Adalah menjadi niat dan hasrat saya agar semangat 1 Syawal yang bermula dengan saling bermaaf-maafan akan membuka hati rakyat semua untuk sama-sama berjuang dengan pimpinan Pakatan Rakyat ke arah Malaysia yang berjiwa rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, MINAL AIDIN WAL FAIDZIN.

EDISI AKU JANJI BN 2013 KANTOI MENIPU ... JANJI AKAN TURUNKAN KADAR TOL SECARA BERPERINGKAT HAKIKATNYA NAIK BERLIPAT KALI GANDA SECARA CEPAT!!!!



Kerajaan mengumumkan kadar baru tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar berkuat kuasa 1 Ogos nanti.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh dalam satu kenyataan berkata, kenaikan itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks itu.

Kadar tol baru arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

Kadar lama sejak Januari 2011 masing-masing adalah RM2.90, RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30


"Kadar tol baru di CIQ, BSI ini adalah bersesuaian dengan kemudahan dan perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna semasa melalui kompleks tersebut dari laluan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL)," katanya.

Menurut beliau, kutipan tol tersebut akan dibuat secara elektronik sepenuhnya bagi memastikan aliran trafik lancar.

Pengguna-pengguna yang tidak melalui CIQ itu tidak akan terkesan daripada kenaikan tol tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kadar baru itu hanya bersifat untuk mengawal jumlah kemasukan kenderaan sahaja.

"Apabila kita masuk ke Singapura pun, selain VEP kita juga kena bayar tol, masuk ke bandar pun kena lagi.

"Jadi penggunaan tol ini merupakan kaedah bagi mana-mana negara untuk mengawal penggunaan kenderaan yang semakin bertambah," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis penyerahan sumbangan sempena Aidilfitri di Pasir Gudang hari ini.

Kepada para penyokong, pentaksub, pengkagum, penyokong dan pencacai UMNO/BN .. masih lagi percaya akan kata-kata manis pemimpin UMNO/BN?????

Masih terlena dibuai mimpi dengan tabur janji pemimpin-pemimpin UMNO/BN????

Masih lagi mau menyokong UMNO/BN????

Kalau jawabnya Ya!!!! .. Nasihat ikhlas Omak Kau .. lebih baik berhenti dari menjadi manusia.

KOLEKSI FOTO KAK LONG CDM 25 DI KESAN BALIK KAMPONG BERHARI RAYA AIDIL FITRI.


Ini adalah gambar-gambar bukannya dijejaki tetapi dikesan dan terpandang didepan mata secara kebetulan... oleh sebab tuan punya kereta sudah dianggap selibriti yang tidak diundang dan berkedudukan yang salah kerana gelagat dan sikapnya maka kemana sahaja kereta ini berada sudah pasti ada yang ambil kesempatan merakamkannya ... itu sahaja.

Yang pasti setakat ini tiada siapa yang berani memandu kereta mau menghampiri kereta Kak Long CDM 25 cara rapat .. alasannya???? ... faham-faham sudahlah.
Kini beberapa keping gambar, Kak Long CDM 25 balik kampong Jengka, Pahang telah berjaya dirakam oleh beberapa rakyat yang peka dan sedar akan kejadian memalukan ini.

Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau Kiki @ Kak Long CDM 25 dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau 3 bulan penjara jika gagal bayar denda dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.

Video Kak Long CDM 25 membuli dengan mengetuk-ngetuk kereta kepunyaan seorang lelaki warga emas pengunci stereng kereta sambil mengherdik maki hamun dengan bahasa kesat  telah dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik serta menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.

EDISI BERHATI-HATI DI JALAN RAYA ... PENGALAMAN SERAM MEMATANGKAN KITA ... TIADA KERETA BERANI BERADA RAPAT DIBELAKANG CDM 25.



Punyalah power kereta CDM 25 kepunyaan Kak Long Kiki Kamaruddin ... sampai tiada kereta berani berada rapat dibelakangnya ketika bersesak-sesak dan berebut-rebut nak isi minyak disalah sebuah stesen minyak Petronas.

Sebab apa???? ... Silap hari bulan nasib tak baik tergesel sikit, habis kena maki hamun dan kereta diketuk sampai bocor.

Lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena. .. PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

KERETA CDM 25 MENJADI PERHATIAN UMUM KINI DAN SELAMANYA.



Nampaknya selepas insiden ketuk, herdik, maki, ugut dan biadap melampau keatas warga emas hanya disebabkan kesalahan terlalu kecil yang tidak disengajakan tergesel ketika berasak-asak ditempat parkir UTC, Kuantan tempoh hari, kereta Peugeot 208 CDM 25 warna putih sudah menjadi perhatian umum kemana sahaja berada.

Terlalu sukar untuk rakyat melupakan begitu sahaja peristiwa yang memalukan itu.

Dilebuh raya jika berada dibelakang kereta ketika memandu peluang cerah akan diberikan laluan memotong bukannya tanda hormat tetapi nak rakam gambar.

Jelas sekarang CDM 25 sudah menjadi amat terkenal dikedudukkan yang salah.


Wrong place at the wrong time for the wrong reason.

Saturday, 26 July 2014

HADIAH AIDIL FITRI UNTUK RAKYAT JOHOR YANG MENYOKONG UMNO SELAMA INI ...TOL BARU KOMPLEKS KASTAM, IMIGRESEN DAN KUARANTIN (CIQ) NAIK HAMPIR 500% MULAI 1HB OGOS 2014.



Bertuah amat sangat rakyat Johor apabila sentiasa setia memberikan sokongan padu kepada UMNO/BN setiap PRU.

Berita ini sudah pasti akan disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa bersyukur serta berterima kasih terutamanya para macai UMNO.

Tanpa UMNO Melayu hilang .. UMNO lemah Melayu lagi lemah longlai .. UMNO PEMBELA RAKYAT.... JANGAN LUPA BERIKAN SOKONGAN PADU LAGI JITU KEPADA UMNO.

Apalah sangat dengan membayar 500% meningkat harga tol .. BRIM RM650 setahun sudah lebih dari mencukupi.

HIDUP UMNO!!!! .. HIDUP NAJIB!!!! .. TAK AKAN UMNO HILANG KUASA DI MALAYSIA!!!

Kerajaan mengumumkan kadar baru tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar berkuat kuasa 1 Ogos nanti.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh dalam satu kenyataan berkata, kenaikan itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks itu.

Kadar tol baru arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

Kadar lama sejak Januari 2011 masing-masing adalah RM2.90, RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30


"Kadar tol baru di CIQ, BSI ini adalah bersesuaian dengan kemudahan dan perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna semasa melalui kompleks tersebut dari laluan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL)," katanya.

Menurut beliau, kutipan tol tersebut akan dibuat secara elektronik sepenuhnya bagi memastikan aliran trafik lancar.

Pengguna-pengguna yang tidak melalui CIQ itu tidak akan terkesan daripada kenaikan tol tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kadar baru itu hanya bersifat untuk mengawal jumlah kemasukan kenderaan sahaja.

"Apabila kita masuk ke Singapura pun, selain VEP kita juga kena bayar tol, masuk ke bandar pun kena lagi.

"Jadi penggunaan tol ini merupakan kaedah bagi mana-mana negara untuk mengawal penggunaan kenderaan yang semakin bertambah," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis penyerahan sumbangan sempena Aidilfitri di Pasir Gudang hari ini.

AKHIRNYA ASTRO AKUI BERI KONTRAK PADA AMDOCS, SYARIKAT YANG DITUBUHKAN DI ISRAEL.



Rangkaian penyiaran Astro mengakui bahawa syarikat itu melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya.

Astro menjelaskan demikian dalam kenyataannya, susulan serangan penggodam yang mensasarkan halaman utama laman webnya, astro.com.my semalam.

Dalam kenyataan itu, Astro menjelaskan bahawa Amdocs kini berpengkalan di Amerika Syarikat dan diapungkan di pasaran saham negara itu.

"Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985.

"Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ," kata Astro menerusi laman Facebook rasminya petang tadi.

Astro menambah Amdocs mempunyai lebih 20,000 pekerja di 70 negara.

"Anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia," kenyataan itu dipetik.

Serangan penggodam ke atas laman web Astro itu berlaku susulan pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kontrak lumayan tersebut.

Asyraf yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyelar tindakan tersebut, yang tidak sensitif pada perkembangan konflik di Gaza, yang membunuh lebih 800 nyawa umat Islam.

Penggodam memuatkan imej warna bendera Malaysia dan Palestin dengan slogan “#OpSaveGaza”.

NEGARA BERSEDIH DUKA DENGAN MALAPETAKA MH17 DAN TRAGEDI KEHILANGAN MH370, TAPI PENASIHAT MAS BERSERONOK DI MELBOURNE, AUSTRALIA.



Walaupun hampir semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara sederhana berikutan tumpang bersedih dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan kerajaan juga membatalkan banyak majlis-majlis rumah terbuka sebagai tanda turut bersimpati, tetapi Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan Penasihat MAS seolah-olah tidak terkesan apa-apa dengannya.

Semalam, beliau yang juga bekas Perdana Menteri bersama isterinya, Jeanne Abdullah, anak-anak menantu, anak tiri serta kaum keluarga terdekatnya telah pun berlepas ke Melbourne untuk bercuti dan menyambut Hari Raya di sana. Beliau yang dipercayai berada di Melbourne selama lebih seminggu itu nampaknya tidak bersedia menangguh atau membatalkan percutiannya di ketika seluruh rakyat Malaysia dan dunia seolah-olah sedang berkabung ketika ini.

Meskipun jawatannya di syarikat penerbangan milik kerajaan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif, tetapi sebagai penasihat apatah lagi sebagai bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan imej Islam dan popular dengan gelaran "mr clean", Pak Lah sekurang-kurangnya wajar menunjukkan sedikit rasa simpati dan prihatinnya kepada keluarga mangsa MH17 ketika ini.

Lebih-lebih lagi ketika Perdana Menteri, Najib Razak menunjukkan rasa prihatin yang boleh dipuji dengan membatalkan jamuan rumah terbukanya dan diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri yang membuat keputusan yang sama, tindakan Pak Lah meneruskan percutian dan sambutan Hari Rayanya di luar negara seperti beliau sudah terasing daripada rasa kekitaan dan kebersamaan dengan keputusan kerajaan.

Sudahlah tidak melawat dan mengunjungi keluarga mangsa untuk mengucapkan takziah, tindakannya meneruskan percutian dan berhari raya di luar negara ini juga langsung tidak kena dengan masanya.

Atas tragedi yang menimpa MH17 ini, Najib Razak bukan saja membatalkan sambutan rumah terbukanya dan meminta semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara paling sederhana, bahkan beliau juga difahamkan menangguhkan semua percutiannya pada tahun ini sehingga semua isu mengenai mangsa dan keluarga mereka dapat dibereskan dengan sebaik-baiknya.

Lebih memilukan lagi ialah percutian Pak Lah dan keluarganya ini yang dianggarkan menelan belanja lebih RM300 ribu, termasuk kononnya mengadakan jamuan Hari Raya dengan rakyat Malaysia di Melbourne, adalah ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu Pak Lah yang kini sedang menghadiri Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, dipercayai akan turut terbang ke Melbourne untuk bersama-sama menyambut Hari Raya bersama ahli keluarga mertuanya itu.

Dalam hal ini, Khairy seolah-olah terheret sama bercuti dan bergembira di luar negara serta dilihat berbeza dengan pendirian yang diambil oleh Najib dan lain-lain anggota kabinet.

Tindakan Pak Lah tidak menunjukkan keprihatinan dalam tragedi malang yang menimpa negara bukanlah kali pertama sebenarnya. Ketika isu kehilangan pesawat MH370 sedang diperkatakan kira-kira tiga bulan lalu, sebagaimana yang didedahkan oleh portal Free Malaysia Today, Pak Lah juga didapati bercuti bersama ahli keluarganya di Sepanyol sambil bersiar-siar di lautan negara itu dengan sebuah kapal mewah yang disewa khas.

Ketika itu, ramai yang mempertikaikan tindakan Pak Lah itu dan menunjukkan beliau seolah-olah tidak turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa negara dan MAS yang mana beliau menjadi penasihatnya.

Tetapi dengan terus menunjukkan sikap yang yang serupa ketika berlakunya tragedi MH17 yang lebih dahsyat dan menyanyat hati, bahkan keluarga mangsa di negara ini dan di seluruh dunia ketika ini sedang berendam air mata menunggu ketibaan jasad mangsa yang tidak lagi sempurna atau mungkin hanya cebisan-cebisannya saja yang tiba, percutian dan bersukarianya beliau di luar negara ini tentunya menambahkan duka yang ada.

Apakah sebagai penasihat MAS dan bekas Perdana Menteri, tidak tercuit sedikit pun hati kecilnya atas petaka yang bertimpa-timpa ini? SHAHBUDIN.COM

Friday, 25 July 2014

SALAM LEBARAN AIDIL FITRI 1435H


Kepada semua pembaca, penjenguk, pengintai, peminat, pengkritik dan pembenci blog Omak Kau .. ingin mengambil kesempatan memandangkan ada masa lagi dan belum lagi terlambat untuk mengulur jari sepuluh mohon ampun dan maaf jika ada yang terasa bahang dan pedih hati dalam Omak menyampaikan berita.

Kebenaran itu pahit, keadilan itu perit dan perjuangan itu sakit.

Sebagai penggiat blog, aktivis parti dan pemerhati politik Omak tetap berpegang kepada prinsip berkata benar walaupun didepan pemerintah yang zalim.

Tahun ini pelbagai peristiwa besar menimpa negara dan dunia termasuk kehilangan misteri MH370 dan MH17 ditembak jatuh serta serangan Israel keatas warga Palestin di Gaza maka     perayaan tahun ini boleh dikatakan sayu dan hambar .. harga barang mencanak naik juga menyumbang kepada kehambaran merayakan adilfitri tahun ini
Tiada pemberian terindah dan perbuatan termulia selain maaf dan saling memaafkan

SELAMAT AIDIL FITRI 1435H ...  MINAL AIDIN WAL FAIDZIN

SELANGOR BATAL RUMAH TERBUKA AIDILFITRI.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , di sini, yang sepatutnya berlangsung pada hari raya pertama.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar di sini, Abdul Khalid berkata, pembatalan itu sebagai menghormati tragedi pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak dan terhempas di timur Ukraine yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal , pada 17 Julai lalu.

“Seluruh negara bersedih dengan tragedi ini, namun umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri selepas sebulan mengerjakan ibadah bulan Ramadan.

“Kita berharap rakyat Selangor menyambut Aidilfitri tahun ini secara bersederhana dan penuh tertib,” katanya.

KEADILAN BATALKAN SAMBUTAN RASMI RUMAH TERBUKA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.




KENYATAAN MEDIA 25 Julai 2014

PEMBATALAN SAMBUTAN RASMI RUMAH TERBUKA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Mengambil kira situasi dan peristiwa-peristiwa mutakhir ini termasuklah MH17 dan serangan Israel ke atas warga Palestin di Gaza, Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bersetuju untuk mengarahkan agar sambutan rasmi rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bagi kesemua Cabang-Cabang KEADILAN di seluruh negara dibatalkan.

Walau bagaimanapun, majlis rumah terbuka peringkat persendirian di kediaman anggota-anggota KEADILAN masih boleh diadakan.

Pada masa yang sama, Ketua Umum dan Presiden turut meminta setiap Cabang KEADILAN untuk menubuhkan tabung untuk mengumpul derma ikhlas yang akan disalurkan ke warga Palestin di Gaza.

Semoga peristiwa-peristiwa mutakhir ini menambah kecekalan dan ketabahan kita dalam menghadapi dugaan hari-hari mendatang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

LAMAN WEB PALSU MEMBUAT FITNAH JAHAT MELAMPAU TUDUH RAJA MUDA SELANGOR MURTAD.



Laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna Internet mendakwa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah  menukar agama ke Katolik minggu lalu.

Agama ialah topik yang sensitif di Malaysia di mana Islam ialah agama rasminya dan majoriti penduduk dan semua Sultannya beragama Islam.

Tetapi, laman web itu dikenali sebagai palsu dan mengandungi tajuk berita yang mengarut seperti 'Lelaki Bengali mengandung anak kembar' dan 'Lelaki curi 32 tan daging babi' - sesetengahnya juga dipetik laman web lain.

Dalam laporannya bertarikh 24 Julai, World News Daily melaporkan:"Satu-satunya anak lelaki dan waris Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang majalah People's sifatkan 'kisah benar Romeo dan Juliet zaman ini'."

"Raja Muda Selangor itu meletakkan semua jawatannya dan peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model dan bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16, yang namanya melonjak naik tahun ini bila televisyen merakamkan gambarnya menonton perlawanan bola sepak yang dinanti-nantikan peminat."

Setelah diperiksa, didapati tiada model terkenal bernama Cristina Gomez.

Berita itu juga salah dalam melaporkan umur Tengku Amir sebagai 21 sedangkan Raja Muda itu berusia 23 tahun.

Laporan palsu itu mendakwa "upacara pembaptisan bekas umat Islam itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral, di Braga, Portugal mendapat kritikan hebat umat Islam sedunia ke atas bekas waris takhta Selangor itu."

Ia juga berkata: "Pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral di Venice dan masih belum diketahui di mana mereka akan berbulan madu."

Pada ruangan Tentang Kami laman web itu, World News Daily berkata ia sebuah ‘akhbar Zionis Yahudi Amerika berpengkalan di Tel Aviv dan membawa berita berkaitan arkeologi alkitab dan penemuan misteri lain seluruh dunia'.

"Pasukan berita kami terdiri daripada wartawan pemenang anugerah beragama Kristian, Islam dan Yahudi, ejen Mossad yang sudah bersara dan veteran askar Israel.

"Kami berpengkalan di Tel Aviv sejak 1988 di mana lebih 200,000 naskhah akhbar kami Daily Report dicetak setiap hari.

"Terima kasih kerana menunjukkan minat dengan akhbar kami dan semoga Israel terus hidup!”

Malaysia tiada hubungan diplomasi dengan Israel yang pada ketika ini dicemuh hebat kerana terus menyerang Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 700 kematian sepanjang minggu lepas.

Laman web itu bertarikh 25 April 2014 dan mengandungi penafian berikut:"World News Daily Report ialah penerbitan berita dan politik satira, yang mungkin menggunakan nama sebenar atau tidak, selalunya dalam cara yang separuh benar atau kebanyakannya rekaan."

"Semua artikel berita dalam worldnewsdailyreport.com adalah fiksyen, dan mungkin berita palsu. Sekiranya ada kaitan dengan perkara sebenar, ia semata-mata kebetulan, kecuali semua rujukan yang dibuat kepada ahli politik atau selebriti, yang merupakan nama sebenar, tetapi semuanya masih berasaskan fiksyen," katanya.

KONGSI PETUA PEMANDUAN PERJALANAN DI JALAN RAYA OLEH PDRM.



TIP PEMANDUAN PERJALANAN DI JALAN RAYA:

Pulang ke rumah atau kampung halaman berjumpa dengan ahli keluarga mahupun orang yang tersayang tanpa sebarang musibah amat diharapkan.


Sikap tidak ambil kisah terhadap pemanduan di jalan raya mahupun penyelenggaran kenderaan antara penyebab kemalangan berlaku.


PDRM menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya melakukan senarai semak sebelum atau semasa memulakan perjalanan.

Thursday, 24 July 2014

PESAWAT AIR ALGERIE YANG DIPERCAYAI MEMBAWA 110 PENUMPANG DARI BURKINA FASO KE ALGIERS TERPUTUS HUBUNGAN SELEPAS 1 JAM BERLEPAS.



Syarikat penerbangan Algeria, Air Algerie dilaporkan terputus hubungan dengan pesawat tersebut hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam perjalanan ke Algiers.

Laporan AFP yang memetik agensi berita tempatan APS menyebut, pesawat tersebut terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Ouagadougou ke Algiers, 50 minit selepas berlepas.

Menurut Reuters, APS tidak menyebut jumlah penumpang dalam penerbangan AH5017.

Air Algerie said it lost contact with one of its passenger aircraft nearly an hour after takeoff from Burkina Faso today bound for Algiers.

"Air navigation services have lost contact with an Air Algerie plane Thursday flying from Ouagadougou to Algiers, 50 minutes after takeoff," the airline said, cited by national news agency APS.

It said the company initiated an "emergency plan" in the search for flight AH5017, which flies the four-hour passenger route four times a week.

A company source told AFP that the missing aircraft was a DC-9, which can seat up to some 135 passengers, chartered from a Portuguese firm.

According to a source within Air Algerie, some 110 people are listed as being on board the flight.

PERKASA SELANGOR TUBUH TABUNG KHAS UNTUK BANTU PENJENAYAH PEMBULI JALAN RAYA KAK LONG CDM 25 BAYAR DUIT DENDANYA RM5,000.




"PERKASA SELANGOR MELANCARKAN TABUNG UNTUK MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN YANG DIALAMI OLEH SITI FAIRRAH ASHYIKIN KAMARUDDIN (KIKI KAMARUDDIN).

BELIAU YANG TELAH DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM5000.00 DAN MELAKUKAN KERJA-KERJA KOMUNITI SELAMA 240 J
AM OLEH MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN PADA 22 JULAI KERANA KESALAHAN BERTINDAK TIDAK SOPAN DENGAN LELAKI CINA (WARGA EMAS).

ATAS RASA SIMPATI TERHADAP BELIAU, KAMI PIMPINAN PERKASA SELANGOR AKAN MEMBUAT KUTIPAN SEMAMPU YANG BOLEH.

KEPADA YANG BERHASRAT INGIN MENYUMBANG DAN MEMBANTU BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN SETIAUSAHA KEHORMAT PERKASA SELANGOR TUAN MOHD IDRUS ALI AHMAD DI TALIAN 01128153249".


Inilah dinamakan bertindak dengan menggunakan kepala lutut ... penjenayah dibela .. pembuli jalanraya dipertahankan.

Jelas hakim Mahkamah Sesyen Kuantan mendapati Kak Long CDM 25 seorang pembuli yang tidak kenal erti kesian dan hormat pada warga emas namun NGO haprak bangsat boleh sanggup tubuh tabung untuk meringankan beban Kak Long CDM atas dasar dia bangsa Melayu.

Yang dibelanya adalah penjenayah pembuli jalanraya yang mengamuk sakan serang dan maki hamun warga emas hanya disebabkan keretanya bergesel sahaja.

Peliknya pegawai bank yang kena tembak oleh pengawal Indonesia baru-baru ini tidak pula mendapat pembelaan serupa dari Perkasa.

3 FOTO ... SEORANG MAUT KEJADIAN KEBAKARAN BERHAMPIRAN MASJIDIL HARAM MAKKAH.



MAKKAH - Seorang maut dalam kebakaran yang terjadi di dalam kawasan yang digunakan sebagai stor menyimpan kayu dan perabot lama berhampiran dengan Masjidil Haram yang sekitar jam 7 pagi, khamis waktu tempatan.

Jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Leftenan Kolenel Saleh Al-Elayyani berkata, tujuh pasukan bomba dan unit sokongan telah dihantar ke tapak nahas. Api dapat dikawal sebelum merebak.

Jurucakap itu juga berkata, mangsa ditemui mati di bawah runtuhan bumbung yang jatuh akibat kebakaran ini.

Difahamkan, kebakaran berlaku berdekatan dengan Masjidil Haram tetapi syukur kerana api sempat dikawal oleh bomba.

INILAH WAJAH AHLI PARLIMEN BRITAIN YANG BERANI SECARA TERANG SERANG ISRAEL KERANA MENYERANG GAZA.



LONDON - UNITED KINGDOM. Ahli Parlimen Britain, David Ward, kelmarin dengan lantang mengutuk Israel menerusi akaun Twitter miliknya.

Anggota parti Liberal Demokrat itu menghantar tweet 'Persoalan utama adalah, jika saya tinggal di Gaza adakah saya akan membedil roket ke Israel? mungkin ya'.

Susulan daripada tindakan tersebut, banyak pihak menggesa pemimpin parti terbabit, Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg supaya menggantung keanggotaan beliau.


Difahamkan, Ward pernah digantung tugas selepas beliau membuat kenyataan mengecam penindasan Israel terhadap penduduk Palestin pada tahun lalu.


Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang sebelum ini pernah dilabel sebagai anti-Yahudi dilihat sekali lagi mengkritik Israel menerusi sebuah wawancara televisyen, Ahad lalu.


Perbualan beliau bersama pegawai Jabatan Negara AS, Jonathan Finer berkaitan jumlah kematian tentera Israel di Gaza itu didengar secara tidak sengaja sebelum mereka muncul dalam program talk show, Fox News Sunday.


"Ia jelas sebagai satu amaran kepada tentera rejim Zionis. Saya berharap mereka tidak menganggap ia sebagai 'jemputan' untuk meneruskan lagi operasi tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kecewa selepas angka korban akibat kekejaman Israel semakin meningkat setiap hari, laporan dipetik dari Al-Arabiya.

BEBERAPA KEPING FOTO PESAWAT ATR 72 MILIK TRANSASIA AIRWAYS TERHEMPAS DI TAIWAN .. 47 MAUT.



Sebuah pesawat penerbangan domestik TransAsia Airways terhempas ketika cuba mendarat di sebuah pulau perairan barat Taiwan yang dilanda taufan dan membunuh 47 penumpang, kata pihak Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan.

Pesawat ATR 72 berkapasiti 70 penumpang itu terhempas berhampiran landasan pulau Pescadores, wilayah Penghu dengan 54 penumpang dan empat anak kapal," kata badan itu.

"Situasi kelam-kabut di tempat kejadian," kata pengarahnya Jean Shen kepada Reuters.

Seramai 11 yang tercedera telah pun dibawa ke hospital, menurut kerajaan Taiwan.

Tiada lagi maklumat diketahui setakat ini.

Taufan Matmo melanda Taiwan hari ini membawa hujan lebat dan angin kencang sehingga sekolah dan pusat perniagaan ditutup.

TransAsia Airways adalah syarikat penerbangan Taiwan dengan 23 pesawat Airbus dan ATR yang kebanyakannya memberi perkhidmatan domestik tetapi mempunyai beberapa laluan antarabangsa ke Jepun, Thailand, Kemboja dan beberapa destinasi Asia yang lain.

Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan berkata selain insiden hari ini, TransAsia terlibat dalam lapan insiden sejak 2002, dengan enam daripadanya melibatkan ATR 72.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...