Friday, 25 July 2014
LAMAN WEB PALSU MEMBUAT FITNAH JAHAT MELAMPAU TUDUH RAJA MUDA SELANGOR MURTAD.
Laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna Internet mendakwa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menukar agama ke Katolik minggu lalu.
Agama ialah topik yang sensitif di Malaysia di mana Islam ialah agama rasminya dan majoriti penduduk dan semua Sultannya beragama Islam.
Tetapi, laman web itu dikenali sebagai palsu dan mengandungi tajuk berita yang mengarut seperti 'Lelaki Bengali mengandung anak kembar' dan 'Lelaki curi 32 tan daging babi' - sesetengahnya juga dipetik laman web lain.
Dalam laporannya bertarikh 24 Julai, World News Daily melaporkan:"Satu-satunya anak lelaki dan waris Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang majalah People's sifatkan 'kisah benar Romeo dan Juliet zaman ini'."
"Raja Muda Selangor itu meletakkan semua jawatannya dan peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model dan bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16, yang namanya melonjak naik tahun ini bila televisyen merakamkan gambarnya menonton perlawanan bola sepak yang dinanti-nantikan peminat."
Setelah diperiksa, didapati tiada model terkenal bernama Cristina Gomez.
Berita itu juga salah dalam melaporkan umur Tengku Amir sebagai 21 sedangkan Raja Muda itu berusia 23 tahun.
Laporan palsu itu mendakwa "upacara pembaptisan bekas umat Islam itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral, di Braga, Portugal mendapat kritikan hebat umat Islam sedunia ke atas bekas waris takhta Selangor itu."
Ia juga berkata: "Pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral di Venice dan masih belum diketahui di mana mereka akan berbulan madu."
Pada ruangan Tentang Kami laman web itu, World News Daily berkata ia sebuah ‘akhbar Zionis Yahudi Amerika berpengkalan di Tel Aviv dan membawa berita berkaitan arkeologi alkitab dan penemuan misteri lain seluruh dunia'.
"Pasukan berita kami terdiri daripada wartawan pemenang anugerah beragama Kristian, Islam dan Yahudi, ejen Mossad yang sudah bersara dan veteran askar Israel.
"Kami berpengkalan di Tel Aviv sejak 1988 di mana lebih 200,000 naskhah akhbar kami Daily Report dicetak setiap hari.
"Terima kasih kerana menunjukkan minat dengan akhbar kami dan semoga Israel terus hidup!”
Malaysia tiada hubungan diplomasi dengan Israel yang pada ketika ini dicemuh hebat kerana terus menyerang Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 700 kematian sepanjang minggu lepas.
Laman web itu bertarikh 25 April 2014 dan mengandungi penafian berikut:"World News Daily Report ialah penerbitan berita dan politik satira, yang mungkin menggunakan nama sebenar atau tidak, selalunya dalam cara yang separuh benar atau kebanyakannya rekaan."
"Semua artikel berita dalam worldnewsdailyreport.com adalah fiksyen, dan mungkin berita palsu. Sekiranya ada kaitan dengan perkara sebenar, ia semata-mata kebetulan, kecuali semua rujukan yang dibuat kepada ahli politik atau selebriti, yang merupakan nama sebenar, tetapi semuanya masih berasaskan fiksyen," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Hormat kpd Sultan Kelantan skrg
ReplyDeleteOK ke
ReplyDeleteTahniah dap kerana sudi memberi khidmat guaman percuma kepada kiki . Nak harapkan umno membela melayu puiiii. Bela kroni je diorang tahu.
ReplyDeleteLim also said that if Kiki wishes to appeal against the Rm 5000 fine, Puchong MP Gobind Singh Deo has confirmed that the DAP Legal Bureau would provide free legal
Deleteservices. -TheRocket
mana dia peguam umno.. Konon melayu lah sangat.
Cerita Raja Muda Selangor murtad aku tak nak komen sebab yg empunya diri tu lebih tahu...tp cerita pesta sex dan arak aku rasa mcm betul je..kalau tengok pada gambar2 kat internet...Apa pun inilah bakal menjadi ketua agama Islam negeri Selangor mcm bapanya Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam yg mempunyai Hard Rock Cafe, tp hard rock cafe ni hidang air zam zam je kot?
ReplyDeleteDap hilang sabar dgn khalid kerana sudah sampai satu tahap mereka langsung tidak boleh lg berkomunikasi dgn khalid..malaysiakini.
ReplyDeletesave pj-
ReplyDeleteAPA HAT LU OLANG MAU TOLONG ITU KIKI ? LU OLANG TATAK OTAK TALJK LUTUT MA. ITU HALI. KALAU ITU APEK KENA HANTAM MATI APA MACAM. LU TAU KA ITU APEK DULU H.A KEJA MA. APA HAT GOBIN SINK DIO MAU TOLONG. DIA MANYAK SAMSING MA. MAU TUNJUK BAEK ? SENDILI PAK MATI EKSIDEN.
Wei Apek lu diam-diam kasik tayar basikal tampal la...apa hal lu mau bising-bising dekat sini...itu PERKOSA pun suda buat tabung mau kasik derma sama kiki...lu banyak bising la Apek...lu kasi lu punya lancau potong dulu la baru lu sembang..!!!!!
Deletekaze
Apa dia ni meroyan ni.terkentut2 aku nak faham apa dia tulis.
ReplyDeleteKetua agama? Budak2 nak masuk sekolah agama wajib lulus peperiksaan tahap tertinggi dengan tapisan yang ketat lancar membaca quran/jawi/arab....agak2 yang ni boleh lulus ke???
ReplyDeleteMangkuk punya akhbar online..
ReplyDeleteCHeck lah dulu.
Mana sultan ada setiap hari Ramadhan ni anak dia tu memang ikut sekali laa
Kalau tiap hari dok solat magrib ishak and sampi 20 rakaat Terawikh... come on
Wahai saudara sepatutnya raja yang patuh Islam harus bertahta, kalau tak mahu ikut labih baik jadi orang awam jadi kita pun tak sakit hati dan tak malu pada non muslim.Sebab itu bangsa asing senang pijak kita.Bila kita taat perintah surohan Allah SWT, semua orang pun tak berani main main hukum Allah SWT. Konsep raja di Malaysia ini mesti di terbiah keugamaan setiap kali.
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh...
ReplyDelete