Thursday, 10 July 2014
BETUL KE ASTRO PERNAH BAYAR RIBUAN RINGGIT KEPADA AZWAN ALI KERJANYA HANYA UNTUK MAKI HAMUN???? ... AMBOI .. AMBOI .. AMBOI.
Asal sebut saja nama beliau, pasti ramai yang rasa meluat dan menyampah mendengarnya sampai ada yang sampai keluar muntah hijau. Manakan tidak, semua orang tahu yang selebriti bernama Azwan Ali. terkenal dengan jolokan mulut laser, lancang dan tak habis-habis bikin kontroversi. Tak kurang juga dilabel sebagai suka mencari publisiti... murahan.
Setiap kali Azwan Ali mengundang atau menimbulkan kontroversi, beliau pasti akan diselar dan dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh masyarakat yang muak dengan kelakuannya. Namun dalam pada ramai yang membenci beliau, figura berusia 47 tahun ini masih mampu meneruskan hidup sebagai artis.
Biarpun pernah namanya seakan sepi dan agak lama tidak muncul di kaca televisyen, tetapi kata Azwan Ali, dia tidak pernah putus rezeki.
"Sudah 25 tahun saya jadi artis. Allah itu Maha Mengatur semuanya. Saya pernah naik, saya pernah jatuh. Tapi disaat sy jatuh, saya tak terduduk. Orang saja anggap yang saya terduduk. Saya tahu pada ketika itu, musuh-musuh saya semua bertepuk tangan.
"Tapi hakikatnya orang tak tahu yang rezeki saya tidak pernah putus. Bila agak lama saya tidak muncul di mana-mana program TV, orang bertanya pada saya, "Kau dah lama tak keluar tv. takde job eh, kau buat apa? Memang itu soalan yang berbisa untuk saya telan.
"Saya akui saya memang pernah tidak dapat apa-apa tawaran. Tapi Allah Maha Kaya. Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit.
"Pihak Astro siap bagi saya Astro On The Go lagi. Saya tak perlu susah-susah nak ke Astro, nak keluar TV. Saya duduk rumah jer, duit masuk. Malah program-program saya seperti Sembang Teh Tarik mendapat rating yang tinggi.
"Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu", katanya ketika ditemui pada Sidan Media Program-program Astro Sempena Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, malam tadi.
Sementara itu diminta mengulas mengenai kenyataannya yang menghina juadah di bazaar Ramadan hingga mencetuskan kontroversi, Azwan Ali berkata, makiannya itu bukan ditujukan kepada semua bazaar Ramadan yang ada tetapi kepada satu saja kawasan kerana terlalu marah dan berasa tidak puas hati apabila kuah murtabak yang di beli di sebuah bazaar didapati telah basi.
Menerusi laman Twitternya Azwan telah menulis dengan berbunyi, "juadah yang dibelinya di bazaar ramadan most rasa macam sampah".
Hinaan itu, telah membangkitkan kemarahan dikalangan para perniaga bazaar. Malah telah diugut oleh para peniaga bazaar yang menyatakan mereka mahu mencincang beliau hidup-hidup sekiranya beliau menjejakkan kaki ke mana-mana bazaar sekalipun.
"Saya tak tujukan pada semua bazaar, saya tulis kebanyakan. Dan walaupun saya diugut, kononnya mereka (para peniaga bazaar) mahu cincang saya hidup-hidup, saya tak takut. Pada Sabtu ini saya akan menyertai TV9 memeriakan bazaar ramadan di Aeon Melaka.
"Saya akui sikap saya yang terlalu lancang di media sosial banyak memberi pengajaran kepada saya. Seperkara yangg saya belajar, masyarakat kita di tak boleh ditegur secara direct.
"Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua. Tapi kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah. Selama ini apa saja tindak tanduk saya terutama di laman sosial hanyalah kerana mau mempertahankan kenyataan saya", katanya.
Dalam perkembangan lain, Azwan Ali memaklumkan beliau akan berangkat ke Mekahh bagi menunaikan ibadah umrah pada 21 Julai ini. Ia merupakan umrahh kali ke-7 beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Bagus la... pahala Umrah bulan puasa bersamaan ibadah Haji. 7 x umrah kira dah mampu la...Elok bebenau tuan badan menunaikan Haji
ReplyDeleteSemasa pru13, bapok ni lah yang bertungkus lumus berkempen tanpa mengenal erti letih demi perjuangan rakyat dan PKR. Mengeluarkan duit sendiri berkempen untuk PKR. Bagi makan dan minum petugas PKR kawasannya.
ReplyDeleteAhli PKR ramai yang memuji kesungguhannya semasa pru lepas. Jasa beliau tetap dikenang.
PKR Ampang
Mungkin Azwan Ali tak nak menunaikan haji sebab confuse balik haji nak guna gelaran haji ke hajjah...
ReplyDeletepakai gelaran hajijah jer ler
Deletegi umrah banyak kali tp perangai tak berubah, makin teruk ada la...
ReplyDeleteAnwar pun x nah ke tanah suci
ReplyDeletekomen org yg baru keluar dari hutan.....
Deletekerana takut bontot dia terbako
DeleteYang tua lahanat pergi Mekah buat haji cuma 2 minggu...konon ikut kata ulamak lahanat UMNO suruh dia buat yang wajib.....padahal takut kena telan dengan bumi macam Karun sebab mengumpul harta secara haram...Nak kata dia kaya sebab peninggal harta pusaka mak bapak dia, harta yang ada rumah papan....bapanya pun dulu cuma berniaga kecilan2 ala bazar ramadhan
ReplyDeleteJanji anwar x pnh g haji
DeleteOrang pegi tanah suci pun korang hina2kan.ni ke sikap seorang muslim.
ReplyDelete