Sunday, 27 July 2014

EDISI BERHATI-HATI DI JALAN RAYA ... PENGALAMAN SERAM MEMATANGKAN KITA ... TIADA KERETA BERANI BERADA RAPAT DIBELAKANG CDM 25.



Punyalah power kereta CDM 25 kepunyaan Kak Long Kiki Kamaruddin ... sampai tiada kereta berani berada rapat dibelakangnya ketika bersesak-sesak dan berebut-rebut nak isi minyak disalah sebuah stesen minyak Petronas.

Sebab apa???? ... Silap hari bulan nasib tak baik tergesel sikit, habis kena maki hamun dan kereta diketuk sampai bocor.

Lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena. .. PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

26 comments:

  1. PENYINGKIRAN KHALID IBRAHIM , PAS JADI HALANGAN!!!


    Khalid Ibrahim tidak pernah khianat- Hadi Awang


    Khalid Ibrahim tidak terlibat dengan skandal, pecah amanah dan salah guna duit Selangor.



    MARANG: “Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza,” demikian luah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Ini berikutan apabila beliau tetap mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

    “Beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat,” ujarnya ringkas.

    Menurut Hadi, majoriti di Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

    “Perkhidmatan Abdul Khalid yang cemerlang dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan.

    “Alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid Ibrahim tidak terlibat dengan skandal, pecah amanah dan salah guna duit Selangor. Jika itu terjadi, ya, itu kita boleh tukar,” katanya.

    Tambah beliau, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan menganggap isu berbeza pendapat itu sudah biasa sejak dahulu lagi.

    “Ramai yang bertanyakan soalan kepada saya apabila PAS seolah-olah dilihat cuba menghalang Anwar ke Putrajaya, saya ingin jelaskan di sini, perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi perjuangan untuk rakyat,” katanya.

    Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15) ~FMT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knp orang cacat otak ada dlm blog ni????

      Delete
    2. Isu MB: Saya sokong kenyataan Presiden - TG Nik Aziz
      HARAKAHDAILY | 27 Julai 2014.
      KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong kenyataan Presiden PAS bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

      Beliau juga sependapat dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Abdul Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sepanjang sepenggal menerajui pentadbiran negeri itu.

      "Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan," soalnya dalam satu kenyataan sambil mahu persoalan itu dijawab terlebih dahulu.

      Beliau dalam pada itu mahu seluruh ahli PAS meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

      "PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden.

      "Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," kata beliau.

      Berikut kenyataan penuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

      PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya

      Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

      Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

      Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

      Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan?


      Petikan Dari Harakahdaily

      Delete
    3. Rafizii kajang move kamu sudah jadi Kejang move. Padan mukerrr. Malaysia waves kau translate blog kau tu dalam bahasa Nepal. Moga2 pengundi Kat Kathmandu lantik Deramang sebagai

      Delete
  2. Deramang Malsysiawaves dah tak update blog dia. Adakah blog Urang gilet (ug) malaysuawaves@tb masih hidup atau dah Padam.

    Relax TB t-shirt hijau cap change tu aku sewa nak bagi Nepal pakai . Boleh? Kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Khalid tu jujur sgt la.dr mengamalkan tender terbuka trus bg kat kroni umno.org dah calonkan dia jadi mb dia naik lemak pulak.mb kena bubarkn dun tubuhkan parti sndiri dan kita tgk rmai mana yg sokong dia,ada bran?heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meluat tengok perangai dok berebut jawatan MB Selangor. Jgn undi Pakatan Rakyat pilihan raya akan datang.

      Delete
    2. Ko tu memang undi bn pun...BN totok..

      Delete
    3. Ko silap.. berebut la macam bagus sangat. lebih kurang macam BN jugak. Buat malu kat BN (Mengata dulang paku serpih.....)

      Delete
    4. TSKI tak perlu tubuhkan parti sendiri, dia cuma perlu bubar DUN dan lompat ke PAS, kompom PKR bungkus di Selangor

      Delete
  4. bila Khalid buat perjanjian sulit dgn bank umno yg BAN ISLAM tu, dia telah hilang kelayakan menjadi mb. dia dpt diskaun juta2- menurut blog tukar tiub, dr hutg RM80juta itu Khalid hanya perlu bayar rm8juta. WOWSER! 90% diskaun. Deepak sihindu pun dpt diskaun dr bank rakyat yg diterajui oleh umno. dr +-rm215juta kpd rm35juta?
    slps dpt diskaun, dia buat perjanjian berat sebelah jual asset Selangor pada pusat. sila baca blog rafizi ramli utk butiran. dia juga luluskan projek Langat 2 dan kidex utk umno. semua dia buat tanpa mesyuarat exco. bermakna dia suka2 buat sendiri tanpa persetujuan exco.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke.... kah kah kah

      Delete
    2. Anonymous27 July 2014 09:47

      Adalah penyokong keadilan Raya yang Taghut. Kenyataan penipu TB (tentu bohong) Dari UG (urang giler)

      Delete
    3. gua caya lu beb.... 100% betul apa yg lu ckp. umno/bn yg senang d selangor ni selagi tski jadi mb. rakyat biasa cuma dpt air 20mp free... lbih kena byr. nampk pr bukn tolg rakyat bawahan, mula bnyk dgn kroni bn dan umno. tapi.... ada yg mahu tski d kekalkan. yg sedpnya bukan rakyat yg menetap d selangor, bnyk mahukan tski kekal mb rata2 org luar selangor.

      Delete
  5. Sebab TSKI kini dipengaruhi/ condong kpd umno/bn la 'Kajang Move' digerakan untuk menyelamatkan kerajaan pkr/selangor....umno/bn tergesa2 cantas DSAI dengan mahkamah mereka terus sokong TSKI bila PKR putuskan DSWA untuk jadi MB mereka cuba api2kan pas dan dap yang lebih kerusi mereka tuduh DSWA lemah/perempuan/orang luar/DSAI tamak dan sebagainya hakikatnya ini permainan dari jarum umno sangat2 halus padahal sebelum ini TSKI dikutuk dihentam diserang umno /bn dengan pelbagai isu yang direka2...sekarang disokong malah sehingga melibatkan sultan....permainan siapa semua ini untuk melihat PKR jatuh??? Umno/bn rela kehilangan 2-3 negeri lain drp kehilangan lubuk emas selama2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini memang faktar tapi kalau nak suruh TSKI berundur pun biarlah dengan cara yang betul bukan dengan cara paksa dengan memberikan lagi ruang pada UMNO untuk tokok tambah sepertimana yang Hadi Awang buat tu, sekarang rakyat dah lihat bagaimana ketidak sefahamnya gabungan PAS,DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat,ini belum lagi termaktubnya lambang PR sepertimana BN dengan gabungan mereka,bagaimana jika lambang kekal PR telah diwartakan nanti.rakyat akan lihat yang gabungan PR memang tidak boleh dipercayai dengan kepimpinan mereka sebab gila kuasa dan harta.

      Delete
  6. PAS berpolitik lurus bendul tak nampak niat sebenar umngok berperilaku bak udang sebalik mee dlm kemelut selangor. Siapa yg dok canang ttg kebaikan TSKI di arus perdana skrg dan kenapa? Takkan mrk nak bungkuskan TSKI sipenjaga lubuk tender bagi sang kroni. Yang menyokong bulat2 TSKI wajar kembali menilai 'kesilapan' beliau ketika menjalankan urusan 'berat sebelah' dgn kerajaan umngokpornobn yg tak dpt dikesan penyokong butatuli selangor..Mula2 dulu saya mmg suka gaya pemerintahan TSKI ttpi setelah mengetahui punca masalh sebenar yg berlaku membuatkan saya kembali menyokong DSAI & Co..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSKI ini bekas ahli koprat dizaman UMNO tengah kemuncak dengan kemakmuran dan kemewahan ahli UMNO dan kroni sedang menyapu bersih apa saja termasuklah DSAI dan kroninya, tidak hairan jika sekarang TSKI akan berbuat demikian rupa secara senyap disamping membalas sedikit budi dengan rakan2 lama beliau yang masih hidup sezaman dengan nya,tapi yang malang kroni DSAI pula tidak mendapat apa2 ganjaran selepas TSKI dilantik menjadi MB kali keduanya,jadi alasan pun dicari dengan pelbagai,cara kebetulan TSKI ada pula tersangkut hutang lam berjuta Rm dan projek kerajaan pusat pula terbengkalai dan urusan sulit mula dimainkan oleh UMNO maka terjadilah apa yang tersirat disebalik tersurat.,ingat PR rakyat sedang memerhati segala gelagat semua pemimpin dan mereka akan beri keputusan dalam PRU14 nanti ,tunggu dan lihat.

      Delete
  7. Pkr adalah tunjang kepada pr,baru nampak sedikit sinar utk perubahan lanskap politik negara dah ada pulak yg buat hal mcm tak tahu apa itu kerjasama politik.TGHA aku memang dari dulu tak faham apa matlamat politik dia selain menjadi duri dlm daging dlm pas,percaya lah dia memang tak hendak pr berkuasa dlm negara ni..kalau anwar sebagai pemimpin pr anda tak hormat kalau anwar tiada siapa yg akan memimpin?Tuhan baru uji dgn sedikit saja kemenangan dah riak,PAS PAS tak paham aku dgn parti ini.....

    ReplyDelete
  8. PAS, DAP, PKR = PR. Sekarang sapa Boss Besar PR? LKS atau TGHA atau DSAI. Yang aku tahu DSAI adalah Boss Besar, Kau orang semua?. Kalu dah ada orang bawah p potong cakap Boss besar ni ape citer. sepatut nya minta izin nak menyampok tu. " Boss2 tumpang tanya sat" atau tanya la Boss awat dok jadi kalut ni. Tapi dah ada orang bawah p potong Boss, alamat nya berselerak dan makin kelam kabut. PAS ni nampak gaya, lansung tak pandai berpolitik. Puak umno ketawa mengekek tengok perangai Pas...Mudah sungguh nak permainkan Pas. Kalu satu kapal tentu satu NAKHODA, Tapi kalu dah ada 2 atau 3 NAKHODA, cer citer apa akan terjadi kapal tu.

    ReplyDelete
  9. kata kena buat kerja komuniti 240 jam ?

    Kerja komuniti apa kalau merayau rayau sana sini Ni lah kalau kerja komuniti yg dia kena buat kat umah kebajikan bila org tak nampak kesan dia dah sedar tak ada Boleh tayang muka dan tunjukkan kereta padahal baru kena hukum di mahkamah

    ReplyDelete
  10. Wahai pemimpin2 gabungan PR Cerdik la ckit. Buat la prjumpaan, mesyuarat ka, muzakarah ka. Pasai ada pemimpin2 dalam gabungan masih tak reti2 nak ikut protokol ka, hairaki ka. Memang geram betul aku..BODOHhhhhhhhhh sampai ke mampos.

    ReplyDelete
  11. Anon1243 x ikut pkbgan. Depa dah msyrt. Pas diwakili mat sabu, Tn Ibrahim. Mustafa ali, dan hatta. Keputusan dah diambil coma tghh saja yg x ambil pot

    ReplyDelete
  12. hj hadi mmg x suka anuar jd pm. selagi hj hadi teraju pas.. hasrat tawan putrajaya x akn tercapai.

    ReplyDelete
  13. Ni sumer poyo...haktuihhh...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...