Tuesday, 8 July 2014

ISU SMS PALSU FITNAH JUAL NAMA BERNAMA TSKI LETAK JAWATAN ... ADUN SRI MUDA SHUHAIMI SHAFIE INGAT RAKYAT INI "SOHAI" YANG MUDAH DIPERBODOHKAN.



Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei tidak menolak kemungkinan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang menyebarkan mengenai peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam dilakukan oleh kem menteri besar Selangor itu sendiri.

Shuhaimi berkata, isu itu mungkin sengaja diwujudkan pihak tertentu, namun enggan mendedahkan dalang yang menyebarkan SMS berkenaan.

"Pada pandangan peribadi saya ia dillakukan kem yang sama.

"Orang politik dapat menilai dan membaca gerakan politik lebih daripada orang lain," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor di Dewan Annexe, Shah Alam, hari ini.

Beliau mendakwa, secara peribadinya tindakan itu boleh dijangka sebagai perang saraf untuk menunjukkan kononnya berlaku penolakan (menteri besar) atau pergaduhan.

"Sebenarnya itu adalah unsur yang boleh kita jangkakan yang hendak cari publisiti," katanya.

SMS semalam mengumumkan Khalid akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan perletakan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Menggunakan nama sumber daripada agensi berita Bernama, SMS palsu itu mengatakan Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad akan menggantikan Khalid.

ULASAN OMAK KAU:-

Inilah dinamakan jenis cakap ikut suka asalkan bercakap tanpa fikir implikasi kepada dirinya dan parti.

Sebagai Ketua Penerangan PKR Selangor salah satu tanggung jawab asas yang utama dan paling mustahak ialah kemampuan mengeluarkan kenyataan yang memberi keyakinan kepada rakyat ... setiap patah perkataan yang terhambur keluar dari mulutnya ialah mewakili parti KeADILan Selangor.

Tapi malang sungguh .. cakapnya sejak kebelakangan ini jenis gred semborono .. cakap yang jelas cuba nak memperlekehkan rakyat ... cuba nak hina kebijaksanaan rakyat dan lebih tepat nak memperbodohkan anggota KeADILan.

Kenyataan yang orang TSKI sendiri yang membuat kerja jahat jijik ini tak ubah sebiji seketul betul-betul macam macai UMNO bila sudah terkantoi nyata didapati menipu dalam memfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya terhadap DSAI .. Apa jua kesalahan dan keburukkan berlaku keatas negara ini dipersalahkan DSAI .. Kini TSKI pula menjadi mangsa serangan taktik yang sama.

Ikut hukum akal logik .. masuk akal kah orang TSKI menyerang TSKI yang mendapat kesan dan akibat dari serangan tersebut adalah TSKI sendiri .. Logik kah????.

Walaupun sudah tersebar merata siapakah dalangnya membuat kerja kotor ini di laman sosial FB, WhatsApp, Twitter dan Instagram namun atas dasar tidak menyerang berpaksikan persepsi dan andaian maka Omak Kau enggan menamakan individu berkenaan.

Paling menghairankan lagi ialah ketua kartelnya dari Keadilan Raya, Azmin Ali sudah pun mengistiharkan gencatan senjata demi keharmonian parti dan kestabilan negeri Selangor, tetiba ADUN Sri Muda merangkap Ketua Penerangan KeADILan Selangor yang juga Sarjan setia kepada Azmin Ali boleh tergamak mengeluarkan kenyataan yang pasti akan dijadikan bahan ketawa oleh rakyat negara ini... Nampaknya bukan sahaja dia tidak hormat dan akur kepada saranan dan nasihat Ketua Umum KeADILan, DSAI agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bersabit dengan jawatan MB Selangor, tapi dia juga tidak hormat kepada bos kartelnya sendiri dengan memberi malu mengeluarkan kenyataan tidak logik.

Cukuplah tu ... fokus kepada memajukan negeri Selangor sambil memantapkan parti .. fikir bagaimana nak memberi khidmat bakti kepada rakyat ... hentikan mengeluarkan kenyataan semborono yang berterusan cuba nak memperbodohkan rakyat dan anggota parti... Biarlah isu besar ini diselesaikan oleh pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebab anda itu taraf bawahan sahaja.  .. Dengar, hormat dan akur nasihat Ketua Umum KeADILan DSAI dan juga Ketua Kartel Keadilan Raya Azmin Ali yang anda sanjung dan sebahagian darinya .. TUTUP MULUT!!!
.. BUAT KERJA!!!!

16 comments:

  1. "Panas baran" juga adalah api yang membara - yang menjadi teman rapat sang iblis untuk melakukan kerja-kerja jahatnya menghasut anak Adam sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak berperi-kemanusian dan di luar batasan agama.

    Seperti kes di atas, pelakunya sanggup membunuh - hatta anak kandung sendiri. Sama juga seperti seorang penyanyi rock yang terkenal panas barannya, sanggup membelasah isteri sendiri tanpa mengenal perikemanusiaan dan lupa tentang dosa terhadap perlakuannya itu.

    ReplyDelete
  2. Woo komen pasal bapa pukul Anak Sampai mati Kat Melaka pun ada. Lari topic lagiiiiiii

    ReplyDelete
  3. ISH ISH ISH. . . .ISH ISH ISH. . . . . .

    ReplyDelete
  4. Haluuuuu. ...

    Kurang PATI kurang jenayah!

    Berlakulah adil di bumi ini. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Negara tidak perlukan PATI sumber manusia kita cukup untuk menggerakkan negara ini. Kita tak perlukan pati untuk cuci tandas di pasaraya, jadi buruh di kaw pembinaan, tombak buah sawit di ladang. Rakyat kita boleh buat semua itu, yang penting kurang pati kurang jenayah. Manifesto PR akan menghantar pulang 100k pati seterusnya membuka 100k peluang pekerjaan kepada rakyat. 

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    Khak tuih

    ReplyDelete
  5. Suhaimi shafie. Satu nama yang dulu diarak dan dijulang oleh para blogger dan orang2 dari pengikut TSKI kerana kemurahannya mebayar pebulis blog termasuk blog ini. Namun apabila blogger ini mendapat imbuhan yg lebih tinggi dari exco pimpinan yg baru, yg dibayar lebih tinggi maka YB Suhaimi ini dihentam teruk oleh mereka. dr blogger dan pengikut kem TSKI.

    "Saya kenal penulis ini semua. Saya kenal pengikut pengikut baru di selangor ini.Masa mula nak naik sayalah tmpt mereka mengadu. Masamemerlukan kewangan, saya lah mereka dtg meminta bantuan" katanya lagi.

    Namun kami percaya sbg ADUN yg berjiwa rakyat, menegakkan keadilan raya untuk rakyat, setiap patah perkataan yg keluar dari mulutnya merupakan ubat demi kesinambungan PKR memerintah Selangor seterusnya ke Putrajaya dibawah pimpinan sdr Azmin.

    Sungguh jijik sebahagian ahli PKR sekarang ni terutama yg mula mewah di masa sekarang. Pengikut baru yg ramai dibawah Kem TSKI.

    Veteran PKR
    Sri Muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. celaka laknat punya blogger. lupa daratan

      Delete
  6. DENGAR SINI KAPLA KASI BACA WAHAI PENGIKUT2 BONEKA PKR!

    SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap akan digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor apabila tiba masanya, tegas Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie.

    Beliau berkata, keputusan berhubung perkara itu telahpun diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan pada 15 Januari lalu.

    “Langkah Kajang diteruskan sehinggalah dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Setia City Convention Centre, dan kita akan masih meneruskan.

    “Ketetapan kita ialah dalam mesyuarat 15 Januari itu, akan berlaku perubahan kepada Menteri Besar Selangor dan proses perubahan itu adalah bergantung kepada situasi semasa. Yang pasti, ia pasti akan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor, di sini, sebentar tadi.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini berhubung isu kedudukan Khalid yang dikatakan akan dibincangkan dalam mesyuarat BBC hari ini.

    ReplyDelete
  7. Sejarah akan berulang lagi. DiKelantan pada sekitar 1977 Menteri Besar ketika itu Datuk Muhammad Nasir dari Pas telah tewas dalam usul undi tidak percaya yg dibawa oleh PAS sendiri kerana Muhammad Nasir dikatakan pilihan Umno bukan pilihan Pas. Akibat dari rusuhan yg berlaku darurat diumumkan dan selepas itu diadakan pilihanraya kecil. Keputusannya Pas hanya tinggal 2 kerusi dan kerajaan baru Umno ditubuhkan. Pemimpin2 Pas kedah tidak baca sejarah ini sebab itu Pas dengan masaalah yg hampir sama tewas sekali lagi pada PRU 13. Sekarang ni di Selangor pula. Skrip dan jalan cerita yg sama cuma pelakon utama saja yg bertukar. Hero-hero drama ni mengikut sususan ialah Datuk Muhamad Nasir (Kelantan )Tan Sri Azizan Abdul Razak ( Kedah ) dan Tan Sri Khalid Ibrahim ( Selangor ) yg akan mengikuti skrip yg sama. Moral of the story : Kepujian dlm matapelajaran Sejarah diperingkat universiti adalah compulsory untuk dipilih sebagai MB

    ReplyDelete
  8. OMAK KAU, mintak tolong sampaikan pesanan kepada pemimpin tertinggi PKR yang sedang sedap ikut rasa sendiri bergaduh sesama sendiri... Rakyat sedang memerhatikan pergaduhan ini... dan semakin ramai yang bosan dengan senario ini... sampai ada yang berkata... "nasib baik lah PKR x menang pilihanraya dulu..." dulu masa nak undi... kata berjuang untuk rakyat... tapi bila sekarang, dah diberi peluang.. mula tunjukkan belang sebenar... saya sendiri pun mula rasa menyesal memberikan undi saya kepada PKR... tolong lar sampaikan kepada yang atas2 ni, sudah2 lar.... kalau begini gayanya... takkan ke mana la...... terima kasih OMAK KAU....

    ReplyDelete
  9. Suhaimi..... Kamu MINORITI dlm PR......
    Jangan banyak cakap.....
    Kalau kamu or Azmin or maybe Iskandar (melaka) ingin kerusi MB ...... PUNAH JAWABNYA.
    Mengaku orang politik tapi politik taik kucing......

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodo. dlm PR memang la minoriti.
      tidak dalam PKR. Suhaimi pejuang dan suara ngaumannya ditakuti Adun BN selangor.

      Delete
  10. PKR baru dapat Selangor dengan ihsan PAS dan DAP.... DAH GILA BABI......
    Belum dapat Puterajaya...... Agak nya PERANG SAUDARA AGAKNYA.....
    YANG AKU PASTI AKU SEDANG bersiap sedia bersama sanak saudar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotak ko. PKR dapat selangor atas kekuatannya.
      di Kajang move, tanpa bantuan sepenuh hati PAS, PKR tetap menang .

      Delete
  11. Langkah Kajang akan bertukar menjadi langkah Kejong..

    ReplyDelete
  12. baik pulak Omak Kao di bulan Ramadan yang mulia niiiii....Moga terus menperjuangkan kebenaran.....

    ReplyDelete
  13. su mengenai jawatan Menteri Besar Selangor sudah begitu lama berlarutan. Bermula dengan pelan KajangMove yang bertujuan menggantikan Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim bagi memberi lonjakan politik ke arah cita-cita PR menawan Putrajaya dalam PRU 14 yang kemudian dihalang oleh ketakutan UMNO melalui kuasa terhadap undang-undang dengan mempercepatkan kes rayuan liwat melihatkah bekas TPM itu, sehinggalah ke hari ini jawatan Menteri Besar Selangor terus menjadi isu hangat.

    Daripada Anwar gagal sebagai pengganti, timbul bermacam-macam spekulasi dengan ada yang mahukan Wan Azizah dan ada pula yang mahukan Azmin Ali. Tersebar juga khabar bahawa Wan Azizah akan jadi Menteri Besar manakala Azmin sebagai timbalannya atau Exco Kanan sebagai jalan penyelesaian untuk mengiringi Sultan Selangor jika ada majlis perasmian atau lawatan ke masjid dan surau.


    Oleh kerana Pas mempunyai lebih kerusi berbanding PKR, nama Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad juga diheret sama sebagai pengganti walaupun persetujuan bersama PR menyerahkan jawatan itu kepada PKR sebelum pilihanraya lalu tentunya logiknya sehingga pilihanraya akan datang.


    Di ketika yang sama timbul pula seloka bahawa UMNO tiba-tiba menyokong Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar sehingga akhir penggalnya, walaupun sudah diketahui apa kilat dan kilaunya sokongan itu.

    Pertukaran Menteri Besar kelihatan lebih mendesak bagi PR kerana sejak adanya KajangMove, Khalid juga berubah secara automatik sebagai pemimpin yang mesra UMNO dan Kerajaan Pusat berbanding hakikat dirinya yang mewakili PKR dan PR. Beliau menandatangani perjanjian air bagi pihak Selangor dengan pusat tanpa pengetahuan sesiapa dalam kerajaan negeri. Beliau juga kemudian menyokong projek Lebuhraya Kidex yang bukan saja projek Pusat tetapi juga dipunyai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi dan peguam UMNO, Hafarizam Harun.


    Ditambah pula dengan ketidaktegasan Khalid dalam menyelesaikan isu Bible yang melibatkan Jais sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakan-rakan dalam PR sendiri, Khalid lantas dilihat bukan lagi sebagai sosok yang sesuai mentadbir Selangor mewakili PR.


    Pertukaran jawatan dan desakan demi desakan yang ditimbulkan oleh beberapa pemimpin PKR sendiri mengenai Khalid sebenarnya bukan lagi mengenai pentingnya untuk meletakkan Wan Azizah, Azmin Ali atau sesiapa saja di kerusi itu tetapi lebih sebagai usaha mempertahankan Selangor terus berada di genggaman PR dalam pilihanraya akan datang dan membawa harapan lebih cerah menuju Putrajaya.


    Khalid kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah lari jajaran politiknya. Beliau banyak bertindak sendirian, mula mesra UMNO dan Pusat serta tidak upaya menangani krisis meskipun keupayaannya berjimat cermat meletakkan rizab negeri mempunyai tabungan RM3 bilion boleh juga diberikan pujian.


    Namun Khalid harus juga sedar bahawa menjadi Menteri Besar bukan seperti CEO syarikat perniagaan yang semata-mata mengutamakan keuntungan. Jauh lebih penting ialah kesejahteraan dan kepuasan hati rakyat. Penting juga ialah seorang Menteri Besar tidak boleh lari jajaran atau “allignmentnya”.


    Meskipun kian banyak desakan, Khalid nampaknya tidak mahu berundur. Beliau seakan-akan cuba bertahan sehingga ke titisan darah yang terakhir di kerusi itu walaupun cuba diingatkan bahawa beliau menjadi Menteri Besar selama ini adalah semata-mata kerana PKR.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...