Thursday, 10 July 2014
MODEL ESTONIA DIPERCAYAI MATI DIBUNUH DI PULAU RAWA, MERSING, JOHOR.
Seorang model warga Estonia yang dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang kerabat diraja ditemui dibunuh di Pulau Rawa membangkitkan banyak persoalan.
Model sambilan, Regina Soosalu pada awalnya dikatakan mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai pulau itu pada 1 Julai lalu, pada hari dia tiba di pulau berkenaan.
Bagaimanapun, polis kini sedang menyiasat kematiannya sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kecederaan “mencurigakan” pada badannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, setakat ini seramai enam suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Kesemua mereka berada di pulau itu pada hari kejadian tetapi saya tidak dapat mendedahkan lebih banyak maklumat kerana kita masih dalam siasatan,” katanya.
Menurut sumber yang rapat dengan Soosalu dan teman lelakinya berkata, model itu dilihat kali terakhir oleh kakitangan hotel ketika model itu keluar dari biliknya untuk berjalan dekat jeti. Dia memberitahu bahawa wanita berkenaan tidak pulang selepas itu.
Teman lelaki kepada model itu, Tengku Alang Reza Ibrahim, mendiamkan diri berhubung kematian itu di akaun Facebooknya sehingga Selasa. Sumber memberitahu bahawa dia amat terganggu untuk menceritakan mengenai perkara tersebut.
Tengku Alang Reza menyifatkan insiden itu sebagai “tragedi paling buruk di dalam hidupnya”.
“Cinta saya, Regina meninggal dunia pada 1 Julai lalu, di bulan suci Ramadan. Dia adalah cinta hati saya, rakan baik saya, dan saya akan terus menjadi inspirasi buat saya,” kata Tengku Alang Reza di Facebooknya.
“Hatinya dipenuhi dengan kehebatan, cinta dan belas kasihan untuk semua mahkluk dan kehidupannya sendiri.”
Bagi mengungkapkan kata-kata selamat tinggal, Tengku Alang Reza berkata: “kata-kata tidak dapat meluahkan kekosongan dan kesengsaraan yang saya rasai. Hanya ucapan perpisahan buat masa ini, tidak akan selamat tinggal. Hingga kita berjumpa lagi, saya mencintaimu My Baby, akan sentiasa di hati saya.”
Ditanya adakah teman lelaki Soosalu turut dipanggil untuk disiasat, Hasnan berkata, polis belum lagi memanggil lelaki itu bagi siasatan.
“Kita telah memaklumkan Interpol (polis antarabangsa) berhubung insiden ini dan kita menyerahkan kepada mereka untuk menghubungi keluarga wanita itu.
“Saya percaya butiran-butiran mengenainya akan dimaklumkan kepada kedutaan Estonia di Beijing dan mereka sedang berhubung dengan keluarga mangsa mengenai siasatan kita,” katanya.
Ditanya mengenai waktu dan lokasi insiden, Hasnan enggan mengulas lanjut dan berkata, polis sedang berusaha untuk mengesan waktu kematian.
“Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kita sedang menunggu laporan akhir,” katanya.
Soosalu di Facebooknya berkata, dia sedang menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki bernama Alang Reza sejak 3 Julai 2012, lapor mStar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
jeng jeng jeng.
ReplyDeletedulu mongolia kini estonia.....ini boleh buat pantun nie...hihihihihi
ReplyDeletedari mongolia ke estonia
Deletebrazil lingkup di piala dunia
dulu mongolia kini estonia
si pembunuh gila buruk kotenya
Kes no2 slps C4. X tau spa puya angkra. Klu org islm yg mlakukn bolh ke dia tdr lena dgn prbuatn kejmnya. Dh tntu setip mlm brmimpi dn mngigau org yg dbunhnya.sma2lh kta ikuti kes ni smada snsasi atu snyp bgtu sja.
ReplyDeleteBetul....selagi roh yg di bunuh tak tenang selagi tu lah si pembunuh dan yg betsuhabat dngn si pembunuh akan sentiasa di hantui oleh roh yg di bunuh,
Deletekawan aku punya kawan bagitau.... yang bapak dia punya kawan keje kat SB luar negara bagi tau org yang bunuh model sambilan tu adalah org yg sama bunuh model dari mongolia dlu..... kali ni tak pakai C4, sebab C4 dah tak ada stok......
ReplyDeleteMana2 model luar negara nak mati kena bunuh sila lah bercinta dengan orang2 kenamaan kat Malaysia ini. Siapa pula lah kali ini nak jadi Babi Hitam
ReplyDeleteHarap pihak polis amanah dalam jalankan siasatan. Tak kira la kerabat raja ke..pemimpin politik ke...yang salah mesti kena hukuman. Nak cover buat apa. Nanti tak pasal2 korang turut sama kena azab kat akhirat
ReplyDeleteM'sia buat kejutan lagi...otomatik masyarakat akan teringat Altantuya...jangan nanti keputusan dia tidak lemas, tidak dilemaskan, tapi berakhir di laut....
ReplyDeleteMalaysia Negara Mistri:-
ReplyDelete1).Kes Altantunya dibunuh kejam guna peledak C4 letupkan mangsa akhir kes semua terduduh dibebaskan.
2). Kes lewat 1 DSAI disebabkan Hakim rasuah DSAI kedalam 16 tahun kemudian DSAI dibebaskan Mahkamah Rayuan mendapati DSAI tak bersalah.
3). Kes lewat 2 Mahkamh Tinggi bebas kata DSAI tak bersalah tapi Mahkamah Rayuan dapati DSAI bersalah kenakan hukuman 5th penjara. Tunggu apa kata Mahkamah Persekutuan
4). Khir Toyo dapati bersalah kena denda dan penjara tahun 2011 dan skrg rayu di Mahkamah Persektuan kerana Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman Mahkamah Tinggi sampai5). skrg senyap sepi tak tau hujung pangkal
5). Kes MH370 kata ending di Lautan Hindi dah masuk 4 bulan aps barang pun tak jumpa
6). Kes DNA Babi dalm cokat cudbry JAKIM kata HALAL tapi peg JAKIM sendiri tak berani makan. Skrg dah senyap sebab Peg JAKIM dan Peg Kk dah dipenuhi coklat cudbry+fulus.
7). Isu Kalimah Allah dulu2 sebelum PR ramai di Perlimen dan tak ada negeri yg diurus tadbir PR isu kalimah Allah tak timbul orang Keristian Budha Hindu dan Islam sama sama mempercayai bahawa Allah ujud tapi dari sudut pandangan yg berbedza tak ada masalah. Kerana politik sanggup jual agama dan rakyat bagi jadi kecoh. Kalau buta politik dah lama Melayu dgn banhsa lain di Malaysia bergaduh. Nasib baik rakyat 80% crlik politik.
8). Isu Hudud UMNO nak lagakan PAS DAP dan PKR. Tak semena selama 56th UMNO anti Hudud sokong Hudud bila speaker Selangor Hannah Yeoh termia usul hudud untuk dibahaskan masa itu lah Ketua Pembangkang Selangor tarek balik usul. Anuar Musa sebok nak usul hudud di Kelantan bila nak diusulkan di Perlimen UMNO juga yg tolak. Jual agama kerana politik dan kuasa. Bagi rskyat 47% berfikir lah secara terbuka bukan berfikiran terrutup. Sepatutnya kits rakyat Malaysia lebih kaya dan maju dari rakyat Singapore dan Korea tapi kita ketinggalan. Ayuh buka mata,buka minda kita perlu berubah demi bangsa dan negara.
900 sehari tanpa mofal ? fuyoo... .kalau sebulan berapa ye? eh kalau modal macamana ? dapat berapa ? fuyoo untong oo. . . .
ReplyDeleteXHABIS-HABIS..BILA LA NAK BERUBAH...!!! HAIH...ERRMMMM.....CHANGE NOW SAVE MALAYSIA.
ReplyDeleteapa nak jadi ni org mesia ni...
ReplyDeletehantar betugas di luar negara dah dok kejar dan ceroboh serta nak rogol mat saleh...
duduk dalam negara dah tangkap dan bunuh mat saleh...
awat jahat sangat ni...