Sunday, 13 July 2014

EDISI MELAYU MUDAH SANGAT LUPA ... TSKI PERNAH DINOBATKAN OLEH DSAI SEBAGAI MB TERBAIK NEGARA.



PERDANA Menteri menunggu Datuk Seri Anwar menobatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik dengan segala hujahnya.

Pertama dia ada integriti dan tidak rasuah dan tidak menjadikan pangkat dalam politik untuk mencari kekayaan. Malah dia bukanlah orang politik sangat, tetapi dia orang yang bekerja.

Jika Anwar katakan Khalid Menteri Besar/Ketua Menteri yang terbaik di seluruh negara sejak merdeka pun boleh bersetuju secara umum sebelum dibuat auditan untuk semua.

Kerana itulah kalau Anwar memberi kuasa kepada saya untuk menyusun kabinet bayangannya saya akan namakan Khalid sebagai calon menteri kewangan seperti yang saya tulis dalam Harakah dua minggu lalu.

Selepas saya namakan  dia calon menteri kewangan, Anwar pula kata  dia Menteri Besar Selangor yang terbaik. Maka sebagai Menteri Besar yang terbaik, boleh ditimbangkan dia untuk menjadi calon terbaik bagi menjadi menteri kewangan.

Selepas Perdana Menteri Mahathir ada tiga orang menteri kewangan – Tengku Razaleigh, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim – Barisan Nasional sudah  tidak jumpa orang untuk menjadi menteri kewangan lalu semua Perdana Menteri menjadi menteri kewangan. Sejak tahun 1999 hingga PRU13 kita tidak ada menteri kewangan khusus dan penuh masa. Malaysia ada menteri kewangan sambilan saja.

Malaysia kini adalah sebuah negara yang kucar kacir politiknya, ekonomi, kewangan dan pentadbirannya. Maka Perdana Menteri menunggu memerlukan seorang menteri kewangan yang lebih hebat dari Tun Tan Siew Sin.

Siew Sin jadi menteri kewangan pada masa negara baru merdeka yang masalahnya darurat dan ancaman komunis bersenjta saja. Rasuah tak ada, orang melarikan wang negera tiada selain dari penjajah kaut. Kewangan yang British tinggal tiada banyak masalah. Cuma ekonomi saja belum dibangunkan. Siew Sin tidak banyak masalah menyambung tugas yang Inggeris tinggalkan.

Tetapi negara yang Pakatan Rakyat hendak ambil ialah sebuah negara yang penuh dengan beban hutang, mata wang yang tidak kukuh, inflasi, rasuah, penyelewengan dll, maka tugas menteri kewangan adalah berat bagi menghadapi sistem pemerintahan yang porak peranda itu.

Negara memerlukan seorang menteri kewangan berwatak kuat macam Al-Marhum Tun Dr. Ismail yang tidak suka bermuka-muka. Orang yang tidak banyak politiking yang ada pengalaman boleh mengawal pentadbiran, kewangan  dan sebagainya.

Tentu Selangor juga merasa perlu wibawa sepertinya bagi menentukan reformasi pentadbiran dapat diteruskan. Apabila Selangor beroleh Menteri Besar terbaik tentulah ia berhadapan masalah mendapatkan ganti sebaiknya.

Seperti zaman Dato Harun Idris menjadi Menteri Besar, mungkin dia tidak sebaik Khalid, tetapi dia terlalu popular. Selangor berdepan dengan masalah untuk mencari penggantinya hinggalah datang Khalid Ibrahim.  Selangor bertuah beroleh Khalid. Payahlah mencari ganti sepertinya.

Jika Selangor boleh dapat pengganti, maka dia adalah calon pertama paling sesuai jadi menteri kewangan.

Saya kenal Khalid sebelum saya kenal Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang. Masa jadi guru sementara sebelum masuk universiti, saya sudah kenal dia. Saya kenal neneknya, ayahnya, emaknya dan semua adik beradiknya. Maka saya tahu dan yakin dengannya.

Ketika dia mula bekerja di PNB sebelum jadi CEO, dia cerita pada saya kerja yang sedang dibuatnya. PNB belum ada apa-apa. Saya tanya bolehkan dia buat? Lepas itu dia  jadi CEO. PNB jadi gergasi yang sebelumnya adalah Awang Kenit.

Kerana itu saya terasa kementerian kewangan perlukan orang sepertinya...SUBKY LATIF 30hb Oktober 2012

14 comments:

  1. Dulu memang la tski seorang yang hebat.tapi itu dulu la sebelum dia jadi boneka najib.

    say no to kidex

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu... Tski pernah jadi bodo sertai umnu...dan Sekarang seperti bodo jugak sertai pkr...dan harap lebih cerdik dgn sertai pas....

      Delete
  2. Kidex ni citer penggal lps..dlu mp adun xberkokok..xdpt habuan bru nk kecoh...walhal da setuju pn..tu loy sian tu member board dlm tu..tau segala..now melalak sbb xdpt duit..konon xbg dia..dia xakn luluskan..sekali lulus..malu la tu..bls dendam..bla lh..perangai umno btol

    ReplyDelete
  3. Elok mb bg projet kidex tu kat yahudi sekalipun tapi jangan parti yg terkenal dgn tamak haloba dan pasti tol akan dinaikan tiap2 bulan.melayu hutan boleh la sembang nak g mana2 pun boleh naik lembu je..

    say no to kidex

    ReplyDelete
  4. Air,langat 2,kidex semuanya kroni umno yang dapat.kenapa tak bg kat yahudi or amerika ke.lagi elok umno diharamkan kat selangor.

    ReplyDelete
  5. usah pening pening kepala...

    semua hal yang jadi sekarang hanya lakonan politik saja , nak tengok dan cari musuh dalam selimut Pakatan Rakyat saja....

    TKI dan DSAI hanya yang tahu agenda politik sekarang ini.

    yang pasti najis itu tetap najis !

    ReplyDelete

  6. Kah kah kah. . .seronoknya mimpi di siang hari. . . kah kah kah. . . .Subky latif tu baek orangnya. saya baca satu buku ' anwar tidak akan jadi orang no satu ' oleh sayuti omar sekitar thn 80an subky buat kenduri di hotel meraikan kawan kita tu balek dari siam lepas selamat diijab kabulkan. Siap gambat lg. Tentu subky ingat kan ?

    ReplyDelete
  7. Aku tak akan undi PKR lagi dah.. Aku dah tak percaya kepada PKR lagi.. Harap2 PAS akan bergerak sendirian lepas ni..

    ReplyDelete
  8. Jgn terpesona dgn sokongan juak2 umno yg dh tentu plastik.....mereka gembira dan menyokong tski kerana mahukan pkr..pr berpecah. Harap semua pr mampu cari penyelesaian...

    ReplyDelete

  9. MEMANG KELUARGA PKR TU KELUARGA 69 PUN. TAK CAYA TANYA AMIN. KAN SIDAR ?

    ReplyDelete
  10. Aku sampai bila2 xkan undi umno kena ingat dosa rasuah dan dosa liwat tuya kena sama2 tanggung dgn mat mongol sampai mati.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sama ngam dgn kepala otak engkau...
      Aku haramkan keturunan aku undi umno sampai bila bila...

      Amatlah bodoh sekali dan sangat tinggi tahapnya kebodohannya kalau cenderung menyokong kezaliman dan kepalsuan.... Hanya menambah cosa kita dgn saham cosa mereka...

      Sampai mampus pun tak akan menemui alhaq-kebenaran kalau menipu diri sendiri dgn menyokong puak puak umno zalim ni

      Delete

  11. SAPE PAKSE KO UNDI UMNO ? PEGI MAMPUIH KO.

    ReplyDelete
  12. Ho Ho Ho ....
    Even TSKI di sebut sebagai MB TERBAIK, namun kita sering kadang kadang lupa...
    Jangan lah kita mudah lupa.

    Siapa nak ganti MB Selangor di antara YB YB Selangor ???
    Kalau tim Keadilan Baru nak cadang nak lantik YB Azmin sebagai MB Selangor, maka mula mula perlu lantik Datin Dr Wan Azizah sebagai MB Selngor. MB Sengor sementara...

    Kemudian Bila Datin Dr Wan Azizah dah jadi MB Selangor, maka strategi Pertama berjaya. Ini move yang penting. Then, baru buat move remove Datin Dr wan Azizah daripada MB Selangor dan lantik YB Azmin Ali sebagai MB Selangor.

    Itu adalah pandangan Publik Opinion tentang movee Azmin untuk jadi NB Sengor.

    Bila DSAI boleh stop move AZMIN ???
    Bila YB Azmin boleh dengar nasihat DSAI ???
    Bila YB Azmin hormat pandangan Datin Dr Wan Azizah sebagai Presiden parti ???

    Bila YB Azmin berusaha menguatkan parti Keadiln ???
    Publik Opinion nampak, Azmin hanya move untuk menguatakan TIM nya , dan bukan untuk menguatkan Parti Keadian.

    Renong dan PONDER >>>
    Publik Opinion




    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...