Sunday, 13 July 2014

SEORANG ANGGOTA POLIS MARIN TERBUNUH DAN SEORANG LAGI HILANG DIPERCAYAI DICULIK OLEH SEKUMPULAN PENGGANAS DI PULAU MABUL, SEMPORNA, SABAH MALAM TADI.


Seorang anggota Polis Marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, di Sabah jam 11.10 malam tadi.

Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada pengganas Sulu lewat tengah malam tadi.

Menurut sumberseorang anggota Polis Marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, di Sabah jam 11.10 malam tadi.

Kejadian yang berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESSCOM itu selepas anggota polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi, pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran, bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang anggota polis maut dalam kejadian tersebut.

Seorang anggota polis turut hilang dan dipercayai diculik dalam kejadian tersebut. Pihak Berkuasa ESSCOM sedang melipatganda usaha mengesan kumpulan pengganas Sulu yang dipercayai masih berada disekitar kawasan pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.

Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini sudah kembali tenang seperti biasa.

16 comments:

  1. Kerja sia2....
    Org lain duduk rumah senang lenang dan seronok nak menyambut raya..kau org seronok nak bertelingkah..bergaduh.....bertumbuk...berperang...
    Sia2 ja buang air liur, sakit or mati.

    ReplyDelete
  2. Dalang IC segera kata, "ada aku kesah?" Kah kah kah kah... Padan muka! Kih kih kih..

    ReplyDelete
  3. Semalam najib baru je puji esscom hari ni ada pula polis yang mati apa punya sial la ko neh najib.bala sebab liwat tuya ni.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Tak serik2 la..
    Pi bagi polis buat keeja tu buat apa. Depa ni kerja dlm bandaq dan office boleh la. Depa bukan reti buat kerja2 ambush mcm tu. Nanti jadi macam kat Sabah itu hari baru tau. Bagi la kat askar buat kerja tu. Tak nak langsung ambik iktibaq

    ReplyDelete
  5. Malu la sikit najib ada menteri2 pun macam suwey KDN boleh cari 'militan' sampai lubang cacing...samseng/gangstar/lanun/pendatang dibela....bala projek ic kot

    ReplyDelete
  6. Kalo takut mati jangan jadi polis! Jangan nak makan gaji buta ngan rasuah je! Huhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. statement org bangang....

      Delete
    2. Kau yang bangang Anon 09:54...Anon 09:43 cakap betul. Polis Malaysia kena berani dan mereka dibayar gaji untuk menjaga keselamatan negara. Mereka mesti bersedia untuk mati, kalau takut mati atau berhenti kerja duduk bawah ketiak bini atau minta kerja jadi promoter kosmetik di Parkson atau Sogo.
      Kerajaan juga patut hantar FRU, Rela dan PUKIDA untuk lawan Mujahideen Sulu ini...satu dunia nak tengok sama ada dia orang ini dia orang betul 2 pahlawan perkasa.....bukan specis hanya berani tunjuk kuat dengan memaki hamun pendatang Bangla, Mat Rempit, pelacur, GRO dan peserta himpunan bersih.

      Delete
  7. Kesian pada yg terkorban... esscom ni ada ker tak der lebih kurang jer..
    Takper... nanti beli barang lagi yea.. kapal selam 5.. kapal laut 30.. kapal terbang 50.. radar tak cukup lagi...tambah lagi 10..
    nanti mintak komisen beli barang 2-3 bilion. .

    ReplyDelete
  8. Musuh mudah nembolosi negara. Bajet keselamatan melebihi rm50 billion dlm tempoh 5 tahun. Sygnya peralatan tak canggih tak moden. Ni mcm beli myvi bayar harga ferrari...

    ReplyDelete
  9. sedih lah macam ini...

    ReplyDelete
  10. Takziah kepada keluarga mangsa-diharap keluarga mangsa bersabar dgn ujian di bulan ramadhan ni-

    ReplyDelete
  11. NAK SEDIH APA. MEMANG DAH AJAL DIA. DIA KERJA BUKAN FREE DIBAYAR GAJI. BUKAN KA ?

    ReplyDelete

  12. BAGI KT PAKATAN RAKYAT PERENTAH TENTU NEGARA AMAN. PADA ANGGOTA POLIS YG PANGKAH BN PRU 13 NANTI PRU 14 NANTI PANGKAH PKR KA PAS KA ATAU DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. confirm lanun sulu tak berani datang sebab takut kena liwat Nuar Berahim..

      Delete
  13. x selesai jga mslh esscom cmna krtirisn keslmtn bolh blku sbgini rupa. Stu kjian trprinci wajr dlakukn serta mtta.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...