Sunday, 8 June 2014

( 7 FOTO ) DESAK POLIS SIASAT SEGERA SINDIKET PENIPUAN PERDAYA ORANG RAMAI.



Polis diberi tempoh 48 jam untuk segera bertindak dan menyiasat laporan dibuat orang ramai terhadap sebuah syarikal pembekal di Ken Rimba Jaya di sini.

Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan berkata dalam tempoh kurang dua bulan, sekurang-kurangnya terdapat minimum 100 laporan polis dibuat orang ramai yang mendakwa tertipu dengan skim ditawarkan syarikat itu.

Namun, katanya sehingga kini polis masih tidak menjalankan sebarang siasatan dan seolah-olah enggan memberikan kerjasama.

“Saya sampai di sini tidak sampai 15 minit tetapi saya boleh jumpa dua keping cek yang diberi orang kepada syarikat ini.

“Apa sebenarnya yang membuat polis lembab untuk menyiasat seorang individu dan syarikat ini, apa yang susah sangat sebenarnya.

“Kenapa polis tidak tangkap individu itu, siasat dan maklumkan perkembangan siasatan kepada orang ramai sama ada isu teknikal atau unsur jenayah,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir bersama Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari meninjau pejabat syarikat Yeop Heng Team Trading di sini yang turut menawarkan skim bekerja daripada rumah dengan bayaran RM 800 sebulan.

Pejabat berkenaan tidak lagi beroperasi dan berada dalam keadaan berselerak dipercayai diceroboh mangsa-mangsa yang tidak berpuas hati ditipu.

Mengulas lanjut, Manivannan berkata jika dalam tempoh tersebut pihak polis masih enggan bertindak, beliau akan membawa perkara ini ke Parlimen pada Isnin hadapan.

Sebelum ini pada 2 Mei lepas, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail telah pun membuat satu laporan polis di Balai Polis Seksyen 15 ekoran tindakan syarikat itu menggunakan namanya untuk menipu pelanggan.

Rodziah yang juga Adun Batu Tiga dalam kenyataannya turut menggesa polis mengambil tindakan sewajarnya kepada syarikat itu.

Saturday, 7 June 2014

PERKASA DESAK PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG (RUU) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH 2014 OLEH KERAJAAN JOHOR DI TANGGUHKAN.



Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) Johor merayu agar pihak kerajaan negeri Johor menangguhkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Perumahan dan Hartanah 2014 sehingga mendapat maklum balas rakyat.

Yang di-Pertua Perkasa Johor, Samat Atan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, meskipun kedaulatan institusi beraja merupakan keutamaan Perkasa, pertubuhan itu khuatir kerajaan negeri dieksploitasi pihak-pihak tertentu dalam hal itu.

"Kajian yang teliti dengan mendapat maklum balas rakyat perlu dibuat terlebih dahulu.

"Ini bagi menjamin pindaan yang dibuat mendapat sokongan majoriti rakyat dan bukan sebaliknya," katanya, dalam kenyataan tersebut.

Suasana politik Johor juga katanya tidak lagi seperti dahulu dan beliau meminta kerajaan berhati-hati dalam perkara itu.

"Manakala, kerajaan negeri dalam suasana sekarang yang mudah keliru dan dieksploitasi oleh pihak yang ingin mencari faedah politik pastinya akan mengeruhkan lagi suasana yang boleh menjejaskan kewibawaan pemimpin dan kerajaan negeri.

"Sikap berhati-hati, teliti, dan banyak istiqamah akan membawa kebaikan dan ketenangan pada rakyat jelata. Ampun Tuanku," katanya.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun menegaskan semalam penglibatan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang akan ditubuhkan kerajaan negeri bukan menjadi satu isu kerana kuasa eksekutif masih dipegang menteri besar.

Khaled berkata menteri besar adalah pengerusi secara automatik dan apa-apa tindakan Sultan Johor adalah atas nasihat menteri besar.

"Apapun keputusan yang dibuat mengenai pentadbiran negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa eksekutif adalah di bawah menteri besar.

"Menteri besar akan menjadi Pengerusi Lembaga manakala Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai timbalan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa meluas kepada sultan tentang isu perumahan.

Perkara itu merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan Johor diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubarkan lembaga berkenaan.

Menurut beliau, penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh menteri besar.

Katanya, usaha untuk menubuhkan lembaga itu juga bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini, pendekatan yang sama digunakan untuk menubuhkan JCorp atau yang sebelum itu dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

RAKAMAN GAMBAR DAN KENYATAAN YANG GERENTI TIDAK DITERBITKAN OLEH SEMUA MEDIA ARUS PERDANA NEGARA INI.



Kenyataan media pengerusi DAP Perak YB Nga Kor Ming :

DAP hari ini menghantar utusan khas menziarahi Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang di Medipol Universitasi, Hastanesi, Istanbul di Turki sebagai tanda keprihatinan serta menyampaikan salam rakyat di tanah air semoga beliau cepat sembuh.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming selepas melawat Ustaz Hadi di Istanbul berkata, keadaan beliau kini sudah bertambah stabil tetapi beliau masih perlu menerima rawatan rapi di wad Hospital tersebut utk memastikan kesihatannya pulih sepenuhnya. Ustaz Hadi dijangka akan pulang ke tanah air dalam masa seminggu lagi.

Nga berkata, Ustaz Hadi ingin menyampaikan penghargaan & salam kpd semua pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat yg mendoakan kesihatan beliau. Presiden PAS itu menggesa semua jentera PAS lebih memantapkan hubungan bersama PR & perjuangan PR mesti diperkukuhkan demi masa depan negara.

Friday, 6 June 2014

SANGGUP BUNUH DIRI KERANA WAJAH KEKASIH TIDAK SECANTIK SEPERTI DALAM FACEBOOK.



Oleh kerana terlalu terkejut melihat wajah kekasihnya buat pertama kali, seorang lelaki di Filipina telah bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah.

Mark Anthony Perez dikatakan terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik dalam gambar yang dikongsikannya menerusi laman sosial.

Pasangan itu yang berpacaran empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial dan tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu-sama lain.

Kekasihnya itu kerap menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya bagi kelihatan cantik dan menarik.

“Saya ingat awak sangat cantik tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,” katanya kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal.

PDRM MENGESAHKAN BAHAWA GAMBAR SEKUMPULAN MUSLIM DI GEREJA BUKAN DI MALAYSIA.





GAMBAR SEKUMPULAN MUSLIM DI GEREJA BUKAN DI MALAYSIA:

Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut BUKAN melibatkan sebarang rakaman upacara yan
g berlaku di Malaysia. Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik atau menyebar sebarang bahan yang tidak sahih melalui media sosial kerana ia berupaya menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

ACP ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)




Berita palsu gambar wanita melayu bertudung dalam gereja tersebar.

Untuk info, gambar yang mencetuskan kontroversi itu bukanlah dari Malaysia tapi berlaku di negara jiran iaitu Indonesia.

Menurut salah seorang pengguna dilaman sosial, kunjungan itu datang daripada mahasiswa islam di salah sebuah Universiti di Indonesia.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menjalin hubungan dua hala antara agama Islam dan Kristian.

Berdasarkan lawatan tersebut, mahasiswa didedahkan dengan fahaman dan ajaran gereja Katolik manakala gereja juga didedahkan dengan cara umat islam menunaikan solat.

EDISI BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH .... RAKYAT TERENGGANU KINI KENA BAYAR SEWA METER AIR.




Di Selangor rakyatnya diberikan air percuma .. di Terengganu rakyat pula dipaksa kena bayar sewa meter air.

Jabatan Bekalan Air Terengganu yang dijadikan sebagai Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) kini dibawah pemerintahan kerajaan UMNO/BN telah mengenakan sewa meter kepada setiap pengguna air di negeri itu.

Walaupun tidak banyak namun kalau setiap rumah dikenakan caj sewa meter RM1, bayangkan berapa rumah ada di negeri Terengganu .. kalau meter hilangmasih tuan rumah kena bertanggung jawab dan dikenakan denda.

Kalau ditegur dan dikritik nanti dilabel sebagai warga yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih.




Thursday, 5 June 2014

ISU DAKWAAN ADA PEMIMPIN KEADILAN CUBA MENYOGOK PENGERUSI LEMBAGA RAYUAN PEMILIHAN PARTI SEMAKIN HANGAT!!!! ... AHLI KEADILAN YANG DIGANTUNG, CHEGU BARD TELAH MEMFAILKAN ADUAN BERTULIS DAKWAAN RASUAH MELIBATKAN PEMIMPIN TERTINGGI DAN LEMBAGA RAYUAN PEMILIHAN PARTI!!!!





Ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai 'Chegubard', telah memfailkan aduan bertulis kepada pihak parti itu berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi dan lembaga rayuan pemilihan parti itu.

Dalam surat yang bertarikh hari ini dan dilihat oleh Malaysiakini, Badrul Hisham membangkitkan satu tuduhan yang telah tersebar luas di internet sejak dua minggu lalu.

Tuduhan itu mendakwa bahawa pengerusi lembaga rayuan pemilihan parti, Abd Malek Hussin telah menolak rasuah oleh Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar dan "bosnya".

Badrul Hisham juga berkata, berdasarkan khabar angin, "bos" itu boleh jadi Timbalan Presiden Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya menentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai "memalukan", Badrul Hisham menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasatnya.

Dalam surat itu, Badrul Hisham berkata khabar angin itu mendakwa Abd Malek telah mencampak "sejumlah wang" kepada Dr Xavier dan berkata, "Berikan semula wang ini kepada ketua kamu".

Ketika dihubungi, Badrul Hisham, yang digantung keahliannya kerana secara terbuka mendakwa pemilihan parti itu kotor dan tidak telus, berkata adalah penting bagi mereka yang didakwa terlibat memperjelaskan perkara tersebut.

Bagaimanapun, sumber-sumber parti berkata Abd Malek "mencampak wang itu" di hadapan Wan Azizah dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat biro politik PKR dua minggu lalu.

Ketika dihubungi, Abd Malek enggan mengulas lanjut mengenainya.

Bagaimanapun, Dr Xavier menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

INI ADALAH SUATU DAKWAAN DAN TUDUHAN YANG AMAT SERIUS .. PERLU DISIASAT SECARA TELUS, ADIL TANPA MEMIHAK DAN GENTAR ...

AKAR UMBI SECARA KESELURUHANNYA MEMBERIKAN KERPERCAYAAN YANG AMAT TINGGI AKAN KEMAMPUAN PIMPINAN TERTINGGI PARTI UNTUK MERUNGKAI DAKWAAN INI DEMI KEADILAN YANG TIDAK MENGENAL BULU DAN DARJAT.

DAKWAAN BERTULIS SUDAH PUN DILAKUKAN MAKA PERLU DIBERI RUANG DAN MASA KEPADA PIMPINAN TERTINGGI PARTI UNTUK MENYIASAT DAKWAAN YANG SERIUS INI.

RAKAMAN GAMBAR DUA PENYANGAK BAWA LARI PETI TABUNG MASJID TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA.

Kejadian di laporkan berlaku pada jam lebih kurang 8.10 pagi 16hb April 2014 bersamaan hari Rabu di salah sebuah masjid di Pasir Gudang Johor.

Dikatakan tyang terlibat lebih dari dua orang .. Peti tabung Masjid yang di pacak pada lantai pun selamber rock mereka boleh angkut pergi .. Jika ditanya akal logik .. paling kurang pun pelakuan jenayah ini makan masa 20 mini ke 30 minit.

SURENDRAN BUAT LAPORAN POLIS KEATAS BLOGGER PRO UMNO MEMFITNAH DIRINYA DAN BAKAL DISAMAN OLEH BELIAU.



Satu laporan polis dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendren terhadap pengendali blogger sejarahmelayu.blogspot.com dan twitter @mozas_my29 setelah menyebar dan memalsukan kenyataan yang tidak pernah dikeluarkan oleh beliau semasa seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) maut di Parit Buntar pada 26 Mei lalu.

Beliau berkata pengendali twitter @mozas_my29 dipercayai terlebih dahulu telah memalsukan kenyataan beliau sebelum perkara tersebut telah disebarkan melalui blogger pro BN iaitu sejarahmelayu.blogspot.com.

"Perkataan tersebut jelas bertujuan untuk menunjukkan saya sebagai seorang yang bersifat perkauman dan tidak berperikemanusiaan. Ia merupakan satu serangan politik yang jahat serta fitnah

"Blog pertama yang saya nampak menyebarkan kenyataan palsu itu adalah sejarahmelayu.blogspot.com selepas pengendali twitter @mozas_my29 memuatnaik di laman twitter," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Turut mengiringi beliau adalah peguam peribadinya, Eric Paulsen dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Kenyataan palsu yang dimaksudkan oleh beliau itu merupakan gambar yang telah diubahsuai perkataan berbunyi "Almost every day policemen were killed in India. But in Malaysia, when a Malay police killed it becomes a big issue".
Tambah beliau, tindakan tersebut dilakukan oleh pengendali blogger dan twitter itu bagi menanam kebencian rakyat terhadap dirinya.

Mengulas lebih lanjut, pengendali twitter dan blog tersebut merupakan pro BN berikutan kedua-dua laman sosial tersebut kerap menyerang pembangkang dan masyarakat awam.

"Pertama mereka menggunakan berpuluh blog dan cybertrooper yang cuba menyemarakkan kemarahan (rakyat) dengan menggunakan fakta-fakta yang palsu.

"Banyak lagi blogger selain sejarahmelayu.blogspot.com yang menggunakan kenyataan palsu itu dan menggunakannya dengan tajuk yang lain," katanya.

Pada 26 Mei lalu, seorang anggota polis URB maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 12 tengahari tadi.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis URB yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

KERAJAAN PR SELANGOR BERCADANG MEWUJUDKAN SATU JABATAN KHAS KANAK-KANAK BAGI TUJUAN MEMBERDAYAKAN GOLONGAN ITU SECARA KHUSUS DARIPADA PELBAGAI ASPEK .. RODZIAH ISMAIL.



Satu Jabatan Khas Kanak-Kanak perlu ditubuhkan bagi tujuan memberdayakan golongan itu secara khusus daripada pelbagai aspek.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata pendekatan itu perlu diambil ekoran pelbagai isu jenayah membabitkan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak berlaku mutakhir ini.

Rodziah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai badan bertanggungjawab telah gagal dalam menjalankan fungsinya terhadap golongan itu.

“Saya setuju dengan pendapat Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mendakwa JKM gagal menjalankan tanggungjawab mereka.

“JKM perlu diperhebatkan lagi fungsinya, sebab itu saya pernah mengusulkan supaya satu Jabatan Khas Kanak-Kanak ditubuhkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas lanjut, Rodziah berkata Kerajaan Pusat juga perlu meminda Akta Kanak-Kanak 2001 secara menyeluruh membabitkan aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan dan perlindungan.

“Saya lihat akta Kanak-Kanak sedia ada ada meletakkan isu itu. Tetapi persoalannya banyak kekurangan dalam akta itu termasuk menyediakan persekitaran kondusif terhadap mereka.

“Contohnya, pembangunan premis seperti tadika, taska dan lain-lain. Begitu juga dengan penguatkuasaan yang tidak diperkuatkan dan tidak diberi tumpuan khusus,” katanya.

Beliau berkata nisbah kanak-kanak di negara ini mempunyai peratusan yang besar, oleh itu perlaksanaan dari pihak kementerian mahupun JKM perlu lebih meluas.

“Saya harap perkara ini boleh dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan oleh Ahli Parlimen.

“Sebagai Exco kebajikan negeri, kita ada tubuhkan pasukan khas di bawah Rantaian Mesra untuk menjaga kebajikan Kanak-Kanak sedangkan ia tidak perlu jika JKM menjalankan tugas dan mempunyai kredibiliti,” katanya.

Sehubungan itu, Rodziah mengesa Kerajaan Pusat supaya menambah baik fungsi JKM mahupun polis dalam isu itu seterusnya ia dapat ditangani agar tidak berulang pada masa depan.

“Jika sebelum ini, kerajaan pernah menandatangani perjanjian konvensyen PBB Hak Kanak-Kanak, jadi kita perlu tunjukkan indeks dan pastikan ia berada di tahap yang baik.

“Tapi ianya tidak dibuat oleh krajaan malaysia, jadi kegagalan ini menyebabkan kerisauaan yang amat sangat pada kita kerana hal keselamatan penting.

“Insiden mutakhir ini merisaukan kita, sepatutnya ia menyedarkan semua pihak.

“Ia mesti ditangani dengan keputusan penting, jika Permata boleh diberikan dana yang banyak kenapa tidak dalam jabatan yang perlu ditubuhkan itu sedangkan ia lebih layak,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Voice of the Children (VoC), Sharmila Sekaran mendakwa JKM, polis dan keluarga berkenaan gagal melindungi kanak-kanak dalam isu mutahir ini.

Pengarah Institut Sumber Asuhan Kanak-Kanak Malaysia, Aisha Z Abdullah turut bersetuju dengan Voc sistem pengawasan semasa kanak-kanak gagal dan menggesa kerajaan menambahkan peruntukan untuk melindungi kanak-kanak.

Baru-baru negara dikejutkan dengan kes pembunuhan yang menyayat hati, adik Siti Sofea Emelda, 2 tahun 6 bulan dan seorang kanak-kanak 7 tahun maut akibat terjatuh dari Tingkat 3, Pusat membeli belah, The Gardens.

IKLAN INI KINI BERSEPAH DIIKLANKAN DISEMUA AKHBAR ARUS PERDANA BERBAHASA MELAYU AGAR UMAT ISLAM NEGARA INI YAKIN AKAN PRODUK KELUARAN CADBURY.



Pengeluar coklat Cadbury Malaysia mengiklankan khidmat pesanan masyarakat (PSA) di kebanyakan akhbar arus perdana berbahasa Melayu untuk mendapatkan semula keyakinan umat Islam terhadap produk keluaran mereka

"Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami," tulis iklan tersebut yang disiarkan dalam Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan Sinar Harian hari ini.

Cadbury dalam iklan tersebut berkata, coklat yang dihasilkan dan dijual di Malaysia mendapat pengiktirafan sijil halal selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin lalu mengesahkan tiada DNA babi dalam produk mereka.

"Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.

"Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan," tulis iklan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury.

Keputusan tersebut dikeluarkan susulan pengesahan Jabatan Kimia produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury Hazelnut bebas daripada unsur babi.

Jamil Khir berkata, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury dan mengambil sembilan sampel produk lain untuk dianalisa.

Katanya, hasil laporan pemeriksaan akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia mengembalikan dua produk berkenaan kepada pasaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 23 Mei lalu mendapati kajian sampel yang diambil daripada Dairy Milk Hazelnut (pendaftaran nombor 200813M01H I2 yang luput tarikh 13 November, 2014) serta Cadbury Dairy Milk Roast Almond 175g (pendaftaran nombor 221013N01R I1 bertarikh luput pada 15 Januari, 2015) adalah positif DNA porcine.

Cadbury kemudiannya menarik balik dua produk makanan berkenaan daripada pasaran serta merta.

Hasil kajian KKM itu kemudiannya mencetuskan kemarahan pelanggan Cadbury termasuk bertindak mengugut untuk memfailkan saman RM100 juta dan isytihar jihad sehingga mendapat perhatian media antarabangsa.

Terdapat juga pihak menyatakan pendapat umat Islam yang makan coklat itu sebelum ini perlu menyamak perut, mulut dan menukar darah.


ADAKAH SEMUDAH ITU MASYARAKAT ISLAM NEGARA INI AKAN MULAI YAKIN??????

PAPA GOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS DAH POKAI SAMPAI DAH TAK MAMPU NAK GAJIKAN PEGUAM KERANA KALAH TERUK KENA SAMAN?????


Akhirnya Papa Gomo @ Wan Muhammad Azri b Wan Deris k/p 830121-03-5019 bekas mata-mata polis trafik Balai Polis Ampang R/F 142863 yang kena penjara 14 hari dan denda RM10,000 kerana kes ambil rasuah RM400 dari seorang penagih dadah tegar telah tidak mampu lagi mengupah dan mengaji peguam untuk mewakili dirinya dalam kes beliau diarahkan bayar saman fitnah terhadap DSAI sebanyak RM850,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau terpaksa mewakili dirinya sendiri dalam permohonan membayar ganti rugi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.

Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Bernama

INILAH NASIB YANG MENIMPA ORANG YANG BERSUBAHAT MEMUSNAHKAN PEJABAT IKHWAN DI MESIR SEBELUM RAMPASAN KUASA KEATAS PRESIDEN DR MURSI.




Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat. Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau.

Dia terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi. Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita.

Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada. Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun.

Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah SWT.

EDISI CAKAP BESAR TIDAK SEDAR DIRI .... TEMPAT SENDIRI KRITIKAL ADA HATI NAK JUAL AIR KEPADA SELANGOR!!!!!


Sebelum ini Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dengan nada sombong cakap besar berdegar-degar berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu.

Hakikatnya ... negeri sendiri dalam keadaan tenat dan kritikal ... realitinya saja nak ambil kesempatan tunjuk jaguh dan perihatin konon untuk political milage ( politik batuan ) atas kesusahan sementara negeri lain lebih-lebih lagi negeri yang ditadbir urus oleh Pakatan Rakyat.

Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-mb-negeri-sembilan-sedia-jual-air-ke-selangor-perbodohkan-rakyat#sthash.kzUtBTaq.dpuf
Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-mb-negeri-sembilan-sedia-jual-air-ke-selangor-perbodohkan-rakyat#sthash.kzUtBTaq.dpuf
Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-mb-negeri-sembilan-sedia-jual-air-ke-selangor-perbodohkan-rakyat#sthash.kzUtBTaq.dpuf
Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-mb-negeri-sembilan-sedia-jual-air-ke-selangor-perbodohkan-rakyat#sthash.kzUtBTaq.dpuf


TAMPIN – Empangan Gemencheh di sini mencatat penurunan paras air dengan bacaan 99.82 semalam, sekali gus menghampiri tahap kritikal iaitu 98 meter.


Paras empangan itu semalam mencatat bacaan terkini 99.82 meter berbanding paras kritikal 98.00 meter dan paras minimum 86.00 meter.


Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Zulkifli Ibrahim berkata, pihaknya mendapati empangan Gemencheh agak menurun parasnya dan perlu diberi perhatian.


"Empangan Gemencheh membekalkan air kepada 15,000 pengguna di kawasan Tampin dan Rembau. Buat masa ini, kita sudah mengambil langkah alternatif bagi mengurangkan pergantungan sumber air Empangan Gemencheh kepada kira-kira 15,000 pengguna air di Tampin dan Rembau di mana sebahagian pengguna di daerah Rembau kini dibekalkan sumber air dari Loji Air Sawah Raja.


“Jika sebelum ini, hanya 8.5 juta gelen air yang disalurkan dalam sehari oleh Loji Air Sawah Raja, kini kita sudah maksimumkan penggunaannya kepada 10 juta gelen air sehari bagi mengurangkan pergantungan sumber air Empangan Gemencheh, yang dianggarkan cuma mampu bertahan kira-kira 25 hari sahaja,” katanya ketika ditemui ketika melawat Empangan Gemencheh, di sini, semalam.


Turut serta dalam lawatan itu, Adun Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa dan Pengarah Unit Badan Kawal Selia Air Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Nor Halim Aludin.


Zulkifli berkata, berdasarkan rekod, Empangan Gemencheh menyalurkan kira-kira 7.5 juta gelen air sehari kepada pengguna, manakala, sebahagian lagi pengguna di daerah Tampin menggunakan sumber air dari tiga buah loji air iaitu di Gemas, Pasir Besar dan Dangi yang menggunakan sumber air sungai.


Zulkifli berkata bekalan air empangan Gemencheh kini hanya mampu bertahan dalam tempoh 25 hari sahaja lagi, sekiranya tiada hujan dalam masa terdekat.


Sementara itu katanya, bekalan air di tujuh empangan di Negeri Sembilan setakat ini masih dalam keadaan terkawal namun Sains sentiasa memantau keadaan.


Katanya, bekalan air di empat empangan iaitu Sungai Terip, Kelinchi, Talang dan Gemencheh berada di paras berjaga-jaga manakala di tiga lagi empangan iaitu Sungai Beringin, Ulu Sepri dan Triang berada di paras melimpah.


Menurutnya, pihaknya sentiasa memantau paras air empangan serta sungai di negeri ini dan akan mengetengahkan cadangan kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan juga Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara (Span) untuk melaksanakan kaedah catuan air sekiranya perlu.

Sementara itu, Mohd Isam berkata, berikutan cuaca panas berterusan, kebanyakan masjid dan surau sudah mula melaksanakan solat hajat bagi memohon hujan.

Wednesday, 4 June 2014

(11 FOTO) DEMO BANTAH CUKAI PINTU NAIK 600% OLEH MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT).


RAKYAT DI CUKAIKAN, PANDA DI UTAMAKAN ..... PITIH NOK, NGETOH DOK PANDA .... TUKAR KERAJAAN CUKAI PINTU DI HAPUSDKAN .... TOLONG-TOLONG RAKYAT TERSEPIT BEBAN MENINGKAT.

Itulah sebahgian dari kata-kata yang terdapat pada kain tentang demo membantah cukai pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang dianggap terlalu menindas dan zalim cekik darah rakyat sampai kering kontang.

Rakyat bukan bantah cukai pintu, tapi rakyat bantah cukai pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang dinaikkan secara melampau dari 10% sampai 600%.

Kerajaan yang zalim wajib ditumbangkan.

KETUA PENGAWAS PEMILIHAN KEADILAN 2014 CABANG BATANG SADONG DIPECAT DARI PARTI KEADILAN RAKYAT ATAS KESALAHAN SALAH GUNA KEDUDUKAN SEWAKTU PROSES PENGUNDIAN.


Omak Kau pernah menerbitkan kisah yang amat memalukan parti ini .. menjadi gempar seketika namun tindakan pantas dan tuntas pemimpin-pemimpin yang diberi amanah dan tanggung jawab akhirnya keyakinan anggota parti kepada Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) dapat dipulihkan dan kini anggota parti cukup berkeyakinan tentang keupayaan JPP melaksanakan tugasnya.

KENYATAAN MEDIA


Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 3hb Jun 2014 yang dipengerusikan YB DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Le
mbaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) Sdr AZRAI BIN ABDULLAH (Cabang Hulu Langat)

Beliau telah menyalahguna kedudukan sebagai Ketua Pengawas Pemilihan sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26hb April 2014.

Sdr AZRAI BIN ABDULLAH dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

2) Sdr JOL JOLHI BIN BEE (Cabang Batang Sadong)

Beliau telah memenangi jawatan Ketua Cabang Batang Sadong tanpa bertanding, dan didakwa terlibat menanda kertas-kertas undi lain sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26hb April 2014.

Sdr JOL JOLHI BIN BEE akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

3) Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU (Cabang Selayang)

Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31hb Mei 2014. Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.

Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.

4) Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN (Cabang Selayang)

Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31hb Mei 2014. Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.

Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.

Sesi pendengaran bagi yang berikut telah diadakan pada 31hb Mei 2014. Setelah mendengar hujah dan bukti responden-responden, Biropolitik telah bersetuju untuk memberi amaran keras serta menarik balik penggantungan keanggotaan bagi:

5) Sdr NORIZAN BIN OMAR (Cabang Selayang)

6) Sdr AZMAN YAAKOB (Cabang Selayang)

Dato' Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

4hb Jun 2014


TERNYATA PARTI KEADILAN TIDAK BERKOMPROMI BAB DISIPLIN PARTI ... TIADA ANGGOTA PARTI MENGATASI PERLEMBAGAAN PARTI ... YANG SALAH DIHUKUM YANG BERKERJA KERAS AKAN DIJULANG.

KATA-KATA KONONNYA LEMBAGA DISIPLIN DAN JPP TIADA TARING DAN GENTAR BERTINDAK MELESET SAMA SEKALI .. JIKA ADA BUKTI TERUNGKAI MAKA PADAH MENUNGGU ANGGOTA YANG BERSALAH.


KEADILAN AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN DAN DOKONGAN RAKYAT SEBAGAI ANGGOTA DAN PETUGAS PARTI NAMUN JIKA KEANGGOTAANNYA MENJADI BEBAN DAN LIABILITI MAKA TIADA TEMPAT UNTUK INDIVIDU BERKENAAN TERUS BERSAMA PARTI. .. KUALITI LEBIH BAIK DARI KUANTITI.

KENYATAAN DARI KETUA BIRO PENERANGAN PUSAT BERKENAAN DENGAN ISU TINDAKAN JAIS DI MAJLIS PERKAHWINAN DI SEBUAH KUIL




KENYATAAN MEDIA



Petaling Jaya, Selangor, 4 Jun 2014. Sesungguhnya, KEADILAN memandang serius peristiwa yang baru yang saja berlaku di mana pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan seorang pengantin wanita yang sedang melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, di sebuah kuil di Petaling Jaya pada 1 Jun 2014 yang lalu.

KEADILAN melihat bahawa, di dalam masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk sekian lama, konflik yang berlaku seperti ini, bukanlah yang pertamakali. Malah, ianya telah pun kerap berlaku berulang-ulang kali di masa silam - meskipun di dalam bentuk dan situasi yang berlainan. 

Menyedari hal ini, adalah lebih bijaksana, jika kesemua pihak yang terlibat, bersikap realistik, matang dan tenang. Sebarang prejudis dan pelbagai kenyataan yang bersifat prasangka dan sensasi, hendaklah dihentikan. Justeru, lebih afdal, tradisi Melayu “Bagai menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak, rambut jangan putus” dijadikan asas tindakan. 

KEADILAN berpendirian, untuk meleraikan hal-hal seperti ini secara tuntas dan jangka panjang, suatu mekanisme komunikasi yang berkesan berasaskan semangat muhibbah dan hormat-menghormati di kalangan rakyat Malaysia pelbagai agama, perlulah disuburkan. Tindakan segera yang bersifat terbuka, dengan mengadakan konsultasi dan dialog persefahaman, hendaklah digiatkan. Andai ada pihak yang dianggap melanggar peraturan dan undang-undang, biarlah pihak mahkamah yang memutuskan. 

KEADILAN ingin mencadangkan agar JAIS mewujudkan sebuah unit khas, bagi mengenalpasti kelompok-kelompok berisiko tinggi (yang dibawah kuasa dan tanggungjawabnya), supaya bertindak secara proaktif dan awalan. Ini, bagi mengelakkan krisis seperti ini berulang lagi di masa hadapan. Malah, panduan-panduan berurusan (SOP) dengan pihak JAIS, secara mudah dan praktikal, perlu dijelaskan kepada semua – sama ada masyarakat Islam dan bukan Islam. 

Bersamalah kita berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan sebaiknya, demi kedamaian hidup beragama, keadilan dan kesejahteraan rakyat di Negara yang kita cintai ini. 

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan Keadilan

EDISI APA KATA PIHAK JAKIM .... NAJIB DIBERI PENGHORMATAN MEMULAKAN ADAT MIRING ... ADAT YANG DIFATWAKAN SEJAK 1995 SEBAGAI HARAM BAGI UMAT ISLAM MENGAMBIL BAHAGIAN!!!



Najib di beri penghormatan memulakan adat miring ketika melawat rumah panjang Sg Ukong, Lambir sempena perayaan Hari Gawai baru- baru ini...

KEPUTUSAN MAJLIS FATWA SARAWAK...

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat seperti berikut :-

Keputusan:

Bahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah HARAM kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.

Orang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring.


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/miring-0


Miring

Tarikh Keputusan: 

9 Dec, 1995


Huraian Tajuk/Isu: 

Kertas ini membincang tentang amalan upacara Miring yang dijalankan oleh masyarakat Iban.

Hukum tentang Miring ini diperlukan kerana ianya telah menjadi acara sambutan oleh masyarakat tersebut bila tetamu melawat ke tempat mereka.

Ini kadang-kadang melibat tetamu Islam sama ada mereka dijemput melakukan Miring atau berada dalam majlis tersebut.

Setelah mengkaji secara mendalam dan membincangkan secara terperinci kertas tersebut, maka ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat seperti berikut :-



Keputusan: 




Bahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.


Orang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring.

AHLI PARLIMEN LANGKAWI MENGGELUPOR APABILA IBU DYANA SOFYA BERTEGAS MAU MENYAMANNYA KERANA FITNAH JAHAT LAGI JIJIK.



ALOR SETAR - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad mendakwa akaun Facebook (FB) miliknya diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab sekali gus memuat naik status yang dikatakan berbaur fitnah terhadap ibu calon DAP PRK Teluk Intan, Yammy Abd Samat, 59.

Nawawi ketika dihubungi berkata, sepanjang minggu lalu beliau berada di China dan tidak mengakses akaun Facebook kerana ia disekat di negara itu.

“Sepanjang 26 Mei hingga 2 Jun saya berada di China, jadi sepanjang tempoh itu juga saya tak buka Facebook. Bila balik semalam (kelmarin)... saya terkejut jugalah sebab gambar profil Facebook saya pun ditukar.

“Sebelum ini saya hanya letak gambar sendiri sebagai gambar profil, tiba-tiba ditukar dengan gambar kerbau.

“Saya tak pasti ini kerja siapa... sebelum itu saya sudah tukar password dan tiada siapa pun tahu password Facebook saya,” katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Yammy, beliau enggan memberi sebarang komen kerana akan berbincang perkara itu dengan peguam terlebih dahulu.

Bagaimanapun katanya, nama individu yang tercatat pada status Facebooknya itu dengan nama Yammy adalah dua individu berbeza.

“Nama yang ditulis pada Facebook saya itu Yammy Samat, manakala nama ibu Dyana Yammy Abd Samat,” katanya yang mengikuti rombongan Perdana Menteri ke China baru-baru ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Yammy bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya.

Beliau menyuarakan hasrat itu selepas tersebar  pelbagai maklumat di laman sosial berhubung kontrak, aset dan kekayaan yang didakwa dimilikinya.

ISU LEBUHRAYA KINRARA-DAMANSARA (KIDEX) ... TSKI SARANKAN DENGAR DAHULU PENJELASAN DARI LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM) SEBELUM BUAT SEBARANGAN BANTAHAN DAN KENYATAAN.



SHAH ALAM – “Sebelum menentang pelaksanaan Kidex dengar dulu, selepas dengar nak bantah kita terima dan berikan opsyen lain bagi menggantikan projek itu.

“Saya tidak mahu beri ceramah perancangan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)  sedangkan maklumat diterima juga daripada mereka.

"Dengar dulu penjelasan LLM dan juga perancang bandar dan desa kemudian barulah perbincangan produktif boleh dijayakan.”

Demikian tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan isu bantahan projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang disuarakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo termasuk pihak-pihak lain.

Terdahulu Gobind mendesak menteri besar mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen dan Adun untuk menerangkan status kerajaan negeri berhubung pembinaan Kidex.

Abdul Khalid turut mengingatkan pihak yang membantah bahawa komitmen untuk menghapuskan tol hanya akan direalisasikan jika PR berjaya menawan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, PR hanya menguasai Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, yang tidak memiliki kuasa penuh untuk untuk menolak bagi memenuhi janji kepada rakyat Selangor dalam manifesto Pilihan Raya Umum lalu.

Tegasnya, sebagai Pengerusi Manifesto PR Selangor pihaknya tidak pernah gariskan janji untuk tidak wujudkan lebuh raya bertol apatah lagi ia di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Kami tak pernah gariskan janji tidak akan ada lebuh raya bertol. Tol jalan raya hanya kuasa Kerajaan Persekutuan...kalau PR menang (rampas pusat) ada dua perkara iaitu pendidikan percuma untuk semua dan pembatalan lebuh raya bertol.

“Selangor tak ada kuasa langsung untuk halang pembinaan lebuh raya bertol kerana di bawah tanggung jawab pemiliknya iaitu LLM dan di bawah Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika sidang media.

LELAKI WARGA FILIPINA DITEMUI DIROGOL DAN DIPUKUL DI PADANG PASIR ARAB SAUDI OLEH SEKUMPULAN LELAKI DIPERCAYAI PEGAWAI POLIS.



A Filipino man is in a critical condition in a Saudi Arabian hospital, after he was reportedly raped and beaten by a gang of men believed to be police officers in the desert almost two weeks ago.

He was found nude on 16 May, following the violent attack.

The man referred to as “Mario”, is being treated in an intensive care unit in the capital city of Riyadh, Filipino broadcaster ABS CBN reported.

During the attack, Mario sustained serious head injuries and multiple fractures. Doctors are currently monitoring him to identify possible internal bleeding.

Before the incident, Mario had worked inside a mall, and had returned to the Middle Eastern country from the Philippines to renew his contract.

Mario's friend told reporters: "I was the first to identify him: I recognised him in someone's Facebook post.

"I was the one who said he was from my town [in the Philippines]"

Another friend said he last saw Mario in the Batha region of the capital on 12 May.

Despite struggling to speak and move, Mario was able to write out messages that may help identify his attackers.

Mario’s friend told reporters that a suspect had been arrested in Batha.

"I told him to write out each letter one by one so we could understand him. This is what he first wrote: "Saudi", after this, we got "officer", "police".

"That's who was responsible for what happened to him," Jamila claimed.

"And then they took him to Malaz. We asked him how many were involved, and he said four.

"So he got arrested in Batha, then taken to Malaz where he got raped."

The Philippine embassy already visited Mario and has been in contact with his employer.

Tuesday, 3 June 2014

PARTI KEADILAN PERSOAL SETIAUSAHA AGUNG UMNO MINTA PARA PENDIDIK SOKONG UMNO/BN.



SHAH ALAM - PKR mempersoalkan tindakan pemimpin BN yang meminta golongan guru kembali memberi sokongan kepada parti perikatan itu pada pilihan raya akan datang.
 
Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil mendakwa gesaan itu menunjukkan Umno-BN semakin ketinggalan dalam politik baru di negara ini.
 
"Kenyataan Tengku Adnan tidak lain dan tidak bukan merupakan langkah untuk menjadikan guru-guru ejen propaganda Umno-BN.
 
"Perkembangan itu tidak sihat untuk masa depan pendidikan negara, malah bertentangan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dicanang menterinya," katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.
 
Mengulas lanjut, Fahmi mendakwa Umno mengamalkan sikap pilih kasih dengan memberi layanan baik terhadap penjawat awam yang menyokong perjuangan parti pemerintah itu.
 
"Ketidakadilan yang wujud akan bertambah teruk apabila guru-guru yang berpihak kepada Umno-BN mungkin akan menerima layanan yang baik.
 
"Manakala yang berpihak kepada PR atau tidak mahu berpihak pula mungkin ditukar tempat kerja, dilambatkan kenaikan pangkat atau lebih teruk dari itu," dakwanya.

UMNO MEMANG KATA DAN JANJINYA LANGSUNG TIDAK BOLEH DIPAKAI ... SEBELUM PRK CAKAP LAIN DAH MENANG TIPIS CELAH TINGGI LAIN PULA BIKINNYA.



19hb Mei 2014 begini bunyi nada UMNO/BN.
Barisan Nasional (BN) tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat iaitu ibu kepada calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana membantu anaknya itu dalam kempen pilihan raya tersebut.

 
Yammy Samat adalah ahli Umno dan pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980. 
 
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu.
 
“Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini,” katanya kepada pemberita sejurus selepas pengumuman calon PRK Teluk Intan disini pagi tadi.
 
Sebelum ini, Yammy menegaskan bahawa beliau akan membantu anaknya itu dalam berkempen dan sokongan serta bantuannya itu tidak lebih hanyalah semata-mata kerana beliau adalah ibu kepada Dyana Sofya.
 
Beliau turut menyerahkan kepada Umno jika hendak mengambil tindakan terhadapnya.
 
Beliau dipetik sebagai berkata "Saya menyokong anak, bukan parti... saya sama sekali tidak akan keluar daripada parti Umno. Saya sebagai ibu, bagaimanakah anda jika berada dalam keadaan saya...saya akan temankan dia sepanjang kempen in".
 
Terdapat desakan daripada NGO veteran Umno yang mahukan parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
 
Setiausaha Agung NGO tersebut, Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti dan tiada gunaya parti itu menyimpan ahli yang secara terang-terangan menjejaskan kredibilit dan menghina parti.

3hb Jun 2014 setelah menang tipis majoriti celah gigi ... begini pula bunyi nada suara UMNO.
Umno memberi surat tunjuk sebab kepada ahlinya, Yammy Samat hari ini kerana menyokong anaknya Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah menulis surat tunjuk sebab itu kepada Yammy mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat dari Umno berkaitan tindakannya dalam PRK Teluk Intan.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini, Tengku Adnan berkata, dalam surat itu, beliau juga berkata pihaknya menyedari calon (yang bertanding menentang BN) adalah anak perempuannya, tetapi parti mempunyai disiplin.

Yammy, yang merupakan ahli veteran Umno, mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawabnya.

Selepas itu, kata Tengkuk Adnan, sama ada Yammy menjawabnya atau tidak, perkara itu akan dibawa kepada pihak pengurusan Umno sebelum ia dikemukakan kepada Majlis Tertinggi Umno.

"Majlis Tertinggi Umno kemudiannya akan memutuskan apakah tindakan yang akan diambil," katanya.

ISU COKLAT CADBURY ADA DNA KHINZIR ... ANTARA KETUA PENGARAH JAKIM DAN KETUA PENGARAH KESIHATAN .. KENYATAAN SIAPA HARUS KITA TERIMA PAKAI DAN PERCAYA??????


Ketua Pengarah JAKIM kata halal dan bebas DNA khinzir... manakala Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pula kata ada DNA Khinzir... siapa yang berkata betul dan siapa pula yang menipu dan mengelirukan rakyat????

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapa menunjukkan dua laporan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2 yang disahkan tiada dikesan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di Putrajaya hari ini.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pula mempertahankan keputusan ujian oleh makmalnya terhadap dua sampel produk coklat susu Cadbury mengandungi DNA babi.

Jadi rakyat nak tanya ... Ketua Pengarah mana satu yang betul dan mau diguna pakai??????

Jika kita was-was maka Omak Kau sarankan agar kita menjauhi produk keluaran Cadbury  .. itu sahaja .. mudah dan tidak perlu nak pening kepala.

DULU HARGA CADBURY MAHAL KINI DAH TURUN ... MENGAPA TIDAK PUJI KERAJAAN????



Nampaknya berita dalam coklat jenama Cadbury ada DNA Khinzir membawa rahmat kepada pengemar coklat ... dulu harga sekeping RM8.00 kini sudah jatuh merudum sampai RM1 sahaja... tidak pernah dalam sejarah harga coklat jenama Cadbury dijual sebegini murah.

Patutkah kita puji kerajaan UMNO?BN 1M'sia pimpinan Najib Razak???? .. Kalau tak puji nanti dia kata tidak adil .... tidak rasa bersyukur dan berterima kasih nanti dia berang????

Lagi pun JAKIM dah buat U turn pasal haram halal produk ini.

ABANG YANG BELASAH TERUK SUSPEK YANG DISYAKI MEROGOL ADIKNYA YANG BERUMUR 12 TAHUN KINI DITAHAN POLIS.



PASIR MAS – Tindakan seorang abang membelasah dua suspek yang didakwa telah merogol adiknya, seorang pemuda berusia 20an bersama beberapa rakannya bakal berdepan hukuman di atas kesalahan kerana mendatangkan kecederaan.


 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pemuda tersebut membelasah dua lelaki berkenaan yang dipercayai telah memperkosa adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok lima hari lepas.

“Lelaki berkenaan termasuk beberapa rakannya telah membelasah seorang lelaki berumur 28 tahun di satu kawasan di Tumpat sehingga cedera parah yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian,” katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, semalam.

Menurutnya, selepas itu pemuda berkenaan dan rakannya ke Panji, Pengkalan Chepa pula dan membelasah seorang lagi suspek yang berumur 22 tahun.

 Beliau berkata, suspek kedua kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II tetapi keadaannya tidak serius.

“Kedua-dua suspek yang dipercayai merogol adik lelaki itu dipukul menggunakan kayu dan besi.Sehubungan itu polis menahan abang mangsa dan beberapa rakannya yang juga berumur lingkungan 20an bagi membantu siasatan,” katanya.

 Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

 Beliau turut menasihatkan orang ramai jangan melakukan tindakan terburu-buru dan perlu merujuk kepada pihak polis untuk mengambil tindakan.

 Difahamkan, seorang suspek kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Bachok, Isnin lalu, cedera parah dibelasah sekumpulan orang awam di Pantai Sri Tujuh, Tumpat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang selepas lelaki yang sedang menjual wau di pantai tersebut didekati kumpulan berkenaan yang dipercayai ahli keluarga mangsa.

NEGARA KITA NEGARA HUKUM .. ADA UNDANG-UNDANG .. BIARKAN PERJALANAN UNDANG-UNDANG NEGARA INI BERJALAN LANCAR TANPA ADA MANA-MANA RAKYAT MENGAMBIL TINDAKAN SENDIRI WAIMA SETERUK MANA AHLI KITA DIPERLAKUKAN OLEH SIPENJENAYAH .

Monday, 2 June 2014

TIADA DNA PANDI KUTTY DIKESAN DALAM DUA PRODUK CADBURY KATA JAMIL KHIR


KUALA LUMPUR 2 JUN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury.

Keputusan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kimia yang mengesahkan produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury Hazelnut bebas daripada DNA babi.

“Status penggantungan sijil halal Cadbury akan dibincang dan jika tiada halangan ia akan diberi semula.

“Namun sebelum sijil halal itu diberi semula, JAKIM akan melawat semula kilang Cadbury,” kata Jamil dalam satu sidang media pada Isnin dipetik Astro Awani.

Selain daripada dua produk tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengambil empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua sampel telah dikesan mengandungi DNA tersebut iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Isu ini mula tersebar luas pada 23 Mei yang seterusnya membawa kepada pihak JAKIM mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan, Jabatan Standard dan Jabatan Kimia esok berhubung isu pada 24 Mei.

KERAJAAN NEGERI AKAN LAKSANAKAN PROGRAM BARU MENYEDIAKAN JURUTEKNIK, PEGAWAI KEBAJIKAN DAN BIDAN WANITA UNTUK SETIAP PANGSAPURI


SHAH ALAM 2 JUN : Kerajaan Negeri akan melaksanakan program baru kepada pangsapuri di bawah seliaannya dengan menyediakan juruteknik terlatih dalam usaha menyelenggara pangsapuri bagi tempoh jangka masa panjang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dalam tempoh dua tahun akan datang, pihaknya akan menyediakan tiga juruteknik dan seorang pegawai kebajikan dan bidan wanita di setiap pangsapuri.

Katanya, pendekatan itu diambil bagi mengatasi masalah kerosakan infrastruktur pangsapuri seterusnya mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Kerajaan Negeri sangat prihatin kepada kehidupan rakyat negeri ini kerana sekurang-kurangnya 1 juta penduduk tinggal di pangsapuri.

“Kita akan menyediakan juruteknik Plumber, juru eletrik dan juruteknik yang mahir pembaikian lift serta pegawai kebajikan dan bidan wanita yang terlatih,” katanya dalam ucapannya di majlis perasmian kursus perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA), di Dewan Jubli Perak, di sini.

Abdul Khalid berkata ketika ini, program latihan kepada juruteknik itu sedang dijalankan dan mereka akan dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri juga memberi peluang kepada belia yang mempunyai pengalaman tetapi tidak bekerja supaya memohon jawatan itu.

“Mereka boleh memberikan nama kepada Exco Perumahan, Yb Iskandar dan saya berjanji mereka akan dibayar gaji minimum RM1,500 sebulan,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini terdapat banyak masalah berlaku di pangsapuri membabitkan isu penyelenggaraan.

Katanya, ia berlaku ekoran bahan atau alat pembinaan yang dilakukan tidak mengikut standard yang ditetapkan.

“Jika kita baiki contohnya lift ia hanya dapat diselesaikan bagi tempoh masa pendek dan menyebabkan badan pengurusan bersama (JMB) mahupun MC terbeban dengan kos.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri membuat keputusan ini. Itu sebab pengurusan pangsapuri mesti dibuat dengan cara yang baru,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Khalid berharap program itu akan dilaksanakan dengan sebaiknya dan segera selain program kesihatan kepada penduduk pangsapuri.

Hadir sama di majlis perasmian itu Exco Perumahan, Iskandar Samad dan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan hartanah Selangor, Norzaton Aini Mohd Kassim.

TOHMAHAN DAN FITNAH MENUDUH DAP PARTI CAUVANIS TERNYATA MELESET..DAP AKAN TERUS KETENGAHKAN CALON MELAYU


SHAH ALAM, 2 JUN: DAP sedia meletakkan calon Melayu dalam mana-mana pilihan raya walaupun calon Melayu mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tewas tipis kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong di Parlimen yang majoriti pengundi Cina itu.

Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, DAP lebih mementingkan calon yang mampu berkhidmat kepada masyarakat dengan mendukung imej dan prinsip perjuangan parti yang mementingkan keharmonian masyarakat negara ini.

“DAP tidak pernah menentang atau menghalang calon daripada kalangan bukan Cina dalam DAP. Kita ada ramai wakil rakyat India dan kita juga ada dua Ahli Parlimen Melayu.

“Bagaimanapun dalam PRK pencalonan calon Melayu di kawasan majoriti Cina dengan mudah menjadi tumpuan. Keadaan ini menjadi perhatian utama serangan dan manipulasi oleh BN

“Selepas ini kalau ada pencalonan yang sesuai dari kalangan aktivis DAP kita akan ketengahkan. Kita tidak kira bangsa asalkan dapat mendukung imej dan prinsip perjuangan parti dan berkerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Pua ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Kata Pua, masyarakat negara ini juga perlu dididik menerima politik berteraskan nilai dan menolak politik perkauman yang menjadi senjata utama BN untuk mengekalkan kuasa mereka.

Dalam PRK Parlimen Teluk Intan yang berlangsung 31 Mei, menyaksikan BN dilihat ‘berjaya’ memanipulasi politik perkauman dengan mesej berbeza bagi meningkatkan undi di kawasan majoriti Melayu dan juga kawasan majoriti Cina.

Di kawasan majoriti pengundi Cina BN menekankan mesej ‘undi Cina untuk Cina’ tetapi sebaliknya membawa mesej ‘Melayu harus menolak DAP’ di kawasan majoriti Melayu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya menewaskan DAP dengan majoriti 238 undi selepas memperolehi 20,157 undi berbanding DAP dengan 19,919 undi dan 543 undi rosak.

Dalam PRK kali ini juga menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah, 66.67 peratus berbanding PRU-13 sebanyak 80.7 peratus.

Kini tohmahan dan fitnah menuduh berterusan DAP parti cauvanis Cina ternyata meleset...hakikatya MCA dan Gerakan tidak mampu malahan langsung tidak mau mencalonkan warga Melayu sebagai calon mereka..

DAP sanggup kehilangan sedikit sokongan kaum Tionghua demi politik baru berjiwa besar..

Politik masa depan.. Politik tolak perkauman sempit yang kini menjadi anutan tegar UMNO dan kompenen-kompenannya.

Sunday, 1 June 2014

KESIHATAN PRESIDEN PAS DATUK SERI ABDUL HADI AWANG DILAPORKAN SEMAKIN BAIK



Kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan semakin baik dan sudah boleh duduk di kerusi dan bercakap.
“Walaupun begitu beliau masih perlu berehat untuk mempercepatkan proses sembuh,” lapor Harakah Daily yang memetik tulisan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dalam facebook Abdul Hadi Awang pada jam 6 petang waktu Istanbul atau 11 malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, atas nasihat pakar yang merawat Hadi, beliau tidak boleh menerima pelawat selama dua hari ini bagi mengelak jangkitan baru.
“Pihak kami memohon berbanyak-banyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau,” katanya.

Presiden PAS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul kerana sesak nafas dan masalah kesihatan, pada malam 30 Mei.

Doakan agar TGHA segera pulih seperti biasa agar dapat memimpin PAS menumbangkan UMNO/BN di PRU 14 nanti.

Perkembangan berita akan menyusul dari masa kesemasa

ANTARA JPP DENGAN SPR JAUH BERBEZA DALAM TINDAK TANDUK DAN INTEGRITI JPP MEMPAMERKAN SIKAP CAKAP SERUPA BIKIN, PEMILIHAN SEMULA PKR LANCAR



SHAH ALAM, 1 JUN: Pemilihan semula PKR bermula semalam berjalan lancar apabila Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi mengatasi isu berbangkit yang berlaku dalam pemilihan dibatalkan sebelum ini.

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul berkata, antara penambahbaikan dilakukan, meletakkan Pegawai Pemilihan daripada PKR pusat dan petugas berkecuali cabang beberapa negeri yang tidak terlibat dengan pemilihan semula itu.

“JPP mengambil pendekatan yang boleh mengelakkan kekecohan contohnya tidak lagi membenarkan Cabang terlibat secara aktif. Kita bawa petugas dari pusat dan juga dari negeri lain. Ini membantu paling tidak mengurangkan pergeseran antara calon.

“Banyak dah kita perbaiki di samping menambah bilangan petugas, peti undi sampai jauh lebih awal, 12 jam sebelum waktu pemilihan di mana kebanyakkan tong sampai malam sebelumnya dan ini mengelakkan suasana kelam kabut untuk menyediakan tempat mengundi,” kata Johari ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Jelas Johari, selain bilangan petugas ditambah, JPP juga mengambil langkah dengan memilih beberapa pusat pemilihan baru yang jauh lebih selesa berbanding lokasi sebelum ini.

“Kali ini kita juga menyediakan tempat pengundian lebih selesa daripada lalu dan akhir sekali bantuan logistik dari cabang sendiri yang membolehkan proses berjalan dengan lancar berbanding yang lepas,” kata Johari lagi.

Johari juga berharap agar kejayaan kelancaran pemilihan hari ini dan semalam dapat diteruskan dalam proses sama di 13 cabang di Selangor yang diadakan pada 7 Jun nanti bagi mengukuhkan semangat pertandingan kekeluargaan ini.

“Walaupun saya tahu masing-masing mempunyai minat dalam politik kepartian tetapi tatasusila dan tertib mestilah dijaga. Saya harap semua pihak dapat beri kerjasama dengan JPP bagi menjamin kelancaran berterusan.

“Kita juga kena ingat, konsep Pemilihan PKR adalah satu ahli, satu parti. Calon kena bijak mendekatkan diri dengan ahli parti bagi memperolehi sokongan mereka,” kata Johari lagi.

Minggu pertama pemilihan semula di cabang-cabang yang dibatalkan semalam dan hari ini, menyaksikan ahli akar umbi di 10 cabang sekali lagi membuang undi bagi memilih pemimpin peringkat cabang dan pusat.

Cabang terbabit, Kemaman, Kuala Nerus, Setiu dan Dungun di Terengganu, Pasir Puteh, Kelantan; Jerantut dan Paya Besar bagi Pahang; Pengerang dan Tenggara bagi Johor serta Sungai Petani, Kedah.


Belajar dari peristiwa pahit pusingan pertama dengan pelbagai rungutan dan bantahan mengenai cara pemilihan KeADILan ketika itu di adakan maka terbit dari rasa tanggung jawab berpaksikan kepada Reformasi Tulen dengan Menolak Politik Kotor agar Terbina Suatu Budaya Politik Berteraskan Nilai maka Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi mengatasi isu berbangkit yang berlaku dalam pemilihan dibatalkan sebelum ini dengan memastikan pemilihan KeADILan kali ini benar-benar bersih dari perlaksanaan dan penglihatan.

Menjadi harapan menggunung agar pemilihan KeADILan kali ini tiada lagi unsur-unsur rasa tidak puas hati melanggar prinsip asas pemilihan yang bersih, telus dan adil.

TAHNIAH DAN JUTAAN SYABAS KEPADA JPP YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YB DATO' JOHARI ABDUL ATAS KEBERANIAN DAN PANTAS BERTINDAK DEMI PEMILIHAN YANG ADIL, BERSIH DAN TELUS.

KEPUTUSAN INI SUDAH PASTI AKAN MEREDAKAN KEGELISAHAN DAN RUNGUTAN ANGGOTA DI PERINGKAT AKAR UMBI.

MENUJU REFORMASI TULEN ... POLITIK BERTERASKAN NILAI .. TOLAK POLITIK KOTOR.

DAP TIDAK MENYESAL MELETAKKAN DYANA DI TELUK INTAN..KATA LIM GUAN ENG




Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu bertanding di Teluk Intan.

"Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji," katanya.

Bercakap kepada pemberita di George Town, Lim berkata walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu.

Menurutnya, peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca parti itu kalah dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan semalam.

Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata berdasarkan analisis awal parti itu, DAP kalah kerana tiga sebab, termasuklah kemerosotan jumlah pemilih yang mengundi.

"Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada pilihan raya umum lepas," katanya.

Beliau berkata kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.

Katanya dua faktor lagi yang menyebabkan kekalahan calon parti itu ialah permainan politik Umno ketika berkempen serta hakikat bahawa Dyana Sofya adalah muka baharu di kawasan itu dan tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat.

Dalam pilihan raya kecil itu, Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi parlimen Teluk Intan apabila calonnya Datuk Mah Siew Keong, yang juga presiden Gerakan, memperoleh majoriti 238 undi setelah mendapat 20,157 undi, manakala calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud meraih 19,919 undi.

Lim berkata DAP akan membuat kajian terperinci tentang kekalahannya di Teluk Intan.


Dalam politik baru kena berani buat keputusan sebagai pencetus bukannya sebagai pengikut..sudah pasti benda baru agak sukar untuk penerimaan pada permulaan..tetapi yang pasti rakyat akan menerimanya juga akhirnya.

Kalau tidak dipecahkan ruyung bagaimana hendak mendapatkan sagunya...

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...