Thursday, 5 June 2014

SURENDRAN BUAT LAPORAN POLIS KEATAS BLOGGER PRO UMNO MEMFITNAH DIRINYA DAN BAKAL DISAMAN OLEH BELIAU.



Satu laporan polis dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendren terhadap pengendali blogger sejarahmelayu.blogspot.com dan twitter @mozas_my29 setelah menyebar dan memalsukan kenyataan yang tidak pernah dikeluarkan oleh beliau semasa seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) maut di Parit Buntar pada 26 Mei lalu.

Beliau berkata pengendali twitter @mozas_my29 dipercayai terlebih dahulu telah memalsukan kenyataan beliau sebelum perkara tersebut telah disebarkan melalui blogger pro BN iaitu sejarahmelayu.blogspot.com.

"Perkataan tersebut jelas bertujuan untuk menunjukkan saya sebagai seorang yang bersifat perkauman dan tidak berperikemanusiaan. Ia merupakan satu serangan politik yang jahat serta fitnah

"Blog pertama yang saya nampak menyebarkan kenyataan palsu itu adalah sejarahmelayu.blogspot.com selepas pengendali twitter @mozas_my29 memuatnaik di laman twitter," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Turut mengiringi beliau adalah peguam peribadinya, Eric Paulsen dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Kenyataan palsu yang dimaksudkan oleh beliau itu merupakan gambar yang telah diubahsuai perkataan berbunyi "Almost every day policemen were killed in India. But in Malaysia, when a Malay police killed it becomes a big issue".
Tambah beliau, tindakan tersebut dilakukan oleh pengendali blogger dan twitter itu bagi menanam kebencian rakyat terhadap dirinya.

Mengulas lebih lanjut, pengendali twitter dan blog tersebut merupakan pro BN berikutan kedua-dua laman sosial tersebut kerap menyerang pembangkang dan masyarakat awam.

"Pertama mereka menggunakan berpuluh blog dan cybertrooper yang cuba menyemarakkan kemarahan (rakyat) dengan menggunakan fakta-fakta yang palsu.

"Banyak lagi blogger selain sejarahmelayu.blogspot.com yang menggunakan kenyataan palsu itu dan menggunakannya dengan tajuk yang lain," katanya.

Pada 26 Mei lalu, seorang anggota polis URB maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 12 tengahari tadi.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis URB yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

6 comments:

  1. umno dan fitnah bagaikan jubo tuya dan tote mat mongol.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Kita ahli pkr harus buat donation dan semua hasilnya bagi kat Imam Surendran. Dialah pemimpin bangsa melayu dan islam akan datang.

    dia dlm kesusahan skrg ni. sila bagi sokongan.

    ReplyDelete
  3. AKHIRNYA KEPADA POLIS JUGAK KELING NI MELUTUT MENGADU. INILAH KUASA POLIS DIRAJA MALAYSIA.

    Sesuatu yang lain perlu juga difikirkan.

    N.Surendran dan permusuhan serta kebenciannya terhadap PDRM bukanlah sesuatu yang rahsia. Bukan juga rahsia, N.Surendran membela para penjenayah dan menyalahkan pasukan polis dalam apa-apa sahaja kes membabitkan penangkapan, pembanterasan mahupun operasi menangani penjenayah. Dia juga adalah orang yang paling lantang dalam usaha mencetuskan kebencian masyarakat India kepada PDRM apabila ada penjenayah berbangsa India yang ditembak mati atau mati dalam tahanan. Begitu juga apabila ada anggota polis dari masyarakat India yang terbunuh ketika bertugas, dia juga cuba mencetuskan kebencian kaum dan cuba menyalahkan Melayu sebagai punca kematian tersebut.

    Namun, sebaliknya apabila ada anggota polis Melayu atau Bumiputera yang terbunuh, N.Surendran tidak bersuara atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan sinis sama ada menerusi Twitter mahupun menerusi ceramah-ceramahnya.

    Sepatutnya, bukan blogger pro-BN sahaja yang perlu disiasat berhubung laporan polis yang dibuat oleh N.Surendran, sebaliknya N.Surendran sendiri perlu disiasat kerana kecenderungannya untuk MEMBUNUH ANGGOTA POLIS telah lama ditunjukkan

    ReplyDelete
  4. Mmg haramjadah perangai puak pr skg ni....sendiri buat onar lps tu repot kt polis salahkan org lain.. Bayangkn klu mangkuk2 ni perintah negara ni

    ReplyDelete
  5. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...