Wednesday, 18 June 2014
MISI PEMBERDAYAAN WANITA SELANGOR KE ARAH MASYARAKAT MADANI .... RODZIAH ISMAIL.
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor yang dipengerusikan Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Hajah Rodziah Ismail, telah merangka sebuah misi pemberdayaan wanita Selangor ke arah pembinaan masyarakat madani.
Masyarakat madani bercirikan sebuah masyarakat yang:
- menjamin keadilan untuk semua ahlinya
- menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan
- mengukuhkan institusi kehakiman
- mengangkat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya
Objektif Misi Pemberdayaan Wanita Selangor ialah membentuk wanita dengan:
- membina jati diri wanita yang dinamik
- memupuk sifat daya saing wanita
- membangun sifat berperi kemanusiaan
- mengembang ilmu yang diperlukan
- melahirkan wanita yang berketrampilan dan berupaya mendorong individu di sekeliling mereka ke arah menghayati prinsip-prinsip masyarakat madani
Wanita yang berdaya ialah wanita yang mampu membuat keputusan-keputusan yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakatnya. Keputusan-keputusan itu dibuat berlandaskan ilmu pengetahuan dan tanpa sebarang kekangan, sekatan, ancaman atau diskriminasi.
Saban hari wanita perlu membuat keputusan-keputusan yang mesti menjamin keselamatan, kesihatan, keperluan kewangan, pendidikan dan masa depan dirinya, keluarga dan masyarakat sekeliling. Ia menghendaki wanita berilmu pengetahuan dalam aspek kewangan, undang-undang, enakmen, peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan/agensi kerajaan dan pihak swasta.
Wanita era kini wajarlah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu yang boleh membantu mendidik secara menyeluruh anak-anak generasi masa depan negeri Selangor dan negara Malaysia. Justeru itu juga, celik dalam ICT telah menjadi suatu kemestian dalam kehidupan manusia di kala ini.
Wanita sering bertemu anggota-anggota masyarakat setempatnya – di pasar, di stesen minyak, tempat-tempat pembayaran bil, kedai-kedai, restoran, surau, masjid, tempat ibadah, di program-program/majlis-majlis rakyat, sambil menunggu mengambil anak pulang dari sekolah/pusat tiusyen dan banyak lagi tempat. Maka wanita berdaya boleh terus menyampaikan ilmu yang telah mereka perolehi kepada anggota masyarakat yang saban hari mereka temui itu.
Budaya mewar-warkan dan berkongsi ilmu itu adalah salah satu ciri tamadun yang cemerlang.
Pelaksanaan sesuatu ilmu itu menjadi berkesan sekiranya ia dilakukan bersama kelompok atau komuniti. Seperti peribahasa, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Ia ingin mengembalikan budaya kebersamaan dalam hal-hal kemasyarakatan, kejiranan dan sesama wanita agar permasalahan dan cabaran yang dihadapi dapat dikongsikan dan bersama mencari jalan bagaimana untuk mengatasinya, seperti yang dihasratkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail yang juga terkandung dalam dasar yang beliau ketengahkan, Memasyarakatkan Kebajikan.
Dasar Memasyarakatkan Kebajikan ingin mengembalikan budaya anggota masyarakat untuk bertindak secara sedar bahawa cabaran-cabaran yang terbit dalam masyarakat itu merupakan cabaran-cabaran yang wajar di atasi bersama-sama masyarakat sekeliling, golongan kepentingan yang lain, iaitu kerajaan negeri, kerajaan tempatan, jabatan dan agensi kerajaan, NGO, institusi penghulu dan ketua kampung, pejabat-pejabat daerah, dan pusat wanita berdaya.
Setiap cabaran dan permasalahan itu dimiliki bersama dan diatasi bersama.
Proses pemberdayaan wanita tentunya melibatkan advokasi, latihan dan bimbingan yang berterusan. Ia menjadi usaha penting di kesemua Pusat Wanita Berdaya di negeri Selangor. Kefahaman tentang sesuatu perkara itu akan menjadi kunci kepada tindakan-tindakan yang tepat dan berkesan.
Lanjutan itu, ialah mengaplikasi ilmu itu dalam situasi-situasi yang wujud dalam keluarga dan masyarakat agar dapat diperbaiki keadaannya. Wanita berdaya adalah wanita yang mampu membuat keputusan yang baik dan proaktif memperbaiki keadaan diri, keluarga dan masyarakatnya. Justeru itu, wanita berdaya adalah agen yang aktif ke arah membawa dan melaksanakan perubahan yang berkesan dan berpanjangan.
Jelas bahawa proses pemberdayaan wanita itu hanya akan menambahbaik status dan kualiti hidup rakyat. Oleh yang demikian, pelaburan dalam membangun dan memberdaya wanita Selangor adalah suatu keutamaan yang perlu dititikberatkan oleh semua peringkat pembuatan keputusan dan pengoperasian perancangan kerajaan negeri Selangor. Ia termasuk menyediakan peruntukan-peruntukan yang wajar dan didokong oleh pasukan sistem kewangan yang peka gender.
Sememangnya, kepekaan gender adalah gandingan yang tidak dapat dipisahkan dengan proses pemberdayaan wanita. Kepekaan sedemikian dikehendaki bukan sahaja oleh jentera perbendaharaan negeri, tetapi semua jentera, dasar dan sistem kerajaan negeri.
Gender hanyalah suatu perkataan yang telah dipilih di peringkat antarabangsa untuk mencapai sesuatu tujuan. Kerajaan Negeri Selangor telah mengungkapkan definisi dan penjelasannya dalam buku yang bertajuk “Ada Apa Dengan Gender?” (2012). Ia merupakan ucaptama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail di Seminar “Ada Apa Dengan Gender?” di Sabak Bernam pada 15 Oktober 2012.
Asas konsep gender itu bertujuan untuk memberi keadilan dan akses terhadap semua perkhidmatan dan peluang yang wujud kepada semua rakyat, lelaki dan wanita tanpa sebarang kekurangan (disadvantage) dan diskriminasi. Ia meminta agar setiap perancangan, perkhidmatan, peluang, program dan aktiviti itu diteliti golongan sasarannya kerana keperluan lelaki dan wanita itu berbeza.
Ia memberi implikasi bahawa profail golongan-golongan yang ada di negeri Selangor perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum merencana sebarang perancangan dan pelaksanaan.
Apakah tahap kesihatan, pendidikan wanita di negeri Selangor?
Adakah sama status wanita di bandar dan luar bandar?
Bagaimana wanita di Selangor menggunakan masa seharian mereka? Bagaimanakah lelaki di Selangor menggunakan masa seharian mereka?
Adakah suri rumah menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi negeri Selangor? Adakah ianya boleh diukur secara kuantitatif? Adakah ianya boleh diukur dalam GDP?
Ini kerana dalam konteks ekonomi, hanya yang diukur dalam matawang ringgit (RM) saja yang diiktiraf sebagai penyumbang kepada sistem, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Suri rumah tiada pendapatan dan kesemua tugasannya adalah berdasarkan keikhlasan dan kasih sayang, tiada nilai ringgit.
Tanpa menyebut peranan dan sumbangan suri rumah, golongan ini sering dilupakan dan dalam perbincangan tentang sosio-politik dan ekonomi kepentingan golongan ini sering terlepas pandang. Mereka adalah golongan yang sering menghadapi masalah khususnya apabila secara tiba-tiba menjadi ibu tunggal dengan sebab-sebab yang tertentu, seperti perceraian dan kematian.
Mereka terjebak dalam berbagai permasalahan: kemiskinan, pengabaian pendidikan anak-anak, stigma masyarakat, tiada pekerjaan, tiada kemahiran tertentu, dan banyak lagi.
Oleh yang demikian, kerajaan yang peka gender akan memberi perhatian segera terhadap golongan ini dengan skim-skim yang bersesuaian dan berkesan, bukan hanya terhenti dengan memberi sumbangan kewangan berkala atau meraikan mereka dalam majlis-majlis tertentu, tetapi meneruskan usaha memberdayakan status ekonomi mereka sebagaimana yang dianjurkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail dalam dasar Berkebajikan Kepada Berpendapatan (Welfare to Workfare). Ia suatu usaha yang serius dan berpanjangan yang memerlukan jentera kerajaan yang kompeten dan mesra rakyat untuk menjayakannya.
Pentadbiran kerajaan yang berjaya mencipta pekerjaan untuk rakyatnya adalah pentadbiran yang cekap, amanah, berkesan dan benar-benar berorientasikan kepentingan rakyat.
Pemberdayaan wanita Selangor adalah suatu proses perubahan pemikiran, budaya dan gerak-kerja. “Kita perlu memulakannya, dan kita telah pun memulakannya dengan menjadikan Pusat Wanita Berdaya (PWB) sebagai mekanisme yang akan melaksanakan proses itu. Wanita digesa untuk mengambil peluang itu, mendaftarkan diri di PWB berhampiran dan mengikuti program-program dan aktiviti yang disediakan.
Wanita juga haruslah ikhlas dalam membina jaringan dari kalangan mereka dan mengambil manafaat dari jaringan tersebut,“ ujar Rodziah Ismail. Keberkatan itu bersama kumpulan/jamaah/jaringan, di mana sumber-sumber, kekuatan, pemikiran dan kepakaran boleh disinergikan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau terbaik dari wanita hanya menjalani kehidupan mereka bersendirian.
Di Amerika Syarikat, ada ratusan ribu NGO wanita, yang bergiat dalam pelbagai bidang, menyuarakan kepentingan mereka untuk didengari dan diambil tindakan oleh wakil-wakil rakyat mereka. Wanita yang ramai dan bersatu akan menjadikan isu-isu wanita itu diberi perhatian. Sejahtera wanita, sejahteralah masyarakat dan negara. Pemberdayaan wanita menatijahkan para aktivis yang sememangnya diperlukan oleh setiap masyarakat di dunia ini.
Wanita aktivis adalah harapan keluarga dan masyarakat untuk melihat dan memastikan setiap anggota terbela, dilayani dengan hak dan mendapat apa yang wajar diperolehinya, diimbangi dengan amanah dan tanggungjawab yang wajar disempurnakan.
Wanita berdaya memberdaya orang lain juga.
Misi Pemberdayaan Wanita Selangor berhasrat untuk mencapai yang terbaik yang boleh diperolehi oleh wanita Selangor. Untuk itu, kesanggupan politik perlu digandingi oleh elemen-elemen yang berkepentingan dalam masyarakat, pentadbiran negeri dan negara serta organisasi bukan kerajaan dan para aktivis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Woiiiiii Deramang@Malaysia waves @ TB@ Macbeth@ Tulang Besi
ReplyDeleteDunia ni lebih dari isu UG, Khalid MB and kereta Alphard. Tengok ni ada cerita wanita kat Selangor.
So jangan jadi deramang balik2 UG (Unity Government) yang tak wujud tu, Khalid MB ( Balik2 kutuk Khalid MB. Majoriti rakyat selangor sokong dia lah bongok. La ni cerita UG = Alphard. Bodoh punya kutu. Setakat Alphard 3rd hand ramai orang bolei beli.
Hati busuk otak 3 suku. Tak percaya tanya Deramang pasal politik. Mesti dia sebut UG, Khalid MB last sekali Alphard =UG. Wanita tak wujud, Pemuda tak wujud, aparaaaaaaaaaaaa
Woiii TB-UG-Alpard, balik laaaaaaaaaaaaaaa tengok world cup lagi bagus dari layan blog kau yang 3 suku
Kici-kici lombu jaga
TB crita, suku tiga
ha hah ha
Yeahhhhhhhhh sewel punya Deramang. Aku tak tau laaaaa mamat TB@Deramang kenal kerr YB Rodziah. Orang bagus macam ni silap2 dia tak kenal.
ReplyDeleteIalah Planet Malaysia Waves hanya Khalid MB, UG (Tak wujudpun) dgn Alphard (Aku bolei beli 3rd hand 2004 baru 80k)
.
SIlap2 sebut kau kenal Pele? tak tau. Kenal Elvis Presley? Tak tau. Kenal P.Ramlee? tak tau. Apa aku kenal hanya 3. UG yang tak wujud, Alphard yang ramai orang boleh beli dan Khalid
Apasal benci Khalid MB. Aku tak puas hati, dia amanah. professional dan orang respek dia. Gilerrrr ke
Spesis Swamp Thing macam ni pun korang layan????????? Ya ampunnnnn
Kah Kah Kah. Nanti satu hari aku yakin dia tulis article Ustaz X tak patut sebab beli Datsun 120Y. Ustaz kena naik beca baru Zuhud!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kah Kah Kah gilerrrr punya TB.
Selalunya orang frust nak something ni jadi 3 suku. Frust sebab tak diberi perhatian kuttttttt. Blog dia tak laku, leadership PAS t(Dari atas sampai la ke grassroot)ak pottt kat dia, ranting dia yang last pun nak kalah dalam pemilihan PKR. DAP, kirim salam la nak layan orang macam ni.
Kah Kah Kah
Tapi tak paaaaaa. La ni TB dah jadi 3 dimensi dulu 2 dimensi
Delete2 dimensi Deramang d TB = UG dgn MB Khalid
3 Dimensi Deramang d TB = UG, Alphard, MB Khalid.
Caisssssssss tak dak paradigm langsung Yeahoooooooooooo
WOi TB Shah Rukh Khan kau kenal kerrrr.......
DeleteKereta pun ada banyak jenisss. Alphard ada,Harrier ada, Camry ada. Pesona ada.
Kah Kah Kah. Silap2 mamat ni tak tau Alphard tu apa. TB jawab ni. Alphard adalah kereta keluaran mana? Pilih jawapan dibawah
a. Toyota
b. Proton
c. Perodua
d. Nissan.
e. BMW
Jawab2 pastikan betul. Kah Kah Kah Kiooooookkkkk