Friday 13 June 2014

JOM BERKENALAN DENGAN WIRA TIDAK BERDENDANG @ "UNSUNG HERO" BAGI MASYARAKAT KAPAR.



Namanya tidak sebesar pemimpin agung parti kita .. tidak semasyhur dengan barisan pimpinan tertinggi KeADILan .. kurang dikenali dipersada nasional .. tapi bagi masyarakat Kapar beliau cukup dikagumi dan disanjungi oleh masyarakat setempat.

Dikagumi dan disanjungi bukan kerana harta maupun kedudukkan tapi atas sumbangan kepada masyarakat dan peribadi yang yang amat disenangi.

Omak Kau membuat penilaian peribadi berdasarkan kepada pernah bertugas dibawah seliaannya .. menilai dari risikan peringkat akar umbi sambil melihat dengan mata kepala sendiri bukannya jenis petik maklumat dari kayangan tanpa mengetahui asal usulnya.

Berjawatan sebagai Ketua KeADILan Cabang Kapar sejak 2010 dan pada pemilihan 2014 akan mempertahankan jawatan berkenaan atas desakan anggota akar umbi.

Pada suatu ketika ketika PRU 13 hampir tiba namanya cukup kuat diwar-warkan sebagai calon untuk DUN Sementa berdasarkan kehendak rakyat tempatan selain anggota Cabang Kapar sendiri  kerana gerak kerja kuatnya menyantuni rakyat bawahan.  Ada sahaja program bersama rakyat dijalankan sepanjang  beliau menjadi Ketua KeADILan Cabang Kapar selain salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Klang.

Tapi tiba pada waktu pengumuman calon dapati nama beliau tercicir sebaliknya seorang calon payung terjun dari luar Cabang dan Parlimen Kapar telah dipilih.

Masih segar dalam ingatan Omak Kau ketika itu hampir keseluruhan anggota Cabang Kapar telah patah semangat untuk meneruskan kerja-kerja parti tapi sebagai pemimpin yang berjiwa besar yang meletakkan kepentingan parti melebehi diri sendiri, beliau telah memanggil suatu mesyuarat tergempar Cabang Kapar dan dalam mesyuarat tersebut beliau telah menyeru malah mengarahkan agar semua anggota parti yang menyokong kepimpinannya untuk memberikan kerjasama tanpa berbelah bagi kepada calon payung terjun berkenaan.

Suatu yang tidak dapat Omak Kau lupakan ialah kesanggupan beliau selepas itu turut berkempen bermati-matian dengan mengeluarkan wang ringgit yang bukan sedikit jumlahnya demi kemenangan calon payung terjun DUN Sementa seolah-olah beliau pula calonnya.

Tidak berlaku sedikit pun cah keting dan sabotaj sepanjang kempen PRU 13 lalu di DUN Sementa dan Parlimen Kapar.

Suatu "rare breed" punya pemimpin ... siapakah pemimpin berkenaan yang menyumbang kuat dibelakang tabir tanpa merungut dan mengeluh?

Beliau ialah Sdr Azizi Ayob .. pemimpin bagi hemat Omak Kau wajar dikekalkan sebagai jawatan Ketua Cabang Kapar .. pemimpin humble down to earth, mudah didekati sanggup berabis demi parti .. tidak merajuk dan berdendam kesumat .. patuh dan akur kepada kehendak pimpinan tertinggi parti .. sentiasa menjaga keharmonian dalam parti.

Pemimpin berjiwa besar diperingkat Cabang dimana jua dalam negara seperti beliau amat jarang ditemui ketika ini .. suatu realiti yang harus kita terima dan hadam.

Omak Kau menggelarkan beliau sebagai WIRA TIDAK BERDENDANG atau "UNSUNG HERO" sebab sumbangannya kepada parti cukup banyak dan tinggi tapi tidak diketahui sebab kurangnya publisiti.

Kepada seluruh anggota KeADILan Cabang Kapar, dengan rasa rendah diri dan ikhlas terbit dari hati yang suci lagi murni, Omak Kau menyeru ... berikanlah sokongan dan undi kalian kepada Sdr Azizi Ayob dan pasukannya untuk terus mengetuai dan memimpin KeADILan Cabang Kapar.

10 comments:

  1. Replies
    1. SURAT  TERBUKA MEMINTA PENJELASAN AZMIN ALI KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN ANAK MELAYU SELANGOR

      Beberapa hari lepas saya telah mendapat dokumen dipercayai milik PKNS yang mempunyai maklumat berkenaan projek usahasama PKNS Holding iaitu PJ Sentral Development Sdn Bhd.

      Dokumen tersebut juga menunjukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang menjalankan penyiasatan dalaman terhadap anak syarikatnya PKNS Holdings Sdn Bhd terutamanya dalam transaksi yang berkaitan projek PJ Sentral Development (PJ Sentral).

      Jabatan Audit Dalaman PKNS digambarkan sedang menjalankan siasatan secara terperinci termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen daripada ahli-ahli lembaga pengarah PKNS Holdings yang mewakili PKNS dalam PJ Sentral  iaitu YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.

      Projek PJ Sentral melibatkan pembangunan komersil di kawasan seluas  9,854 ekar yang menempatkan Ibu Pejabat PKNS. Pada 6 September 2007, PKNS menjual  8.05 ekar kepada Bisraya Pembinaan Sdn Bhd dan dana itu digunakan bagi membiayai pembangunan Ibu Pejabat PKNS yang baharu di kawasan tanah berbaki itu.

      Anak syarikat PKNS iaitu PKNS Holdings (PHSB) telah menjalinkan kerjasama dengan Nusa Gapurna dan membentuk sebuah syarikat untuk membangunkan PJ Sentral dengan pegangan saham 30-70.

      Menerusi syarikat kerjasama itu, PHSB telah diwakili oleh YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria yang masing-masing merupakan Ahli Lembaga Pengarah sejak dari tahun 2011 dan 2012.

      Pada Februari 2013, Nusa Gapurna telah mengadakan perjanjian dengan MRCB untuk menjual 70% pegangan saham dalam PJ Sentral kepada MRCB melalui reverse takeover proposal.

      Dokumen yang diperolehi menggambarkan kegagalan wakil PKNS dalam PJ Sentral untuk mempertahankan kepentingan PKNS.

      Dalam dokumen tersebut juga menunjukkan YB Azmin Ali gagal hadir siasatan audit malah tercatat rentetan tarikh – tarikh yang dimana siasatan audit gagal menemui YB Azmin Ali seolah dia lari dan cuba mengelak proses siasatan.

      Dari dokumen ini muncul persoalan

               i.            Kenapa dia lari dan mengelak lebih dari dua bulan untuk menghadiri sesi penyiasatan audit ? apa yang hendak disurukkan ?

             ii.            Adakah dia lemah atau sengaja dalam gagal mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek PJ Sentral ? maaf jika dikatakan jika tidak dijelaskan maka mungkin akan wujud persepsi bahawa mungkin wujud juga imbuhan untuk berpura lemah.

            iii.            Adakah kegagalan ini penyebab penamatan beliau sebagai ahli lembaga pengarah ?

      Kegagalan ini mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek bernilai billion ringgit ini merupakan satu kerugian kepada semua warga Selangor secara keseluruhanya. Saya selaku anak Selangor dan juga anggota PKR menuntut jawapan dari YB Azmin Ali dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim juga harus tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan Kerajaan negeri harus menerangkan apa tindakan lanjut untuk mempertahankan atau mendapatkan semula hak warga Selangor yang hilang.

      Dalam kesempatan ini juga ingin memohon pejelasan YB Azmin Ali mengenai berapa ramai kakitangan yang beliau bawa masuk dalam PKNS untuk dibayar gaji oleh PKNS selepas lantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah sehingga tidak disambung kontrak ?

      Sekian.

      CHEGU BARD

      Delete
  2. Rasa Sunyi? Sepi? Sila panggil saya di 014-2222259 - Raje - (laki2 tak payah call)

    ReplyDelete
  3. Ape ludah2..pgotor bleh blah dr web Nie.rmai lg nak join

    ReplyDelete
  4. bang, inilah sbbnya sy perjuangkan KEDEPAN bang. semua yg betul2 bijak & dpt result bagus masa SPM masa tahun 80/90an semuanya dh kerja jd engineer, doktor & lain2 bang... tinggallah org2 yg result SPMnya teruk dpt lebih drpd aggregat 18 & pangkat 2 ke atas masuk maktab perguruan & uitm buat degree & kemudiannya dpt kerja jadi guru di sekolah atau pegawai2 kerajaan di kementerian pendidikan... disbbkan dulu mereka pun bodoh & tidak berapa bijak, maka mereka pun turunkanlah standard SPM agar jadi lebih mudah utk mereka mengajar dlm masa yg sama KONONNYA dpt meningkatkan prestasi SPM... sbb yg sebenarnya kalau guru2 muda skrg ni disuruh ajar subjek add math, kimia, fizik dll mengikut silibus lama pun mau terkincit2. nampak x kelogikan disitu? nampak x kenapa sy perjuangkan KEDEPAN? nampak x kenapa kita semua perlu sokong perjuangan KEDEPAN ini? ia bkn kerana diri sy atau org2 yg cerdik lain yg result SPMnya mmg bagus, tp demi mutu pendidikan negara & generasi akan dtg juga.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH OMAKKAU, mohon dedahkan lagi maklumat pemimpin contoh ni, biar seluruh malaysia tahu, yg baik jadikan IKON.

    ReplyDelete
  6. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete
  7. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH HHAHAHAHAHAHAH

    KAHKAHKAHKAHAKHAKHAKHKHAKHKAHKAH


    balik la. kaki bedal projek atas kapasiti sbg ahli majlis.
    bibir pun hitam. hisap rokok free pow kedai kedai area kapa. kahkahkah

    mesin judi, rumah urut, kwsn klang dia le tukang kawtim bulan bulan. hahahahahah

    ReplyDelete
  8. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...