Wednesday 11 June 2014

MALEK HUSSEIN ENGGAN JAWAB PERTANYAAN DAKWAAN ISU BELIAU MENOLAK SOGOKAN RASUAH DARI SEORANG CALON KEM KEADILAN RAYA.



Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Malek Hussein berdolak-dalik mengenai dakwaan beliau menolak rasuah yang diberikan seorang calon dari kem Mohamed Azmin Ali.


Beliau yang enggan menjawab pertanyaan mengenai dakwaan tersebut sebaliknya berkata, terlalu banyak isu bantahan seperti itu yang dipetik daripada blog.


"Yang mana? Ada banyak isu bantahan, ada juga isu-isu seperti ini yang dipetik daripada blog," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Terdahulu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard membuat aduan bertulis kepada Lembaga Disiplin mengenai dakwaan Abdul Malek menolak rasuah yang diberikan calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya' selepas beliau digantung keahliannya.

Menurut Badrul Hisham, berdasarkan khabar angin, ‘bos’ yang dimaksudkan itu berkemungkinan  Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Sebelum ini, sememangnya diketahui bahawa Xavier berada dalam kem ‘Keadilan Raya’ yang diketuai  Azmin.

Ketika ditanya mengenai aduan bertulis tersebut, Abdul Malek berkata, panel bantahan masih belum dimaklumkan mengenai isi kandungan surat berkenaan.

"Kami difahamkan aduan tersebut telah diserahkan kepada Lembaga Disiplin tapi kami belum dimaklumkan mengenainya sehingga hari ini," katanya.


Justeru, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sehingga membaca sendiri aduan bertulis berkenaan.

"Kami akan meneliti aduan tersebut selepas dimaklumkan mengenainya. Selepas itu baharulah kami akan membuat tindakan susulan," katanya...Mstar

6 comments:

  1. Azmin Ali ni memang parasit yg merbahaya dalam PKR.
    Darah biru UMNO yg kuat songlap dan rasuah memang mengalir dalam badan Si Azmin ni.

    ReplyDelete
  2. Malik husin? manusia berwajah beruk dan menjadi ahli parti beruk dikelilingi pengikut monyet. hihih

    ReplyDelete
  3. Ingatkan lim kit siang berambut panjang.

    ReplyDelete
  4. parti kaki rock! PKR

    ReplyDelete
  5. malik hussin ni manusia bernajis berat pengkianat yg telah disamak oleh Pas pd PRU 1995... beliau telah dirasuah oleh anwar ibrahim utk tarik diri sbgai calon Pas bandar tun razak... padanlah manusia bangsat celaka ini PKR kutip yg menyebabkan huru hara dlm parti

    ReplyDelete
  6. Malik hussin..kau nampak dia sudah macam muka beruk?? aku ingatkan aku sorang jer yg nampak muka dia mcm beruk.. tapi ingat beruk pun tak berapa tepat..macam firaun kot, rambut panjang sikat ke belakang, muka macam permukaan bulan, mengerutu mungkin kerana terkena sumpahan parti bulan yg pernah dikhianatinya kerana mahu menjadi penjilat anu war al juburi..buruk sungguh muka dia..tak ada nur langsung

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...