Thursday, 19 June 2014
ISU MANTAN NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DITEMPATKAN DI RUMAH ORANG TUA .... BELIAU BUKAN DI ABAIKAN SEBALIKNYA DITEMPATKAN DISANA ATAS NASIHAT DOKTOR KATA ANAKNYA.
PETALING JAYA: Mantan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap bekas Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Paduka Rahmah Othman ditempatkan di pusat penjagaan pesakit-pesakit Alzheimer atas nasihat doktor dan persetujuan bersama ahli keluarganya.
Perkara ini disahkan oleh anak perempuannya, Raha, yang berkata ibunya kini berada dalam keadaan sihat dan selamat.
"Emak saya sihat walafiat, terlindung dan dijaga dengan baik. Dia memang ada penyakit Alzheimer kronik tetapi dari segi perubatan dan doktor semuanya dalam keadaan baik.
"Memang doktor sarankan tempat itu kerana itu tempat yang terbaik untuk pesakit Alzheimer," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Rahmah kini ditempatkan di Dementia Homecare Centre Sdn Bhd, Teluk Panglima Garang, Klang, sebuah pusat jagaan pesakit-pesakit Alzheimer berbayar yang menyediakan pelbagai aktiviti terapi dan penjagaan 24 jam.
Menurut Raha, beliau kesal dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga di laman sosial kononnya anak-anak bekas Naib Ketua Wanita Umno itu mengabaikan ibu mereka dengan menempatkannya di pusat jagaan khas.
Jelasnya, ibunya telah ditempatkan di situ hampir dua tahun dan gembira sepanjang berada di sana.
"Macam-macam fitnah mereka buat, mereka tak tahu hujung pangkal dan cerita sebenar. Saya anggap itu tuduhan tak berasas.
"Hubungan kami dengan emak sangat rapat, kami sentiasa bersama dengannya, melawat setiap minggu, bawa dia keluar jalan-jalan dan bawa dia pergi ke majlis tertentu," jelasnya yang turut membawa ibunya bertemu doktor pakar mengikut jadual.
Mengenai kritikan terhadap tindakan menempatkan Rahmah di sebuah pusat penjagaan milik bukan Muslim, beliau berkata isu itu tidak sepatutnya timbul kerana mereka sekeluarga lebih mengetahui apa tindakan terbaik untuk membuatkan Rahmah lebih selesa dan terjaga.
Tambahnya, beliau telah membuat kajian mengenai pusat penjagaan itu sebelum membuat keputusan menempatkan ibunya di sana.
Katanya, selain penjagaan 24 jam dan persekitaran yang tenang dan bersih, kebanyakan jururawat di situ beragama Islam, begitu juga tukang masaknya, malah di sana juga terdapat beberapa lagi penghuni Muslim.
Beliau berkata sebagai pesakit Alzheimer berat, ibunya juga tidak diwajibkan menunaikan solat, justeru perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.
"Dua tahun pertama memang kami adik-beradik jaga emak tetapi keadaan mak semakin teruk.
"Dia perlukan terapi, bukan penjagaan orang tua-tua. Doktor kata di sana tempat yang baik kerana ada aktiviti, terapi dan interaksi.
"Memang betul, keadaan emak sebagai pesakit Alzheimer semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif," katanya sambil mengakui menjaga pesakit Alzheimer adalah sesuatu yang mencabar dan penuh dugaan.
Walaupun kesal dengan tuduhan-tuduhan di laman sosial, Raha berkata keluarganya amat menghargai pengunjung-pengunjung yang prihatin dan melawat ibunya selama ini.
Namun, selepas apa yang berlaku beliau membuat keputusan hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat ibunya.
Beliau juga bimbang jika kunjungan pelawat boleh menjejaskan aktiviti harian pesakit yang telah disusun pihak pengurusan.
"Mak saya tak faham semua ni...apa yang berlaku. Kalau tidak, hidup dia akan lebih terganggu.
"Saya memang hargai kalau nak melawat mak, tapi jangan buat tuduhan bukan-bukan," katanya dengan nada kecewa.
Kisah mengenai Rahmah tersebar di laman sosial sejak tiga hari lalu dan mendapat kritikan hebat.
Turut disebarkan beberapa keping gambar Rahmah ketika menjalankan aktiviti di pusat jagaan tersebut yang dimiliki seseorang yang bergelar 'Datuk' bukan beragama Islam.
Selain pernah dilantik sebagai timbalan menteri di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Rahmah juga pernah menang dalam pertandingan di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya 1982.
Pada 1989 beliau menyertai parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Assalammualaikum Kak, mohon jasa baik pautkan blog saya kat blog Kakak yang popular ni. http://gigitankerengga.blogspot.com/
ReplyDeleteEleeeeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhh TB
DeleteKhalid Shah Alam dgn Dr Rani buat statement individual. Yang penting dari parti. Contohnya katatkan Deramang TB @ Malaysia Waves kata ini kata itu kat PIBG sekolah, bukan ada apa pun, sebabnya dia bukan ketua PIBG. Paling dasaaaaaaaaaaaaaaattttt buat macho sound wartawan. Kah Kah Kah. 3 Suku punya jenis
Khalid MB paling best sebab, Governance, Transparency, Righteous condut first....... Politic last. Politic is a tool to achive Justice.
Bukan Macam Deramang, Kung Kang Kung Kang
Dalam dunia deramang ada 3 benda sajerrrrrrrrrrr. Unity Government (UG) yang terbukti tak wujud. Toyota Alphard dgn Khalid MB.
Sketsa 3 Suku Deramang
Contohnya, hilang slipar kat masjid. Ini musti . Kalau Hari panas. Ini musti Khalid. Hang tanya dia apasal depa nak buat lagu tu. Jawapannya nak beli Alphard
Kahh Kah Kah Kah Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh Kioook
Weihhh Mangkuk. Dunia ni lebh dari Alpahrd, UG yang tak wujud dgn MB Selangor.
Ada banyak benda contohnya World Cup, Pasaran Sahemmm, Sheik Qardawi, TGNA, Kumpulan Dlloyd, Jamaah Tabligh, Aku yang bernama Tibi dan lain lain
.
Jangan jadi 3 dimensi nanti orang cop tiga suku. Kat Nilai orang panggil Ko Gilo Ka, Kat utara depa panggil Loqlag berbuih
Ha Ha keh keh keh
Yang Benerrrrrrrrr
TiBi (Tinta Biru)
Malacca Waves
Umbai mareiiii
(Tulisan aku disahkan tiada benda-benda yang tak wujud macam UG atau Bigfoot. UG kalau wujudpun Urang Gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr)
Apa daa..TB,MW dan Um ni..Tulisan IQ three four tahap tadika, merapu tak tahu hujung pangkal...motif takde..jenis syok sorang sorang,pastu ketawa sorang sorang hehehe
DeleteBerita kena sahih baru hebahkan. Main sekerat-sekerat mana boleh... walau apa pun omakkau sudah buat kebajikan...
ReplyDeleteHukum Allah kita tidak boleh elak. Dulu hebat, akhiran nya siapa tahu. Itu sebab dalam keadaan apa pun, hati mesti tulus dan ikhlas kerana Islam bersandarkan 'kebersihan'. InsyAllah. Jika putar alam, berputar lah hidup mencari jalan pulang...
Setelah omakkau dedah malu, kaum kerabat & saudara mara terpaksa tanggung malu dan pertahankan.
DeleteIkut agama, omakkau kena minta pencerahan dulu dari kaum kerabat/saudara beliau baru post....omakkau ada minta izin saudaranya ke untuk siarkan gambar2 tu.
Siap la kat dunia bole la lagak politik kat akhirat takda sapa nak bela lagi.
Tgk macai PR, jawapan daripada tuan punya badan disiarkan utk penjelasan yg sebenar. Macam BN ada buat macam tu?
ReplyDeleteDah buat dosa tuduh baru nak siar yg betoi........siasat ka dulu macai PR.
Deletedgn cara begini lah baru dpt cerita sebenar nak kata tuduh bukan tuduh
Deletesbb mmg betul Datin Paduka tu tinggal di pusat jagaaan
ruang utk memberi penjelasan terbuka skg ni Blogger UMNO yg selalu buat isu dan bila isu dijawab atau salah Blogger UMNO buat dek jer ..
Lain lah kalau ahli keluarga dah beri penjelasan di putarbelitkan lagi
atau penjelasan dr ahli keluarga tak di siarkan Krn sengaja biarkan kita mencari di blog blog yg menyiarkan nya Kalau rajin kita cari lah kalau tak smp bila bila kita ingat ahli keluarga sengaja melepaskan tggjwb
ade umno buat gitu.krna saman pun masih nk menipu..
ReplyDeletedr nasihat , kalau dah tak laghat nak jaga mak hampa tu , hantaq pi ghumah oghang tua laaaa!
ReplyDeleteAnak anak jgn terasa atau Marah Org melayu mmg sensitif sbb ini pemimpin wanita melayu Dr UMNO keluar masuk S46 Maknanya dia adalah seorg pejuang Byk jasa nya kpd org melayu pd masa itu Jd org yg ada kedudukan tiba tiba di lihat dlm keadaan seolah olah lepas tangan tentu lah jd teguran dan simpati dr org org lain Ada lagi beberapa org muslim yg tinggal di situ tp tak jadi masalah Tak jadi masalah krn org tua tu org biasa biasa Ini pemimpin wanita melayu Masa zaman dia berapa kerat pemimpin wanita melayu yg mampu smp ketahap mcm Datuk Paduka
ReplyDeleteSo anak anak Datuk Paduka sepatutnya berterimakasih kpd mereka yg mengambil berat hal ini Bila anak anak dah buat keputusan harap harap kita terima lah itu lah keputusan yg terbaik bg Datuk Paduka Log Off
Ni sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeleteAku tengok satu episod The Secret Millionaire, sebuah rumah kebajikan di UK memainkan lagu-lagu lama untuk pesakit dementia, banyak pengidap yang bertindak balas positif. Cara ini kadangkala mengembalikan ingatan pesakit-pesakit. Ape kata Dementia Homecare Centre memainkan lagu UMNo atau lagu 60an mungkin ingatan boleh pulih.
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeletenasihatkan dulu macai2 korang tu, tgk macai papagomo, sampai merayu utk tangguh bayaran
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeletejika difikirkan elok jugak menghantar orang tua ke pusat jagaan..disana ramai rakan sebaya yg dah tua2. kalau dok kat rumah pon apa guna..asyik2 jadi orang gaji anak..kena basuh baju..sidai baju..dalam rumah x tau apa lagi dah!! tu yg saya nampak dari luar rumah jiran!! kesian..bila saya dah tua nanti..saya rela dok rumah orang tua2..x payah jadi orang gaji anak...apa lu pikir???
ReplyDeletewalau apa pun alasan adalah sgt tdk baik ibu atau bapa dihantar kerumah org tua. apa kata kalau masa kecil kita yg dihantar kerumah anak anak yatim atas alasan tak ada masa nak jaga !!
ReplyDeleteni yg aku tak berkenan ni, omakkau pon sama je mcm blogger pencacai umno ke, artikel pertama dulu tulisan omakkau pon sama je buat statement mcm la anak2 xumno ni tak nak jaga mak depe, rupenye omakkau pon sama je letak cerita yg taktau hujung pangkal, kamon la omakkau jgn la desperet sgt smpi nak jadi mcm blogger pencacai umno... tanye dulu hujung pangkal, baru la org respek. aku mmg malas nak baca blog pencacai umno sbb dahtau 99% tak penah betul.. jgn buat aku hilang kepercayaan pulak ngan blog omakkau ni... aku baca 10x artikel ni omakkau takde pon nak mintak maaf ke ape... be profesional lah omakkau
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDelete