AKUAN BERKANUN
Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.
3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.
4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.
5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.
6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.
7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.
8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.
9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.
10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.
11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.
12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.
13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.
14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.
15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.
16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.
17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.
18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.
19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-
(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.
20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.
21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.
22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.
23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-
(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY
24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.
25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.
26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah
(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).
GERIK - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang hilang ketika mandi di air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, Gerik petang semalam, ditemui lemas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, mayat Mior Fahim Ahmad, 39, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ditemui dalam keadaan meniarap di dalam perairan kawasan itu pada 7.25 pagi.
"Mangsa mandi bersama-sama beberapa peserta lain di kawasan itu sebelum didapati hilang dalam keadaan air deras. Kawasan kejadian adalah lokasi penamat latihan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, kawasan itu juga menjadi lokasi bermalam kesemua peserta Latihan Dalam Perkhidmatan Kemahiran Memandu Off Road yang disertai 50 peserta Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk 16 pegawai.
Kesemua peserta yang menaiki kenderaan pacuan empat roda sepatutnya pulang hari ini, katanya.
Latihan itu dianjurkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik yang turut disertai Ketua Polis Perak Datuk Acyrl Sani Abdullah Sani.
Abdul Manab berkata, mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Gerik pada 12.30 tengah hari untuk bedah siasat.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dibantu antaranya oleh Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertahanan Awam.
Jenazah mangsa akan dibawa ke kediaman ibunya di Kampung Tersusun Batu Lima, Tambun di sini untuk dikebumikan.
Mior Fahim mula berkhidmat dengan PDRM pada 1995 dan berpengalaman bertugas di Sabah, Johor dan Pahang selain pernah terlibat dalam operasi selama 21 hari menentang penceroboh di Lahad Datu, Sabah tahun lepas. - Bernama
AL-FATIHAH .. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG BERIMAN DAN SOLEH. .. AMINNNN.
Patut lah Tan Seri Khalid Abu Bakar naik pangkat jadi KPN rupanya kawan baik Tengku Wong dan Bk Tan. Kesian juga kat Bakri Zinin patut dia yg jadi KPN tak apa lah jadi TKPN kira ok lah tu. Kalau dah org awam gengster pula tu yg kontrol bhg penguatkuasaan di Malaysia ini memang komfom Malaysia Lingkup. Aku org Perak di Perak mesin judi jeck pot komputer melambak lambak macam ada lesen tak pernah ditangkap. Rupanya buaya kat atas dah ada kira. Habeh sangat tutup seminggu dua pas tu buka balik. Judi ekur haram pun sama beribu yg agen2 yg tulis no ekor haram macam jual goreng pisang panas juga tidak ditangkap oleh Polis. Tak akan lah bahagian risikan PDRM tak dapat maklumat lansung. Skrg bukan tulis guna ballpen tapi guna mesyen caggeh sungguh. Penjenayah lebih advance dari Polis camana nak tangkap penjenayah ditambah pula ada pangku bulanan lagi jadi bodoh lah polis. Camana nak jadikan Malaysia ziro raauah,boleh sembang je lah laksana kirim salam. Atas makan sampai kenyang depa tidor lena lah. Anggota bawahan boleh buat apa lebih sikit kena tukar lah itu lah ini lah cari susah buat apa baik gi kerja balik kerja cukup bulan ambil gaji. Yg terima padah rakyat nak tinggal risau,nak jalan tak tentu pasal nanti kena samun. Malaysia dah jadi negara MAFIA dan GENGSTERISEM. Hidup Malaysia mampos rakyat. Malaysia negara bukan sekuler negaea islam sejati. keh keh keh
ReplyDeleteSalahkan PDRM pulak? bukan senang nak buktikan bro. Kalau dah tangkap, peguam PR juga yang sibuk nak bela. So camne?
Deleteyess mmg gua salahkan pdrm , bersepah org sekeliling gua setiap malam pegi main mesin , termasuk chip insp. skali , mcm mana wey nk zero rasuah kalau org atas sendiri dgn selamber main mesin siap pakai uniform lg
DeleteSeluruh PDRM harus di bersihkan dari KPN hingga kebawah kalau tidak muflis lah Malaysia. Belum lagi Kastam, Immigresen dan JPJ.Pasal itu pak menteri jolly dengan rasuah.
ReplyDeletePasal itu hukum hudud tak mahu di laksanakan, rupa nya orang yang di amanah dah lama curang.Cepat bawa usul ke Parlimen PDRM haru di gubal, sebab itu bekas IGP tak mahu badan luar jadi pemerhati bebas, tak mahu rahsia. kecurangan terbongkar.
ReplyDeleteNegara diambang kehancuran, rasuah berleluasa, gengster dilindungi tak percaya tanya Zahid Hamidi. Sesiapa yang membongkar kegiatan haram akan terima padah sebagai contoh apa yang terjadi kepada Sany Boy reporter metro dulu. Sebagai contoh layakkah tim ketua polis memiki rumah bernilai jutaan ringgit bagi rumah kedua, rumah pertama berapa pula nilainya?
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeletecelakalah hang dan celakalah!! ini isu serius mahabesar dan celaka ini tak da komen lain
Deleteyg jujur tak dpt pembelaan...ruj> ALLAh..x kali mlm jumaat bc yasin kita bc sama qunut nazilah,,semoga dihncurlbeurkn semua setan jahanam yg celaka tu....
ReplyDeletesetakat baca doa, yasin, hajat, tak akan ke mana kalau takda tindakan. ingat janji Allah. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri. jelas. Allah nak berusaha sendiri ubah nasib.
Deletejommmm....
Deleteramai2 pakat duk bersila tgh padang tadah tangan ke langit... !!!
Ni sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeleteBABI ni x bagi makan lagi ke???
DeleteInnalillahiwa'inna'ilaihirajiun.
ReplyDeleteSemoga roh beliau ditempatkan dikalangan para syuhada.
Aminn
PDRM harus dibersihkan dari laknat laknat yg bersekongkol dengan semua sindiket haram. Bukan setakat judi saja, termasuk pelacuran, penyeludupan rokok dan manusia. Mereka ini patut di masukkan kedalam penjara. Di sabah terutama pantai timur lagi mcm sial ni polis polis. Ocpd opcd semua kaki makan duit haram. Mesin judi dan pelacuran cukup banyak. Paling hebat rokok. Kerajaan rugi berbillion disebabkan rokok seludup.
ReplyDeletesebab itu kita org islam mesti sokong puak taliban dan mujahideen. semoga pejuang-pejuang Allah ini akan datang ke malaysia dan membersihkan negara ini dari segala kerosakan akhlak. amin
ReplyDelete......dan jgn sokong amno celako.
DeleteSAYA CADANGKAN ASKAR AMBIL ALIH KUASA POLIS ATAU SIASAT POLIS UNTUK OPERASI MEMBERSIH PENJENAYAH BERTOPENG POLIS. MENTERI JANGAN KACAU. AGUNG BAGI ARAHAN KAT ASKAR AMBIL SIASATN SEMUA POLIS TERMASUK MENTERI2..DAH REDA SERAH BALIK KEPADA POLIS YANG DIPERCAYAI DAN DIAYKINI BERSIH SEBAGAI KETUA POLI NEGARA.
ReplyDeleteAskar mane? Tahu tak dalam kapal TLDM ade ape? cakap kat ko nanti kate tipu... ade ruangan arak utuk captai x caye? kakak wa sendiri nampak semasa jadi PALAPES di Lumut
DeleteBetul. Suruh Agong arahkan askar ambil alih Malaysia dan cuci. Lepas bersihkan semua, kembalikan kepada rakyat untuk memilih.
ReplyDelete(Y)
Deleteaskar pn sama jgk bwh kerajaan, agung hanya sbgai symbol.. insyaallah mujahidin malaysia akan menewaskan puak2 thoghut ni
DeleteBenda yg dh lama org tahu.
ReplyDeleteLOL.
No need to make a declaration..malaysian citizen hd watch all the illegal things around them..money control human. .hahahahhahaah
Lol
Xoxo .
Muka bodoh mcm ko x seswai komen dlm english.nampak lagi bodoh.
Deleteceh.bajet gila komen dlm english paq oi
DeleteMcm matang sangat dah......kencing pun meleleh lagi
DeleteBARU TAHU KE..INIKAN MALAYSIA..MALAYSIA KAN BOLEH..hahahahaahaha..BAGI RAKYAT MALAYSIA YG CONCERN SEMUA INI BUKANLAH SESUATU YG MENGHAIRANKAN ATAU MENGEJUTKAN..NEGARA INI SEMAKIN PARAH..DAN KERANA ITULAH NEGARA INI WAJIB DISELAMATKAN..!!! SEBELUM KEADAAN NEGARA INI TIDAK LG DAPAT DISELAMATKAN..DIKETIKA ITULAH NASI SUDAH PUN MRNJADI BUBUR...!!! SELAMATKAN MALAYSIA..!!! WAJIB.
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeleteAhli Parlimen PAS kenapa membisu? Kenapa tidak bawa isu ini ke dalam parlimen membela orang tertindas dan penyalahgunaan kuasa
ReplyDeleteBtul ke tak prnh di bw msuk bncang dlm parlimen.? Ntah2 awl2 lg usul di tolak dlm dwn. Takpn, usul cmni tak di siarkn dlm media tv3 suku &utsan meloya yg jd smber rujukan nan binjai 1050
DeleteMembisu???seriously??? Ko tgk la isu ni mula di ceritakan 21 jun..parlimen bukak ke al binjai wei.kalau bkk kes ni agaknya brape ramai lg yg mati agaknye nnt.hanya utk melindungi pelaku jenayah haram tajaan kerajaan.haktuiii.
Deletebila samseng jadi polis rakyat jadi huruhara.....dunia hanya sementara dan tempat ketawa yang sungguh sedikit, ingatlah ahkirat yang kekal selamanya.
ReplyDeletePatot la ramai anak polis perangai cam HARAM.. sebab ramai polis2 makan duit haram.. pastu bagi anak bini makan guna duit haram.. Polis pon sama CELAKA..
ReplyDeletePolis pon sama celaka??bukan semua bang...ada yg bagus contoh mcm arwah ni...statement tu patot ditmbah perkataan sesetengah atau sebilangan...
DeleteKalau polis semua celaka tak lah arwah ni buat statement macam ni. Jangan tunjuk bebal tu sangat, buat malu je bodo.
DeleteSiapa awak nak kata anak2 polis ni celaka??? Jgn suka2 nak kategori kan Org tu macam ni org tu macam tu.... Awak tu kalau bagus sgt tak tulis kot ayat yg macam ni... Macam org takkde akal je bagi komen..
DeletePolis org cina semua gengster
ReplyDeleteHanya Allah yang lebih mengetahui...
ReplyDeletesedih betul...mati camtu shj..aq tak dapat bygkan msia lg 10 tahun akan dtg...selagi kita tidak memilih pemimpin yg benar
ReplyDeleteCIBAI BETOI... PATUTLAH ADA SEBAHAGIAN PEGAWAI POLIS BOLEH HIDUP MEWAH. RUMAH BERATUS RIBU BAYAR CASH, KERETA BESAR, MOTOR BESAR,...MCM2 BENDA MEWAH MASUK......OOO INI KERJA KORANG YER?? GANSTER CINA DOK BELA RUPANYA!
ReplyDeletedosa kau kalau mu tu islam berapa ramai pegawai pdrm /anggota bawahan
Deleteyang tak pernah buat benda macm tu. dosa sendiri dan tak tertanggung ni pulak nak tanggung orang punya
poyo
ReplyDeleteSadarlah kaum berbaju biru semua... Nenek moyang ko susah payah nak jadikan negara ni bangsa ko yg punya... Korang senang lenang menjahanamkan...
ReplyDeleteSedarlah kaum baju biru semua. Nenek moyang ko susah payah jadikan negara ni melayu punya. Korang senang lenang menjahanamkannya.
ReplyDeleteLama dah mcm ni....baru tahu ke?...ingat senang ke nak buat perubahan dari dalam sorang diri....tanpa perubahan secara keseluruhan organisasi. Hanya dengan keimanan,kejujuran dan dedikasi bermula dari pemimpin itu mampu mengubahnya. Jika tidak, beginilah kesudahaNya. ..pernah tengok citer police story "Jacki Chan". Ianya berlaku dimana-mana organisasi polis....-Alfatihah kepada allahyarham.
ReplyDeleteJom kita buat shalah hajat agar ditunjukkan kebenaran... Jangan le kita salah menyalah antara satu sama lain.
ReplyDeleteAku harap, Bakri Zinin tak naik jadi KPN takut2 diapa2kan dek syaitan2 macam ni nanti. Dunia sekarang bukan tempat orang2 baik dan jujur.
ReplyDeleteKelakar baca komen atas ni...sembang ngalahkan malaikat...siap suruh askar tu..x tau perlembagaan ni la jd nya..
ReplyDeleteNi suma cuma pndai ckp....cuma th cr sala org len jew....busuk ati pny org ni suma....klu btl nak brubah..ubah diri tu dl....majukan diri tu dl...aku x pnh nmpk polis halang org mlayu kita maju...tp korang jew...duk mngharap org len je majukan mlaysia ni...produk bangsa sndri pon x pnh pon ambil th...duk beli brg bangsa len....lg pon ko ada bukti kew...klu stakat andaian kosong jew...vek duk diam...dpt dosa jew....
ReplyDeleteCerita lama tetiba org bangkit balik.. Emm nilah masyarakat malaysia yang tau ape2. Cuba try follow up ape jadi dengan kes ni... Empunya blog ni share akuan ni dapat dari siapa? Pesuruh jaya ke.. Tau ke tak benda ni sulit.. Ooo yelah org tak takut undang2 .... Kan...
ReplyDeletejangan salah kan pdrm yang patut di salahkan orang yang terlibat di dalam pasukan polis dan kdn/ kalau elok pucuk nya elok lah akar nya
ReplyDeletePelacur, dadah bersepah di belakang Balai Polis Central JB
ReplyDeleteSudah mase MELAYU sedar diri. Jadikan ALLAH dan RASUL tempat baiki diri. POLITIK , EKONOMI xkan selamatkan diri. AKIDAH sudah tergadai lama demi kepentingan duniawi. Jangan amal Islam separuh-separuh. Sudah masa mencari ilmu hakiki bukan dari ulama rasmi. MALAYSIA negara tercinta sudah rosak dari pelbagai segi. Bermula dari pemuda-pemudi , guru-guru, ahli politik dan ulama rasmi. Ya Allah datangkanlah penyelamatMu terangi kegelapan jahiliah akhir zaman.
ReplyDeleteAdakah anda memerlukan tunai untuk membayar hutang atau memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan wang untuk pendidikan anak-anak atau rawatan anda? Hubungi kami untuk tunai segera semalam. Email: (golden.tcs001@gmail.com atau nombor Whatsapp +918015861823)
ReplyDelete