Tuesday 24 June 2014

PDRM MEMBERI AMARAN KJEPADA PENYEBAR MAKLUMAT PALSU DI ALAM MAYA BERHUBUNG KONONNYA SEBUAH VAN PUTIH BERKELIARAN UNTUK CULIK KANAK-KANAK SEBAGAI MANGSA ORGAN.



SABAK BERNAM – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu berhubung khabar angin terdapat van putih menggunakan nombor pendaftaran kenderaan negara jiran berkeliaran dan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, pihak yang didapati masih meneruskan penyebaran berita palsu itu menerusi laman sosial akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Menurutnya, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


“Polis memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak lagi menyebarkan berita palsu yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah tentang sindiket menculik dan menjual organ menggunakan van berwarna putih,” katanya kepada Sinar Harian.


Noor Mushar berkata, penyebaran maklumat menerusi Facebook (FB), WhatsApp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) itu dipercayai menular sejak seminggu lalu hingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.


“Sehingga kini polis masih tidak menerima apa-apa laporan daripada orang awam berhubung perkara ini dan hasil siasatan kita juga mendapati tiada sebarang kes dilaporkan berlaku di daerah ini,” katanya.


Beliau berkata, beberapa individu turut dipanggil bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat palsu itu ekoran terdapat dakwaan kononnya mereka terserempak dengan van terbabit.


“Hasil siasatan polis juga mendapati gambar pada van terbabit telah disunting pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah,” katanya.


Menurutnya, orang awam diminta merujuk terlebih dahulu kepada polis sebelum menyebarkan sesuatu perkara itu bagi mengesahkan maklumat yang diterima itu benar atau sebaliknya kerana ia memberi kesan kepada masyarakat.


“Jangan bertindak sendiri dan orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sabak Bernam (0332242222) atau melalui Bahagian Hal Ehwal Awam IPD Sabak Bernam, Asisten Superintendan, Iek Ren Chong (0192825748),” katanya.

9 comments:

  1. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wehhhh Deramang Tulang Besi where are you????? Malaysia Waves la ni tak laku???
      Cerita la UG banyak2. Benda yang diada-adakan memeng macam tu. Satu hari kantoi jugak klentong Hayam tu. Kah Kah Kah

      Delete
  2. Article Terencat otak dari Malaysia Waves

    Article level loji kumbahan ni link dgn header dia aku letak kat bawah sekali. Kalau boleh, Print dekat kertas, lepas tu buat Istinja'. Minima 3 kali calit

    Kita musti tanya Malaysiawaves TB. mesti tak boleh jawab soalan diabawah, Suara jadi sengau macam trajedi reporter kena marah tak jauh dari Tropicana 2013. Kah Kah Kah.

    1. Siapa kata?
    2. Bila orang kata?
    3. Di Mana ?
    4. Biar betul? Biar Betul? Biar Betul?
    5. Konspirasi Teori kerr. Segitiga TB kah kah kah ALphard, UG dgn ahli politik, Sewel punya TB.
    6. Tulang Besi ni ahli ka atau hanya ahli MLM?
    7. Orang Selangor Suppor Khalid MB. Kau tak support. Apasal? Lu jealous ka?????
    8.Nepal boleh pakai T-SHirt hijau lengan putihhh kerrr? Wauuu Hensemm ooooooooooo

    Nahh article jumud lagi menjumudkan, Header, Link kat bawah ni. PiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHhhh

    http://www.malaysiawaves.net/2014/06/kalau-tak-buang-khalid-ibrahim-pr.html

    FRIDAY, JUNE 20, 2014
    Kalau Tak Buang Khalid Ibrahim, PR Bungkus di Selangor
    Setelah berbulan2 TUlang Besi buat pendedahan, akhirnya ketiga2 parti dalam Pakatan Rakyat telah membuat persetujuan bahawa Khalid Ibrahim wajib ditukar.

    ReplyDelete
  3. Ni sumer power...TB pengsan Haisehhhhh

    ReplyDelete
  4. BN Umno..2 senjata...RASUAH atau UGUT blogger pro PR...kerana MACAI UMNO..manalah reti nak tulis blog...

    ReplyDelete
  5. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete
  6. BODOH betul manusia jenis "mohon share" ni....dah la maklumat tak betul, eja dan sebut nombor "plate" pun boleh jadi "flat"....aku rasa ramai org kita yg bangang sebutan sebut "nombor flat" yg sepatutnya disebut "nombor plate" .....termasuklah budak2 kolej dan universiti yg slalu join demo sana sini....benda basic macam ni. pun korang gagal, macam mana la boleh tunjuk pandai kononnya rakyat prihatin...macam ni ke nak mewarisi pemimpin masing-masing? alamat lingkuplah Malaysia......buat malu melayu je..

    ReplyDelete
  7. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete
  8. apa nak jadi pada malaysia kini dan akan datang! adakah akan gelap segala hati dan pedoman. rakyat semakin lemah dan keliru dgn informasi dan tak sanggup terima kenyataan malah cuba hendak putarbelitkan keadaan, yg mana kita sdr juga akan hancurkan malaysia pada masa depan menuju zaman yg mana kita tak mampu nak menghadapinya pada masa itu. dan negara akan bertukar milik utk rakyat miskin dan bodoh di negara sdr.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...