Thursday, 19 June 2014

PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... PILIH DAN SOKONG TSKI SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN BUKAN LAGI SUATU OPSYEN TETAPI SUDAH MENJADI SUATU KEMESTIAN JIKA MAU PUTRAJAYA DI TAWAN.



Pemilihan KEADILAN 2014 adalah pemilihan yang menentukan jaya gagalnya gagasan Pakatan Rakyat dimana KEADILAN sebagai antara pemain utamanya menduduki Putrajaya.


Pemilihan kali ini cukup penting agar impian menjadi kenyataan .. untuk ianya menjadi kenyataan kena berpolitik secara realiti bukannya ilusi dan emosi... Berpolitik di luar kerangka ketaksuban dengan menjadikan isu remeh pendokong awal penubuhan KEADILAN sebagai senjata ampuh untuk pertahankan jawatan.

Perkara utama yang harus di ambil kira untuk memilih pemimpin ialah kemampuan mengurus dan mentadbir organisasi.. kemampuan yang sudah terbukti .. sebagai pemimpin yang diberi amanah dan mandat mengurus dan mentadbir organisasi atau negeri menjadi bertambah baik dan hebat.

Kena bersikap adil dan terbuka dalam membuat penilaian .. kadangkala disebabkan ketaksuban maka kebenaran diketepikan ... untuk menjadi pemimpin, hebat berpidato bukannya ciri utama tetapi suatu bonus .. kalau menilai siapa lebih hebat berpidato maka bukannya pemimpin yang dipilih tetapi "penjual ubat" ditepi jalan... Untuk mencari pemimpin bertaraf seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim kena akui amat sukar .. hebat berpidato, cekap mengurus, berilmu, akhlak baik dan genius... Digeruni dan dihormati kawan dan lawan.

Untuk itu kita perkecilkan kriteria memilih untuk membantu dan berganding dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada individu yang cekap, berintegriti, berilmu dan telus... Pemimpin yang mempunyai track record cemerlang dan terbukti mampu .. Disitu pemimpin yang dimaksudkan ialah Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Omak Kau membuat penilaian bukan atas platform ketaksuban tetapi atas pentas sebagai penggiat blog dan aktivis parti.. Melihat dan menilai sejak tahun 2008 apabila Selangor dan beberapa negeri lain jatuh ketangan Pakatan Rakyat .. Tahun dimana buat julung kalinya UMNO/BN gagal memperolehi 2/3 majoriti ..  PRU yang di labelkan sebagai Tsunami Politik.

Tidak perlu nak kupas secara panjang lebar sumbangan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mengangkat negeri Selangor kepada kedudukan yang ada sekarang ... Bukan sahaja rakyat Selangor tahu malahan dipuji dan disanjung rakyat secara keseluruahnnya ... Bukan sedikit cabaran dan ujian serta kritikan diterima, bukan sahaja dari pihak lawan tetapi tidak ketinggalan dari kelompok yang mengaku kawan.

Menuju ke Putrajaya ada 2 peringkat ... pertama macam mana nak ke sana ... dan kedua setelah dapat bagaimana nak urus agarnya ianya jauh lebih baik dari sebelumnya.

Peringkat Pertama Macam Mana Nak Ke Sana.

Terima hakikat .. kuasa mengundi bukan sahaja terletak kepada ahli dan anggota parti Pakatan Rakyat jika dicampur dalam sekitar tidak sampai pun 2 juta orang sedangkan jumlah pengundi berdaftar ialah lebih kurang 13.5 juta .. dan angka ini akan meningkat menjelang PRU ke-14.

Apakah dengan undi sebanyak 2 juta sudah mampu tawan Putrajaya???? .. Jadi amat jelas kelompok bukan ahli dan anggota parti Pakatan Rakyatlah yang banyak menentukan menang kalah PRU 14 terutamanya pengundi kali pertama dan anak-anak muda.

Pengundi lama atau tegar sokongan mereka tidak nampak akan berubah dan berganjak ... yang mau di pikat dan dirayu ialah pengundi baru dan anak-anak muda.

Bagaimana nak pujuk kumpulan agak besar ini? .. Berpidato? .. Paparkan kisah silam mengenai kesetiaan?..  Atau memberitahu keadaan semasa yang menimpa negara dan jika tidak di tangani dengan bijak akan bertambah buruk dan teruk.

Isu apa yang membelengu kelompok rakyat ini? .. 1) Kos sara hidup yang semakin memuncak tinggi  2) Peluang pekerjaan 3) Jenayah dan Keselamatan  4) Perhubungan kaum  5) Pendidikan   6) Pemilikan rumah

Jadi untuk memberi keyakinan kepada kelompok ini sudah pasti pemimpin yang sudah terbukti kemampuannya mereka percaya dan berikan sokongan... perlu seorang tokoh yang boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin saingan Barisan Nasional bagi mudah rakyat membuat perbandingan.

Kelompok ini tidak terpengaruh dan tersilau dengan nostalgia silam ... mereka maukan pemimpin yang mampu membawa negara kehadapan bukannya yang asyik pandang belakang dan terperangkap dengan kehebatan lampau.

Mengurus kemenangan.

Setelah diberikan undi dan sokongan sudah pasti rakyat mau melihat dan rasa yakin serta selesa kepada barisan pemimpin yang mampu mengurus dan mentadbir negara dalam konteks tata kelola yang baik, telus, cekap dan berintegriti. .. sekurang-kurangnya seorang pemimpin yang telah trebukti menjalankan amanah dan mandat mengurus paling tidak sebuah negeri .. memastikan negeri di urus itu jauh lebih baik dari sebelumnya... rakyat merasai nikmat cara pemerintahannya.

Pemimpin Mana Yang Di Yakini Rakyat.

Tidak dapat lari dari realiti, pemimpin yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Untuk membolehkan beliau menyumbang kearah itu sudah pasti maukan kedudukan yang tinggi dalam saf kepimpinan politik dimana sokongan dan dokongan anggota KEADILAN amat diperlukan.

Beliau bukan pemimpin yang memiliki kebolehan berpidato.. itu kena akui .. tetapi kebolehan mengurus ekonomi dan negeri amat dikagumi lawan dan kawan .. itu juga kena akui.

Hebat berpidato tetapi gerak kerja caca merba banyak menjaga hati sekerat dua penyokong setia ianya tidak jauh beza dengan pemerintahan dulu.

Dituduh kedekut sedangkan istilah yang tepat ialah berhemah dan jimat cermat  .. banyak birokrasi sedangkan ianya teliti dan telus sebab pihak lawan sentiasa intai peluang untuk dijadikan isu sehingga peringkat menjemput SPRM datang menyiasat.

Itu semuanya sudah nampak perubahan kearah menangani isu lebih pantas dan tuntas.

Tidak rugi peluang diberi kepada beliau tetapi rugi besar jika peluang yang baik ini dipersia-siakan.

Omak Kau menjemput semua anggota parti agar menolak mainan emosi ketaksuban dalam memuja dan menagungkan pemimpin tertentu dengan mencuit minda dan mengisi jiwa dengan politik realiti .. tiada gunanya pemimpin itu menang pilihan parti tapi gagal untuk memacu kemenangan semasa PRU 14 nanti.

Jangan kita bersifat menang dalam pertandingan tapi tumpas rebah dalam perperangan.. perlu ada prioriti (keutamaan) dalam berpolitik.

KeADILan ditubuhkan bukan sekadar nak rasa seronok adanya pemimpin pujaan kita menerajui parti tetapi matlamat ditubuhkan ialah menumbangkan UMNO dan sekali gus merampas Putrajaya dengan mengangkat pemimpin agung Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-7.

Gandingan yang paling mantap dan secucuk yang diterima rakyat kepada Datuk Seri Presiden KeADILan, YB DSWA tidak lain tidak bukan ialah YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor.

TERLAJAK PERAHU BOLEH BERUNDUR .. TERLAJAK PILIH MENANGIS AIR MATA DARAH SUDAH TIADA GUNANYA LAGI.

PILIHLAH DENGAN BIJAK BERPAKSIKAN MINDA YANG TENANG DAN JIWA YANG LAPANG .. PILIHLAH TAN SRI KHALID IBRAHIM SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN.



17 comments:

  1. Haluuuuuuu. .........

    Pilihlah yg beriman...bertakwa dan beramal soleh.....jgn sampai tersalah pilih cam lu barua pilih jit tuya @ jit jebon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhhhhhhh sewel punya Deramang. Aku tak tau laaaaa mamat TB@Deramang kenal kerr apa itu Putrajaya. Silap2 dia kata Putrajaya kat Ipoh,

      Ialah Planet Malaysia Waves hanya Khalid MB, UG (Tak wujudpun) dgn Alphard (Aku bolei beli 3rd hand 2004 baru 80k)

      .
      SIlap2 sebut kau kenal Pele? tak tau. Kenal Elvis Presley? Tak tau. Kenal P.Ramlee? tak tau. Apa aku kenal hanya 3. UG yang tak wujud, Alphard yang ramai orang boleh beli dan Khalid

      Apasal benci Khalid MB. Aku tak puas hati, dia amanah. professional dan orang respek dia. Background mantop, visi ada, misi ada, experience berkoyan Khalid MB ni. Yang TB Deramang dok maki2 orang baguihhh macam ni, Gilerrrr ke

      Spesis Swamp Thing macam ni pun korang layan????????? Ya ampunnnnn

      Kah Kah Kah. Nanti satu hari aku yakin dia tulis article Ustaz X tak patut sebab beli Datsun 120Y. Ustaz kena naik beca baru Zuhud!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Kah Kah Kah gilerrrr punya TB.

      Selalunya orang frust nak something ni jadi 3 suku. Frust sebab tak diberi perhatian kuttttttt. Blog dia tak laku, leadership PAS t(Dari atas sampai la ke grassroot) dah tak pottt kat dia, dahan mamat Deramang bergantung pun yang last pun nak kalah dalam pemilihan PKR. DAP, kirim salam la nak layan orang macam ni.

      Kah Kah Kah

      Delete
    2. Lokasi Planet Malaysia Waves hanya Khalid MB, UG (Tak wujudpun) dgn Alphard (Aku bolei beli 3rd hand 2004 baru 80k)

      .SIlap2 sebut kau kenal Pele? tak tau. Kenal Elvis Presley? Tak tau. Kenal P.Ramlee? tak tau. Apa aku kenal hanya 3 benada iaitu UG yang tak wujud, Alphard yang ramai orang boleh beli dan Khalid

      Soalan: Apasal benci Khalid MB sampai tulis dalam blog kau pas tu maki2 dia?.

      Jawapan : Aku tak puas hati, dia amanah. professional dan orang respek dia.

      Analisa diatas :Gilerrrr ke punya kutu tukar la Blog Malaysia Waves tu jadi blog Kuih Samprit tertop. Kuih Kak Limah the best, Kuih Mak Jan kurang sedap....kah kah kah

      Spesis Swamp Thing macam ni pun korang layan????????? Ya ampunnnnn

      Kah Kah Kah. Nanti satu hari aku yakin dia tulis article Ustaz X tak patut sebab beli Datsun 120Y. Ustaz kena naik beca baru Zuhud!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Kah Kah Kah gilerrrr punya TB.

      Selalunya orang frust nak something ni jadi 3 suku. Frust sebab tak diberi perhatian kuttttttt. Blog dia tak laku, leadership PAS t(Dari atas sampai la ke grassroot)ak pottt kat dia, ranting dia yang last pun nak kalah dalam pemilihan PKR. DAP, kirim salam la nak layan orang macam ni.

      Kah Kah Kah

      Delete
    3. Bigfoot Deramang TB Malaysia Waves kenal kutttt. Ha ha

      Pakai Teropong bomoh tuuu (TeBo)

      TB = Malaysia Waves
      TeBo = Teropong Bomoh

      Delete
    4. KIDEX kau tau ke Deramang @ Malaysia Waves itu aper tu. KIDEX tu highway bukan kindergarden.

      Laaaaaaaaaa orang nak buat highway, biaqlaaaaaa. Yang nak kena discuss adalah tol punya harga.

      Woiiiii TB yang Maha-bangang, kerajaan negeri mana ada kuasa nak sound-sound berapa tol kena charge. Itu Kerajaan Pusat.

      Woiiii baghal, lu sudah salah kounter la TB.

      Bagi aku Khalid MB agree dgn KIDEX tu betulllllllllllllllllllllll. Orang la ni pakai kereta pi kerja bukan macam kau ada power boleh terbang naik sejadah. So kena pakai highway.

      Susah cakap dgn orang 3 dimensi ni. Hang kena pi Tabligh TB, buat Ikram, keluar 3hari, buat Ghash, pi majlis Taqlim, Tahajud malam2 , Bila hati bersih baru tulis bersih.

      Dari sini aku syorkan Deramang@TB@Malaysia bertaubatlah anda. Kita umat akhir zaman ni 60 plus koluuuu by average. Lu dah 42, cukup cukuplah menghina orang yang amanah macam MB Khalid dan memaki hamun ugamawan. Orang macam Dr Haron DIn tu ilmu dalam, kita ni Fardhu Ain pun tak lepas sooooooooooooooo jangan perasan

      Kah Kah Kah

      Salam ikhlas dari saya, rakan seblogger misteri

      Assalamualaikum

      TiBi ITinta Biru)
      Malacca Waves
      Umbai Mareiiiii

      Delete
    5. Woiiii TB d Deramang, Kamu Pokak ke.Tak jawab. mai sini debate !!!!!

      Delete
    6. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2014/02/khalid-ibrahim-dulu-dipuji-sekarang.html

      Article dari Brader Aspan Alias buat renungan

      Khalid Ibrahim dipuji oleh rakyat, dikeji oleh partinya sendiri

      Berbagai-bagai alasan diberikan oleh kumpulan dalam PKR yang menggalakkan Anwar bertanding diKajang dalam pilihanraya kecil 23hb Mac nanti. Saya tertarik dengan alasan yang diberikan oleh setengah penyokong Anwar yang tindakan Ketua Pembangkang bertanding dikerusi DUN Kajang itu ialah untuk mengelakkan UMNO/BN dari menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang pernah dilakukan di Perak.

      Saya berpendapat jika berlaku tindakan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ia akan dilakukan oleh rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat itu sendiri kerana UMNO/BN hanya mempunyai 12 kerusi sahaja dalam Dewan Undangan Negeri Selangor itu. Tidak munasabah UMNO boleh menumbangkan kerajaan Selangor dalam dewan Undangan Negerinya.

      Alasan ini adalah alasan yang paling tidak boleh diterima dan dipercayai kerana tidak mungkin UMNO boleh berunding dengan DAP atau PAS yang mempunyai lebih banyak kerusi untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor itu. Kalau hendak memberikan alasan fikirlah betul-betul dengan sedalam-dalamnya supaya rakyat ramai tidak merasa tertipu dengan alasan itu.

      Sebenarnya Anwar merupakan punca kenapa PRK Kajang ini berlaku kerana kepentingan peribadi beliau dengan galakan oleh mereka dalam PKR itu yang tidak berpuas hati dengan Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim telah berjaya memberikan perbezaan kepada rakyat Selangor walaupun beliau dipersepsikan sebagai seorang yang tidak pandai bermain politik. Pujian terhadap Khalid Ibrahim kita dengari dimerata-rata corok rantau Negeri Selangor. Hasilnya Pakatan Rakyat Selangor kali ini telah berjaya menumpaskan UMNO begitu hebat sekali sehinggakan UMNO/BN hanya tinggal 'nyawa ikan' di negeri terkaya itu.

      Alih-alih sekarang bermacam-macam pula cerita yang dibawa oleh pemimpin PKR sendiri terhadap Khalid semata-mata kerana untuk memberikan alasan bagi Anwar untuk bertanding di kawasan DUN di Selangor. Baik yang ada kepada Khalid sudah menjadi buruk. Pemimpin PAS tidak mencerca Khalid. Begitu juga DAP. Yag mencerca Khalid sekarang adalah dari PKR sendiri yang datang dari gulungan Anwar, Rafizi dan beberapa yang lain yang tidak berpuas hati dengan Khalid kerana tidak mentadbir secara UMNO mentadbir dahulu.

      Itu sebabnya Anwar dan beberapa orang pemimpin dalam PKR itu mempunyai DNA UMNO dan tidak berpuas hati dengan Khalid kerana tidak mentadbir seperti yang UMNO lakukan dahulu. Tetapi mereka tidak mahu mengakui yang membuatkan kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim mendapat sokongan kuat rakyat Selangor dalam PRU yang lalu adalah disebabkan Khalid tidak mentadbir secara dan kaedah UMNO yang rakyat Selangor sudah jemu selama ini.

      Sesugguhnya Khalid menjadi korban nafsu serakah pimpinan PKR sendiri. Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri selepas PRU yang lalu, Khalid tidak akan dimangsakan secara begini. Rupa-rupanya PKR tidak suka Khalid memimpin cara yang berlainan dari UMNO.

      Delete
  2. It's too late for this long-winded advice. Nasi sudah basi, bukan lagi jd bubur....PKR tarafnya sama mcm UMNGOK..tak lama lagi karam dgn kapten-kaptennya sekali...klau tgk apa yg dah jadi, dgn pemilihan kucar kacir, rasuah, salah guna kuasa, apa bezanya dgn yg sebelah sana?? Shame...shame.....u guys are making more less sensible moves...followers of both the divide are the dumbs, stuttering! Is this a kind of leadership that will lead us after GE14? May Allah bless us.........

    ReplyDelete
  3. Kemana akan anda bawa ketaksuban pendirian anda terhadap TSKI jika dia tidak terpilih TP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kau kutuk orang amanah baik kau baca cerita misteri seperti dibawah


      Sejak pulang dari Hospital Lumut, sudah tiga minggu saya berkurung dalam rumah. Setiap malam, nenek akan membalut kaki saya dengan Naga Buana. Perut pula, dibalut dengan pucuk pisang emas.
      “Kenapa nek buat begini, pada kaki dan perut saya?”
      “Untuk mengelakkan kaki kau dari kisit urat dalam perut mesti dikecutkan, kalau tak dibalut dengan
      daun pisang, perut kau boroi bila berkalih umur.”
      “Huh, saya dah jemu kena balut nek.”
      “Jangan begitu, perut mesti dijaga. Kau tahu sakit angin, sakit urat saraf dan sakit‐sakit badan semuanya
      berpunca dari perut. Kalau perut sihat, badan juga sihat.”
      Saya terdiam mendengar cakap nenek itu. Saya hubungkan cakap nenek itu, dengan kata‐kata yang
      telah diucapkan oleh seorang Imam dalam khutbah Jumaatnya. Imam itu memetik sabda nabi
      Muhammad SAW yang menyuruh umatnya supaya makan tidak berlebih‐lebihan. Ia mahu umatnya
      makan sederhana saja.
      “Kalau engkau melihat orang lelaki perut boroi dan badannya gemuk, tandanya orang itu tidak sihat. Aku
      tak mahu kau jadi macam itu, bila sudah berumur empat puluh lebih, jagalah perut kerana perut kunci
      kesihatan,” tambah nenek. Saya terus anggukkan kepala.
      Demi kebaikan, saya relakan nenek membalut perut saya dengan pucuk pisang emas, bercampur minyak
      kelapa. Tetapi, rasa bosan duduk di rumah memang tidak dapat saya hindarkan.

      Delete
    2. Where are you Malaysia Waves. Takkan chicken

      Delete
  4. apa barang atas nama amanah duit rakyat dikumpul hanya untuk dilihat angka dan seperti duit syarikat mak bapak TSKI yang punya... hakkk tuihhhh, bodoh lah kalau pilih TSKI yang punya DNA UMNO masih aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana bukti. Kalau dia songlap dah lama dahhh orang report SPRM. PKR, DAP dgn PAS pun tak pernah ada bukti.

      Woiiiii Deramang baliklaaaaaaaaa

      Delete
  5. kerajaan prsekutuan bg peruntukan pastu simpan...tak guna...bila dh byk bgtau rakyat kerajaan pkr pandai brbelanja...pandai brjimat...hebahkan seluruh alam duit byk....pada hal abis semua kena jual...hotel yg untungpun kena jual.....jual slagi boleh....dgn macai pr pun kena jual...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 16:22 jgn trus jdi bangang!!
      Krjaan prsekutuan salurkn peruntukn2 pd ngri2 d bwh PR mlalui Jbatn Pmbngunan Persktuan yg d tadbir ole ktua2 bhgian & kroni umno!! Mrka la yg perabih & faraid kn duit rkyat tu mcm duit mak bapak dia punya!!
      Duit krjaan tu duit rakyat!! Duit pembayar cukai!! Bkn duit UMNO ato duit BN!!
      Sma la duit krjaan ng slngor.. tu bkn duit TSKI waimah duit PKR... Tu duit & hak rakyt ng slangor!!!
      Ingat UMNO... ingt la tu semua Umat Melayu No Otak...

      Delete
  6. LAMANYA DRAMA PEMILIHAN PKR NAK HABIS..


    BANYAK SANGAT FITNAH SPR, LAST2 PARTI SENDIRI LAGI HANCUSSS..

    ReplyDelete
  7. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...