Wednesday 11 June 2014

PENGERUSI JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT (JPP) KEADILAN, DATO' JOHARI ABDUL TIDAK AKAN TUNDUK DESAKAN AGAR BELIAU LETAK JAWATAN.



Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul enggan tunduk kepada desakan segelintir pihak supaya meletak jawatan kerana didakwa gagal mengendalikan proses pemilihan parti secara telus dan adil.

Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh melakukan desakan sebegitu dan beliau tiada kuasa untuk menghalangnya.

"Sesiapa pun boleh desak, biasalah tu... tapi terpulang kepada saya untuk buat keputusan. Kita tak boleh halang sesiapa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Terbaharu, kira-kira 30 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) bertindak berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu pada Selasa bagi mendesak JPP supaya segera mengumumkan keputusan pemilihan kali ini.

"Mereka mahu kami segerakan keputusan tapi kita tak boleh terburu-buru dalam mengambil tindakan. Ada beberapa proses yang perlu dilalui. Selepas diberi penjelasan baharulah mereka faham," katanya.

Johari berkata, pihaknya menyambut baik proses demonstrasi secara aman itu kerana ia dianggap sebagai proses demokrasi.

"Kita percaya kepada demonstrasi secara aman cuma jangan sampai tindakan itu mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Sementara itu, Johari berkata, enam cabang akan mengadakan pemilihan semula pada Ahad ini selepas berlaku kekecohan sebelum ini.

Enam cabang itu adalah Klang, Sabak Bernam, Kapar, Shah Alam, Kota Raja dan Petaling Jaya Selatan.

"Bagi Shah Alam, pemilihan semula diadakan kerana hari pengundian ditutup lebih awal. Jadi bagi mana-mana anggota yang masih belum mengundi mereka boleh berbuat demikian pada Ahad ini," katanya.

7 comments:

  1. TERSEKAT DAN TERCEKIKNYA AHLI PKR DALAM HAK ASASI DAN KEBEBASAN MEDIA DAN BERSUARA!

    Dato’ Dr Tan Kee Kwong, Pengerusi Lembaga Disiplin parti berkata kes pemecatan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 10 Jun 2014 yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden parti yang turut dihadiri anggota-anggota Biro Politik yang lain.

    Md Nasib Rahim (Cabang Bagan Serai)

    Md Nasib dipecat kerana mengingkari arahan surat penggantungan apabila membuat kenyataan media mengkritik parti secara terbuka dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Mei 2014 bertajuk “Desak Azmin, Kwee Keong letak jawatan“.

    Sebelum ini, Md Nasib telah digantung keahlian selama tiga tahun sehingga 14 April 2016.

    Ibrahim Mahidin (Cabang Kuala Selangor)

    Ibrahim dipecat kerana gagal menjawab dakwaan mengamalkan politik wang semasa pemilihan Cabang Kuala Selangor.

    Dakwaan Ibrahim mengamalkan politik wang dibangkitkan oleh Calon Timbalan AMK Cabang Kuala Selangor, Bobinath Vello yang turut membuat laporan di balai polis Jeram.

    Dalam laporan itu, V Bobinath mendakwa Ibrahim adalah pengurus kempen kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menawarkan RM20 untuk sokong Khalid bagi jawatan Timbalan Presiden parti dan RM30 untuk memilih semula Khalid sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor.

    V Bobinath juga mendakwa Ibrahim telah membayar RM500 kepadanya di Jeram, kira-kira jam 02:30 pada hari pemilihan parti di Selangor.

    K Gunasekaran a/l Kuppan (Cabang Hulu Selangor)

    K Gunasekaran dipecat kerana didapati bersalah mengetuai sekumpulan 10 orang membuat kekecohan semasa Pemilihan Cabang Hulu Selangor pada 11 Mei 2014.

    Sebelum ini keahalian parti K Gunasekaran digantung kerana tuduhan yang sama.

    K Gunasekaran didapati bersalah mengetuai satu kumpulan bersama penyokongnya bertindak agresif merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor, mengugut Ketua Pengawas Pemilihan dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada pemilihan tersebut.

    Lembaga Disiplin parti turut menetapkan tempoh penggantungan keahlian Monniza@Sarimah Abdul Ghani dari Cabang Kampar.

    Monniza@Sarimah digantung selama satu tahun bermula serta-merta kerana idak menjawab surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan kepadanya.

    Sebelum ini, Monniza@Sarimah telah digantung keahlian kerana mengkritik parti secara terbuka, yang telah dilaporkan akhbar Berita Harian, muka 7 pada 12 Mei 2014.

    Selain itu, Lembaga Disiplin parti turut mengumumkan penarikan balik pengantungan terhadap dua ahli iaitu S Manikavasagam dan Bobinath Vello kedua-dua dari Cabang Kuala Selangor.

    Sebelum ini, S Manikavasagam dan Bobinath Vello digantung keahlian parti kerana menuduh Khalid Ibrahim mengamalkan politik wang.

    Kenyataan S Manikavasagam telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan akhbar Utusan Malaysia halaman 6, pada 12 Mei 2014.

    Manakala kenyataan V Bobinath telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014.

    ReplyDelete
  2. SATU SATUNYA PARTI BARU YANG PENUH SKANDAL RASUAH I MALAYSIA.

    Dua orang calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali dipanggil memberi keterangan dalam sesi pendengaran khas berkaitan dengan pemilihan parti 2004.

    Selangorkini melaporkan perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul dan sesi pendengaran itu akan dijalankan sebuah panel khas yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP), Abdul Malik Hussain.

    “JPP sudah tubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi untuk mendengar beberapa aduan terhadap calon Timbalan Presiden.

    “Kita akan panggil Tan Sri Khalid dan Azmin. Datuk Saifuddin (Nasution) setakat ini tidak ada sebab dia sudah jelaskan berhubung isu kenyataannya di media,” kata Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

    ReplyDelete
  3. FOKUS UTAMA KITA ADALAH TO OVERTHROWN THE CORRUPT REGIME!!! NEGARA INI SEDANG MENUJU KEHANCURAN BERWASPADALAH..TAIK2 YG DIZAHIRKAN DAN YG DISEMBUNYIKAN TERLALU BANYAK UTK DISUCIKAN JUSTERU ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA MENJATUHKAN UMNO/BN CELAKA DARI TERUS BERMAHARAJALELA!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau Johari Abdol rasa tak boleh berlaku adil pada semua, sila letak jawatan...Sia sia saja memperjuangkan keadilan rakyat jika dalam hati ada niat ketidakadilan pda sesetengah pihak...Dan tolong siasat siapa sebenarnya yang megupah perusuh yang sengaja masuk dewan dan menendang peti undi.???!!!!!

    ReplyDelete
  5. Sebarang keterbukaan serta kebebasan masih perlu kepada kawalan peraturan atau perundangan demi hak asasi walaupun walaupun alasan perlakuan tersebut juga atas nama hak asasi sekalipun...sekiranya terkeluar dari orbit asai yang ditetapkan maka kehancuran akan terjadi..tiada benda dalam dunia ni ada kebebasan mutlak dan boleh lakukan ikut suka hati...kalau lakukan juga maka bersedialah menanggung risiko dan Allah juga tidak suka kepada orang orang yang melakukan kerosakan dan melampaui batas ..manusia tidak boleh mengukur sudut keadilan semata mata ikut logik akal serta nafsu sendiri...bila ikut akal, IQ korang sama cam madey...komennya hukum hudud tak adil kerana orang bukan Islam tak kena hukum hudud...bila orang bukan Islam kena hudud..dia spin komen tak adil juga sebab tu hukum untuk umat Islam sahaja dan dari komen itu dia sendiri pun sudah tidak adil pada dirinya sendiri apa lagi pada agama serta musuh politiknya ..Yang mampu berlaku adil secara mutlak hanya Allah yang maha adil ...kalau manusia, yang zalim lebih ramai dari yang adil walaupun nama parti keadilan hehehe

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...