Thursday, 19 June 2014
SUSPEK KES BUNUH ALTANTUYA SHAARIBU YANG DIBEBASKAN MAHKAMAH RAYUAN KENA TANGKAP KHALWAT DENGAN ISTERI ORANG SEORANG ANGGOTA POLIS WANITA DI SEPANG!!!!
Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.
Lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.
Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.
Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.
Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.
“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider.
Beliau enggan mengesah atau menafikan lelaki yang ditahan itu adalah orang yang sama disabitkan membunuh Altantuya dan kemudian bebas dalam kes rayuan.
“Saya belum melihatnya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu kamu,” katanya.
Difahamkan nama lelaki berkenaan dalam laporan polis ialah Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri iaitu salah seorang daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lalu selepas mahkamah membenarkan rayuan selepas mereka disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.
Secara kebetulan, lelaki yang ditangkap awal hari ini juga adalah bekas pegawai polis yang pernah bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, unit yang sama dengan Azilah sebelum beliau ditahan pada 2006.
Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.
Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.
Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Aikkk !!!! kali ni tak tutup muka ke?
ReplyDeleteHaluuuuuuu. .........
ReplyDeletebegitulah perangai pndokong umnongok yg ngok. ....kemana tumpahnya kuah klau x ke nasi....pueeeee
Khak tuih
Nasib baik dia berkhalwat sehaja tidak diletupkan spt Altantunya. Tak insaf insaf malaon ini. Dah selamat dari tali gantong patut taubat lah buat lah perksra baik tingkatkan lagi amalan ini ditingkatkan nya lagi dosanya. Dalam hati san kepala itak dia syaitan dah buat sarang agaknya. Kepada suami yg isterinya dikhalwat harap bersabar menghadapati cabaran hidup didunia ini. Lakukan yg terbaik jgn berrindak dular jangkaan. Semua yg berlaku adalah ketentuan Allah dan adalah barkah nya tu. Jangan risau Allah maha mengentahui.
ReplyDeleteDia ingat dia kebal..tu pasal la..nk taubat mcm mana bro..kes dia tu pun hanya kes wayang tinggi sdn bhd..
Deletenasib baik dia tak kena letup dgn C4...ni mesti kes jantanC4 banyak duit
ReplyDelete"Peluru" banyak lebih sbb tu kira nak "tembak" aja.....
ReplyDeleteBini orang pun dia mau "tembak"
Ha..ha..ha...
Masih tanya knapa tak tutup muka, sbab khalwat bukan jenayah berat sperti bunuh ,dadah,rogol rasuah..papa Jib pasti tolong lepaskan..bnyak jasa malaon ni kpd Papa Jib..
ReplyDeletekantoiiiii..................
ReplyDeleteMat monggol tak bole campur tgn kali ni..
ReplyDeletehuh!!!! sama macam dolahsani menyundal dengan bini orang sampai bini sendiri kena terajang keluar rumah !!!!! sial!!!!!
ReplyDeleteBabi punya Betina.....dah berlaki masih nak menyundal...yang kau berzina., tak ada geli dan jijik....ini islam keturunan, cuma jijik dengan babi, biawak, ular...zina, rasuah, arak dan judi, small mattter
ReplyDeleteSama kes macam mat sabu je menyundal dengan bini kawan.. hahahaha
ReplyDeletebukan betina je dpt gelaran sundal yg jantan pun sama sama SUNDAL masing masing ada pasangan yg halal tapi yg haram jugak SEDAP dalam politik, dunia artis orang biasa memang ramai jantan betina sundal....lebih malang kalau pemimpin pemimpin masyarakat terlibat
ReplyDeleteDari satu kumpulan ape nak diheran kan?
ReplyDeleteUMNO najib PAS mat sabu PKR Abdullah Sani.....Yeeessss....!!!!!!!
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDelete