Sunday, 22 June 2014

AKIBAT KEJADIAN BERDARAH INI KINI CABANG KUALA LANGAT SUDAH MENJADI CUKUP "GLAMER" DAN "POPULAR" ... TAHNIAH??????


BANTING - Seorang cedera pada bahagian kepala apabila dipukul sekumpulan lelaki selepas 20 minit proses membuang undi pada pemilihan PKR Cabang Kuala Langat ditutup, semalam.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, sekumpulan lelaki dikatakan membuat bising dan bersorak sebelum membaling kerusi dan meja kepada seorang lelaki lain.

Kejadian yang berlaku berhampiran lokasi pembuangan undi di Dewan Seri Putra itu menyebabkan kerosakan pada kedai makan tersebut dan menimbulkan ketakutan kepada pelanggan lain.

Pengusaha kedai makan, Nurzaizieana Zaini, 21, berkata, ketika kejadian dia sedang mengambil pesanan pelanggan di sebelah meja mangsa.

Katanya, dia terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki menghampiri pelanggannya lalu membaling satu objek dipercayai mentol serta mengangkat kerusi sebelum membaling ke arah lelaki berkenaan.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan sebahagian pelanggannya melarikan diri kerana bimbang terkena serpihan kerusi yang sudah pecah dan bertaburan.

“Saya tak pasti apakah punca kejadian namun sedih melihat peralatan berniaga termasuk kerusi dan meja rosak.

“Sudah 10 tahun saya mewarisi perniagaan keluarga, namun inilah kali pertama perkara seumpama ini berlaku," katanya, semalam.

Nurzaizieana berkata, tidak dinafikan kebanyakan ahli jawatankuasa dan pengundi yang hadir untuk membuang undi singgah di kedainya namun tidak menyangka berlakunya kekecohan di kedainya.

"Saya dan keluarga dah buat laporan kepada pihak polis sejurus polis tiba di lokasi kejadian dan berharap pihak mereka dapat menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Bagaimanapun, keputusan pemilihan PKR tidak diumumkan di lokasi tetapi dibawa ke Ibu Pejabat PKR untuk proses pengiraan undi.

Selain Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, tiga lagi calon bertanding dalam merebut jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Langat termasuk Zainal Abidin Tohar, N Radha Krishna dan Basuki Yusop.

Sebelum itu, pemilihan yang berlangsung  dikawal ketat oleh pihak jawatankuasa pemilihan termasuk penguat kuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Tinjauan mendapati, sehingga jam 4 petang keadaan masih lagi terkawal dan pengundi masuk ke dalam pusat membuang undi dengan tenang.

Bagaimanapun hanya pemegang tag yang dipaparkan di pagar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan dewan.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan pemilihan PKR yang diadakan di Kuala Langat terpaksa dibatalkan selepas berlakunya kekecohan apabila terdapat calon nyaris ditumbuk.

7 comments:

  1. Replies
    1. "PKR = Parti Keling Rakyat". Sebab tu budaya gangster kuat. Paling byk makan duit puak keling ni la.

      Delete
  2. Baru bertanding ketua cabang dah ada yang pecah kepala demi agenda peribadi...sepatutnya biar pemimpin yang gatal sangat minta sokongan rakyat untuk jadi pemimpin tu... pecah kepala untuk memikir bagaimana memenuhi agenda pengundi serta rakyat Selangor...

    ReplyDelete
  3. KAH KAH KAH... SELALU BERDEMO UNTUK PILIHANRAYA ADIL DAN BERSIH.. PKR 2x15 JE PUN.. rasuah dan keganasan adalah PKR

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah .....Bala menimpa kawasan pemimpin sundal.sepatutnya Dolah dan bini tu yang pecah kepala kerana menyundal ketika masing masing masih ada suami dan isteri yang sah.....memang GLAMERRRR gila kuala langat nih!....dosa buang bini pertama kerana gilakan bini orang!

    ReplyDelete
  5. ayam berkokok atas dahan...tapi mamat ni berkokok atasmeja makan....tk pasal2 makan kerusi....

    ReplyDelete
  6. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...