Wednesday, 11 June 2014

KERAJAAN UMNO/BN SASARKAN 14% HASIL GST BAHAN API ... HARGA BARANG PASTI MELONJAK NAIK.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) mensasarkan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada petrol dan diesel dijangka bakal mencecah 12 hingga 14 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil cukai itu.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, jumlah itu menjadikan GST dari kedua-dua bahan api itu sebagai kutipan tertinggi berbanding barangan dan perkhidmatan lain yang dijangka mencecah RM 21 billion hingga RM 26 billion setahun.

Katanya, berdasarkan jumlah penggunaan petrol dan diesel tahunan, kutipan GST dari petrol dan diesel akan mencecah RM 3 bilion setiap tahun.

“Mustahil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kabinet beliau tidak mengambil kira kesan kutipan jika GST dilaksanakan tanpa dikenakan ke atas petrol dan diesel kerana itu mungkin menyebabkan kutipan tidak mencukupi bagi menampung defisit belanjawan.

“Najib ingin mengelakkan bantahan awal daripada rakyat dan mengumumkan GST ke atas petrol dan diesel ini bersama-sama pengumuman rombakan subsidi petrol dan diesel yang dirancang secara senyap-senyap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 6 Jun lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata BN masih belum memutuskan sama ada mengenakan GST atau tidak ke atas petrol dan diesel.

Beliau membayangkan perkara itu hanya akan diumumkan bersama-sama keputusan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel yang dijadualkan September ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata tindakan itu hanya akan menaikkan beban kos bahan api dan memburukkan lagi masalah kenaikan harga barang yang kini menghimpit rakyat.

Katanya, kerajaan boleh mengekang inflasi dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik.

“Sebarang rombakan sistem subsidi petrol dan diesel hanya boleh dilaksanakan selepas pelbagai perjanjian berat sebelah yang membebankan rakyat dan ketirisan perbelanjaan negara dihentikan dahulu.

“Selepas itu, barulah usaha merombak sistem subsidi boleh dikaji dengan lebih mendalam untuk dilaksanakan,” katanya lagi.


6 comments:

  1. Kami sebagai macai celaka tak kesah harga minyak naik sampai berjuta sekalipun asalkan bik mama dapat beli cincin berlian..

    -melayu hutan-

    ReplyDelete
  2. Yeaayy..!! BR1M thun dpn dpt byk..blh kaver gst myk. Nk naikkn hrga myk xblh dh..msukkn dlm gst ler. Bijak..bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      br1m cuma gula2 bagi kaum melayu secara umumnya dan bangsa lain hanya bagi yg miskin yg bergaji bawah rm3000 secara keseluruhannya. malaysia moden kini dgn pendapatan bawah rm3000 dikategorikan penduduk miskin manakala pendapatan bawah rm6000 dikategorikan penduduk tengahan dan rm6000 keatas adalah penduduk atasan. maka br1m bagi mrk yg dapat br1m hanyalah golongan miskin maka kamu tergolong dikalangan miskin kalau kamu dapat br1m. secara tak lansung semakin byk wang dibelanja oleh kerajaan maka dgn secara tak lansung kerajaan kekurangan wang dan kerajaan memerlukan pendapatan lebihan utk dibelanjakan , dgn sdrnya kita sebagai rakyat akan memberikan wang lebih dgn cara tak lansung pada kerajaan maka kita berbelanja lebih utk sesuatu benda atau barang yg tak sepatutnya berharga tinggi dari nilai sebenar. kesimpulannya....rakyat kebanyakan dalam malaysia semakin miskin dan inflasi sudah pun belaku skrg ini .

      Delete
  3. Haluuuuuuu. ............

    Yahooo......yehaaaaa.....yeah. ...bravo jib jebon....knakan gst pda minyak...fuh puas ati dn leganya gua....ini lah baru btul2 layak di glar krajaan haram jadah...pueee. ...Khak tuih! !!!!


    Khak tuih


    .

    ReplyDelete
  4. INGAT FOKUS UTAMA DAN FUNDAMENTAL.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...