Monday 30 June 2014

PENGARAH JKR DIHUKUM PENJARA 1 TAHUN DAN DENDA RM1.15 JUTA KERANA SALAH GUNA KUASA.



Seorang Pengarah Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) dijatuhi hukuman penjara setahun dan didenda RM1.154 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas tuduhan menyalah guna kuasa.
  
Tertuduh, Datuk Abd Rahim Ahmad, 58, yang merupakan Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu dalam tempoh sebulan.
  
Hakim Muhammad Jamil Hussin menjatuhi hukuman itu selepas meneliti dan mempertimbang keterangan daripada pihak pembelaan, pendakwaan serta saksi selain menilai bahan bukti secara menyeluruh sepanjang kes itu dibicarakan.
  
Mahkamah mendapati peguam bela tertuduh, M S Vethanayagam gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abd Ghafar Ab Latif.
  
Abd Rahim, selaku pengarah projek bagi kontrak pengurusan fasiliti bangunan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) serta kontrak pengurusan fasiliti bangunan JB Sentral, Bukit Chagar didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan projek untuk adiknya.

Beliau melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat JKR, Aras Empat, Bangunan Sultan Iskandar pada 1.30 tengah hari, 5 Januari 2011.
  
Tertuduh didakwa meminta Pengarah Operasi Kumpulan Syarikat Advanced Maintenance Precision Management Sdn Bhd, Saipolyaszen M Yusop, 44, yang bertanggungjawab untuk pengurusan fasiliti KIK, melantik syarikat YBA Technology Sdn Bhd milik adiknya Mohd Yusri Ahmad, 39, bagi menjalankan kerja sub kontraktor bersangkutan kontrak pengurusan fasiliti bangunan JB Sentral.
     
Kontrak berkenaan adalah melakukan imbangan, pengujian dan penjayaan bagi sistem udara dan sistem air sejuk bernilai RM196,000 dan penjayaan bagi membekalkan pemasangan dan pengujian 'Danfos Motorise Valve' untuk ACMV bernilai RM34,800.
  
Beliau didakwa di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
  
Bagimanapun, peguam bela tertuduh meminta mahkamah mengurangkan hukuman memandangkan ia adalah kesalahan pertama tertuduh selain tidak mempunyai sebarang rekod buruk sepanjang berkhidmat dengan JKR dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan kes dijalankan.

18 comments:

  1. AKHIRNYA PROF YANG ISI SELALU ISI BORANG KAJISELIDIKNYA DIBILIK KULIAH..MENERIMA KIFARAHNYA..

    SEKARANG KO BEBAS JADI AHLI POLITIK WAHAI PROF KANGKUNG!

    SATU SATUNYA PROF YG TSKI TEGUR KREDIBILITINYA!


    Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menurut Zaid, Anwar mempunyai pengaruh dalam tinjauan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berkaitan Kajang yang menghasilkan dapatan positif padanya.

    Dakwa Zaid, ketika Lee Chin Cheh berundur sebagai anggota DUN – sekali gus memaksa pilihan raya kecil – Anwar mendapatkan Mohammad Redzuan Othman bagi menjalankan tinjauan segera.n

    “Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),” kata Zaid dalam blognya hari ini.

    “Tidak mengejutkan, tinjauan Umcedel mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa pilihan raya kecil tidak membazirkan wang rakyat.

    Pada Februari 2014 juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Kahlid Ibrahim, menyelar UMcedel sebagai satu pusat yang digunakan untuk memutar-belit keinginan rakyat.


    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCedel) bahawa keputusan tersebut hanyalah digunakan sebagai maklumat utama untuk memutar-belitkan keingginan rakyat.

    Kajian mengenai wajarkah PRK DUN Kajang diadakan atau tidak menampakkan keputusannya menyebelahi kepada Ketua Umum Pembanggkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kajian dijalankan terhadap 576 responden daripada 38,965 pengundi berdaftar di Kajang yang menampakkan hasil sebanyak 59% mengatakan YA, PRK itu wajar dilakukan berbanding hanya 17% sahaja mengatakan tidak dan 24% lain adalah tidak pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!1 July 2014 at 01:52

      "PKR = Parti Keling Rakyat". Sebab tu budaya gangster samseng berleluasa dlm parti. Paling ramai makan duit rasuah dan paw duit puak2 keling ni la.

      Delete
    2. BR1M...Bangangkan Rakyat 1Malaysia.......rakyat 47% jer....sbb bodoh sgt....hihihihihi

      Delete
  2. MR MIKE. PEJUANG TULEN PKR SELAMA INI MEMBANTU ORANG KAMPUNG TSKI.

    Manikavasagam bakal membantah jika Khalid berhasrat untuk mengemukakan rayuan agar pemilihan Cabang Kuala Selangor diadakan semula.

    “Dah kalah sudahlah, sudah cukup. Khalid kena terimalah kekalahan ini, tunggu lagi tiga tahun dan kena kerja untuk dapatkan balik kampung dia ini.

    “Di kampung Khalid di Pasir Tuntung, pun saya menang banyak. Bukan itu sahaja di kampung sendiri pun tidak ada air, saya kena bawa air dari Kapar untuk bagi orang kampung dia air,” katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Politik MB, Azman Abidin yang mendesak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk mengadakan semula pemilihan atas dakwaan adanya unsur penipuan dan sabotaj semasa pengiraan undi berlangsung.

    “Sekiranya Azman benar-benar mahu bos (Khalid) menang, dia kena hadir masa pengiraan undi itu, bukan duduk di rumah tidur atau tengok bola.

    “Kami akan bantah sekiranya benar pemilihan akan diadakan semula. Saya sekarang sudah Ketua Cabang,” katanya.

    Perkara itu turut diakui oleh wakil calon Manikavasagam, Norahim Tengol dan A. Steven yang turut berada di Ibu Pejabat PKR sewaktu pengiraan undi berlangsung.

    Menurut mereka, pengiraan tersebut jelas tiada unsur sabotaj seperti yang didakwa Azman.

    “Saya ada masa kira tersebut, dan wakil MB yang tanda tangan dahulu borang keputusan tersebut, bukan saya. Ini bermakna mereka menerima keputusan tersebut,” kata Steven.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!1 July 2014 at 01:51

      "PKR = Parti Keling Rakyat". Sebab tu budaya gangster samseng berleluasa dlm parti. Paling ramai makan duit rasuah dan paw duit puak2 keling ni la.

      Delete
  3. Menteri yang salah guna kedudukan, mengarahkan itu ini, menerima imbuhan juta-juta bila nak ambil tindakan bukan sorang hampir semua

    ReplyDelete
  4. Geng kopiah putih ni memang pandai menipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tuduh camtu bro...
      cer tengok AMPM tu milik sape?
      UMNO bro...haha..

      OMAKKAU..tolg siasat skek..

      Delete
  5. Rakyat curi rm2 penjara 6 tahun.kroni curi juta2 penjara 1tahun.bgus betul hakim cap umno ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat yg meliwat dan menjubo hanya kena 5 tahun je. patut dah lama kena hukum sula..si anwar ni

      Delete
  6. Bila isa samad nak didakwa kes bekalan vitamin yayasan felda yg diberi kpd anaknya sendiri??? Siasatan dah buat & semua saksi dah dipanggil. Bila ?!! Bila lg??

    ReplyDelete
  7. Klu pnjwt awam ttlibt rasuah bgtu cpt tndkn mhkmh. Tapi klu mlibtkn org politik kes bolh dtguh bthun thun dupya rkyt lupa.ad kes lpskn bgtu sja stlh mhkmh x ckup bukti tpi kmna hilngnya rm rkyt bjuta ringgit tu? Fikr2kn lh..hukm dunia skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin la nih..sosonglap duit pkns

      Delete
  8. SELAGI NAMANYA MANUSIA JANGAN SEMBANG KUAT LA DIRI TU MAKSUM! ORANG MASJID PUN ADA YG SELEWENG DUIT MASJID, INIKAN PULAK YG PEGANG JAWATAN TINGGI. PERINGATAN BUAT SEMUA. TAK KIRA ORANG POLITIK KE, PENJAWAT AWAM KE, RAKYAT AKAN HARAMKAN DUIT YG KAMI BAYAR UTK CUKAI JIKA RASUAH BERLAKU! SENDIRI MAU INGAT!!!!! TAK KIRA PARTI TAK KIRA PANGKAT! RASUAH TETAP HARAM JADAH! DUIT RASUAH BAGI ANAK BINI MAKAN JADI DARAH YG MENGALIR DALAM TUBUH! SENDIRI MAU INGAT!

    ReplyDelete
  9. Najib mana berani nak usik isa samad nanti bocor kes enjot2 artis kt pd tu.heee

    ReplyDelete
  10. BANYAK LEMBU NFC DALAM NIH KOMEN X KENA NGAN TAJUK CERITA...MOOOOOO.....HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  11. Jenayah kopiah putih

    ReplyDelete
  12. Ni lembu spesis mana ni?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...