Friday 13 June 2014

SIASATAN ISU DAKWAAN POLITIK RASUAH YANG DI BUAT OLEH CHEGU BARD TERHADAP AZMIN ALI DAN DR XAVIER JAYAKUMAR AKAN DIMULAKAN DALAM MASA TERDEKAT SEBAIK SAHAJA DR SYED HUSIN ALI KEMBALI KE-TANAH AIR.



Veteran PKR, Dr Syed Husin Ali akan memulakan tugas sebagai ketua pasukan siasatan kes rasuah berprofail tinggi dalam Pemilihan PKR 2014 sebaik sahaja pulang dari luar negara dalam masa terdekat.

Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata siasatan yang melibatkan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar itu akan dimulakan dengan mengumpulkan semua maklumat kes berkenaan.

“Biro Politik setuju lantik Dr Syed Husin untuk mulakan siasatan tetapi sekarang saya difahamkan Dr Syed Husin berada di luar negara.

“Kami juga sudah mendapatkan persetujuan beliau,” kata Dr Kee Kwong ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Jelas Dr Kee Kwong, Dr Syed Husin yang juga bekas Timbalan Presiden itu merupakan satu-satunya lantikkan baru bagi mengendalikan siasatan itu.

Sebelum ini, Ahli PKR Cabang Rembau yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin dalam aduan bertulisnya kepada Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP) PKR, mendakwa terdapat cubaan merasuah pengerusi JAP oleh individu yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden.

Badrul Hisham percaya perbuatan merasuah itu dilakukan bagi pihak seorang ketua kem yang bertanding dalam pemilihan kali ini.

PERLUNYA SETIAP ANGGOTA PARTI BERTENANG SAMBIL MEMBERI PASUKAN SIASATAN INI MASA, RUANG DAN PELUANG MENYIASAT TANPA ADA TEKANAN, GENTAR DAN MEMIHAK.


PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MASA YANG SAMA PERLU HENTI BUAT KENYATAAN DIMEDIA KERANA DI KHUATIRI AKAN MENGUSUTKAN LAGI KEADAAN.

TIDAK PERLU MENGELABAH DAN GUNDAH JIKA KITA DIPIHAK YANG BENAR.

14 comments:

  1. Replies
    1. Sifat2 UG (Urang Gilerrrrrrrrr)

      a. Kutuk orang amanah macam MB Khalid.Kita mau pemimpin amanah. Dia tak mau pulak
      b. Sebut benda tak wujud macam UG
      c. Maki ugamawan

      Kalau zaman dulu, jenis TB Malaysia Waves ni dah dihantar kat Papua New Guinea. Biar kawan dengan Bigfoof

      Delete
    2. Deramang@Tulang Besi@Malaysia Waves

      Jenis kuat makan roti kosong TB ni. Jadilah lahh blogger yang makan roti telor.

      Jawab kritikan dengan macho bukan dengan delete komen orang. Kong Kang Kong Kang, Kejantanan Siber kurang ha ha ha.

      Dia ahli pesatuan apa haaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! kong kang kong kang bising macam Tin bBskut (TB) tak berani nak declare dia ahli parti apa!!!!! Kalau setakat ahli direct selling MLM tak payah cakap politk. Cakap product dan down line sudah la. Ha ha Ha.

      Delete
    3. Tolong Tolong Unity Government tak wujud macam tak wujudnya bigfoot

      Delete
    4. Setakat Alphard, Dulu MP DAP pun ada? Apasal Tulang Besi tak komen. Ni laaaaaaa manusia durjana dunia ketiga kat blog Malaysia Waves. Kutuk pun pilih2 bulu. What an idiot

      Delete
    5. Abang TiBi Benerrrrrrrrrrr kata mu. Warasssss skali. Itu Deramang begitu bingit dengan Khalid MB dan golongan Ugama. Kenapa sihhhhhh.

      Saya rasa Deramang kepalanya pusinggg.

      Jangan mumet mumet nanti gilerrrrrrrrrrrrr (Urang Giler)

      Jawa Klang

      Delete
    6. Macam aku tulis tu, BMW 3 series tahun 2005, aku kerja agent insuran boleh beli rega 70-80 la ni. Harga Preve auto tu.

      So jangan la dok layan Deramang@TB@Malaysia Waves tu.

      Satu soalan panas. TB Malaysia Waves @ Deramang tu ahli apa???
      PKR? UMNO? PAS? MIC? Hindraf? sampai sekarang dia tak berani declare dia ahli apa.

      Kalu dia ahli apa pun tak berani nak declare, bolei reject saja idea dia. Kita bolei buang article dia dalam loji najis. Ahli apa itu hak dia lah, tapi kita mau declaration.

      P/S: Foto baju hijau, mamat Nepal Chow Kit boleh pakai

      Delete
    7. Deramang Malaysia Waves (Nama timang2nya Tulang Besi)

      Kau ni ahli parti apa haaaaaaaaaaaa, PAS ? PKR ?UMNO ?Makhal Shakthi? , MIC, DAP?

      Lantak lahhh kau nak jadi ahli apa.

      Gebang politik kutuk orang ni orang tu. Hang ahli parti apa ??? Suruh orang transparent, sendri pun tak transparent.

      Piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiraaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh

      Delete
    8. SURAT  TERBUKA MEMINTA PENJELASAN AZMIN ALI KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN ANAK MELAYU SELANGOR

      Beberapa hari lepas saya telah mendapat dokumen dipercayai milik PKNS yang mempunyai maklumat berkenaan projek usahasama PKNS Holding iaitu PJ Sentral Development Sdn Bhd.

      Dokumen tersebut juga menunjukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang menjalankan penyiasatan dalaman terhadap anak syarikatnya PKNS Holdings Sdn Bhd terutamanya dalam transaksi yang berkaitan projek PJ Sentral Development (PJ Sentral).

      Jabatan Audit Dalaman PKNS digambarkan sedang menjalankan siasatan secara terperinci termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen daripada ahli-ahli lembaga pengarah PKNS Holdings yang mewakili PKNS dalam PJ Sentral  iaitu YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.

      Projek PJ Sentral melibatkan pembangunan komersil di kawasan seluas  9,854 ekar yang menempatkan Ibu Pejabat PKNS. Pada 6 September 2007, PKNS menjual  8.05 ekar kepada Bisraya Pembinaan Sdn Bhd dan dana itu digunakan bagi membiayai pembangunan Ibu Pejabat PKNS yang baharu di kawasan tanah berbaki itu.

      Anak syarikat PKNS iaitu PKNS Holdings (PHSB) telah menjalinkan kerjasama dengan Nusa Gapurna dan membentuk sebuah syarikat untuk membangunkan PJ Sentral dengan pegangan saham 30-70.

      Menerusi syarikat kerjasama itu, PHSB telah diwakili oleh YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria yang masing-masing merupakan Ahli Lembaga Pengarah sejak dari tahun 2011 dan 2012.

      Pada Februari 2013, Nusa Gapurna telah mengadakan perjanjian dengan MRCB untuk menjual 70% pegangan saham dalam PJ Sentral kepada MRCB melalui reverse takeover proposal.

      Dokumen yang diperolehi menggambarkan kegagalan wakil PKNS dalam PJ Sentral untuk mempertahankan kepentingan PKNS.

      Dalam dokumen tersebut juga menunjukkan YB Azmin Ali gagal hadir siasatan audit malah tercatat rentetan tarikh – tarikh yang dimana siasatan audit gagal menemui YB Azmin Ali seolah dia lari dan cuba mengelak proses siasatan.

      Dari dokumen ini muncul persoalan

               i.            Kenapa dia lari dan mengelak lebih dari dua bulan untuk menghadiri sesi penyiasatan audit ? apa yang hendak disurukkan ?

             ii.            Adakah dia lemah atau sengaja dalam gagal mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek PJ Sentral ? maaf jika dikatakan jika tidak dijelaskan maka mungkin akan wujud persepsi bahawa mungkin wujud juga imbuhan untuk berpura lemah.

            iii.            Adakah kegagalan ini penyebab penamatan beliau sebagai ahli lembaga pengarah ?

      Kegagalan ini mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek bernilai billion ringgit ini merupakan satu kerugian kepada semua warga Selangor secara keseluruhanya. Saya selaku anak Selangor dan juga anggota PKR menuntut jawapan dari YB Azmin Ali dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim juga harus tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan Kerajaan negeri harus menerangkan apa tindakan lanjut untuk mempertahankan atau mendapatkan semula hak warga Selangor yang hilang.

      Dalam kesempatan ini juga ingin memohon pejelasan YB Azmin Ali mengenai berapa ramai kakitangan yang beliau bawa masuk dalam PKNS untuk dibayar gaji oleh PKNS selepas lantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah sehingga tidak disambung kontrak ?

      Sekian.

      CHEGU BARD

      Delete
  2. Kau ni tak leh buat heading pendek sikit ker ... pening aku nak baca

    ReplyDelete
  3. Abang TiBi Anonymous13 June 2014 15:51

    Sekali abang kutuk Malaysia Waves memang mantap, tepat dan bergaya

    Rahman Malaysia Waves , jawablah cepat2. Jangan jadi chicken

    ReplyDelete
  4. Alphad degan vellfire byk b3zanya woiii.. klu ada rege 70-80 riban utk vellfire. Bak mai 3 nak tapau.

    ReplyDelete
  5. Anonymous said...

    Kaum Betina dan Hawa, Anda rasa sunyi? rasa sepi? Takde suami atau boyfriend??

    Sila panggil saya - Raje - di 0142222259 (laki2 dan bapoks jangan call saya faham)

    13 June 2014 23:11

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...