Wednesday, 11 June 2014

POLITIK WANG ... AZMIN ALI BERKERAS ENGGAN MENAFIKAN DAKWAAN DIBUAT CHEGUBARD SEBALIKNYA MENCABAR BELIAU MENGEMUKAKAN BUKTI UNTUK SOKONG DAKWAAN TERSEBUT.



Mohamed Azmin Ali mencabar Badrul Hisham Shaharin supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan pembabitannya dalam politik wang pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.

Berkeras enggan menafikan dakwaan dibuat Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard itu, calon Timbalan Presiden parti itu sebaliknya mengakui dirinya menjadi mangsa 'politik iri hati' oleh sebilangan kecil ahli parti.

"Bagaimana saya nak nafi kerana tidak ada apa yang perlu dinafikan. Tidak ada sebarang tuduhan (rasuah) terhadap saya.

"Yang ada hanyalah dakwaan yang semata-mata dakwaan. Sesiapa sahaja boleh buat dakwaan, anda juga bebas untuk buat dakwaan terhadap saya jika tak suka saya," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Malahan, Azmin turut mempersolkan kredibiliti pemimpin akar umbi seperti Chegubard yang berterusan membuat dakwaan namun gagal mengemukakan bukti kukuh.

"Ini sebuah parti reformasi dan sudah pasti kita ingin lihat setiap tindakan yang diambil mestilah telus dan jelas.

"Jika ada bantahan atau dakwaan, kemukakanlah bukti kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan lanjut...ikut saluran yang betul," katanya.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Chegubard menerusi aduan bertulisnya kepada Lembaga Disiplin PKR bahawa seorang anggota dari kem Azmin cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin.

Chegubard yang digantung keahliannya mendakwa Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'.

Menurut Chegubard, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan  Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi jawatan kedua tertinggi parti pada pemilihan kali ini.

Mengulas lanjut, Azmin menegaskan beliau mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk amalan rasuah, khususnya bagi membeli undi semata-mata untuk mendapatkan jawatan dalam parti.

"Saya menolak keras amalan rasuah dalam parti dan sistem pentadbirannya. Perkara ini menjadi dukungan parti ini dan saya sendiri," katanya.

Ditanya mengapa beliau seringkali menjadi mangsa pelbagai dakwaan liar pada pemilihan kali ini, Azmin berkata: "Ini membuktikan saya masih berkesan...masih memberi impak sama ada di dalam parti mahupun di luar.

"Sudah 15 tahun saya difitnah dengan pelbagai cara. Ini bukan perkara baharu bagi saya" katanya.
MStar

3 comments:

  1. AMARAN!

    TOLAK AZMIN MAKA AKAN BERKUBUR LAH PKR.

    ahli Pkr harus ingat dan berhati hati..tanpa Azmin apatahlagi dgn Anwar yg dijelkan akibat kesalahan meliwatnya, maka parti akan berkubur. Nak kemana korang semua kalau pkr berkubur? masuk umno balik? pas atau dap?

    Sebagai pengikut pkr aku menyeru jangan tolak Azmin!

    Sebaliknya tolak muka makan duit tiap kali berdemo che bad! Cakap lebih. bukti tarak.

    -PKR Cabang Ampang-

    ReplyDelete
  2. Budak-budak, jangan gado-gado ya....saya ahli Pas sejak 1987 tidak pernah berperang sehingga menjadi tontonan ramai diantara sahabat seperjuangan. Ingat, kita satu pihak melawan kezaliman rejim Umno/BN. Kalu nak bergadoh bertumbuk biarlah dalam kelambu saja. Parti Syaitan yg dikenali sedang bergelak bertepuk tangan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...