Thursday, 5 June 2014

IKLAN INI KINI BERSEPAH DIIKLANKAN DISEMUA AKHBAR ARUS PERDANA BERBAHASA MELAYU AGAR UMAT ISLAM NEGARA INI YAKIN AKAN PRODUK KELUARAN CADBURY.



Pengeluar coklat Cadbury Malaysia mengiklankan khidmat pesanan masyarakat (PSA) di kebanyakan akhbar arus perdana berbahasa Melayu untuk mendapatkan semula keyakinan umat Islam terhadap produk keluaran mereka

"Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami," tulis iklan tersebut yang disiarkan dalam Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan Sinar Harian hari ini.

Cadbury dalam iklan tersebut berkata, coklat yang dihasilkan dan dijual di Malaysia mendapat pengiktirafan sijil halal selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin lalu mengesahkan tiada DNA babi dalam produk mereka.

"Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.

"Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan," tulis iklan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury.

Keputusan tersebut dikeluarkan susulan pengesahan Jabatan Kimia produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury Hazelnut bebas daripada unsur babi.

Jamil Khir berkata, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury dan mengambil sembilan sampel produk lain untuk dianalisa.

Katanya, hasil laporan pemeriksaan akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia mengembalikan dua produk berkenaan kepada pasaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 23 Mei lalu mendapati kajian sampel yang diambil daripada Dairy Milk Hazelnut (pendaftaran nombor 200813M01H I2 yang luput tarikh 13 November, 2014) serta Cadbury Dairy Milk Roast Almond 175g (pendaftaran nombor 221013N01R I1 bertarikh luput pada 15 Januari, 2015) adalah positif DNA porcine.

Cadbury kemudiannya menarik balik dua produk makanan berkenaan daripada pasaran serta merta.

Hasil kajian KKM itu kemudiannya mencetuskan kemarahan pelanggan Cadbury termasuk bertindak mengugut untuk memfailkan saman RM100 juta dan isytihar jihad sehingga mendapat perhatian media antarabangsa.

Terdapat juga pihak menyatakan pendapat umat Islam yang makan coklat itu sebelum ini perlu menyamak perut, mulut dan menukar darah.


ADAKAH SEMUDAH ITU MASYARAKAT ISLAM NEGARA INI AKAN MULAI YAKIN??????

41 comments:

  1. Dlm hal halal haram aku yakin dgn jakim. Bukan dgn kkm. Hanya jakim yg ditauliah untuk menetukan status halal haram makanan. Kalau kkm rasa diorang pun terer jugak eloklah lps ni kkm bawa keluar logo halal sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau keje ngan cadbury ye? Ni bukan pasal status halal or tak oleh sapa2.

      Ini pasal kkm kesan ada babi. Jakim kesan xde babi. Kedua2 aku rasa betul! Sebab apa? Sebab dua2 ada specimen masing2. Aku lebih yakin cara specimen kkm Pilih. Dari bungkusan dan dibeli di kedai. Bukan mcm Jakim siap telepon nak amik specimen...

      Delete
    2. Dah dua bulan KKM mengesahkan ada dna babi ada jugak yg masih yakin dng jakim . Sepatutnya kita berterima kasih kpd KKM yg menjalankan tugas dgn amanah Kalau di senyapkan smp skg cokelat babi tu ada di pasaran

      KKM pun bukan tak tahu yg KKM tak ada kuasa utk menentukan halal atau tidak

      Yg kena kembalikan ceria pun cadbury tp Jakim .

      Delete
    3. Yg kena kembalikan ceria bukan cadbury tp Jakim .

      Delete
  2. Sebelum ini pun ada pengesahan Halal
    Ada jugak babi .

    ReplyDelete
  3. Sampel KKM lebih valid sebab random sample. Sampel Jakim not random. KKM detect DNA dlm batch production tertentu chocholate. Jakim tak tau batch mana dia test. Why not Jakim test batch yang positive tu. Batch baru tak valid lor. Contamination masa sampling KKM boleh berlaku iaitu sampel tercemar babi di kedai? Semasa test susah lah nak contaminate.

    ReplyDelete
  4. Boikot je abis cerita. Biar sampai tutup kilang Cadbury. Kenapa nak dipertahan Cadbury nih. Takkan KKM tak tau buat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak boikot camne ??
      saham Cadbury tu Felda pegang manyak gak,
      pastu cekelat cadbury tu rase sedap gak,
      pastu memang ada angan angan nak makan babi lama dah tup tup ada peluang takkan nak lepas gitu aje

      Delete
  5. Bangau o bangau..mengape...

    ReplyDelete
  6. Biar sekali pun Jamil makan berbungkus bungkus cadbury
    sorry lah Pasl cadbury nak makan cokelat lain pun dah tak ada selera mcm terasa je ada babi dlm cokelat . eee..

    ReplyDelete
  7. KKM terpaksa @ dipaksa buat u-turn juga setelah JAKIM, Majlis Fatwa dan Jamil Khir 'dinasihatkan'' untuk mengHALALkan porcine...demi menyelamatkan share holder Boustead, Felda dan LTAT....sekarang tersebar kononnya cina mula menyerang syarikat/ekonomi melayu...padahal demi kroni umno/bn semata.....ingat lagi San Muegal tiba2 nama pengarahnya 'hilang' konon tidak terlibat dengan arak.....puiii!!!

    ReplyDelete
  8. Haluuuuuuu. .........

    Fuh....percaya pda jakim yg flip flop...sumpah mati hidup smula gua x prcaya pda jabatan yg diketuai oleh hj kontot ni. Duit zakat pun jamil kucing boleh kebas...halal katanya. Punyalah iklan besar2 bila pemegang syer ada kpentingan krajaan ngok.mulalah mengelabah haram jdi halal..lbih percaya pda kkm yg trbukti lebih profesional brbanding jabatan spesis jamban ni...pueee

    Khak tuih

    ReplyDelete
  9. Jangan risau sekarang boleh makan babi disahkan halal oleh jakim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terang2an fitnah.. bakal ahli neraka..

      Delete
  10. silap haribulan cadbury bertukar jadi cadjubury...haha

    ReplyDelete
  11. taubat aku xnk mkn dh pn lg...

    ReplyDelete
  12. Lepasni cadbury pun tukarlaa imej-tukar tulisan dan pembungkusan-rebranding semula product image-lalu kaum melayu islam pun tertipu laa-keluar lak iklan kat tv model pakai songkok dan model bertudung tgh menjilat jari melahap coklat cadbury ni-kat bungkusan pun diletaknya tulisan jawi juga-maka tutupla isu coklat cadbury ni-senang2 je ditipu oleh cadbury-sepatutnya cadbury diboikot dan dikenakan tindakan tegas-bukan dimanjakan mcm skrgni

    ReplyDelete
  13. Sape2 nak boikot cadbabi langkah mayat jakim dulu.dah kata babi halal,halal je la.

    ReplyDelete
  14. Apa bising ni. Nak makan lu makan. Tak nak makan jangan makan. Pilihan ditangan sendiri. Tepuk dada tanya iman. Dak gitu weh

    ReplyDelete
  15. Bkn masalah nak makan atau tak tp kalau yg makan kesian ada dna babi dan keterunan jenis nyondol mcm babi.lbh baik jgn makan terus.boikot!!!

    ReplyDelete
  16. Tauke cadbury ni jumpa kak mah ke??? Tiba2 je dah halal

    ReplyDelete
  17. Apa nk jadi dgn Malaysia ni ya. Lepas satu satu musibah yg datang. Esok entah apa lagi. Agaknya inilah akibat hukum Allah tidak tertegak dibumi Malaysa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini semua salah UMNO dan PAS!!!

      Delete
    2. apasal? UMNO dan PAS ke yg ada kuasa keluarkan sijil halal

      Delete
    3. sebab UMNO dan PAS tak mau tegakkan hukum Allah.. duk bergaduh sesama sendiri..!!!

      Delete
  18. Kalu waswas bagus tak payah la mkn...tak mati pun klu tak mkn cedberi..byk lg coklat lain

    ReplyDelete
  19. Yang halal itu nyata yang haram itu nyata dan diantara keduanya perkara samar- hindarilah perkara mutasabihat... jakim pun mutasabihat macam cadbury

    ReplyDelete
  20. WAHAI UMAT ISLAM..STATEMENT INI BERTUJUAN UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN KAMU..JADILAH UMAT ISLAM YANG BERIMAN,YG CERDIK..SYARIKAT GERGASI INI TELAH MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM SEJAK SEKIAN LAMA..CUKUPLAH KITA MENGKAYAKAN PUAK2 NI..TELAHPUN KAYA..ADAKAH INSTITUSI2 AGAMA DI NEGARA INI TELAH DIPERGUNAKAN UNTUK MENYELAMATKAN SYARIKAT KAFIR INI..??? JELAS DI AKHIR ZAMAN AGAMA MUDAH DIJUAL BELI UNTUK DUNIAWI..ADAKAH MEREKA INI LEBIH BAIK DRI SYARIAT ALLAH S.W.T..ADAKAH DGN STATEMENT YG SEBEGINI RUPA KITA AKN TERUS MENYUMBANG DANA KPD SYARIKAT KAFIR INI..??? SUDAH TIBA MASANYA UMAT ISLAM MENYUMBANG DANA ATAU MENYOKONG PRODUK2 YG DIKELUARKAN OLEH UMAT ISLAM ITU SENDIRI..MARI KITA MELAKUKAN JIHAD EKONOMI BG UMAT ISLAM YG TELAH SEKIAN LAMA TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN EKONOMI..MARI KITA LAKUKAN PERUBAHAN..JIKA KITA SENDIRI SEBAGAI UMAT ISLAM TIDAK CAKNA AKN PERKARA INI..SIAPA LG YG BLH KITA HARAPKAN BG MEMBANTU MUSLIMIN DAN JUGA MUSLIMAT..KITA BUKTIKAN KPD MEREKA ORG2 YG BERIMAN TIDAK SEBODOH YG DISANGKAKAN..CUKUPLAH AKN PENIPUAN,PENYELEWENGAN YG DILAKUKAN UNTUK MENYESATKAN..MELEMAHKAN UMAT NABI S.A.W SEJAK SEKIAN LAMA..SEDARKAH KITA..??? ALLAHUAKHBAR!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahhuakbar..jngn jd bodoh..xxx cadbury

      Delete
  21. MESTI TONTON http://www.youtube.com/watch?v=RAZlpwbs7V0

    ReplyDelete
  22. ko orang aku tak mau kisah, tapi aku tak YAKIN dengan JAKIM 200%, kalau was2 umat islam tak payah makan, lebih selamat.

    untuk makluman semua bukan DNA babi saja yang haram, seleweng DANA rakyat pun haram juga, yang macam pemimpin umno lakukan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang macam bekas timbalan presiden UMNo yang dipecat tu ka??? isk2..

      Delete
    2. Berapa juta...puluh...ratus...ribu juta??? Isk...isk...nak suruh kawan tu masuk dalam caj kes umat nabi Luth

      Delete
    3. Dyana lak? Haram jugak ke?

      Delete
  23. wahai jakim,dan pak menteri yg bertanggung jawab, takutlah kpd Allah dan Allah saja!

    ReplyDelete
  24. Hukum islam senang-was2 jgn makan.yakin makan .yg dok gdo2 wat pe ,t dlm kubur gdo puas2

    ReplyDelete
  25. mula dari skrg, moh ler kite beli coklat buatan muslim, produk local. sila msk ke www.coklat.my , confirm no was2 smbl tlg anak bangsa kite jgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Promote produk local, ada muslihat rupanya. Nak bantu usahawan Melayu, cakap Cadbury, Colgate, Coke, Sardine, roti Gardenia ada unsur was2...Come on, jangan guna taktik kotor kalau ya pun nak kayakan orang Melayu.

      Delete
  26. Beriya-iya sangat!! Mesti ada melayu yang simpan saham nya. Babi-babilah. Janji ade masyuk
    !!!

    ReplyDelete
  27. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...