Sunday 26 January 2014

DEBAT KALIMAH ALLAH ANTARA YB KHALID SAMAD DENGAN NOH OMAR .. NAIB PRESIDEN PERKASA SUDAH GOYAH DAN MENGGELABAH MOHON DEBAT DI BATALKAN



Dulu bukan main lagi dia bising menyalak sana sini mempertahankan isu Kalimah Allah ... Berdegar-degar melaung terjerit macam nak runtuh langit akan mempertahankan Kalimah Allah.

Kini apabila cabaran tunjuk jantan dan hebat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar disambut dengan pantas oleh Ahli Parlimen PAS/PR Shah Alam YB Khalid Samad untuk berdebat yang dijadualkan esok 27hb Januari 2014 jam 2.30ptg hingga 5.00ptg di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, tiba-tiba Naib Presiden Perkasa yang pernah mencipta lirik lagu UMNO Baru telah menggelabah goyah susah hati merayu melutut dan mendesak agar debat tersebut dibatalkan.

Alasannya ialah takut jadi bahan ketawa bukan Islam.

Tapi dia lupa selama ini bukan saja bukan Islam ketawa umat Islam seluruh dunia pun ketawakan gelagat beliau bersama-sama dengna kuncu-kuncu yang sewaktu dengannya seperti Hassan Aqidah Ali dan seluruh penyokong Perkasa, UMNO, Pekida, JATI, PPIM dll NGO yang memiliki jiwa dan perangai yang sama.

Masa Noh Omar cabar dia langsung tak sampuk pujuk Noh Omar agar jangan cabar ....  Mungkin dia ingat pemimpin PR macam Najib and the gang jenis bacul penakut dicabar berdebat.

Bila cabaran disahut dan akan berlangsung kurang dari 24 jam maka maukan debat tersebut di batalkan.

Hati kecil Omak Kau bercakap .. bukan kerana bukan Islam di tertawakan .. takut isu ini akan buka tembelang jahat siapa sebenarnya dalang kecuh satu negara akan isu ini.

Khautir nanti akan ada muat naik di Youtube maka umat Islam yang selama ini terpengaruh dan terpedaya dengan mainan politik UMNO akan mula sedar dan berubah sokongan... Itu saja yang sebenarnya.

Ikut hukum akal logik .. kalau debat ini mengguntungkan UMNO mana mungkin Zul Nordin merayu ianya dibatalkan.

Nak suruh pemimpin-pemimpin UMNO Selangor merayu cabar sudah terlanjur nak undur mana muka nak letak.

Yang seronoknya tu boleh minta JAIS dan PDRM ambil tindakan keatas pengajur sedangkan Noh Omar yang minta Sinar Harian menganjurkan... SUDAH GOYAH GELABAH LAH TUUUUU.

Diperturunkan rayuan taraf kangkung oleh Zul Noordin.

Saya mendesak supaya cadangan mengadakan debat isu 'Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian dari Sudut Undang-Undang' yang dijadualkan Isnin 27 Jan 2014 di Shah Alam dibatalkan serta merta kerana ianya satu perbuatan tidak berfaedah dan tidak sewajarnya diteruskan kerana:

1. Undang-undang begitu jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain daripada cara yang ditetapkan Islam. Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di semua negeri termasuk Selangor, dibaca dengan Artikel 3 & 11 Perlembagaan Persekutuan sudah terlalu jelas, dan hanya orang jahil sahaja yang tidak akan memahaminya;

2. Titah Tuanku Sultan Selangor, bersama dengan titah Tuanku YDP Agong, Tuanku Raja Muda Perak berserta pendirian Majlis Raja-Raja Melayu jelas melarang penggunaan Kalimah Allah oleh selain Islam;

3. Keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam dalam kes tuntutan The Herald adalah jelas dan sepatutnya dihormati semua pihak;

4. Fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1988 cukup terang dan jelas bahawa kalimah Allah adalah persoalan aqidah dan ketuhanan dan hanya boleh digunakan sebagaimana yang ditetapkan Islam sebagai nama Tuhan Yang Esa, bercanggah dengan fahaman kristian mempercayai ketuhanan tiga dalam satu dengan berteraskan konsep anak tuhan;

5. Ketetapan Majlis Syura' PAS pada 13.01.2013 dan pendirian jelas Timbalan Mursyidul Am PAS & bekas Ketua Dewan Ulama PAS yang menetapkan bahawa kalimah Allah adalah soal aqidah dan tidak boleh digunakan selain yang ditetapkan Islam.

Berdasarkan fakta-fakta diatas, saya berpendapat meneruskan Debat tersebut adalah satu penghinaan terhadap titah Tuanku Raja-Raja Melayu, melanggar peruntukkan undang-undang dan Perlembagaan Negara, menghina keputusan Mahkamah Rayuan, dan memperlekehkan Majlis Fatwa dan ketetapan Majlis Syura' PAS.

Ianya juga tidak membawa apa-apa faedah dan keuntungan bagi umat Islam kerana kelihatah begitu janggal dan bodoh bagi umat Islam bertekak sesama sendiri untuk mempertahankan tuntutan kristian yang bercanggah dengan aqidah dan kepercayaan umat Islam.

Kita akan hanya menjadi bahan ketawa kepada orang bukan Islam.


Sekiranya ada mana-mana pihak masih bertegas dan berdegil mahu membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah Allah, katakanlah kepada mereka ketegasan yang jelas - Lakum diinukum waliyadeen - untuk mereka agama dan kefahaman mereka, untuk kita agama dan kepercayaan kita!

Oleh itu, saya menyeru pihak penganjur debat tersebut supaya membatalkan serta merta cadangan debat tersebut. Dan saya menasihatkan para panelis dan peserta supaya menarik diri daripada meneruskan cadangan menersukan debat tersebut.


Saya juga mendesak pihak berkuasa samada JAIS, atau pihak Polis mengambil tindakan samada menurut Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 (memandangkan venue debat dibuat didalam Negeri Selangor) ataupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan sekiranya debat itu diteruskan.


Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.




Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
23 R'Awal 1435
25 Jan 2014

17 comments:

  1. Haluuuuuuu. .........

    Tiada kta yg paling mnis buat tnuk ni kcuali.........KHAK TUIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. zul nordin nie ler kuy yg kata meliwat isteri termasuk dlm hukum hudud.zul.zul.terserlah kejahilan berilmu.

      Delete
  2. Pd aku isu dah selesai, tak perlu bangkitkan lg.
    Bg umat Islam dah ada fatwa dr Majlis Fatwa, dan bg yg bukan Islam dan sudut perundangan, mahkamah dan buat keputusan, rayuan ke mahkamah persekutuan, tunggu aje la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik-baiknya, sesuatu undang2 sebelum dilaksanakan mestilah diperhalusi, diperdebatkan, dibincangkan, disoalselidik, ditentusahkan dan sebagainya secara telus, supaya undang2 itu tidak dipersoalkan rakyat apabila timbul maslahat di sana sini. Kalau dah jadi undang2 sah, susah hendak diubah kerana undang2 yang sering diubah2 akan memberi implikasi besar termasuklah keesahannya dan kebolehpercayaannya. Jadi sebelum jadi undang2, eloklah kalau diperdebatkan. Orang Melau tua-tua dulu ada berkata "biar gaduh sekarang...jangan gaduh belakang hari"

      Delete
    2. Sebaik-baiknya, sesuatu undang2 sebelum dilaksanakan mestilah diperhalusi, diperdebatkan, dibincangkan, disoalselidik, ditentusahkan dan sebagainya secara telus, supaya undang2 itu tidak dipersoalkan rakyat apabila timbul maslahat di sana sini. Kalau dah jadi undang2 sah, susah hendak diubah kerana undang2 yang sering diubah2 akan memberi implikasi besar termasuklah keesahannya dan kebolehpercayaannya. Jadi sebelum jadi undang2, eloklah kalau diperdebatkan. Orang Melau tua-tua dulu ada berkata "biar gaduh sekarang...jangan gaduh belakang hari"

      Delete
    3. cissss!!!!!! noh penakut. sama mcm bos dia, tak ada telur. Lain kali kalau jenis penakut dan ilmu cetek, jgn cabar org. Dulu masa sekolah tak belajar ke yg org tua2 kata "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jgn diduga". Samdol !!!!!!!!

      Delete
  3. Lagi sekali seret agong dan raja2 pulak...menghina=derhaka....dari dulu bila tersepit je seret sultan...10 perkara pasal bible tu dah baca belum? Munafik sungguh puak2 ni...hanya umno yang sanggup jual agama demi kuasa....

    ReplyDelete
  4. zul,ooooi sampai bila hang nak jadi RASCAL!!!

    ReplyDelete
  5. DEBAT se elok nya di buat di kolam ber air tawar dan bukan di daratan kerana UDANG UDANG akan mati di daratan. Itu mungkin satu punca DEBAT cuba di batalkan kerana Noh Udang perlukan air air untuk penyokong nya.

    Udang pun tak mungkin hidup di daratan bersama ikatan KANGKONG untuk menyokong otak otak Udang yang sedia ada kini.

    ReplyDelete
  6. Mangkuk Zul menggunakan ketetapan Majlis Fatwa PAS sebagai rujukan. Pelikkan?
    Tanya Zul, siapakah yang meluluskan penggunaan kalimah Allah dalm bible? Jangan keluar tajuk.

    ReplyDelete
  7. Pekara seperti ini diwujudkan kerana parti UMNO Baru sudah tidak segagah dulu. Penyokong yang terdiri dari orang melayu sudah tidak mempedulikan parti tersebut menyebabkan mereka tidak dapat menguasai duapertiga kuasa penentu dalam parlimen. Parti itu seperti menunggu masa untuk diharam dan dibubarkan sekali lagi.

    Kekuatan parti UMNO Lama dan UMNO Baru diasaskan melalui kebodohan dan ketakutan orang melayu berkait dengan agama islam, budaya hantu dan raja. Mereka mendogeng kan cerita islam, budaya hantu dan raja itu hingga menjadi cerita seram yang akhirnya mendesak orang melayu sokong dan jadi ahli United Malay Nasional Organination demi menjaga kemerdekaan yang mereka miliki dari British. Jika tidak sokong parti itu Cina DAP akan menguasai melayu seperti Lee Kuan Yew di Singapura.

    Cerita seperti itu selalu dimainkan tapi nada yang berlainan dengan maksud yang sama agar bangsa melayu kekal bodoh dan takut. Mencipta kebodohan itu sudah menjadi satu kemestian, dimana kita boleh lihat betapa celarunya kementerian pelajaran realisasi bahasa melayu tidak jadi bahasa kebangsaan. Bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matamatik diubah dari bahasa melayu kepada bahasa inggeris.

    Banyak program yang dicipta tidak mendatangkan hasil tapi membazir masa, duit dan tenaga menyebabkan pelajar jadi keliru dan kekal bodoh. Sijil yang mereka miliki tidak mencerminkan kewibawaan mereka sebagai pelajar cemerlang.

    Tapi hari ini bangsa melayu sudah tidak sebodoh dulu walaupun tidak bijak, malah hari ini sudah ada bangsa melayu yang berani mempersoalkan hak mereka yang dicuri oleh pemimpin mereka.

    Orang yang bertanggongjawab membangkitkan kesedaran bangsa melayu dari kelekaan yang diangan-angankan oleh pemimpin UMNO Baru adalah” ANWAR IBRAHIM “.

    Kehadiran beliau sebagai pembangkang kepada UMNO Baru menyebabkan pemimpin parti itu ketandusan idea untuk terus memperbodohkan bangsa melayu. Kita patut berterima kasih pada nya kerena memberi kesedaran sehingga berani menyuarakan cadangan dan bantahan pada kerajaan yang korup.

    Kita tidak perlu bersekongkol dengan UMNO Baru. Jika kita mempercayai Allah itu maha berkuasa dan pencipta sekelian makhlok dalam dunia ini maka kita mesti bersetuju bahawa Allah juga berkuasa untuk menjaga kesucian namanya sendiri apabila digunakan oleh manusia yang mempercayai Nya melalui pelbagai agama dan kepercayaan.

    Sama ada debat patut diteruskan atau dibatalkan bukan pekara yang perlu kita risaukan tapi kita perlu faham dengan penuh keyakinan bahawa kalimah Allah itu bukan hak orang melayu UMNO Baru tapi hak semua makhlok kerena mereka dengan rela bertuhankan Allah.

    ReplyDelete
  8. Diatas sekali penulis ini menggunaan perkataan menyalak. Kemudian digunakan perkataan takut. Selalunya kalau menyalak ialah ANJING. Anijng pulak kalau takut ekor akan masuk kat celah kangkang dan dibawah buah buahannya. Ini mesti kes tak dapat tulang. Atau pun janji beri daging tapi dapat tulang!!!

    ReplyDelete
  9. Konar Noh Udang konar! Kah kah kah kah.. Lecek udang buat belacan boleh la Noh BELACAN ni! Jadi tokey belacan pulak! Hiiiiihihihihi..

    ReplyDelete
  10. Di Sabah, Ada kawan non Muslim Tanya..."kamu orang Islam (sabahan Muslim) tidak bedusakah tidak mau larang orang kristian guna kalimah Allah?" Bila di Tanya balik kenapa ....kawan tu bagitau "sebab orang semenajung bilang mau jaga kesucian Allah n agama islam..so kalau begitu kamu juga patut larang, kalau tidak tuhan kamu tidak suci macam tuhan orang islam semenanjung...sultan agong bolehkah kasi ampun kalau kamu tidak larang?

    ReplyDelete
  11. Aku fikir pun lama sudah tapi aku pun tiada tahu apa mau jawab. Baik suruh kawan kau tanya sama keza.. Kih kih.. Tapi UMNU sudah menang pun negeri kau dengan Serawak yang punya kerja. Sekarang padan muka kau...! Kah kah kah..

    ReplyDelete
  12. Aku angin betol ngan zul nordin ni... baru jadi macai UMNO da dpt pangkat dato.. yg aku ni da bertahun2 jadi macai dpt pangkat lembu la anjing la.. sedih aku.





    Keza

    ReplyDelete
  13. Zul kulum ni dah tak laku. Dah turun harga lelong je. Jadi kupang tembaga besi buruk. Tak pah layan...biar dia jadi gila meroyan..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...