Sunday, 26 January 2014
PERUTUSAN KHAS DSAI UNTUK RAKYAT MALAYSIA 26HB JANUARI 2014, SUNWAY HOTEL ... KE ARAH SEBUAH KONSENSUS NASIONAL
1. Lebih empat bulan sudah berlalu sejak kita menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Namun menyambut hari-hari bersejarah ini kurang maknanya jika kita tidak mengamati kerangka lebih besar bagi negara kita di kala ini.
2. Perlu saya tekankan betapa pentingnya kerangka lebih besar ini.
3. Inilah sebabnya saya mengambil peluang untuk memberikan satu perutusan bukan sahaja untuk kalian yang hadir di majlis ini, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia di dalam dan juga di luar negara.
4. Yang saya maksudkan dengan 'seluruh rakyat Malaysia' adalah keseluruhan keluarga anak Malaysia - tanpa mengira kaum, agama, kumpulan budaya mahupun bahasa ibunda; tidak kira sama ada anda menetap di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak; dan tanpa mengira pendirian politik.
5. Tidak kira sama ada anda bersama Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, atau anda tidak bersama kedua-duanya, atau anda bebas ataupun menjauhi politik, saya tujukan perutusan ini kepada seluruh warga Malaysia.
6. Perutusan ini dilakar dengan penuh rasa cinta terhadap nusa dan bangsa, tanpa rasa benci terhadap sesiapa. Ianya dikarang dengan nawaitu penuh harapan, dan bukannya dipenuhi dendam kemusnahan. Ianya dikarang agar semua termasuk diri saya sendiri akan membawa intipatinya pulang dan disebarkan kepada keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, dan sanak saudara agar kita sebagai satu umat akan dapat maju ke hadapan.
7. Di awal kalam saya ada menyebut tentang menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dan bagaimana untuk memaknai hari-hari bersejarah itu. Pertama sekali, ianya merupakan sambutan hak-hak kita sebagai warga negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebuah dokumen kenegaraan yang dipersetujui bersama oleh pimpinan negara di kala kita merdeka.
8. Perlembagaan ini bukan hanya kata-kata. Ia adalah sebuah dokumen berdaulat yang dizahirkan daripada satu persetujuan di kalangan para pemimpin yang mewakili pelbagai komuniti yang tinggal di tanah air tercinta ini.
9. Ia menjamin hak kita kepada kehidupan dan kebebasan, kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan berkesatuan. Ia menegaskan kesaksamaan rakyat di bawah naugan undang-undang dan menjamin kebebasan beragama.
10. Prinsip-prinsip ini wajib dihormati semua komuniti, sama ada mereka dari kalangan majoriti mahupun minoriti. Prinsip-prinsip ini wajib disanjung tinggi ahli-ahli politik dalam percakapan dan perilaku sama ada mereka berkuasa mahupun di kalangan pembangkang. Semua kumpulan masyarakat sivil, badan-badan bukan kerajaan, dan semua organ-organ negara wajib mematuhi hak-hak di dalam perlembagaan ini.
11. Identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum cukup terikat dengan keeratan silaturrahim di kalangan semua kaum yang tinggal di bumi tercinta ini. Jika keutuhan silaturrahim ini tercalar, maka identiti kita sebagai warga Malaysia juga bakal terhapus.
12. Maka, selepas 56 tahun merdeka pertalian silaturrahim ini bukan sahaja wujud malah bertambah kukuh dan erat. Namun, mutakhir ini, beberapa keadaan dan kejadian telah mengakibatkan silaturrahim ini, yang merupakan tiang seri identiti kita, semakin renggang.
13. Malah kejadian-kejadian ini seperti semakin menjadi-jadi hingga kelihatan seperti mampu menggugat perpaduan. Walaupun perpaduan di kalangan kita belum lagi musnah, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
14. Kita tidak boleh leka. Ini kerana kita sedang menyaksikan tindakan beberapa pihak yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa negara ke ambang kemusnahan.
15. Kita sebenarnya belum menyaksikan usaha sebegini rupa semenjak kejadian-kejadian yang berlaku sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.
Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancur-leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini.
16. Saya menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersuara. Biarlah suara-suara rakyat yang penuh rasa hormat dan mahabbah, suara-suara yang penuh timbang rasa dan kepercayaan, suara-suara perpaduan dan integrasi mengalahkan suara-suara sumbang yang penuh kebencian, dendam kesumat, perbalahan dan kemusnahan.
17. Kita perlu mengubah halatuju kita dari arah polarisasi yang menjadi-jadi menuju arah penyepaduan yang lebih jitu. Kita perlu hentikan semangat perkauman yang keterlaluan, hentikan budaya menghasut persengketaan dan kebencian terhadap penganut agama, dan merapatkan silaturrahim sesama kita di dalam semangat perpaduan.
18. Para pemimpin dari kedua-dua belah pihak perlu mengenepikan isu kepartian dan menunjukkan semangat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini dan berusaha memperbaiki keadaan.Konsensus nasional
19. Maka telah tiba waktunya untuk kita semua mencapai satu konsensus nasional terhadap isu-isu yang teramat penting ini yang mendatangkan impak terhadap identiti kita sebagai sebuah bangsa dan negara.
20. Dengan memegang kukuh pada semangat perlembagaan, semua pihak perlu berhenti mempersoal kedudukan utama agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
21. Dalam menegaskan kedudukan Islam dan mengakui bahawa orang Islam merupakan majoriti penduduk di negara ini, kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam sedang terancam. Kita mesti menolak tanggapan bahawa wujudnya satu konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama bagi Persekutuan kepada satu agama yang lain.
22. Pada masa yang sama kita perlu memperakui hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan terpakai buat semua agama lain di tanah air kita. Kita adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai komuniti agama. Dari sudut ini, penganut agama Buddha, Taoisme, Kristian, Hindu, Sikh dan penganut-penganut agama etnik lain perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka pilih.
23. Dalam menuju konsensus ini, marilah kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang amat mustahak untuk negara kita maju ke hadapan.
24. Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi masalah-masalah dalam isu tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawapan. Tidak kira di peringkat Pusat mahupun di negeri-negeri, marilah kita menetapkan iltizam untuk menghapuskan barah rasuah yang menghantui kita.
25. Masalah kenaikan harga barang tidak mengenal batas kepartian. Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang tidak terus mendatangkan beban.
26. Daripada kita mengutuk isu-isu keselamatan negara berdasarkan khayalan kita, marilah kita membantu pasukan polis untuk membanteras jenayah dan dengan langsungnya membuatkan tempat tinggal kita, sekolah-sekolah kita, malah pusat-pusat membeli belah kita lebih selamat.
27. Adalah menjadi tanggungjawab moral kita, khusus di kalangan kita yang telah dipilih untuk mewakili rakyat, untuk melangkaui batas kepartian dan berganjak menuju suatu konsensus nasional demi membawa Malaysia ke hadapan.
28. Tugas kita terhadap negara, yang jelas lebih mustahak dari tugas kita terhadap parti, memaksa kita memikul cabaran ini. Kita mesti mengukuhkan azam dan mengumpul keseluruhan kekuatan moral kita demi memastikan kejayaan bersama.
Terima kasih.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
malas aku nak baca atau dengar perutusan yang panjang berjela2 nih. Sebijik macam PM baca belanjawan, namun barang2 naik harga jugak. yang aku nak dengar dan tengok ialah apa usaha yang akan, sedang dan telah dilakukan oleh kepimpinan PKR untuk menyatupadukan pemimpin PKR dalam menangani kemelut sekarang ni. Aku juga nak tengok/ tau apa usaha yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh kepimpinan PKR agar pemuda PKR lebih terkehadapan seperti mana diaamalkan oleh Pemuda pas. Yang aku nampak cuma Rafizi dan cikgu Bad aje. Yang lain macam tak semangat, macam sakit2, macam tak makan pil vitamin, macam umur dah tua sangat. Mungkin perlukan kursus jugak macam menteri umno.
ReplyDeleteDULU TOLAK BULAT-BULAT, SEKARANG NAK SURUH ORANG LAIN TERIMA CADANGAN DIA PULA... ANWAR.. ANWAR...DAH KALAH TU BUAT CARA KALAH
DeleteKUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan "pendamaian nasional" hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak termasuk PR menerima keputusan PRU13 lalu.
Tambah beliau, segala bentuk himpunan yang memberikan gambaran bahawa pihak pembangkang tidak menerima keputusan PRU, 5 Mei lalu perlu dihentikan.
"Keputusan PRU13 perlu diterima oleh semua pihak kerana ia berjalan mengikut proses yang telah ditetapkan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
"Kalau mahu mulakan proses pilihan raya yang bersih atau meneruskan "pendamaian nasional" perlu terima keputusan PRU13 dahulu.
"Apa keputusan yang dibuat mahkamah kita perlu terima, baru boleh menubuhkan pendamaian nasional," katanya pada sidang Dewan Rakyat sesi pertama bagi penggal 2013-2018, di sini, hari ini.
Najib berkata demikian ketika menjawab Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang mengutarakan soalan kepadanya mengenai usaha, kejayaan dan halangan terhadap "pendamaian nasional" sejak PRU13, awal bulan lalu.
Sebelum ini, Najib telah menyatakan selepas PRU13 akan melaksanakan "pendamaian nasional".
Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan bersifat terbuka dan melalui "pendamaian nasional" semua pihak boleh berbincang mengenai pelbagai perkara.
"Pokonya perlu terima keputusan PRU13.
"Kerajaan bersifat terbuka dan parti-parti politik daripada pembangkang dan kerajaan boleh berbincang supaya negara lebih berjaya, tentukan masa depan yang terbaik," tambahnya.
politik malaysia ni memang mcm tu.....umno memang dah x boleh harap dahhhh......pkr pulak yg jadi ketua dalam pakatan rakyat asyik berbalah sesama pemimpin ajerrr dan isu terbaru ialah perbalahan azmin-khalid......so kesimpulannya baik pr atau bn dua2 sama jerr....x beza langsung perangai......jadi aq dah malas lah nak layan politik malaysia ni....sebab pr pun sama jugak perangai die macam umno
ReplyDeleteDULU TOLAK BULAT-BULAT, SEKARANG NAK SURUH ORANG LAIN TERIMA CADANGAN DIA PULA... ANWAR.. ANWAR...DAH KALAH TU BUAT CARA KALAH
DeleteKUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan "pendamaian nasional" hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak termasuk PR menerima keputusan PRU13 lalu.
Tambah beliau, segala bentuk himpunan yang memberikan gambaran bahawa pihak pembangkang tidak menerima keputusan PRU, 5 Mei lalu perlu dihentikan.
"Keputusan PRU13 perlu diterima oleh semua pihak kerana ia berjalan mengikut proses yang telah ditetapkan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
"Kalau mahu mulakan proses pilihan raya yang bersih atau meneruskan "pendamaian nasional" perlu terima keputusan PRU13 dahulu.
"Apa keputusan yang dibuat mahkamah kita perlu terima, baru boleh menubuhkan pendamaian nasional," katanya pada sidang Dewan Rakyat sesi pertama bagi penggal 2013-2018, di sini, hari ini.
Najib berkata demikian ketika menjawab Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang mengutarakan soalan kepadanya mengenai usaha, kejayaan dan halangan terhadap "pendamaian nasional" sejak PRU13, awal bulan lalu.
Sebelum ini, Najib telah menyatakan selepas PRU13 akan melaksanakan "pendamaian nasional".
Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan bersifat terbuka dan melalui "pendamaian nasional" semua pihak boleh berbincang mengenai pelbagai perkara.
"Pokonya perlu terima keputusan PRU13.
"Kerajaan bersifat terbuka dan parti-parti politik daripada pembangkang dan kerajaan boleh berbincang supaya negara lebih berjaya, tentukan masa depan yang terbaik," tambahnya.
Ringkasan ucapan:
ReplyDelete"Ucapan umum tanpa tujuan yang definitif; hentikan pergaduhan dan bersatu"
ingatkan ucapan apa.... :(
aku ikut pkr ni dari muda sampailah sekarang dah tua dah... dah malas aku nak dengar orang atas membebel panjang-panjang.... Lagi panjang orang2 atas meleter, lagi banyak yang aku tak paham. Aku cuma boleh dengar orang2 atas membebel tak lebih 3 minit. Kalau lebih 3 minit aku misti tertidor. Tak kiralah yang membebel tu Anwar ker, Lim Guan Eng Ker, hadi Awang ker, Azmin ker........ Tapi kalau najib, mohidin, noh membebel......30 saat aje aku terus tido.
ReplyDeletekonsensus tu menatang ape?
ReplyDeletemuak dengan ahli politik malaysia ni cakap banyak result NIL
ReplyDeleteko suka ke kalau boss ko cakap banyak? Tak suka kan??
ReplyDeletekonsesus apa kejadah nya ....konsesus dari kaki pelbohong yang dah parti anak beranak dan sesame krooni makin nak karam....graduate klas 3 genral degree dalam kepanasan....maklum lah pemilihan parti dah tak lama lagi...konsesus nak bagi supaya acara terbang kerusi meja berlaku lagi ...dah macam macam cara di graduate klas 3 ni dah buat satu pun tak menjadi...sekarang buat cara diplomasi...harga barang yang naik banyak berlaku di Selangor...cukai dan servis naik 300& di Selangor...terbaru altraman tarobonton dah dapat hidu tok guru nik Aziz nak PAS keluardari pakatan...alahai...nak kenal bang non mudah jer...kalau dia gosok idung atau garu bontot atau buat apa pun itu memang sah bang non...tapi bila dia mula buka mulut dia dah mula berbohong...alahai....bang non oh bang non kalau kaki pembohong tetap cuba nak kelentong,,,pencacai bangang suka di bohong bang non...
ReplyDeleteSemua ahli politik adalah seiras tapi tak serupa... Kalau anda lebih bagus dari Anwar elok lah tunjukkan kewibawaan anda dan buktikan bahawa anda tidak akan berbohong apabila jadi ahli politik.
DeleteJangan jadi anjing.menyalak bukit... Buat sakit tekak saja.
anon 19.49...alahai bodonyerr ko ni.....ko benarkan diri ko sokong ahli politik berbohong....ko tengok di jepun ahli politik kalu bohong dah lama undur diri...alahaii bodo nya fikiran ko....
ReplyDeleteSebelum pilihanraya ke 13 Kerajaan Barisan Nasional berjanji tidak naikkan harga barang tapi setelah dia menang harga barang tetap dinaik kan juga, apakah janji yang tidak ditetapi itu tidak dipanggil berbohong ke... Kenapa tak suruh dia orang undur diri ?
DeleteSebenarnya kau lebih bangang dari anon 19:49
iye ke?? Tang mana aku boleh tengok janji2 BN tu??
DeleteKat manifesto?? Tak jumpa pun..
Kat aku janji?? Tak jumpa pun...
Lagi pun, manifesto bukan janji macam khalid gagap cakap..
Aku sokong pakatan ni pasal PAS ada dalam Pakatan.
ReplyDeleteKalau PAS goodbye kat Pakatan, aku pon good bye.
Takat nak dengar Anwar membebel, malas lah.
Tapi kalau Najib membebel, aku suka dengar, pasal kelakar. Sebijik macam berok mat yeh sarkas.
Najib sibodoh ingat, sogok dengan cara lantik cucu Kutty jadi MB anak Kutty akan puas hati dan duduk diam ke? Woi Jib bangang, anak Kutty ngah ngejas tu..! Ko kena cepat bertindak kat anak Kutty. Kalo dak, bila ko dah tergolek dog sok, anak Kutty akan hina ko habis habisan macam yang dia buat kat Dolah Hadhari kaki membuta tuuu.. Masa tu baru la padan ngan muka kangkung ko tu!Huhuuuuu.
ReplyDeleteYang aku tahu janji pilihanray 13 bang non yang janji kalau dia jadi dia janji bukan harga barang ...tol pun turun ....kat selangor gaji mb naik 300%...rakyat dapat voucher rm30....cukai pintu naik 200%....ko nampak sapa bangang bodo .....anon 19.49 dan 21.10 dah la bodo ...bangang fakta lgii
ReplyDeleteKo ti masih kekal bangang sebabnya Anwar buat janji dan tunai janjibkalau dia dapat kuasai putrajaya bukan dapat Selangor.
DeleteKah kah ahaks...bingai anon 22.15....pakai otak bila nak fikir beb...kah kahh..maksud ko tu ko setuju la kos , cukai dan gaji mb naik 300%...di selangor dengan alasan bangnon tak jadi perdana menteri lagi....kah kah... kalau belum jadi PM pun suma naik di selangor...ni kan pulak kalau dah jadi PM...adooiii...tu la ko suka sngt tengok ultraman tarobontot...pasal tu la ku bodo....
ReplyDeleteRupanya kau tak tahu bezakan antara menguasai kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.l Hujah kau standard melayu 50sen saja ....l
Deletemmg otak org UMNO/BN nie tak tau bezakan kuasa pusat dan kuasa negeri....kalu tak tau jom kami tunjukkan......jom kiter tukar kuasa dulu...lima tahun jer.....ada berani ker......hihihihihihi
Deletestandard melayu ultraman tarobontot....apa saja yang ultraman tarobontot cakap ko sedut jer...kah kah....kalau contoh depan mata pun ko tak boleh nak baca apa ladi contoh belakang ultraman tarobontot la yang ko suka kah kah kah...
ReplyDeleteLu siapa Anwar Ibrahim ! Lu bangkai jijik tau tak.
ReplyDeleteLu Tak layak story Perlembagaan ka, Prinsip ka, Identiti ka....bla bla bla.
Perlembagaan lu Illuminati. Mata. Jesuit. Lu Barua Neocon pluralis.
Prinsip lu lidah biawak. Anak cina babi anak lu. Anak keling anjing anak lu. Anak benggali lembu anak lu. Tarak ugama punya bangkai.
Identiti lu nafsu. Bontot jantan lu tarok. Nonok bini orang lu tutoh. Puki pelacor lu layan.
Bacol punya bangkai.
lu lg bangkai......confirm Bangkai Negara(BN)..cakap punyalah busuk.....eeeyeeeekkk.....hihihihihi
DeleteAnoy 23.35 tak yah nak cemoh dan hina orang lain. Kiw oi kat cermin dan cermun diri kow sendiri. Elok sangat ke akhlak kamu tu tengok pada penulisan dan komen kamu dah tahu siapa kamu sebenar. Manusia berakhlak tidak akan menhina manusia lain cakap pun merendah diri. Kalau aku kata manusia bangsat kamu marah tapi kamu memang bangsat bin pukimak bin jaramjadah mulut macam puki otak taik. Pi mampos lah kamu
ReplyDeletetapi aku setuju bang non memng layak di hina
DeleteAnon 23.35 aku sokong ko seratus peratus....cuma kurangkan sikit bahasa tu....dia dia orang dah tak de modal nak belasah....semua tak ade hujah dan fakta...
ReplyDeleteAnon 23.46, No doubt you are IDIOT DOG ....hehehe.
ReplyDeleteAnon-anon yang dok atas SEMUAnya munafik. Bercakap tapi tak berani mengaku diri tu siapa. Sentiasa baling batu sembunyi tangan.
ReplyDeleteUcapan tu live dari cnn jugak kot...kah..kah...wartawan beratur nak temuramah saya anwar ibrahim...kantoi menipu ..selagi ada nafas i badan selagi tu nak menipu...Brother Anwar Bin Ibrahim BABI...kensesus nasional pulakkk...bila nyawa penipu dah terdesak kronik sebab tipu daya dan fitnah dah tak laku lagi cuba menipu cara lain pulak...nampak lunak tapi hasrat menipu tetap ada...dasar anjing yahudi
ReplyDelete