Saturday 18 January 2014

BILA UMNO MENGAMUK TERHADAP ISU KANGKUNG MAKA TERSERLAH ENGGAN MENERIMA REALITI SUARA RAKYAT PERINGKAT AKAR UMBI.



Ketidakmampuan Umno untuk melihat sisi lawak parodi kangkung mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tanda bahawa mereka hilang sentuhan dengan perasaan rakyat dan enggan mengiktiraf kuasa media sosial, kata penganalisis.

Penganalisis berkata, keadaan itu menunjukkan parti ahli Melayu dan penyokongnya masih berpegang kepada mentaliti bahawa pemimpin mereka tidak boleh dikritik.


Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata cara pemikiran ini kebanyakannya didorong oleh struktur dan sejarah parti Melayu itu, penetapan tradisional yang ada kaitan kuat dengan budaya feudal.


Ahad lalu, Najib berkata kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) tidak pernah dipuji apabila harga barangan turun. Menggunakan kangkung sebagai contoh, beliau berkata harga sayuran sudah turun tetapi Putrajaya tidak menerima sebarang pujian.


Kenyataannya disiarkan oleh siaran televisyen tempatan TV3 dan dimuat naik ke You Tube, mencetuskan kritikan daripada pengguna laman sosial, dengan kebanyakannya menyatakan kebodohan perdana menteri menggunakan kos sayuran yang tumbuh liar di tepi jalan sebagai contoh kerajaan memahami.


Sejak itu, kenyataan kangkung tersebar luas di media sosial hingga ada yang memuat naik video, gambar, parodi, jenaka dan flash mob yang mempersendakan Najib.


Ini menyebabkan ahli Umno mengkritik mereka yang tidak menunjukkan rasa syukur kerana harga sayur yang lebih murah dan mengejek kerajaan.


Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi ada unsur perkauman apabila blogger Umno, Dr Novandri Hassan Basri membelasah ahli pembangkang berbangsa Cina.


“Pakatan (Rakyat) Cina menjadi lebih ekstrem dan biadap. Mereka secara terbuka menghina perdana menteri dengan memasukkan kangkung ke dalam mulut replica Najib,” katanya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk dari PKR, Lee Khai Loon menganjurkan bantahan di Pulau Pinang yang memaparkan patung Najib disumbat dengan kangkung.


Ibrahim berkata, reaksi daripada Umno menunjukkan bahawa BN mempunyai masalah berdepan dengan golongan lebih muda yang tidak berkaitan terhadap pemimpin.


Katanya, mereka tidak selesa mereka mereka tidak biasa dengan maklum balasa seumpama itu.

Beliau berkata, masalahnya menjadi lebih teruk kerana pemimpin selalu dilihat lebih hebat daripada hakikat dan dengan mengejek pemimpin, ia menjadikan lebih sukar untuk mereka meyakinkan rakyat Malaysia mengenai polisi pada masa depan dan ia bahaya.

“Internet adalah landasan untuk rakyat menyuarakan kesedihan dan Umno tidak bersedia untuk melihat penentangan sudah sampai ke peringkat itu,” katanya.


Penganalisis politik dari Universiti Monash Malaysia, Profesor James Chin, berkata sokongan di sekeliling Najib oleh ahli parti dan penyokong berhubung isu itu adalah konsisten dengan kemampuan Umno untuk berdepan degan media baru.


Beliau berkata, BN tewas dalam perang sosial media sejak pilihan raya umum 2008.

“Umno tidak faham bahawa parodi kangkung adalah jenaka. Mereka jadi defensif. Mereka sepatutnya perlu diam sahaja atau menghasilkan idea jenaka lain untuk mengalihkan perhatian,” katanya.

Beliau berpendapat, dilema Umno disebabkan fakta bahawa mereka melayan media sosial sebagai satu lagi bentuk media tradisional, dan kejahilan seumpama itu boleh menjejaskan parti.


“Mereka tidak sepatutnya mewujudkan kontroversi, ia akan menguatkan jenama buruk yang Umno ada,” katanya.


Ketua Pegawai Operasi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh, berkata ia ironi kerana Umno dan penyokongnya marah meluap-luap terhadap warga internet mengenakan Najib apabila mereka melakukan perkara serupa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.


“Mengapa mereka senyap apabila penyokong atau mereka daripada kumpulan lain melakukan helah yang sama terhadap pemimpin pembangkang?


“Mereka boleh meluahkan rasa marah yang serupa, tetapi mereka tidak melakukannya,” katanya dan menambah mereka sepatutnya konsisten dengan pendirian.


Berdepan dengan kenaikan kos sara hidup berikutan pemotongan subsidi dan kenaikan harga, Yeoh berkata, rakyat Malaysia menggunakan jenaka untuk membantu mereka menangani masalah.


“Tidak banyak yang boleh dilakukan, sama ada anda ketawa atau menangis, jadi adalah lebih baik ketawa,” katanya... TMI

8 comments:

  1. UMNO dah jadi fobia pd kangkung pula

    ReplyDelete
  2. Itulah mentaliti otak kosong ahli2 UMNUUU. Tak de yang boleh di banggakan semuanya copy paste n rasis....

    ReplyDelete
  3. aku jijik betul dgn politik mencerca dan menghina. lps tu, ulang2 bende yg sama. rasa sgt jijik dan muak, perlakuan seks songsang yg menjadi perjangan pr. eeeiii... kotor


    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. keza...lain kali masuk bagi salam dulu la.... jangan la masuk main terjah dengan fitnah melucah. Perangai ko tu menunjukkan ko ni anjing ameno. Ko tau makna anjing ameno? menyalak untuk dapat RM

      Delete
  4. kenapa dia nak ngamuk? Bukan ke najib dah kata bahawa dia memang suka makan kangkung.....apa masalahnya. Kita mempromosikan kangkung supaya kita boleh berjimat. kalu kita berjimat, nanti boleh beli rumah kat new york 110 juta dan buat filem yang ada adegan ringan2 harga 300 juta lebih.

    So apa masalah dorang nak marah pulak?????
    promosikan kangkong salah ker?
    makan kangkong salah ker?
    jimat weiiii!!
    Itu pasal la kangkong perlu dipromosikan...

    ReplyDelete
  5. Alaaaaaa sumbat mulut dgn kankong jekkk pooonnn.... yang. Korang 'mengencing' gambar tok guru tu aperciter beb....anak rosmah ajar ke? Wat citer wolf of wallstret...lo.z

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang marah sebab kangkung tak warna biru!!!

      Delete
  6. SAYA TAK AKAN MAKAN KANGKUNG SELAGI TIDAK ADE KANGKUNG BERWARNA BIRU!!!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...