Monday 27 January 2014

ADAKAH INI BEKAS SETIAUSAHA POLITIK YANG BAKAL DIHERET KE MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR ESOK?????



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk dan seorang pengarah yayasan berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta.
  
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, penyelewengan itu melibatkan tiga buah yayasan dan kedua-duanya dijangka didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
  
"Bekas setiausaha politik dan pengarah itu masing-masing ditahan pagi dan petang ini. Bagaimanapun, kedua-dua mereka dibebaskan dengan wang jaminan RM50,000 setiap seorang," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam lawan sesawang suruhanjaya itu.
  
Dua individu berkenaan, masing-masing berusia pertengahan 30-an dan awal 50-an didakwa terbabit pecah amanah wang melebihi RM1.1 juta dan penipuan melibatkan dana RM1 juta, katanya.
  
Mustafar berkata, tiga yayasan terbabit ditubuhkan antara 1980-an dan tiga tahun lalu, tidak didaftarkan sebagai badan kebajikan atau pertubuhan, sebaliknya bergerak sebagai sebuah syarikat dengan tanggungan berhad.
  
Kedua-dua individu berkenaan memegang jawatan sebagai pengarah dan pemegang amanah yayasan-yayasan terbabit dan difahamkan wang telah dikeluarkan bertentangan dengan objektif penubuhan yayasan, katanya

5 comments:

  1. Suhaimi Ibrahim? Kah kah kah. Suhaimi Ibrahim? Yang jadi kapten GPMS dulu tu ek? Yang statment lebih ke politik dari perkara berkaitan pelajar tu ek? Yang kuat kutuk Anwar ngan Pakatan tu ek? Lahanat ni memang macam bagus2. Sekarang dah jadi penyamun ke? Kah kah kah kah. Haramjadah tul lahanat sekor nih.. Ptuuuuuih! Kah kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. Boss makan 250 juta....s/u 1.1 juta je...umunu dengan rasuah, penipuan dan penyelewengan hal2 duit ni depa lah juaranya....itu pun sorang dua je yang sangkut jap pastu lepas!!!

    ReplyDelete
  3. Dia dikira sudah dibebaskanlah tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku baru nak cakap ... tuan dah cakap dulu. Terima kasih!!!

      Delete
  4. Betul kata hak55 tu, 1 juta hinggit je kira sap sap sui le, kak jat 250 juta tak ada ape2 pun bebas merdeka dipilih jadi ketua lg, ketua penyamun..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...