Monday 27 April 2015

BEKAS EXCO KERAJAAN PERAK DATO' HAMIDAH OSMAN DI PERINTAH OLEH MAHKAMAH TINGGI BAYAR RM150,000 KEPADA KHALID SAMAD SEBAB KALAH SAMAN FITNAH.



Bekas Exco kerajaan negeri Perak Dato' Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Keputusan tersebut diberikan Penolong Kanan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini di kamar beliau setelah mendengar hujah yang diberikan oleh peguam kedua-dua pihak.

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Khalid bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Hamidah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Di dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan tiada bukti Hamidah menerbitkan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang Paderi.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hamidah memadam posting beliau itu dan cuba menafikan menerbitkannya, namun Mahkamah Rayuan memutuskan memang beliau yang menerbitkan artikel berunsur fitnah tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan taksiran ganti rugi dibuat di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam yang kemudiannya memutuskan jumlah tersebut hari ini.

Khalid diwakili Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili Tetuan Hafarizam, Wan & Aisyah Mubarak
.

9 comments:

  1. Buat malu satu family je ....

    ReplyDelete
  2. Jawapan standard...
    hakim telah dibeli pakatan..

    ReplyDelete
  3. RM150 ribu tu macam RM150.00 saja kpd org UMNO. Boleh byr on the spot. No problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakil rakyat macam tu duit berjuta beb. Cuma pengikut dan penyokong je yang bodoh. Makan nasi campur pun tak mampu. Harapkan ikhsan orang. kerja malas, otak beku, kalau ada ijazah pun sebab pandai hafal. Bila pergi temuduga cakap Inggeris pun buat orang gelak. Lagi 50 tahun bakal jadi hamba abdi rakyat keturunan lain. Sekarang dah biasa kuli haprak melayu tapi supervisor orang Bangladesh dan tokey Cina Malaysia. Amacam. Negara maju ye, yang maju orang lain Melayu tahap dulu jugak. Pemalah!!

      Delete
  4. padan muka...kalau nak fitnah pun agak2 lah ini menyentuh soal agama...buat malu keluarga...waktu ni tak ngaku sedaralah.

    ReplyDelete
  5. Itu baru balasan dunia...tunggu lah balasan akhirat...selagi tidak memohon maaf dosa fitnah akan dibawa keakhirat. Nama Islam pakai tudung tapi buat fitnah tak ingat agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maap maap. Kena saman pun GST jugak - GEMOK SAMPAI TUA!!

      Delete
  6. Padan muke macai macai bn amno smua nye kaki tipu dan kaki puki dan butoh

    ReplyDelete
  7. Macam mana dato hamidah ni nak jadi wakil rakyat kalo anak dia sendiri pun party sana sini siap ada anak luar nikah lagi? Adakah beliau layak jadi wakil rakyat kalo keluarga sendiri pun beliau tak mampu nak jaga? Allahualam

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...