Thursday 30 April 2015

MENGAPA RAJA BOMOH IBRAHIM MAT ZIN SAHAJA MAU DI WARTAKAN SESAT DAN HARAM OLEH JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK?????? ... ADAKAH BOMOH-BOMOH LAIN TIDAK SESAT TERPESONG DARIPADA AGAMA ISLAM?????


Omak Kau memang bersetuju sangat bahawa seorang bomoh mengaku dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ibrahim Mat Zin wajar diwartakan oleh Majlis Fatwa Negeri Perak sebagai sesat lagi menyesatkan dan haram kerana amalan dan ajaran yang dibawanya jelas sangat terpesong daripada Agama Islam.

Masalahnya sekarang mengapa dia seorang sahaja yang perlu diwartakan sebagai sesat dan haram .. apa jadi dengan bomoh-bomoh lain atau individu-individu yang mengamalkan gelagat yang serupa atau hampir-hampir serupa???

Adakah dia mau diwartakan haram sebab gelagatnya mengenai insiden kehilangan MH 370 yang menjadi bahan ketawa dan kutukan seluruh dunia?????

Dia sudah mengamalkan cara kalutnya ini sudah sekian lama .. bukan sehari dua tetapi sudah dekat 50 tahun ... sepanjang tempuh itu adakah pihak berwajib tidak tahu dan dapat maklumat mengenai kegiatannya ini????

Sepatutnya haramkan bentuk jenis ajaran dan amalan yang bercanggah dengan kehendak Agama Islam bukan hanya individu-individu terpilih.

Setahu Omak Kau Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ibrahim Mat Zin ini juga adalah seorang Mahaguru kumpulan silat .. apakah ajaran yang dimaksudkan Tan Sri Mufti Perak itu ada sangkut paut dan berkait dengan ilmu silat yang diajarnya?????? .. Jika benar maka perlu haramkan sekali kumpulan silat tersebut.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan dalam mesyuaratnya kelmarin untuk mewartakan bomoh kontroversi Ibrahim Mat Zin, dikenali juga sebagai Raja Bomoh, sebagai sesat dan haram.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

"Amalan dan ajaran Raja Bomoh itu bakal diwartakan haram dan sesat kerana terpesong daripada agama," beliau berkata.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses.

Harussani berkata, antara proses tersebut ialah, jawatankuasa mufti perlu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan ia perlu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Raja Bomoh yang berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila terlibat memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar, Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Terbaru, beliau mencetuskan kontroversi apabila menawarkan diri membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang hilang tahun lalu.

Raja Bomoh itu mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

Bagaimanapun, kehadiran beliau di KLIA, dengan melakukan ritual seperti yang digambarkan dalam filem P Ramlee  'Laksmana Do Re Mi'  mengejutkan orang ramai hingga mengundang kritikan banyak pihak.

Ibrahim dan pembantunya datang ke KLIA pada hari pertama dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu, manakala pada hari kedua datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Meskipun menerima kecaman, Ibrahim yang didakwa bomoh terkenal di kalangan pemimpin UMNO, mempertahankan tindakannya dengan menegaskan upacara yang dilakukannya di KLIA itu menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam
.

16 comments:

  1. Lupa tambah lah omak kau kes mahkamah salah guna kuasa anwar itu pada 1998 pun raja bomoh ada cuma keluarga nepotims itu je percaya raja bomoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Kelantan lg melambak rawatan pelik²guna ayat² quran lg.
      Janji pankah bulan yg haram jadi halal.

      Delete
    2. Dulu pas kata tolak hudud atau undi orang tolak hudud hukumnya haram
      La ni pas nak sokong orang yang tolak hudud cam ne?
      Patutnya haramjugak lah. Melainkan haram boleh tukar jadi halal.

      Delete
  2. sebab dia sorang je yang kita kenal... saper suruh expose diri? sebelum ni rakyat jelata tak kenal pon sape bomoh samdol ni. yg kenal pon ahli2 politik yg bengong tak kira parti mana pon. berani buat berani tanggung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui hang kata...sapa suruh dia gila publisiti macam Nuar Berahim? kan dh kena pangkah!

      Delete
    2. Harun din pun bomoh jugak...
      harun din pun ko nak haramkan ke...
      klw ada orang mengadu...jbt agama nanti siasat le nak haramkan ke tak..

      Delete
  3. Camtu ahli politik yg guna khidmat dia pun sama sesat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebas duit rakyat tak sesat ker?

      Delete
    2. Jgn lupa juga aksi bomoh ni depan bamboo resort...geng lilin ajak tu..

      Delete
  4. Terliur pulak tgk kelapa muda tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tampat aku tiga hinggit setengah sebijik. Harga belum masuk gst. kalu masuk gst dekat2 4 hinggit.

      Delete
  5. Sbg bomoh anwar yg menhantar jin utk lepaskan nuwar dgn membuat pukulan kayu golf, mewartakan bomoh ni sesat sangat mengguris perasaan abg trrmulia anwar Danjuga kami sbg ahli pkr tegar yg turut sama membakar lilin.
    Kami sedih. Bersabarlah mahaguru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali dia hantar jin dia kat mat mazlan daaa...

      Delete
  6. Bomoh nih ada berani tak tampar buaya kat mufti??? Harituh dia beranih sergah kat KJ..

    ReplyDelete
  7. Kalau x faham apa itu jampi...ruqyah..serta sesat yg bagaimana...apa hujjah kesesatan...adakah terpesong akidah dan melanggar syariat....kebanyakan pegawai2 yg suka mewartakan sesat ni x mencapai tahap pengetahuan...terutama alam ghaib, alam jin dan hubungkait dgn syariat....

    ReplyDelete
  8. Melayu secara am memang bangsa yang bengap. Tak reti perintah negeri sendiri. Perkara kurafat jadi amalan biasa. Ugama Islam yang suci ditokok tambah ibadahnye. Sebab itu orang Melayu takut kepada ustaz-ustaz bukan Melayu. Lebih-lebih lagi yang belajar di Madinah. Di gamlah, tak layan la. Makin sehari makin teruk itulah melayu satu bangsa yang sedang menuju kepada keruntuhan. Bumi ni Allah swt punya, ugamanye ugama Islan. Tak heranlah Allah sedang mengalih kuasa dari orang Melayu kepada orang lain. Tak heranlah kalau semakin hari semakin bertambah ustaz-ustaz dari bangsa bukan Melayu yang memahami Islam mengikut sunnah. Sementara itu orang melayu bolehlaa yahanana, yahanana, yanana, yanana... sampai ke pagi!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...