Thursday, 27 August 2015
APAKAH GERAKAN HARAPAN BARU (GHB) SUDAH CUKUP KUAT DAN BERPENGARUH UNTUK AMBIL ALIH TEMPAT PAS DI PAKATAN RAKYAT 2.0?????
Setelah beberapa kali mendengar ceramah Gerakan Harapan Baru (GBH) maupun membaca kenyataan para pemimpinnya di akhbar dan di blog maupun portal-portal tertentu. Maka dirangkumkan segalanya, apakah sebenarnya GHB ini mau lakukan dengan kemampuan yang sedia ada tanpa bias dengan mengambil kira realiti politik tanah air.
Setiap kali Omak Kau hadir dalam mana-mana ceramah sejak dulu sebagai aktivis parti dan penggiat blog antara perkara yang menjadi pemerhatian Omak Kau ialah gaya bahasa tubuh para pendegar dan hadirin selain mendengar apa butiran yang diucapkan oleh para pemidato diatas pentas.
Gaya dan lengguk bahasa tubuh para pendengar amat penting demi mendapatkan respon, sambutan dan reaksi mereka tentang ucapan para pemidato sama ada termakan dan percaya atau sekadar masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri dimana langsung tidak hinggap dan menyinggah difikiran dan jiwa mereka.
Kenalah menerima hakikat politik tanah air betapa dalam kepercayaan politik sesebuah pertubuhan politik berkenaan memerlukan ikon sebagai suatu daya tarikkan dan magnet kuat dalam meraih dan mengamit sokongan rakyat terutamanya anak-anak muda.
Sebab itu beberapa ikon politik tanah air yang dikenali sudah pasti segala tindak tanduknya termasuklah gaya pakaian, duduk, berjalan, berbicara dan makan menjadi perhatian dan ikutan.
Omak Kau boleh dikatakan agak biasa dan kerap mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Muhamad Sabu, Khalid Samad, Dr Mujahid, Dr Dzukefly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Dr Mariah Mahmud dll semasa mereka berucap atas pentas PAS atas nama pemimpin-pemimpin PAS yang sebenar.
Setelah mereka mengisytiharkan diri mendakap perjuangan GHB sudah pasti butiran dan isi ceramah mereka akan pasti berubah dan tidak sama. Lengok bahasa dan sasaran pun sudah beralih dan berganjak.
Bolehlah dirumuskan kebanyakkan isi lebih banyak memainkan sentimen untuk membina dan membentuk persepsi buruk terhadap PAS dan kepimpinannya terutama sekali terhadap Presiden PAS itu sendiri Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.
Ungkapan dan labelan serta terma-terma seperti takfiri, keras, politik marah-marah, politik bahasa kesat, merobohkan pakatan dan mesra dan bersama Barisan Nasional sering diulang-ulang, untuk memberi gambaran dan mau seberapa yang boleh dipasak dalam jiwa dan minda pendegar betapa seolah-olah itulah gambaran kapada Hadi Awang sekarang, walaupun terma dan labelan itu amatlah mudah untuk dikilas dan dipatahkan dengan hujah dan fakta.
Antara butiran-butiran ceramah yang sering dijaja kesana sini kini ialah:-
“Dalam pilihanraya ke-14 nanti kita perlukan parti yang kuat untuk berdepan dengan UMNO/BN. Kalau lawan 3 penjuru dlm PRU, parti yg kuat perlu kehadapan dan parti yang lemah perlu menarik diri.”
Persoalannya benarkah GHB benar-benar cukup gagah dan kuat sehingga mampu memaksa PAS mengundur diri????? Bagaimana dengan sokongan akar umbi yang akan membuat kerja-kerja sebagai PACA, memasang bendera, perayu undi, penjaga keselamatan pemimpin dan tempat ceramah dari diganggu kacau dll.
Dan bagaimana pula dengan sokongan rakyat dan pengundi dipeti undi apabila tiba waktu mengundi nanti??? Apakah indikator yang mengatakan GHB ini cukup gagah dan kuat sehingga memiliki alasan dan justifikasi sehingga mampu menumbangkan ego PAS agar menarik diri dengan memberi laluan kepada GHB untuk bertanding dikerusi-kerusi yang selama ini diperuntukkan kepada PAS????
“Kita tidak hanya perlu menang di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kita perlu menang seluruh negara. Jadi perjuangan kita perlu inklusif merangkumi seluruh Negara.” Benar dan disokong akan kenyataan dan alasan ini betapa untuk kerusi parlimen kita perlu inklusif. Tapi untuk DUN kita perlu eksklusif, fokus pada kehendak dan keperluan tempatan.
Persolannya, apakah hudud yang dibawa oleh PAS yang dikatakan menjadi punca perbalahan Pakatan Rakyat dan dalam PAS itu sendiri adalah inklusif untuk seluruh tanah air???? Tidak. Buat masa itu, ia hanya eksklusif untuk Kelantan sahaja dan ia sesuai, menepati kehendak rakyat Kelantan. Dan dalam konteks sidang DUN Kelantan, ia inklusif untuk seluruh negeri mereka.
Memang benar lagi sahih dan tidak sesiapa yang berfikiran waras betapa calon-calon seperti Salahuddin Ayob , Khalid Samad, Dr. Siti Mariah dan beberapa yang lain memerlukan sokongan pengundi bukan Islam di kawasan mereka. Sebab itu perjuangan mereka perlu lebih inklusif.
Hujah ini benar. Logiknya, bagi mereka, pembawaan hudud yang bersifat eksklusif di Kelantan itu boleh menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam dikawasan mereka. Itu logik dan alasan mereka.
Peliknya mereka lupa atau saja-saja buat lupa dan dengar didalam ceramah yang sama dan pentas yang sama, rakan mereka sepert Dr. Mujahid dan Dr. Dzulkefly Ahmad sering menyebut perkataan "RAHMATAN LIL ALAMIIN" iaitu membawa rahmat dan kesejahteraan bagi seluruh manusia tanpa mengira ras dan anutan agama.
Persoalannya kini apakah mereka tidak yakin bahawa sifat Islam itu (termasuk hudud yang terkandung di dalamnya) adalah " RAHMATAN LIL ALAMIIN" untuk semua agama dan bangsa sebagaimana yang sering diucap dan disebut oleh rakan-rakan mereka.
Apakah bagi mereka sifat RAHMATAN LIL ALAMIIN"nya Islam itu hanya ada pada perkara-perkara tertentu dan terpilih sahaja seperti kebajikan, peduli, amanah dan progresif dan tidak ada pada perkara yang lain seperti hudud dan qisas?????
Benarkah dakwaan mereka bahawa PAS yg membubarkan Pakatan Rakyat sedangkan hakikat dan realitinya ianya adalah sebaliknya. Rasanya tidak perlu artikel ini mengulas isu yang sudah diulas dan dikupas banyak kali dan lagi pun rakyat sudah sedia maklum dan mengetahui perkara yang sebenar.
Omak Kau tidak mau mengambil kesempatan untuk membidas keras para pemimin GHB dalam ruang ini kerana perlu akui jasa bakti mereka curahkan kepada PAS bukanlah sedikit begitu juga sebaliknya PAS cukup memberi ruang dan peluang yang cukup luas untuk mereka bergerak dan mempromosikan diri mereka sebagai pemimpin jemaah PAS
Kesimpulannya sehingga kini GHB sepanjang sesi ceramah dan penerangan, corak dan gaya yang dibawa lebih memfokus dan menumpukan untuk mencetus minda akal pendengar untuk berfikir, menggerakkan emosi dan rasa marah mereka untuk bersikap berani berubah, berani melawan, berani menongkah arus.
Perlu ingat betapa perjuangan yang berlandaskan emosi dan perasaan semata-mata tidak akan kekal lama maupun tidak mampu pergi jauh. Perjuangan itu lambat laun mengikut peredaran masa akan hilang dan pupus apabila akal,emosi dan marah itu padam dan hilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
BELUM TUBUH, DIORANG DAH BEREBUT JAWATAN!!!
ReplyDelete
Huh! Kalau dah namanya Geng Haprak Baru tu geng yang Gila Jawatan, memang tak heran la perkara seperti itu boleh berlaku. Diorang keluar PAS pun sebab diorang Gila Jawatan jugak.
Hari ini, facebooker pro PAS, Tok Usin Ceroii Original mendedahkan perbualan whatsapp dia dengan salah seorang orang kuat GHB yang dilihat kecewa dengan krisis dalaman gerakan itu.
Sekurang-kurang dua tokoh GHB yang dilihat mampu untuk memberikan saingan sengit kepada kepimpinan Si Mat Sabu tu selaku Pengerusi iaitu Mujahid Yusof Rawa dan Si Husam Musa
Khabar angin mengenai krisis dalaman GHB mula bertiup sejak 15 Ogos apabila Si Mujahid tu telah dipilih sebagai Pengarah Eksekutif Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji’15.
Gosip perpecahan dalaman GHB itu semakin kencang apabila Mat Sabu sendiri mengeluarkan kenyataan bersedia berundur daripada menjadi ketua kumpulan itu, jika ada calon yang sesuai.
“Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.
“Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif,” kata Mat Sabu ketika dihubungi Mstar empat hari lalu.
Sejak Geng Haprak Baru tu ditubuhkan, telah terdapat banyak persoalan yang dibangkitkan dikalangan ahli serta pemimpin terhadap kredibiliti pemimpin-pemimpinnya, terutama Mat Sabu.
Ramai yang mengkritik dengan menyatakan bahawa Si Mat Sabu tu bukanlah seorang pemimpin yang kuat setelah GAGAL berkali - kali dalam beberapa Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini.
Kesimpulan mudahnya, puak - puak Geng Haprak Baru ni memang terdiri dari kalangan mereka yang Gila Jawatan belaka. Sebab masing - masing hanya sekadar berjuang demi kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je!!! Bukannya diorang buat untuk orang lain!!
MAT SABU AKUI, KHALID SAMAD GHAIRAH TAK TENTU ARAH!!!
DeleteHeh! Tak heran la kalau benda seumpama ni berlaku dikalangan puak - puak Geng Haprak Baru yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu. Diorang ni masing - masing memang 'Ghairah' tak tentu arah.
Maklum la. Masing - masing semuanya Gila Kuasa belaka. Jadi, ada je yang nak tunjuk dia lebih bagus dari orang lain sampai tahap nak buat pendirian pun terpaksa berbalah sesama sendiri.
Korang bayangkan. Nak buat kenyataan mengenai sama ada diorang nak bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pun boleh sampai bercanggah diantara satu sama lain.
Itu belum diorang buat keputusan mengenai perkara lain. Masing - masing dok sibuk nak buat kenyataan sendiri. Sekali gus ianya membuktikan bahawa diorang ni takde istiqomah dalam membuat keputusan.
Dengan erti kata mudahnya, dikalangan diorang ni, tak wujud perkataan 'Berjemaah' dalam membuat apa saja keputusan. Maka sebab itulah diorang mudah ber-Mufaraqah dengan PAS.
Masing - masing nak ikut kepala otak sendiri je. Jadi, macam mana diorang nak buat keputusan yang mampu memberikan keuntungan kepada rakyat kalau dah semuanya bagi pandang peribadi sepanjang masa. Kot itu pun diorang tak mampu buat, boleh pergi jahanam la jawabnya!!!
SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) masih berkira-kira untuk bertanding di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tahun depan, demikian kata pengerusinya Mohamad Sabu.
Beliau berkata tiada sebarang perancangan untuk GHB berbuat demikian dalam masa terdekat kerana masih menumpukan isu-isu rakyat di Semenanjung.
"Kami belum bincang hal pertandingan pilihan raya sekarang tumpu pendaftaran parti kemudian nanti kami nak tumpu menambah ahli dan mengangkat isu rakyat dalam ceramah."
"Itu pandangan dia (Khalid Samad), kita belum buat keputusan dan pandangannya itu nanti kita akan bawa dalam perbincangan. Kita pun tidak tahu pilihan raya Sarawak bila?" katanya dalam sidang media, merujuk kepada kenyataan Khalid sebelum ini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dalam sidang medianya pagi tadi berkata GHB bersedia untuk bertanding dalam PRN Sarawak selepas penubuhan parti politik baru berkenaan bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 tidak lama lagi.
OMAK KAU...
DeleteKLU TENGOK PD KOMEN DLM BLOG INI, YG TIDAK RASIONAL DAN BERMAIN SENTIMEN EMOSI IALAH PENYOKONG PAS DAN UMNO. PENYOKONG GHB HANYA SESEKALI MENCELAH.
KEADAAN SEBENAR DI LUAR SANA PUN SAMA JUGA. KETUA2 PAS DAN TV4 LEBIH BANYAK BERMAIN EMOSI KERANA PANIK HINGGA KADANG KALA TERLUPA SAMPAI MEMAKI HAMUN, MENCERCA DAN MEMFITNAH WAIMA MENJADI TUKANG TENUNG MENELEK NASIB DAN UMUR GHB YG DIPERCAYAI SELURUH AHLI TIDAK LEBIH 2 TAHUN.
KITA LUPA BAHAWA KITA HANYA MERANCANG TETAPI TUHAN MEMENTUKANNYA.
MANUSIA KINI SEMAKIN KRITIKAL. PARTI YG MAMPU MENYEDIAKAN LANDASAN GOLONGAN BERPRINSIP KRITIKAL SEPERTI INI AKAN JADI PILIHAN.
PARTI YG PENGIKUTNYA MUDAH DIIKAT DAN DIPENJARA MINDANYA AKAN TERTINGGAL SEBAGAI PARTI KONSEVERTIF KETINGGALAN ZAMAN DAN MELAHIRKAN YES MEN SEPERTI AMAT MASLAN DAN ZUHDI, SERTA PENYOKONG BEROTAK KOSONG SEPERTI UNKNOWN, MAAE KAJANG, NURUUL BASTARD, JEF ULU YAM DAN ULU BERNAM, JESSIE MENGONG DAN BANYAK LAGI YG OTAK MEREKA SUDAH MATI KERANA TERLALU LAMA STATIK AKIBAT TERPENJARA.
Biarkan mereka meroyan .sakit jiwa mereka.Omak kau pun sama,kita harapkan mereka terus dal;am kedaan sakit mental,Sekarang Pas+Umno+ omak Kau+ Jeff+anonmuose al jubur.dan ramai lagi ,setiao komen mereka terus menunjukan mereka mental
DeleteHahaha......selagi omak kau mengutuk mencelar menghina ghb tetap akan teruskan matlamatnya malah merancakkan lagi gerakkannya. Kerana takutlah byk pihak mengkritik ghb yg bertujuan melemahkan menghalang memburukkan nama ghb agar rakyat benci dan penyokong ahli dari party lain tidak beralih arah bersama dgn ghb,namun makin dikutuk dihina pengikut ahli baru semakin byk bersama ghb. Zaman telah berubah tiada sejarah boleh diguna pakai sebaliknya perubahan diperlukan utk memajukan rakyat bukan nya memajukan negara semata2 dan kayakan kroni secara umumnya.
DeleteGAGAL RAMPAS PAS, KITA PULAK JADI SASARAN!!!
ReplyDelete
Sebelum ini kita dengar bahawa gerombolan kecewa dalam PAS ini berhasrat mahu menubuhkan parti baru yang kononnya mahu perjuangkan Islam juga selepas GAGAL merampas PAS dalam pemilihan parti Jun lalu.
Mereka dikatakan akan mengambil-alih sebuah parti yang sedia ada dan akan mengerakkannya sebagai parti baru yang “DAP friendly” yang akan bersaing secara terbuka dengan PAS.
Ke arah itu mereka pada ketika ini sedang mengerah dan menggerakkan agar seluruh penyokong - penyokong mereka meletakkan jawatan dalam PAS secara beramai - ramai.
Satu demi satu kawasan dan cawangan-cawangan PAS akan lumpuh dakwa mereka dan apabila itu berlaku, dan sejurus usaha mereka menghidupkan sebuah parti berjaya, kesemua mereka akan berbondong menyertai parti baru itu.
Ghairah sungguh mereka menjelajah seluruh negara bagi mencapai matlamat ini walaupun banyak pihak sangsi dengan keupayaan mereka. Ramai mengatakan parti yang diasaskan oleh orang-orang yang kecewa ini keseudahannya nanti akan kecewa juga dan terbengkalai begitu sahaja.
Tiba-tiba hari ini The Star Online melaporkan rungutan Setiausaha Agung Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) iaitu Azmi Othman yang mendakwa kumpulan kecewa ini yang menamakan diri mereka Gerakan Harapan Baru (GHB) sedang berusaha mengambil-alih parti mereka tanpa pengetahuan beliau dan Presiden partinya.
Dan bukan itu sahaja, Azmi mendakwa terdapat penipuan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang dikatakan telah menyerahkan minit mesyuarat palsu parti beliau ke pihak Pendaftar Pertubuhan ROS.
Pihak yang mendakawa diri mereka profesional dan kononnya amanah kini terlibat pula dengan kerja-kerja merampas sebuah parti yang sah dengan cara yang amat buruk dan memalukan.
Kalau benar dakwaan Azmi ini sebagaimana laporan polis yang beliau buat, ini satu petanda buruk buat pemuka-pemuka GHB. Sudahlah kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi atas tiket PAS mereka rampas dan bawa lari tanpa peduli, kini parti pun mereka mahu “hijack”
Belum tubuh parti baru, PasMa dan G18 dah bergaduh
DeletePETALING JAYA: Belumpun tubuh parti baru bagi menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan kumpulan G18 (liberal Pas) sudah tidak sefahaman.
“Pergaduhan’ mula tercetus apabila Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mendakwa PasMa tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru.
Berang dengan kenyataan itu, Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, sikap G18 yang memandang remeh terhadap orang lain menjadi punca kumpulan itu kalah dalam Pemilihan Pas baru-baru ini.
“Kalau beginilah sikap mereka, patutlah mereka kalah kepada ustaz-ustaz muda dengan ustaz pondok dalam Pemilihan Pas.
“Mereka mengambil remeh tentang keupayaan orang lain sebab itu mereka kalah dengan kumpulan yang tidak berpengalaman.
“Tengoklah natijahnya mereka dah kalah. Mereka kalah sedangkan kumpulan ini orang hebat.
“Bagaimana mereka kata cukup berpengaruh tetapi tetap kalah? Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku,” katanya kepada FMT.
Kumpulan G18 dikenali dengan pelbagai gelaran seperti golongan profesional dan sekarang dilabel golongan progresif dalam Pas.
Phahrolrazi berkata, kumpulan G18 tidak menghormati orang lain seperti mana mereka tidak menghormati keupayaan ustaz-ustaz muda dan akhirnya menyebabkan mereka kecundang.
Katanya, beliau menyokong penubuhan Pakatan 2.0 tetapi tidak kepada parti yang ditubuhkan kumpulan G18.
“PasMa menyokong penubuhan gabungan baru tetapi tidak kepada parti itu jika mereka bergerak sendirian kerana objektif kita melawan UMNO,” katanya.
Beliau mengakui PasMA tidak mempunyai kekuatan jika bergerak sendirian tetapi mampu memberi impak yang besar kepada landskap politik tempatan jia bergabung dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang juga salah seorang ahli kumpulan G18 berkata, mereka akan mengumumkan sama ada menubuhkan parti baru atau tidak, dalam waktu terdekat.
“Kita tidak putuskan lagi dan perkara itu akan dimaklumkan dalam pengumuman khas nanti, bila nak umum kita tidak tahu lagi tunggu pengumuman daripada team G18,” katanya ketika dihubungi.
BILA DIA ORANG GADUH?
DeleteTAK ADA DENGAR PUN.
BILA DIA ORANG GUNA NAMA KITA?
BUKAN BELUM UMUM LAGI KER?
KO NGIGAU PANIK NI KOT......
MAT SABU TERDESAK, MEROYAN TAK TENTU ARAH!!!
ReplyDeleteHuh! PAS nak layan kerenah Budak Suruhan DAPigs ni ek? Bukannya ada manfaat pun kalau nak dengar cakap Si Mat Sabu tu sedangkan dia sendiri tak sedar diri.
Hanya semata - mata Geng Haprak Baru yang Si Mat Sabu tu pimpin tidak mempunyai maruah membuatkan mereka menjadi semakin hilang arah bila dicabar untuk lepaskan jawatan.
Kononnya nak sangat jadi Pengkhianat kepada parti. Tapi bila orang desak suruh diorang lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat, kecut buah kerandut belaka. Macam - macam alasan diorang berikan.
Dek kerana ketandusan idea nak berhujah mengenai desakan yang dibuat, maka terpaksa la Si Mat Sabu tu tampil memberikan alasan bertaraf Longkang untuk selamatkan kemaluan mereka.
Tak masuk akal lansung bila Si Mat Sabu tu cabar pemimpin PAS letak jawatan sebagai wakil rakyat sebab diorang bertanding bukan atas tiket Pakatan Haramjadah tu. Sebaliknya diorang bertanding atas tiket PAS.
Jelas, tindakan Si Mat Sabu tu bukan sahaja membuktikan bahawa Geng Haprak Baru tu dah ketandusan ieda. Malah ianya juga membuktikan ke-BODOH-an melampau yang dia miliki.
Satu perkara jelas yang perlu diingatkan kepada Si Mat Sabu tu. Tak payah la dia nak buat desakan terhadap orang lain untuk lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat sedangkan dia sendiri pun KALAH dalam Pilihan Raya.
Setidak - tidaknya, itu membuktikan bahawa Si Mat Sabu tu sendiri telah di-TOLAK oleh rakyat secara terang - terangan sehingga membuatkan dia Tak Layak Lansung nak jadi pemimpin!
Hakikatnya, Geng Haprak Baru yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu bukan sahaja terdiri dari kalangan mereka yang MUNAFIK dan Tak Bermaruah. Malah diorang juga takde sifat bertanggungjawab terhadap jawatan yang mereka sandang pada ketika ini!!!
MAT SYABUN KATA, DANA GHB SEMUA TURUN DARI LANGIT!!!
Delete
Haduyai!!! Kenapa la BENGAP sangat puak - puak PAS ni ek. Takkan bab itu pun diorang masih nak tanya lagi? Benda yang remeh macam tu pun diorang nak jadikan persoalan jugak ke?
Takkan la diorang selama hari ini tak tau yang puak - puak Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu jauh lebih hebat dari kepimpinan PAS Pusat yang ada pada hari ini. Khasyaf diorang tinggi.
Orang macam Si Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid Rawa, Hatta Ramli, Nizar Lilin, Dr. Dzul dan sebagainya tu semua orang yang hebat - hebat. Diorang tak perlukan bantuan orang lain.
Sekali diorang baca doa je, berlambak - lambak duit turun dari langit. Tak perlu nak mengharapkan puak - puak DAPigs tu beri bantuan kepada diorang. Kalau ada pun, setakat bantuan dari celah gigi je.
Paling tidak, Geng Haprak Baru tu boleh bagi alasan, "semua pemimpin dalam GHB mengimfakkan gaji mereka sebagai wakil rakyat untuk menggerakkan aktiviti diseluruh Negara".
Lagi pun, bukannya seorang dua je yang jadi Pengkhianat dalam PAS tu takde berjawatan. Boleh dikatakan semuanya masih memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat sama ada ADUN atau pun Ahli Parlimen.
SETAHU AKU GHB TAK TUBUH LAGI.
DeleteTAPI KO AJE YG BAGI KOMEN LEBIH2.
MAT SABU PUN RELAX AJE.
JGN LA PANIK SANGAT SAMPAI MENGIGAU2
GHB macam in. Hippies pun tak mau masuk
ReplyDeleteAnda seorang Loser???????? Anda kalah pemilihan, tak naik pangkat, kena ludah, mak bapak tang mengaku anak, kalah judi dll loser style, sila hubung GHB.
DeleteKami NGO yg berdasarkan loser, kami Faham anda kecewa dan kami Inclusive
Tak lama lagi kami akan ada Pati Cap Roket Kebawah, namanya Hamana, dalam bahasa Italy yg bermaksud LOSER.
Apa kami lakukan tak berpandukan betul atau salah, sebab kami mengharapkan Ihsan Uncle Bukit Penang.
SIla hubungi Mat Shampoo, Mariah Kari, Ha-Nipah dan Qolet Smart untuk butir2 selanjutnya
Hidup Loser
Boy GHB
Gerak Harap Boy
ADA ORG MASUK KER, TAK ADA ORG MASUK KER, ITU BUKAN KERJA KITA. KITA SERAH PD ALLAH. KALAU BAIK ORANG AKAN MASUK.
DeleteIndikator utk kejayaan GHB nanti bole ditengok ketika BERSIH 4.0 nanti. Coz, tanpa penglibatan PAS adakah ramai org yg akan turun berhimpun? And dulu ramai org melayu yg turun sbb kebnykkan Melayu tersebut dari PAS dan unit amal. I know sbb I pun ada ketika BERSiH 2 dan 3 dulu.
ReplyDeleteYG PASTI ADA ORG UMNO AKAN BAGI SOKONGAN 4.00 SBB IKLIM POLITIK UMNO DAH BERUBAH.
DeleteSorong papan tarik papan,
ReplyDeleteBuah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh belajar dia tak mahu.
Buah keranji dalam perahu,
Perahu belayar ke Mongolia,
Suruh belajar dia tak mahu,
SPM tak ada A pun najib beri degree juga.
sorong papan tarik papan
Deletebuah keranji dalam perahu
suruh makan nuar aljubo makan
suruh menjubo lagi dia mahu.
Ramai lagi Melayu Malaya yang bodoh-bodoh..........katanya Melayu Brunei dan Melayu Republik Singapura. Abih macam mana tak bodoh-bodoh yang cerdik kerja swasta atau pun berhijrah...tinggal lah yang bodoh-bodoh jadi menteri!!
DeleteDapat kat geng nie lagi Haru Biru negara.Patutler dap suka sangat kat depa nih, dahlah score 2.0 harap dengan ceramah lawak.nak pimpin negara.esok kena tipu kering jer dengan dap..hidup DS Najib!
ReplyDeleteSAMPAI BILA NAK TERUS KENA KENCING?
DeleteSAMPAI KITA KOJOL?
Melayu Brunei Darussalam dan Melayu Republik Singapura senyum je tengok gelagat Melayu Malaya. Rupanya ramai lagi Melayu Malaya yang bodoh-bodoh!! Abih canno dah memang bodoh!!!
DeleteMacam-macam hal.......tak tentu arah pun ade, merepek pun ade, meroyan pun ade. Cukup-cukup le bertelagah sesama pembangkang ni. Menegakkan benang yang basah? Kalah jadi abu, menang jadi arang......sama-sama rugi.
ReplyDeleteApe yang GHB nak buat, itu hak GHB. Ape yang PAS nak buat, itu pun hak PAS. Tak payah nak pertikaikan isu-isu remeh temeh.....fokus pada benda penting dari nak persoalkan GHB kuat ke tidak ke, pengkhianat ke tak ke......buang masa le!!
Patut la tak ke mana pun Malaysia ni sebab pusing-pusing, sampai situ jugak.
Tak payahlah kao GHBkan pembaca2. Cukuplah Kao sorang GHB. Hidup mengharap ehsan Bukit Penang
DeleteMEREKA PAS DAN UMNO NI MERABAN SBB PANIK YG KETERLALUAN. MAKLUMLAH DAH RAMAI AHLI BERANI LAWAN PRESIDEN SURUH LETAK JAWATAN.
DeleteBILA PANIK MULALAH BUAT CERITA MERAPU2.
Dulu PAS;
ReplyDeleteSekarang atas pagar;
Dulu PAS di kagumi kerana ahli berdisiplin dan menjawab dengan hujah dan fakta;
Sekarang PAS di pinggirkan kerana ahli kuat mencarut, memfitnah dan tak dapat menerima pendapat ramai.
Dulu ustaz dan ulama PAS di hormati dan di sanjungi;
Sekaran ustaz dan ulama PAS di pandang serong kerana ada kepentingan diri dan kaki memfitnah.
Banyak lagilah, aku tak larat nak type.
Aik hg umuq brp. Bukan pas dulu pun sama ka. Mencarut menfitnah umpama mkn nasi.
DeleteGHB ada pengaruh ka takdak pengaruhka tak kesahlah Omak Kau.
ReplyDeleteSekarang ni cuba kira GHB ada berapa ahli parlimen dan berapa adun.
Sebaik sahaja parti AMANAH didaftarkan, denan serta merta parti itu ada 5/6 orang MP dan entah berapa belas adun.
Pada masa yang sama, Pas serta merta kehilangan kerusi parlimen dan dun. Kerusi parlimen yang sebelum ini ada lebih 20 akan tiba-tiba menjadi berbelas-belas sahaja.
Manakala dun selangor pula daripada 13 akan jadi tak sampai sepuluh. Mana tak ciritnya haji hadi.
Dulu:
"tak risau...tak risau....gumbira...gumbiraaaa....."
Sekarang:
"woiii....jebon....!!!!
bagi balik kerusi aku.....bagi balik wooiiiii...!!!!"
Begitulah lawak sinario yang akan kita sama-sama saksikan.
Purapuranya
ReplyDeleteGumbira gumbira
Ruparupanya
Kuciwa kuciwa
Anugerah pelakon terbaik jatuh kepada eji hardy ahWANG merebut piala party ularmak semalaysia PUS. Kumpulan mental problem lemah fikiran.Ptuih.
Wartawan: "Mengapa Datuk Seri tak hadir ambil tropi?"
DeleteDatuk Seri:" Atas sayalah nak hadir ke tak hadir ke!!"
40 tahun dulu tokwan aku kata pas parti ajaran sesat suka kafir umno. Fatwa haji hadi dibanggol pradong. Sekarang cucu aku tanya mengapa haji hadi suka cium bontot umno. Aku jawab yang tokwan atok kata pas ni parti ajaran sesat sebab cakap berbelit belit macam lidah biawak.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTak kisahlah GHB kuat ke tak kuat ke, yang penting sanggup buat kerja, tidak hina kawan, tidak degil macam lembu KK, tidak khianat dan tidak belot. Setakat cakap berdegar-degar dalam majlis lepas tu bawa uncang kutip derma bolehlah. Bila dah halau dan orang yang dihalau dah pergi apa sibuk lagi. Macam meracau kena demam panas je!!! Sepatutnya gembira....gembira...
ReplyDelete