Thursday, 13 August 2015

EXCO KERAJAAN SELANGOR PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI MELENTING APABILA DI KIRITIK KERAS LAGI PEDAS AHLI PARLIMEN DAP KERANA GAGAL KENDALI MASALAH DENGGI SECARA BERKESAN SEHINGGA MENYEBABKAN 89 KEMATIAN



Exco Kesihatan, Kebajikan, Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi membidas kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago susulan kritikan beliau terhadap pentadbiran Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang didakwa gagal mengendalikan masalah denggi apabila 89 kematian dicatatkan sehingga Julai.
 

Dr Daroyah meminta Charles untuk bersikap terbuka dan bekerjasama bersama Kerajaan Selangor membanteras pembiakan aedes, sebaliknya bukan menuding jari menyalahkan menteri besar dan Exco.
 
“Tuduhan Charles itu tidak betul. Jangan hanya tahu menuding jari, sepatutnya sama bantu hapus aedes.
 
“Bukan hanya tugas Exco Kesihatan, Exco PBT dan menteri besar sahaja, tetapi semua pihak (pemimpin masyarakat) termasuk orang ramai perlu mempunyai kesedaran tentang bahaya aedes dan maut menanti sekiranya terus mengabaikan kebersihan,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Adun Sementa itu juga turut menafikan bajet tambahan RM17 juta yang diberikan kerajaan persekutuan untuk memerangi denggi tidak berhasil seperti dipertikaikan oleh Charles.
 
“Mengarut, sudah dua kali pegawai saya jelaskan dalam mesyuarat. Bajet itu daripada Kementerian Kesihatan kepada Jabatan Kesihatan Selangor, bukannya kerajaan negeri.
 
“Manakala kritikan berkenaan ahli majlis tidak tahu program kerajaan negeri itu merujuk kepada ahli majlis PBT, bukannya ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN),” katanya.
 
Menurut Dr Daroyah, baru-baru ini telah diadakan Bengkel Pelan Strategik Pembiakan Aedes yang turut disertai 12 PBT, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Selangor dan juga Kelantan.
 
“Jabatan Kesihatan Kelantan dijemput membentangkan teknik penghapusan aedes kerana negeri itu berjaya menurunkan rekod tertinggi yang dicatatkan sebelum ini. Kita minta Kelantan bantu Selangor berkongsi idea pelan pembanterasan aedes.
 
“Hasil dapatan bengkel itu akan menjadi garis panduan untuk dipraktikkan pada tahun depan. Bagaimanapun saya selaku Exco Kesihatan akan terus mencari jalan untuk menangani isu tersebut,” katanya.

9 comments:

  1. GHB kena aedes

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tanda2 pas akan mengalahkan umno dalam pru 14 nanti.

      Delete
  2. Wakakakah....

    Bila kena kata tanggungjawab orang ramai...ngok ngok ngok...

    Jawapan sama dgn menteri kerajaan, JADI MENATANG APER FAEDAH DAPAT TUKAR KERAJAAN...

    Alih2 sama ajer...yg lain Pie Kay Arr main bontot, kote bengkok, otak berbelit.

    Kaum sendiri DAP Haramjaddah tanya apa jawab...tanggungjawab bersama..

    Isu longkang tersumbat kena liwat, banjir sana sini, malam 11.30 tutop air tak jawab pulok..

    Pukimak haramjaddah sial, menyesal aku pangkah kau orang, cakap, janji, semua korang liwat.

    Mana bukti kau orang lagi bagus pd Kerajaan, kau pjr lagi zalim, kejam menipu siang malam.

    Udah2 ler menipu, semasa TS Khalid yea, betul air di Selangor FREE, zaman azmin, dah kena bayar, tak kan setiap bulan pakai air RM35.00, tak masok akal.

    Pkr Penipu Sial Mzlaun pukimak, macai macai kau org berapa dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi.....ko sakit otak ker?
      Pergi rendam kepala kat lobang jamban la
      45 minit, ok balik la otak ko turrr

      Delete
  3. Salam 1rasuah ,

    Pangkah BN bererti sokong GST dan disusuli dengan minyak naik. Percayalah sudah banyak kali terjadi bila BN menang prk esoknya minyak naik.

    Kalau tuan-tuan rasa banyak duit, tolong fikir orang tidak bernasib baik dan orang malas juga.

    bagaimana mereka nak hidup, mereka nak berniaga tapi tapak berniaga dikawal puak tertentu yang menyewakannya kepada warga asing. Mereka nak buat kerja am tapi tempat mereka dirampas PATI. Mereka pandai tapi tempat mereka dalam kerajaan dirampas bodo SPM sikit A yang ada degree.

    Bayangkan jika perkara ini terjadi kepada anak-anak anda.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai . Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko lebih benci gst dari jaga anak bini ko mampos kena denggi...
      dah ramai sgt kat selangor ni mati kena denggi...pbt tak kerja politik 24/7

      Delete
  4. hahaha.....

    Kalu exco Pas yang kena tegur oleh DAP, mau terbang siku lutut dan sarban Pas pi tibai MP DAP tu.....

    ReplyDelete
  5. Hahaha....

    kalau exco Dap kena tegur dgn Pas, tak apa.. machai ghb sdia berkhidmat mempertahankan khalifah guan eng dan morsidol kit siang..

    ReplyDelete
  6. Utk makluman tak selesai masalah dgn hanya forging satu taman atau satu Bandar.. nyamuk aedes hanya akan lari menyorok ditempat lain... tetapi membunuh pepatung yg mana pepatung akan makan telur dan nyamuk aedes nie... kita kena lihat keadaan sekeliling kita... semua dah jadi bangunan, system perparitan yg tak tidak terusurs... malah.. sungai2 dikambus... hutan2 telah ditebang.... mengganggu eko system kita... nyamuk aedes hanya byk dibandar2... nape kat kg kita tak pernah dgr kisah nyamuk aedes nie... rumah kg kita kena forging sebuah2... tak Nampak pun... so... bukan kita halang pembangunan... tapi biarla... ekosistem tu... terjaga... so fikir2kan..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...