Friday, 14 August 2015
JUSTO AKAN MENGAKU SALAH KATA PEGUAMNYA.
Hukuman ke atas bekas eksekutif PetroSaudi, Andre Xavier Justo dijangka akan dikeluarkan oleh mahkamah di Bangkok pada minggu depan.
Menurut media Singapura, The Straits Times, Justo yang merupakan warga Swiss yang ditahan kerana memeras ugut bekas majikannya PetroSaudi dan cuba menjual maklumat syarikat itu kepada pihak yang didakwa cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan mengaku bersalah di atas tuduhan itu.
Memetik peguam Justo, Dr Marc Henzelin, iaitu peguam daripada Geneva yang dilantik isteri Justo di Switzerland, akhbar itu melaporkan bahawa tiada perbicaraan penuh dengan saksi berikutan keputusan sudah dibuat’.
“Pendengaran kes akan dibuat minggu hadapan. Difahamkan daripada sumber polis bahawa ia akan dijalankan minggu depan namun ia mungkin memakan masa 10 hari. Dia akan terus dijatuhkan hukuman.
“Pengakuan bersalahnya akan menjadi keadaan kawalan. Hakim akan meneliti fakta bahawa dia bekerjasama dengan polis dan membuat pengakuan. Ini perlu diakui oleh peguam Thailand dan saya pasti tentangnya,” katanya ketika dihubungi di Geneva.
Peguam itu juga dilaporkan berkata, dia diberitahu bahawa hukuman ke atas Justo mungkin antara enam bulan ke satu tahun setengah dan tertakluk kepada syarat antara Thailand dan Switzerland, jika Justo hanya mendapat hukuman kurang dari setahun, dia boleh dipindah untuk menjalani hukuman di Switzerland.
“Tetapi jika dia menjalani hukuman di Thailand dia akan menerimanya,” kata Dr Henzelin.
Justo, 48, ditahan oleh polis Thailand di rumahnya di Koh Samui pada 22 Jun lalu. Dia kemudiannya membuat pengakuan penuh dan dalam termubual dengan The Straits Times pada 23 Julai, butiran mengenai bagaimana pertemuannya dengan sekumpulan pembeli di Bangkok dan Singapura untuk menjual maklumat itu kepada mereka. Dia bagaimanapun mendakwa dia tidak dibayar USD2 juta yang dipersetujui dalam perjanjian transaksi itu.
Akhbar itu melaporkan, Justo juga mempertimbangkan untuk memulangkan semula data maklumat 90GB kepada Petro Saudi, kata peguam itu, demi kepentingan mengurangkan lagi kesnya.
Kumpulan Media The Edge hanya memberitahu polis pada 24 Julai bahawa syarikat itu yang menemui Justo untuk membeli maklumat itu, namun tidak membayar sebagaimana yang dijanjikan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pasukannya cuba mengadakan pertemuan dengan Justo untuk soal siasat namun hingga kini masih belum berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Omakkau cakap 1mdb cuma fitnah tp belum apa2 gabenor bank,sprm,ag awal2 lagi dah kena lipat..ngeh3
ReplyDelete2.6 bilion tu menang angka ritual ghaib.hahahaha
ReplyDeleteStrategi Menjatuhkan Pimpinan ‘Terlalu Pro-PR’ Pada Muktamar 2015
DeleteDengan itu strategi yang lebih kemas telah disusun bagi menghadapi Muktamar 2015.
Langkah pertama dilakukan sebaik sahaja selesai muktamar 2013. Pesuruhjaya PAS Negeri yang terlalu kommitted dengan PR ditukar. Antaranya, Dr. Rani, yang
di bawah kepimpinannya PAS Selangor telah mencapai prestasi terbaik sepanjang sejarahnya dengan memenangi 15 kerusi DUN. Sambil itu muka baru turut dilantik
sebagai PJ Perak walaupun terdapat mereka yang lebih lama dan lebih layak.
Langkah kedua adalah perlaksanaan program dalaman parti yang menjalankan kempen memburuk-burukkan pemimpin pro-PR. Program dalaman seperti Liqa’ Fikri,
Liqa’ Siyaasi, Nekad dan sebagainya dianjurkan sepanjang hampir dua tahun dengan tujuan menanamkan kebencian ahli terhadap kelompok pemimpin ini.
Langkah ketiga, mempopularkan individu tertentu melalui program dalaman ini sambil pemimpin yang ingin ditolak terus diasak dan diserang dengan didakwa
membawa fikrah menyimpang dari dasar Islam! Tuduhan bahawa kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Presiden mula diwar-warkan melalui program dalaman seperti
ini.
Langkah keempat adalah untuk menguasai cawangan dan kawasan tertentu sebelum muktamar 2015 supaya usaha menukar saff pimpinan dapat dijayakan. Ini menjadi
lebih mudah dengan kehadiran asatizah muda yang telah diasuh sejak 2009 dengan sikap tertentu. Mereka telah muncul sebagai pimpinan cawangan dan kawasan.
Langkah kelima dan terakhir, menghalang mereka yang ingin dijatuhkan dari bertemu dengan ahli melalui program parti. Program yang ingin diadakan oleh pimpinan
ini dituduh “berniat berkempen” dan ditolak oleh pimpinan beberapa negeri tetapi program menjatuhkan mereka terus dianjurkan.
Lima langkah seperti di atas telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ianya tidak mungkin suatu kebetulan.
Pak karta rusdianto ni sedara pak zain buah kelapa...yg ghaib2 ni dorang mmg pakar. Cer tanya pasal 2.6b dok kt mna skrng....ngeh3
ReplyDeleteAduan Kepada Pimpinan Utama
DeleteApabila diadu persoalan kempen jahat ini kepada DS Presiden semasa mesyuarat AJK PAS Pusat, maka telah sekadar dijawab bahawa fitnah dan dakyah adalah
‘perkara biasa’. Maka disyorkan semua yang difitnah dan diberi gelaran menghina menerimanya sebagai ‘sumber pahala’! Pokoknya, bibit perpecahan disemai
dan dibiarkan begitu sahaja.
Terdapat juga pimpinan yang ‘menfatwakan’ bahawa label-melabel adalah ‘Sunnah’! Mereka mengemukakan berbagai hujjah untuk mempertahankan amalan terkutuk
ini. Yang paling mengelirukan adalah dakwaan bahawa Abdullah Azam telah berpesan supaya sekiranya ada 10 peluru, maka 9 adalah untuk pengkhianat dan hanya
1 untuk musuh luar! Sedangkan Abdullah Azam menceritakan mengenai perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menentang penjajah dan ‘pengkhianat’ yang dimaksudkan
adalah orang tempatan yang bersekongkol dengan penjajah! Bukan ahli jemaah sendiri!
Tanpa usaha menghentikannya, media sosial dimanfaatkan untuk memperhebatkan lagi usaha dakyah dan fitnah terhadap pimpinan yang ingin dijatuhkan. Gelaran
yang lebih serius diperkenalkan termasuk “Liberal, Sekular, Plural, anti-hudud, anti-ulama” dan sebagainya.
Kemuncak Usaha Penyingkiran Pimpinan ‘Terlalu Pro-PR’
ReplyDeletePada muktamar 2014, istilah ‘barua dan broker’ diperkenalkan oleh DS Presiden sendiri.
Melaluinya, pendirian DS Presiden yang jelas ‘berpihak’ semakin terserlah. DS Presiden menggelar saff pimpinan yang sediada pada ketika itu sebagai “pilihan
muktamar, bukan pilihan dirinya”.
Menjelang Muktamar 2015, DS Presiden mengeluarkan kenyataan samada “pilih pimpinan pilihan PAS atau pilihan DAP”. Juga disebut “Muktamar sebagai medan
membersihkan PAS dari pemimpin Sekular”.
Dengan usaha gigih yang dilakukan serta keterlibatan pimpinan utama sendiri, maka tidak hairan bahawa akhirnya matlamat pertama tercapai dengan cemerlangnya.
Pimpinan yang ingin dijatuhkan dapat dijatuhkan secara ‘setandan’.
Bahagian kedua esok saya akan cuba menjelaskan strategi kedua, iaitu menimbulkan keresahan ahli terhadap PR. Ianya telah dilaksanakan dan jelas kelihatan
semakin berjaya.
Apa kesalahan Justo ni.
ReplyDeleteAdakah dia jutawan Arab yang bermurah hati tu.
Atau dia ada agenda untuk memalukan Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Mmg dah malu pun... 1M kabinet penyamun
ReplyDeletejustro tu despatch kot sgt bahaya pd negara
ReplyDelete