Wednesday, 17 July 2013

PEMBEKAL DAKWAT KEKAL YANG DIDEDAHKAN DIKATAKAN PESALAH TRAFIK TEGAR!!!...MEMPUNYAI 11 SAMAN TRAFIK YANG BELUM DIJELASKAN!!!!



BERNIAGA SECARA RUNDING TERUS BERMODALKAN AIR LIUR..PALING HEBATNYA PESALAH TRAFIK TEGAR YANG SOMBONG DAN ANGKUH ENGGAN BAYAR SAMAN!!!!

Pencarian siapa Mohamed Salleh Mohamed Ali bermula apabila nama itu diumumkan di Parlimen oleh pembangkang sebagai pembekal dakwat kekal kontroversi yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Setakat ini, semakan mendedahkan: beliau adalah ahli perniagaan berumur 47 tahun dan menguruskan syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di Shah Alam.

Tiada respon apabila panggilan telefon dibuat ke pejabatnya petang semalam.

Semakan juga mendapati Mohamed Salleh mempunyai 11 saman yang belum dibayar dan kenderaan digunakan untuk kesalahan adalah Porsche Cayenne dan Toyota Alphard.

Ahli perniagaan ini menjadi terkenal dalam sekelip mata semalam apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu Parlimen beliau adalah pembekal dakwat kekal.

Pengarah Strategi PKR itu juga mendakwa Mohamed Salleh rapat dengan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tiga minggu lalu Rafizi mencabar SPR untuk mendedahkan pembekal dakwat kekal itu dan jika gagal, beliau berjanji untuk mendedahkannya di Parlimen.

Beliau berkata semalam, penyiasatannya mendedahkan pemberian kontrak untuk bekalan dakwat kekal diberikan kepada syarikat yang pemiliknya tidak mempunyai kemahiran dalam urusan itu.

Syarikat itu juga tidak mempunyai modal untuk pembelian dakwat kekal dan pemiliknya meminta pinjaman daripada seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru sebanyak RM7 juta.

Dakwat itu menjadi kontroversi selepas pengundi mengatakan ia mudah dibasuh dengan menggunakan sabun. Sebelum itu SPR berjanji dakwat itu mampu bertahan selama tujuh hari.
Pakatan Rakyat (PR) mendakwa oleh kerana dakwat itu gagal, ramai pengundi boleh mengundi lebih dari sekali, menyebabkan berlakunya penipuan. Gabungan pembangkang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan PRU13 dan mahukan pilihan raya semula dengan alasan SPR gagal dalam hal dakwat kekal.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, dakwaan pembekal dakwat mempunyai kaitan dengan kepimpinan tertinggi SPR memerlukan siasatan lanjut.

“Saya terkejut dengan pendedahan ini. Ia menambahkan keraguan kerana mereka sebelum ini enggan mendedahkan nama pembekal,” katanya dan menambah, pendedahan ini menimbulkan lebih banyak keraguan dengan kemampuan SPR untuk menjalankan pilihan raya bersih dan adil.

Katanya, kontroversi terbaru berhubung pembekal dakwat menyebabkan keperluan untuk panel bebas menyiasat isu ini.

Petang semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafikan mempunyai kaitan dengan Mohamed Salleh dan menyatakan pihak yang menguruskan pembelian dakwat adalah setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Kamarudin Baria.

“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana saya dan timbalan tidak mencampuri urusan urusetia," kata Abdul Aziz merujuk kepada timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

SUNGGUH BERTUAH MENJADI WAKIL RAKYAT UMNO!!!!!...BOLEH DAPAT SATU HEKTAR TANAH SEORANG!!!

Ini baru kisah ADUN-ADUN UMNO di Besut...belum lagi di daerah-daerah lain di Terengganu.

Betul-betul bersifat wakil rakyat dalam erti kata nama dan bukannya isi dan semangat.

Baham tanah seekar seorang sebagai mewakili rakyat.

Rakyat di Kuala Besut majoriti berada dibawah paras kemiskinan tapi para pemimpin UMNO dengan senag lenang tanpa ada perasaan dosa dan ehsan terus rembat tanah walaupun mereka kesemuanya ini sudah pun memiliki tanah...Sikap tamak haloba memenuhi ruang kosong nafsu serakah.

Kalau rakyat Kuala Besut tidak nampak akan gejala jahat dan dahsyat ini...Omak Kau berasa kesiaan dan tidak mampu nak berkata apa-apa.

WAKIL RAKYAT DIDAHULUKAN...KEKAYAAN KRONI DIUTAMAKAN.

PERGH!!!... AYAM SEGAR TERMURAH DI MALAYSIA BOLEH DIDAPATI DI KOTA BHARU, KELANTAN!!!!!


Omak Kau dapat kiriman berita bersama dengan rakaman gambar betapa ada peniaga di Kota Bharu, Kelantan menjual ayam segar di Kota Bharu dengan harga RM4.99sen sekilo.

Kalau berita ini sahih lagi benar... Mengapa para peniaga di kawasan lain tidak mampu melakukan perkara yang serupa?

Adakah peniaga ini berniaga dengan menjual secara kuantiti  untuk mendapatkan keutungan?..Untung sedikit untuk seekor ayam tetapi jika dijual dalam jumlah yang banyak maka keuntungan masih juga diperolehi.

Rakyat mendapat untung selainb keuntungan juga diperolehi oleh peniaga...Situasi menang menang.

Nampaknya peniaga ini jauh lebih bijak dari Menteri yang katakan menyeru rakyat ubah selera.

Tuesday, 16 July 2013

BUKTI SAHIH BERGAMBAR MEMPERAKUI TUDUHAN AHLI PARLIMEN KINABATANGAN ... BLOGGER SEKS YANG HINA ISLAM PENYOKONG DAP!!!!


BIARKAN RAKAMAN GAMBAR BERBICARA.....Malas nak ulas dan komen panjang lebar sebab dengan rakam gambar-gambar diatas boleh menjelaskan dengan seribu perkataan siapa para blogger ini menyokong.

PENGERUSI SPR NAIK ANGIN SATU BADAN BILA DIKAITKAN DENGAN PEMBEKAL DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL OLEH RAFIZI RAMLI!!!!



Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.

“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar.

“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.

Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah 'rakan rapat' pemimpin tertinggi SPR.

Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus.

Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya dan pembangkang menjadikannya sebagai antara punca penipuan undi..M'SIAN INSIDER.

JOM KITA BANTU POLIS UNTUK KESAN, JEJAK DAN TERTANGKAPNYA SEORANG PEGAWAI POLIS BERPANGKAT INSPEKTOR!!!!



NAMA PEGAWAI POLIS:  INSPEKTOR HARE KHRISNAN A/L K.SUBRAMANIAM

DIKEHENDAKI BERSABIT DENGAN TUN H.S. LEE RPT 18468/13

Kes ini dipercayai ada kaitan dengan kes dimana tiga anggota polis dari Cawangan Siasatan Jenayah Berat D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah dituduh di Mahkamah atas pertuduhan membunuh dibawah Sek 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor masih bebas... Mungkin inilah pegawai polis yang dikehendaki itu.

Tiga anggota polis yang telah didakwa adalah Jaferi Jaafar, Mohd Nahar Abd Rahman, Mohd Haswadi Zamri Sahari, dengan yang pertama berpangkat sarjan dan kedua-dua lagi berpangkat koperal.

AKIBAT CUBA NAK BERLAGAK HERO.. EMPAT DARI LAPAN INDIVIDU YANG CULIK DAN BELASAH SEORANG PENJAGA KAFE SIBER KINI KENA CEKUP DENGAN POLIS!!!!!



  • Polis mencari saki baki kumpulan yang disyaki menahan dan melarikan seorang penjaga kafe siber dalam satu kejadian di Taman Sri Muda, Shah Alam pada malam tadi hari ini ditahan polis.

    Empat daripada lapan individu berkenaan telahpun ditahan di lokasi berasingan di Bukit Jalil, Kampung Medan dan Ampang pagi ini, lapor Utusan Online.

    Laporan itu menyebut, tindakan suspek yang melarikan penjaga kafe siber tersebut, dipercayai berhubung perbuatan menghina Islam di laman sosial.

    Laporan tersebut memetik kenyataan ketua polis daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob yang berkata kesemua suspek yang berusia 20-an disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik.

    Polis akan mengambil keterangan penjaga kafe siber tersebut serta teman wanita lelaki berkenaan esok untuk mengenalpasti motif perbuatan kumpulan suspek itu.

    Rentetan kejadian tersebut, lapor Utusan, bermula pada jam 3 pagi semalam semasa lelaki tersebut sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda.

    Lelaki itu kemudiannya ditahan dan dibawa dengan sebuah kenderaan bas mini jenis Toyota ke satu kawasan hutan.

    Suspek kemudiannnya meninggalkan lelaki tersebut di satu kawasan di tepi Lebuh Raya Damansara - Ulu Kelang dalam keadaan bogel dan badan lelaki itu turut diconteng, menurut Zahedi.


    "Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan hutan yang tidak diketahui lokasinya untuk dibogelkan dan diconteng badannya sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Seluar, baju dan pakaian dalamnya telah dilarikan.

    "Mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal juga seorang anggota polis melalui kawasan terbabit menemuinya pada pukul 12.30 tengah hari semalam sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju," kata Zahedi seperti dipetik Utusan.


    Sementara itu, satu laporan Bernama hari ini menyebut, lelaki berkenaan Ng Mun Tatt, 24, turut dicederakan oleh suspek.


    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laporan tersebut berkata Ng diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan satu gambar kontroversi yang dimuatkan di Facebook oleh pasangan blogger seks Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24.

    Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:

    "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."

    Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

    Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan.

    MACAM MANA NAIK ANGIN PUN.. NEGARA KITA ADALAH NEGARA HUKUM.. ADA UNDANG-UNDANG DAN ADA PARA PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG.

    JANGAN NAK AMBIL UNDANG-UNDANG DITANGAN SENDIRI...

    MELAKUKAN PERKARA YANG SALAH TERHADAP PESALAH TIDAK BERMAKNA TINDAKAN ITU MENJADI BENAR DAN SAHIH.

    TAHNIAH KEPADA PDRM KERANA BERSIKAP PROFESIONAL, TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH.

    MANGSA CULIK INI JIKA ADA MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH MANA-MANA UNDANG DALAM NEGARA INI WAJAR JUGA TINDAKAN TEGAS DIAMBIL KEATAS DIRINYA.

PELIK TAPI BENAR!!!.. HARGA AYAM DI PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN HANYA RM4.99 SEKILO???

Sedang rakyat seluruh negara merungut dan mengeluh dengan kenaikkan harga ayam yang terlalu tinggi, tetiba Omak Kau dapat info dengan bergambar bahawa harga ayam yang dijual di sebuah gerai jual ayam di Cabang Tiga, Pengkalan Chepa Kelantan ialah RM4.99sen sekilo.

Hampir RM4.50 sen hingga RM5.00 jauh lebih murah dari pasar basah seluruh negara.

RM4.00 lebih murah dari Pasar Tani.

Setelah diselidiki rupa-rupanya harga ayam digerai tersebut dijual pada asalnya RM6.90sen sekilo apabila dah hampir nak buka puasa towkey tersebut beri spesel diskaun sehingga RM4.99sen sekilo.

Kalau gitu lain kali beli ayam dekat-dekat nak berbuka puasalah.. Kita kena jadi pengguna yang bijak dan berotak.

PRK DUN N01 KUALA BESUT....CALON BN SEMASA JADI JURUTERA JPS BESUT DIKATAKAN GAGAL DALAM MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNG JAWABNYA SEHINGGA 1,000 EKAR TANAH SAWAH KERING KONTANG!!!!



Tragisnya, Empangan Pengkalan Nagka t pecah ketika calon BN bagi PRK Kuala Besut berkhidmat sebagai Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum beliau berpindah ke Putrajaya kira-kira 5 bulan yang lalu.

Empangan Pengkalan Nangka pecah, 1000 Ekar Tanah Pado Terbiar, Tuan Jurutera JPS buat apa?

Assalamu'alaikum wbt dan selamat sejahtera;

Saya mengucapkan terima kasih sekalgi lagi kepada saudara dan saudari sekalian kerana tidak pernah jemu untuk membuat liputan kepada PAS sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi N1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut ini.

Sudah lebih 3 musim, kira-kira 1,000 ekar tanah sawah meliputi kawasan penamaan padi di Kampung Tok Saboh, Kampung Nangka, Kampung Bharu dan Kampung Gong Manok di dalam kawasan Dun Kuala Besut kering kontang disebabkan Empangan Lowvier Pengkalan Nangka yang merupakan undi pengairan tanah sawah di lokasi-lokasi tersebut kira-kira hampir 2 tahun yang lalu.

Dengan anggaran pendapatan semusim untuk setiap ekar sawah adalah antara RM800-RM1,000 bisa dihitung, berapakah jumlah kerugian yang telah ditanggung keseluruhannya disebabkan oleh sawah yang terbiar ini.

Ambillah angka yang paling rendah, petani cuma memperolehi RM800 untuk setiap ekar padi semusim, 1,000 ekar sawah yang kering kontang bermakna keseluruhan petani-petani di kawasan terbabit telah kehilangan pendapatan kira-kira RM800,000! Bagaimana pula angka kerugian selama 3 musim?

Pendudukan tempatan yang ditemui menyatakan, punca utama pecahnya empangan yang menjadi nadi pengairan tanah sawah di lokasi terbabit adalah kegiatan menyedut pasir secara tak terkawal yang mengundang berlakukan hakisan teruk. Difahamkan kerja-kerja menyedut pasir tersebut dimonopoli oleh orang-orang Umno Besut.

Tragisnya, empangan tersebut pecah ketika calon BN bagi PRK Kuala Besut berkhidmat sebagai Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum beliau berpindah ke Putrajaya kira-kira 5 bulan yang lalu. Alangkah baiknya kalau beliau mengucapkan..."Sepatutnya saya bertindak cepat dan berkesan kerana saya adalah anak jati Kuala Besut, masalah empangan pula melibatkan petani-petani di kawasan Kuala Besut, kawasan saya, empangan ini pula di bawah bidang JPS Besut, saya pula adalah jurutera tetapi saya telah gagal".

Ini bukan serangan peribadi, tetapi rekod perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan yang berhak diketahui oleh pengundi kerana BN mencadangkan bahawa calonnya adalah professional anak tempatan yang diyakini mampu memberikan khidmat yang baik untuk memajukan Kuala Besut.

EDISI MELETOP C4!!!!!...RAFIZI KASI DEDAH PEMBEKAL DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL SEORANG YANG CUKUP RAPAT DENGAN PEMIMPIN TERTINGGI SPR!!!!!!




JENG..JENG..JENGGGGGG..

Rafizi dedah pembekal dakwat kekal ‘rakan rapat’ SPR

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus.

"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).


"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.


SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan". -

Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.


"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.


"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.


"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.


Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.


Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.


"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.


Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.


Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal. 1

POLITIK DENDAM KESUMAT!!!!...SETELAH DINAFIKAN TAPAK BAZAR RAMADAN...BERNIAGA DITANAH SENDIRI PUN DIHARAMKAN!!!!!

Heboh dilaman sosial FB bagaimana kerajaan UMNO/BN Terengganu melalui Majlis Perbandaran Kemaman telah bersikap zalim keatas para peniaga yang menyokong PAS.

Mula-mula permohonan mereka untuk mendapatkan tapak berniaga di Bazar Ramadan dinafikan.

Mereka yang gagal ini bersepakat membuka Bazar Ramadan di tanah peresendirian di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman, tapak kawasan yang sering digunakan untuk membuat ceramah anjuran PAS/PR.

Semalam selepas beberapa hari berniaga dengan mendapat sambutan cukup menggalakan dari penduduk tempatan, pegawai-pegawai penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Kemaman telah membuat serbuan.

Kesemua para peniaga dikeluarkan saman oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman(MPK).

Kalau bukan sifat politik sombong angkuh dan dendam kesumat nak di sifatkan sebagai apa lagi?

Teringat akan kata-kata keramat Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Hj Abdul Wahid Endut dulu-dulu, betapa UMNO Terengganu lebih jahat dari Yahudi...Ternyata ada kebenarannya.

EDISI TEMBELANG PECAH!!!!...YANG USIR 11 KELUARGA MELAYU DI TANJONG TOKONG, PULAU PINANG IALAH UDA HOLDINGS BERHAD (UDA) DAN BUKANNYA KERAJAAN NEGERI DAP/PR PULAU PINANG!!!!!



GEORGE TOWN - Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) hari ini menggesa UDA Holdings Bhd. (UDA) supaya menarik balik notis pengusiran 11 keluarga di Tanjong Tokong yang dikeluarkan mereka awal bulan ini.

Presiden Pemenang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata tindakan syarikat milik kerajaan selaku pemaju itu adalah tidak berperikemanusiaan kerana mengusir penduduk di bulan puasa dan menjelang Aidilfitri.


"Sepatutnya UDA yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu membantu keluarga berkenaan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Oleh itu Pemenang mahu UDA mempertimbang semula pengusiran itu,” katanya kepada pemberita di sini.


Media tempatan hari ini melaporkan nasib 11 keluarga berkenaan yang diarahkan mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan projek Fasa 4A dimulakan di kampung mereka.


Seorang penduduk Abdul Wahab Seeni Ibramsah, 40, melahirkan rasa sedih dengan tindakan UDA dan penduduk terpaksa melantik peguam untuk membela nasib mereka. - Bernama

SEKARANG SIAPA YANG TINDAS  ORANG MELAYU DI PULAU PINANG BEB!!!!!


Monday, 15 July 2013

PENANGAN PRK DUN KUALA BESUT!!!.. RUMAH TERBAKAR MAMPU DIBINA SEMULA DALAM TEMPOH 10 HARI SAJA!!!!!


Punyalah dahsyat pukulan sesuatu pilihanraya kecil apabila diadakan dinegara kita jika UMNO/BN berhempas pulas dan bersungguh-sungguh nak menang.

Perkara yang jarang kita dengar akan kita dengar... perkara yang agak sukar nak dilaksanakan akan dilaksanakan dengan apa cara sekali pun.

Inilah yang terjadi pada satu projek membina semula rumah rakyat yang terbakar di Kuala Besut baru-baru ini akan cuba disiapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu dalam tempoh 10 hari.

Bermula dari 13hb Julai 2013 dan mau disiapkan sehari sebelum rakyat Kuala Besut keluar mengundi iaitu pada 23hb Julai 2013.

Kalau bukan kerana adanya PRK DUN N01 Kuala Besut jangan nak mimpilah akan disegerakan sebegini pantas.

Benar jua kata setengah rakyat kita...bila ada PRK yang untungnya ialah rakyat jelata.

Paling peliknya ialah... semenjak bila pula salah satu peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah membina semula rumah yang terbakar?

KETUA MENTERI PULAU PINANG AMAT SETUJU BLOGGER SEKS GILA ALVIN TAN DAN VIVIAN LEE DIHERET KEMAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948!!!!!

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng hari ini dengan tegas dan bersuara keras maukan agar blogger seks Alvin Tan dan pasangannya Vivian Lee diheret ke Mahkamah atas pertuduhan di bawah Akta Hasutan kerana perlakuan mereka yang amat keterlaluan menghina Agama Islam.

Mungkin kedua pasangan ini akan menjadi penghuni untuk sekian lama dalam penjara.

Bergurau yang agak terlalu kasar sampai menghina agama lain dikira sudah cukup untuk dihukum agar menjadi contoh teladan kepada warga lain agar berhati-hati dalam bergurau dan berkata-kata dengan mengambil kira sensitiviti Agama dan Bangsa lain dinegara ini.


"Itu adalah salah. Mereka berhak untuk dihukum. Tidak ada keraguan mengenainya. Ianya adalah benar-benar tidak bersifat rakyat Malaysia. Penghinaan yang mereka lakukan adalah terlalu biadap dan suatu penghinaan yang lengkap".

MAKMAL UiTM KAMPUS SHAH ALAM TERBAKAR!!!


Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam terbakar petang tadi.

Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang tadi, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota berserta lima jentera ke lokasi kejadian.

Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya.

"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami.

ANAK KHIR JOHARI ZAIRIL...BUAT ONAR DI PARLIMEN...PERANGKAP TIMBALAN PERDANA MENTERI DENGAN SOALAN-SOALAN MAUT!!!!



Pada sesi Parlimen kali ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan mengenai pelbagai projek yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kebelakangan ini.

Sebagai contoh, Menteri sebelum ini telah mengumumkan bahawa Kerajaan bertekad untuk menyediakan sambungan internet kepada kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia untuk memastikan setiap murid mendapat manfaat daripada kemudahan internet yang berkualiti tinggi.

Pada masa yang sama, kita juga dimaklumkan murid Malaysia tidak lama lagi akan didedahkan kepada “Virtual Learning Environment” (VLE) atau pelantar pembelajaran maya dan platform pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) yang menyediakan akses ke kelas maya, mata pelajaran maya, kerja sekolah dan sumber-sumber lain. Alat pendidikan baru ini kini digunakan di banyak negara di seluruh dunia, dari United Kingdom hinggalah ke Korea Selatan.

Pada masa yang sama, tidak ada gunanya mempunyai internet jalur lebar dan alat e-pembelajaran canggih seperti VLE tanpa perkakasan untuk menyokongnya. Oleh itu, Muhyiddin juga telah berjanji bahawa setiap murid akan dilengkapi dengan komputer riba masing-masing, di bawah program “1 Student 1 Device” atau 1 Murid 1 Peranti.

Walaupun saya dapat menjangkakan angka mengejutkan dari segi perbelanjaan untuk pelbagai program ini, saya harus mengakui saya terkejut apabila mendapati semua projek di atas telah dianugerahkan kepada hanya satu syarikat tunggal – YTL Corporation Bhd dan anak syarikatnya.

Daripada beberapa jawapan Parlimen yang telah saya terima, saya dapati YTL telah dianugerahkan projek-projek berikut:

    Pemasangan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi di bawah program 1BestariNet ke semua sekolah (RM663 juta bagi kontrak 2.5 tahun);
    Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) untuk guru-guru, pelajar dan ibu bapa (RM250.5 juta untuk yuran pelesenan bagi suatu jangka masa tetap dan RM262.8 juta bagi kos pengurusan dan penyelenggaraan); dan
    Pembekalan komputer riba Chromebook di bawah program “1 Student 1 Device” (RM139.6 juta untuk tempahan 116,399 unit permulaan pada kos RM1,200 setiap unit).

Jumlah nilai projek-projek di atas adalah RM1.32 bilion. Jumlah ini sudah tentu bukan muktamad, kerana sebahagian besar perbelanjaan melibatkan kos berulang, seperti kontrak jalur lebar berkelajuan tinggi serta yuran pelesenan VLE dan kos penyelenggaraan. Bagi komputer riba Chromebook, jika matlamat rancangan itu untuk melengkapkan setiap murid dengan satu unit komputer riba sebagaimana dinyatakan dalam program 1 Student 1 Device, maka kos akhir bakal mencecah RM6.6 bilion bagi 5.5 juta unit.

Secara keseluruhannya, jumlah kos bagi ketiga-tiga projek yang dianugerahkan kepada YTL dengan mudah boleh meningkat sehingga RM9 bilion dalam tempoh lima tahun. Dalam erti kata lain, YTL kelihatannya telah mendapat durian runtuh dalam bentuk monopoli dalam Kementerian Pendidikan.

Susulan kepada pendedahan ini, soalan-soalan serius yang kini perlu dijawab adalah:

    Adakah proses tender terbuka yang berdaya saing dijalankan untuk pembekalan infrastruktur jalur lebar 4G, VLE serta Chromebook?
   
Sejak bila YTL, sebuah syarikat terkemuka dalam bidang utiliti, pembinaan, pembangunan hartanah dan baru-baru ini pembekal perkhidmatan internet, menjadi pakar dalam perkhidmatan pendidikan?
   
Selain infrastruktur jalur lebar 4G dalam projek 1BestariNet itu, apa yang membuatkan YTL menjadi pilihan terbaik untuk menyediakan bukan sahaja perisian VLE tetapi juga perkakasan Chromebook sedangkan syarikat ini bukan pemaju perisian atau pengeluar komputer?

Kementerian Pendidikan harus segera menjawab semua soalan-soalan ini untuk mengurangkan kebimbangan besar terhadap projek yang bukan sahaja bakal menelan belanja yang besar, tetapi juga akan memberi kesan kepada setiap kanak-kanak yang masih bersekolah di negara ini.

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera

KURMA ADALAH BUAH YANG PALING BERKHASIAT SEKALI DALAM DUNIA!!!!!!



• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

RAKAMAN GAMBAR PASANGAN KEKASIH YANG HINA UMAT ISLAM DI PEJABAT SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SKMM) UNTUK DISOAL SIASAT!!!



Pasangan Alvin dan Vivian yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, di laman Facebook mereka sedang disoal siasat oleh SKMM pagi ini.

Perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari kepada media, pagi ini di lobi Parlimen.

"Saya baru sahaja menerima maklumat daripada pegawai saya pagi ini, mereka telah hadir di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Mereka sedang disoal siasat sekarang," katanya di lobi Parlimen pagi ini.

50 PENIAGA MELAYU DI KLEBANG MELAKA HILANG MATA PENCARIAN KERANA DIARAHKAN MENGOSONGKAN TAPAK NIAGA OLEH MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB) DENGAN NOTIS SINGKAT!!!!!

HEBAT APABILA MELAKA DAPAT KETUA MENTERI BARU YANG MEMPUNYAI BUAH FIKIRAN NAK PATENKAN MASAKAN ASAM PEDAS...MULA-MULA NAK TUTUP JONKER WALK.. TERKINI PARA PENIAGA MELAYU KENA HAMBAT KELUAR DARI TAPAK NIAGA... HIDUP KETUANAN MELAYU!!!!... HIDUP UMNO!!!!.

KLEBANG - Hasrat kira-kira 50 peniaga di pesisiran pantai Dataran 1Malaysia di sini, untuk meraih pendapatan bagi menampung perbelanjaan sambutan Aidilfitri musnah apabila mereka diarah mengosongkan tapak niaga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Lebih  mengecewakan, mereka hanya menerima notis arahan mengosongkan tapak niaga itu dalam tempoh waktu yang singkat.

Wakil peniaga, Mohammad Bakhtiar Aman, 40, berkata, tindakan itu dianggap tidak wajar apatah lagi kebanyakan peniaga sudah menjalankan perniagaan di kawasan itu sejak lebih tiga tahun lalu, sebelum kawasan Dataran 1Malaysia dibuka.

Menurutnya, notis arahan itu dikeluarkan pada 2 Julai lalu dan diberikan kepada mereka pada 4 Julai iaitu sehari sebelum sesi dialog bersama diadakan.

“Ada peniaga mendakwa mereka hanya menyedari masalah itu apabila ada antara mereka memaklumkan kegagalan memperbaharui lesen tapak niaga.

“Untuk mendapatkan lesen, kami perlu membayar sebanyak RM150 iaitu RM30 kepada MBMB dan bakinya akan diberikan kepada penganjur selain kos sewa satu tapak berjumlah RM150 sebulan,” katanya semalam.

Bagi peniaga gerai makanan, Noraimi Mat Rejab, 37, dia dan isterinya, Fatimah Zakiah Abdul Rahman, 34, sememangnya bergantung harap pada pendapatan berniaga.

“Sebelum ini, kami mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 sebulan, namun kini jumlah itu semakin berkurangan kerana tapak kami meniaga sudah dilindungi dengan tembok zink bagi projek yang dijalankan di kawasan sekitar.

“Sudah lama kami menjalankan perniagaan di sini dan tidak pernah berubah ke kawasan lain. Jika kami dihalau keluar, ke mana kawasan yang perlu kami tuju? Malahan untuk memohon tapak bagi menjalankan perniagaan Bazar Ramadan juga sudah penuh,” katanya.

Peniaga barangan mainan, Norliliyanti Sairon, 35, pula berkata, dia bimbang memikirkan nasib enam anaknya yang masih kecil dan bersekolah.

“Pihak berkaitan sepatutnya memaklumkan perkara ini lebih awal dan memberikan cadangan atau tapak untuk kami menjalankan perniagaan.

“Mereka seharusnya prihatin dengan nasib yang menimpa kami dan jika boleh, beri kami peluang untuk meniaga sehingga dua minggu selepas hari raya,” katanya.

Sunday, 14 July 2013

PRK DUN N01 KUALA BESUT....SKUAD KEMPEN PUTERI UMNO MUKA TAK MALU, AMBIL KESEMPATAN IKUTI ROMBONGAN CALON PAS KE BAZAR RAMADAN DENGAN MENGEDARKAN RISALAH KEMPEN UMNO!!!!!



Skuad kempen Puteri UMNO turut menyambut calon PAS, Che Long yang turun menziarahi Bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Besut petang  tadi.

Skuad kempen Puteri UMNO  yang disertai oleh kira-kira lima ahli Puterio UMNO berpakaian serba merah jambu turut menunggu ketibaan calon PAS ini bersama sekumpulan wakil media yang lain. Mereka mengambil kesempatan mengikut calon PAS sambil mengedarkan risalah kempen Suara Kuala Besut 1M kepada orang ramai.

Calon PAS menyambut baik dengan kehadiran risalah kempen pihak lawan walaupun tindakan tersebut dilihat sebagai satu taktik mengalih perhatian media dan orang daripada calon PAS serta cuba mengambil kesempatan dari tumpuan orang ramai kepada kehadiran calon PAS.

Terfikir dalam hati Omak Kau...jika pihak PAS yang melakukan perkara yang serupa pada majlis calon UMNO/BN adakah  pihak calon UMNO akan berperangai sebiji seketul macam calon PAS?

Jawapnya..TIDAK MUNGKIN...silap hari boleh kena hambat dan maki hamun dengan para petugas UMNO yang cukup terkenal dengan garang dan bengis tidak bertempat itu.

PRK DUN N01 KUALA BESUT....KELEBIHAN MEMIHAK KEPADA CALON PAS!!!!

MUDOH BBASO....SENAE KKIRO...

Tidak ada rekod jelas berhubung keterlibatan aktif Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di dalam politik Umno/Barisan Nasional (BN) di Besut, lebih-lebih lagi di Kuala Besut. Tidak kedengaran juga bual bicara masyarakat setempat mengenai “gelomok” nya beliau dengan orang-orang kampung, termasuk sepanjang tempoh menjawat Jurutera di Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Daerah Besut sejak lima tahun lalu.

Satu-satunya faktor ditonjolkan BN dalam menjustifikasi pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon terbaik parti itu berdepan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti ialah kerana beliau anak jati Dun tersebut. Tengku Zaihan anak kelahiran Kampung Nail, kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Besut dan muara Sungai Besut.

PAS juga mengambil serius desakan dan pengesyoran pelbagai pihak yang cenderung mengharapkan parti itu mengemukakan seorang anak jati Kuala Besut sebagai calonnya. Maka di atas perkiraan itu PAS memilih Haji Azlan @ Endut Yusof sebagai calonnya. Ahli perniagaan dan kontraktor berusia 48 tahun itu anak kelahiran Kampung Baru, salah sebuah lokaliti di dalam Dun Kuala Besut.

Ertinya kedua-dua pihak mengemukakan calon yang menepati kriteria paling diperbahaskan umum itu. Namun ternyata faktor anak jati Kuala Besut bukan satu-satunya jaminan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak antara kedua mereka. Penelitian terhadap beberapa aspek lain menyerlahkan betapa calon pilihan PAS, yang lebih dikenali dengan nama ‘Che Long’ setakat ini mempunyai kelebihan agak ketara berbanding calon diisytiharkan BN itu.

Pertama, apa yang lebih memihak kepada Che Long dalam perbandingan ini ialah kebersamaan beliau dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya. Dari zaman persekolahan, zaman pekerjaannya, hingga ke zaman berpolitiknya, ketiga-tiga tempoh perkembangan hidupnya itu secara jujur dilihat menzahirkan kelebihan di pihak Che Long berbanding Tengku Zaihan.

Calon PAS itu bersekolah di Kuala Besut. Maka seramai mana kawan, guru dan kenalan diperolehinya sepanjang persekolahan itu sudah tentu ramai dari kalangan penduduk Kuala Besut. Sedangkan Tengku Zaihan menghabiskan zaman persekolahan dan pengajiannya di perantauan. Beliau bersekolah menengah di Dungun, sebelum melanjutkan pula pengajian ke peringkat universiti di Pulau Pinang. Sekerap mana pun dia pulang sebelum ini (kalau pun dia kerap pulang bercuti sepanjang tempoh pengajian itu), sudah tentu tidak sama dengan seorang lain (Che Long) yang ‘bertumah’ di kampung sepanjang masa itu.

Apabila memasuki alam pekerjaan pula, kelebihan sekali lagi memihak kepada Che Long. Nama beliau mula menjadi sebutan masyarakat sebagai peniaga stor kayu yang “mudoh bbaso, senae kkiro”. Ertinya, beliau suka mempermudahkan segala urusan jual-beli, tidak terlalu ‘pegang harga’ dan pemurah.

Sifat pekerjaannya itu juga menjadikannya berinteraksi dengan masyarakat setiap hari. Para pekerjanya adalah penduduk tempatan, pelanggan yang berurusan dengannya pula kebanyakannya dari kampung-kampung sekitar Kuala Besut juga. Cara interaksi antara mereka itu tentu sekali berbeza dengan seorang pegawai kerajaan (calon BN), yang hanya akan turun menemui masyarakat atas tugasan rasmi, di dalam menyelesaikan kes-kes tertentu sahaja.

Kedua, perbezaan amat ketara juga ialah dalam sumbangan bakti kedua-dua mereka kepada masyarakat. Sifat dermawan Che Long kepada masyarakat Besut, terutama di Kuala Besut sendiri telah diketahui umum sejak sekian lama. Kekayaan anugerah Ilahi kepadanya menerusi usaha niaganya yang berjaya ternyata tidak dihabiskannya untuk diri dan keluarganya semata-mata.

Hampir tidak ada program besar parti yang tidak menerima sumbangan bermakna daripada Che Long. Saya teringat dalam satu mesyuarat AJK PAS Kawasan Besut, ketika mana saya masih berada di dalam hierarki parti di situ, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Puan Napisah Ismail, membentangkan program-program yang mahu dilaksanakan sayap parti itu. Beliau lantas memohon peruntukan daripada PAS Kawasan, dan secara spesifik meminta sumbangan peribadi daripada dermawan-dermawan, terutamanya Che Long.

Hamba Allah ini yang turut berada di dalam mesyuarat tersebut selaku Bendahari PAS Kawasan Besut tanpa teragak terus bertanya, “agak-agak berapa (RM) yang Muslimat perlukan?” Saya dimaklumkan kemudiannya, jumlah disumbangkan Che Long kepada Muslimat sangat besar, sekira-kira tidak perlu Dewan itu meminta sumbangan kewangan daripada pihak lain bagi menjayakan program tersebut. Setakat saya tahu, sumbangan itu dari poket peribadi Che Long, bukan dari akaun PAS Kawasan.

Jumlah masjid dan surau/musolla yang mendapat sumbangan pembinaan daripada poket Che Long juga sangat banyak. Seorang sahabat baik saya yang juga seorang guru selaku penggerak sebuah surau di Kampung Keluang (Dun Kota Putera) pernah memberitahu saya bahawa kebuntuannya mencari sumber kewangan menyiapkan surau yang baru dibina di qaryahnya beberapa tahun lalu akhirnya terlerai selepas perbualan ringkas dengan Che Long. Hanya dengan satu panggilan telefon, dia mendapat peruntukan “perkakas atas”, yakni atap dan segala struktur kekuda yang menampungnya.

Begitu juga dengan jumlah rumah kediaman golongan tidak bernasib baik yang diberikan bantuan berbagai alatan pembinaan. Dalam setiap kejadian bencana yang menimpa masyarakat di Besut, apabila perjalanan bantuan diambil menerusi saluran parti, pasti akan ada sumbangan peribadi daripada kontraktor berjaya ini. Paling tidak pun, jika parti menjanjikan pembiayaannya, Che Long tidak teragak mendahulukan perbelanjaan peribadinya untuk penyelesaian segera permasalahan rakyat.

Pendekata, jiwa menabur bakti dan tidak “kupid” menjadikan beliau sangat sesuai dijadikan tempat mengadu hal oleh masyarakat, terutama khalayak yang tidak bernasib baik. Tidak sia-sia Alah Ta’ala berterusan menganugerahkan rezeki kepadanya. Lebih tidak sia-sia Allah mengilhamkan kepada para pemimpin PAS untuk memilih insan mulia ini sebagai sandaran menakluki hati-hati para pengundi di Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti.

Ertinya, kelebihan di pihak Che Long bukan sekadar faktor beliau anak jati Dun Kuala Besut. Beliau anak jati yang dekat dan berdampingan dengan permasalahan masyarakat. Semoga Allah membantu perjuangan ini dengan tampilnya seorang tokoh yang benar-benar “mudoh bbaso, senae kkiro” ini!

RUSUHAN FLAT REBANA,KLANG UTAMA....POLIS BERI AMARAN JANGAN SEBARKAN BERITA PALSU UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN RAKYAT!!!!!



KLANG - Polis sedang mengesan suspek kes rusuhan di Flat Rebana, Klang Utama, pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, polis masih mengenal pasti suspek terlibat dan sedang mengawal tempat kejadian supaya perkara sama tidak berulang lagi.

Dalam pada itu, Shukor meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat laman sesawang atau SMS yang mengatakan kedua-dua mangsa kejadian berkenaan meninggal dunia.

“Alhamdulillah, dua mangsa terbabit masih lagi hidup dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) serta keadaannya terkawal.

“Saya harap orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang dilemparkan mengenai kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang menggunakan senjata.

Semalam, Sinar Harian melaporkan sekumpulan 15 individu menyerang lima lelaki di Flat Rebana, Klang Utama, Khamis lalu.

Mereka membuat rusuhan dipercayai  untuk membalas dendam susulan seorang lelaki dilanggar dan dipukul sekumpulan empat orang lelaki di Klang Utama, Rabu lalu, yang dikatakan tinggal di flat berkenaan.

KECOH SATU DUNIA KU ADNAN KU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN BERTENGKAR DENGAN PELANGGAN BAZAR RAMADAN JALAN MASJID KUALA LUMPUR!!!

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan, di sini, semalam.

Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu.

Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu.

Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari ‘lawan’ lelaki itu seorang menteri.

Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab.

Saturday, 13 July 2013

GEMPAR!!!!... LAWATAN CALON PAS PRK DUN KUALA BESUT DI PASAR RAMADHAN KUALA BESUT DISAMBUT DENGAN DEMO ANAK-ANAK MUDA!!!!!!


Betul kah anak-anak muda Kuala Besut tolak calon PAS PRK DUN N01 Kuala Besut Endut@Azlan Yusof@ Che Long.

Ini berdasarkan rakaman gambar sekumpulan anak-anak muda sedang memegang plakad berarak ketika calon PAS Che Long sedang membuat lawatan mesra di Pasar Ramadhan Kuala Besut petang semalam.

Rupa-rupa demo bukan bantah tidak menyokong calon PAS sebaliknya demo berikan sokongan padu kepada Che Long agar mencapai kemenangan dengan cemerlang.

Dalam lawatan Che Long di Pasar Ramadhan petang semalam jelas sekali para peniaga pasar Ramadan yang juga anak watan Kuala Besut menerima kunjungan beliau dengan penuh mesra.

Harapan DUN Terengganu menjadi 16-16 selepas 24hb Julai 2013 ini dikira Ins'ya Allah dikira amat cerah.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...