Monday 15 July 2013

MAKMAL UiTM KAMPUS SHAH ALAM TERBAKAR!!!


Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam terbakar petang tadi.

Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang tadi, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota berserta lima jentera ke lokasi kejadian.

Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya.

"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami.

2 comments:

  1. Harga barang naik dah .... cara mendadak semua barang runcit naik..mana anak haram najibultuya kata masa kempen pru 13 tu hari harga baran takkan naik. Tengoklah perdana menteri pembohong. Mat sembab pun juga pembohong sama je klu nama umno semuanya pembohong jahat. Ayam hari ni di KL 9 hinggit sekilo. Padan muka bn barang naik. Tulah kenapa bodo sangat rakyat malaysia undi lagi umno bn...entan kenapa bongoknya orang2 malaysia. Ini hari ni kata tnb bil elektrik nak naik seratus peratus pulak padan muka rakyat msia lagi.

    ReplyDelete
  2. mesti ramai syiah kat uitm ni..tu bala namanya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...