Thursday 25 July 2013

KAJI SELIDIK UNIVERSITI TEMPATAN MENDAPATI TWEET NAJIB ADALAH TWEET SYOK SENDIRI....GAGAL MEMBERI KESAN KEPADA PENGUNDI!!!!!



KUALA LUMPUR
: Kaji selidik sebuah universiti tempatan telah mendapati bahawa tweet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman Twitternya pada pilihan raya umum ke-13 lalu, gagal memberi kesan kepada pengundi.

Pusat Kajian Demokrasi dan Piliharaya Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam satu kaji selidik oleh Dr Surinderpal Kaur, menunjukkan tweet Najib kurang memberikan kesan meskipun ramai warga Twitterjaya membacanya.

Jelasnya, ia mungkin disebabkan tweet Perdana Menteri itu hanya disambut atau dibalas oleh pengikutnya sahaja, serta tidak menolak kemungkinan ada di antara mereka yang berbayar.

“Untuk dapatkan kesan positif… pengikut media sosial Najib seharusnya menyalurkan segala maklumat dalam Twitter perdana menteri itu kepada masyarakat di luar jaringan mereka,” katanya dalam bengkel pasca PRU13 anjuran UMCEDEL.

UMCEDEL telah mengadakan satu kajian pasca PRU13 bagi mengetahui faktor kekalahan atau kemenangan sesuatu kawasan termasuk mengadakan soal selidik pada sebelum, ketika dan selepas PRU13.

Pada April lalu, sebelum PRU13, UMCEDEL telah membuat tinujauan yang menunjukkan 43 peratus pengundi berpendapat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi perdana menteri.

Bagi Najib pula, 39 peratus pengundi berkata beliau layak menjadi perdana menteri sementara 31 peratus lagi tidak setuju dan selebihnya tidak pasti.

Kajian itu kemudiannya ditolak oleh Najib yang menyifatkannya sebagai karut sambil menegaskan yang beliau yakin BN berada di laluan untuk memenangi PRU13.

Beliau juga tidak setuju dengan kajian tersebut yang menunjukkan beliau ketinggalan empat mata di belakang Anwar untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

11 comments:

  1. Najib adal PM paling teruk lagi lemah dalam sejarah Malaysia

    ReplyDelete
  2. Salah tu.....PM yg paling hebat...boleh beri apa yg rakyat mahu. Rskyat mahu wang tunai bkn projek?

    ReplyDelete
  3. sapa undi umno......kebodohan yg mngundi tidak dapat d nafikan lg....beliau meletakkn diri pada kebodohan tahap yg tertnggi.....barang asyik naik.....bodoh......isu bak ku teh adalah konspirasi umno untuk menutup penipuan pru 13....damn umno.....always said bullshit.....

    ReplyDelete
  4. pelik.beratus juta dihabis di KB.tapi bonus tak mampu nak bayar.kata ekonomi bagus.retorik jer lebih.bibir merah yg paling bodoh dlm sejarah.

    ReplyDelete
  5. Dah kalah.. Tetap kalah.. Hidup NAJIB!!!

    ReplyDelete
  6. What more to expect from a Pro PR blog... Haha.. Regreted to vote pr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari tak diajak..pergi tak dihalau......ada aku kisah...

      Delete
  7. benda dah basi.kahkah.dah takde modal macai DAP ni. apa pun Allah telah tetapkan PR tak dapat memerintah.
    Bila nak berhimpun haram black 505 lagi ni weyyy. dah kenyang dpt elaun parlimen...senyap je semua.kenyang terbongkang..hihi

    ReplyDelete
  8. Kajian itu kemudiannya juga ditolak oleh ALLAH dan menentukan BN berada di laluan untuk memenangi PRU13.

    ALLAH juga telah menentukan bahawa NAjib tetap PM dan kajian bhw Najib empat mata di belakang Anwar atau TGNA ka...hj adi kaa...tetap tak jadi Perdana Menteri Malaysia. Doa-doa bertahun tahun pemimpin yg bertopengkan islam dan bersengkokol dgn gerakan licik DAP dan yahudi ini tidak dimakbulkan ALLAH.

    Nak kaji byk mana pun boleh. nak rancang macam mana pun boleh...tapi Allah menentukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada hikmah Allah buat begitu....mungkin tak mau jadi mcm di Mesir atau spt tahun 1969.....dia suruh PR kuatkan dlm dan luar utk mengatasi jika hal2 sebegitu terjadi....lihatlah spt kudeta Perak......oleh itu PR kene well prepared.....utk menghadapi species manusia yg menjiwai politik hutan rimba nie....

      Delete
  9. menang dgn menipu wt pe.. ramai lg macai bodoh yg nganga kencing umno bn

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...