Sunday 14 July 2013

KECOH SATU DUNIA KU ADNAN KU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN BERTENGKAR DENGAN PELANGGAN BAZAR RAMADAN JALAN MASJID KUALA LUMPUR!!!

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan, di sini, semalam.

Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu.

Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu.

Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari ‘lawan’ lelaki itu seorang menteri.

Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab.

7 comments:

  1. Bagus kejadian ini berlaku depan menteri di bulan puasa.
    Memang ramai pemandu yang tak hormat dengan pengawal keselamatan yang tua tua. maklumlah pakcik ni memang orang susah. sebab tu sanggup jadi pak Guard walau dah lebih 60 tahun.
    Peliknya orang ramai hanya tengok dan biarkan sikap kurang ajar ni berterusan di KL. sampai masanya perangai kurang ajar ini diajar.

    ReplyDelete
  2. fakta sebenar.........

    "Tengku Adnan memberi peringatan kepada lelaki memandu kereta Proton Waja itu supaya bersikap lebih beradab."

    KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan, di sini, semalam.

    Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah.

    Sinar Harian difahamkan, lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu.

    Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu.

    Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari ‘lawan’ lelaki itu seorang menteri.

    Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab.

    Dalam lawatan sama, seorang peniaga wanita, menyuarakan rasa tidak puas hati apabila petak perniagaan yang diperoleh hasil undian diubah ke lokasi tersorok dan memohon perhatian Tengku Adnan memindahkannya bersama tujuh peniaga lain ke lokasi lebih strategik.

    Sementara itu, Tengku Adnan berkata, perkara berkenaan akan diberi perhatian dan akan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti permintaan untuk memindahkan lapan tapak berkenaan ke lokasi berhampiran Semua House.

    Menurutnya, rungutan mengenai tindakan peniaga premis memonopoli ruang kaki lima dan permintaan untuk mengekalkan keluasan tapak juga diberikan perhatian.

    “Hari ini saya turun meninjau keadaan di sini, dan beberapa bazar Ramadan lain untuk mengetahui sekiranya ada sebarang masalah dihadapi peniaga.

    “Saya bersama DBKL akan bincangkan dengan pihak berkenaan pada Isnin depan dalam usaha menyelesaikannya masalah yang disuarakan” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan bersama pegawainya, di sekitar Bazar Ramadan Masjid India dan Pasar Malam Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR).

    Dalam pada itu, Tengku Adnan turut berpuas hati melihat aktiviti perniagaan yang keseluruhannya dijalankan warga tempatan.

    “Saya harap keadaan ini dapat dikekalkan dan tiada peniaga yang bertindak menjual tapak atau memberikan kepada warga asing,” katanya.

    ReplyDelete
  3. Tu kan ada kesempatan ce tuljal sikit kat dahi tu apa nak jadi..cuma tuljal je sebab menipu rakyat. Menipu lagi parah drp menunjal.

    ReplyDelete
  4. inilah rakyat yg berlagak samseng yg anggap diri kuat n berani tetapi mrk lupa masa akan berubah jua bila mrk tua nanti akan hilang segala kekuatan n samseng malah mungkin mrk akan lebih susah lg hidupnya. samseng memang perosak n membawa malapetaka yg besar pada negara walaupun dilihat biasa tetapi lama kelamaan akan makin berluasa malah keselamatan negara pun akan tergugat sebab tiada pihak yg benar2 mengatasi masalah keamanan negara dgn lebih telus n berani. malaysia akan hilang kehamornia ketemadunan jika terus menerus begini maka pihak kerajaan mesti berubah sebelum kerajaan semakin merosakan negara ini dgn lebih teruk lagi.
    rakyat kena bersatu hati kalau nak negara malaysia aman sejatera kalau tak syaitan akan berkuasa dibumi malaysia ini pada masa depan.

    ReplyDelete
  5. Tu ahli umnolah tu menteri umno pun nak dibelasah. Umno samseng kiu kiu kiu

    ReplyDelete
  6. Samseng Jalanan sebenar ialah ANWAR BIN IBRAHIM

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...