Tuesday 16 July 2013

EDISI MELETOP C4!!!!!...RAFIZI KASI DEDAH PEMBEKAL DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL SEORANG YANG CUKUP RAPAT DENGAN PEMIMPIN TERTINGGI SPR!!!!!!




JENG..JENG..JENGGGGGG..

Rafizi dedah pembekal dakwat kekal ‘rakan rapat’ SPR

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus.

"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).


"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.


SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan". -

Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.


"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.


"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.


"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.


Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.


Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.


"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.


Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.


Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal. 1

8 comments:

  1. Yang kekal hanya alam mati. Jawablah kau wahai SPR...!!! Taktahulah kalau kamu tak takut dosa...

    ReplyDelete
  2. penuh saman dalam myeg.com.my

    ReplyDelete
  3. Dasar ubn kepingin wang yang berjuta

    ReplyDelete
  4. patut lah punya berahsia.rupa nya ada yg tak kena.nak makan jugak.

    ReplyDelete
  5. SELURUH RAKYAT MALAYSIA TELAH DITIPU OLEH PENGERUSI SPR YANG LAKNAT INI.KAU AKAN DIDAKWA DI MAHKAMAH AKHIRAT NANTI.KAU AKAN BERDOSA KEPADA SETIAP PENGUNDI YANG KAU TIPU.

    ReplyDelete
  6. Laaaa... Kalau nak meniaga tak leh kenal rapat dgn org ker? Ni undang undang kassim pantalon ker... ahahaha..bodoh betul su Rafizi ni rupanya..mana bangla 40kyg kau kata dulu tu?....

    ReplyDelete
  7. Bangla tu ada kat rumah najiblah bongok punya umno laknatullah. Ingat najib ingat tutuh bunuh letupkan altantuya. Kiu kiu kiu.

    ReplyDelete
  8. Kadi katak kepala Aziz dan Ahmad dia mush rakyat

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...