Thursday 18 July 2013

GEMPAR!!!!!.... FELDA LANTIK INDIVIDU YANG MEMILIKI PhD YANG TIDAK DI IKTIRAF SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) BARU FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BHD!!!!!!



Baru dua hari memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd, namun Mohammed Emir Mavani Abdullah kini terpaksa berkira-kira berapa lama beliau boleh tahan di situ.

Ini ekoran laporan beliau mendapat PhD dari universiti yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Mohammed Emir mengambilalih jawatan CEO FGVH dari Tan Sri Sabri Ahmad Selasa lepas.

Beliau mendapat PhD dari Warnborough Universiti di United Kingdom pada tahun 2008, lapor Business Times.

Beliau menafikan lembaga pengarah FGVH sedang mempertimbangkan semula perlantikannya.

"Saya memang ada PhD tetapi ia tidak diiktiraf...ia ijazah yang sebenar dari universiti yang sememangnya wujud. PhD bukan kriteria yang menyebabkan mereka memilih saya tetapi berdasarkan kemampuan saya. Isu ini tidak ada kaitan dengan saya mendapat pekerjaan ini," kata Mohammed Emir sebagaimana dilaporkan Reuters.

Namun laporan itu juga menyebut, Mohammed Emir diberikan enam bulan untuk meninggalkan FGVH.

4 comments:

  1. http://www.degreeinfo.com/general-distance-learning-discussions/1420-warnborough-university.html

    Bukan setakat tak diiktiraf di Malaysia.. tapi di Australia, di Us pon tak iktiraf. Cisss

    ReplyDelete
  2. seperti tabung haji,,,mereka asyik pilih orang yg x layak,,,

    ReplyDelete
  3. Umno memang jahat lebih jahat drp setan dan iblis lantik orang yg tak layak. Jahanamkan negara.

    ReplyDelete
  4. Advisor to Abu Dhabi Government??? Penipu besar.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...